Tuesday, September 3, 2019

DISNEYLAND EHH...


Welcome To Hong Kong Disney Land 28th August 2019












MENDAKI PUNCAK "THE PEAK"

JAM 1pm, usai program bersama High Court and Family Court of Hong Kong, perut dah mula berkeroncong. Kami tidak mangambil masa lama untuk bergegas ke Muslim Centre Hong Kong untuk menikmati makanan halal di kantin Pusat Islam yang terletak di aras 4 kompleks Islam  Osman Ramju Sadik yang menumpang satu bangunan dengan masjid Amar Hong Kong di WanChai.


Bangunan Masjid Ammar. and Osman Ramju Sadick Islamic
Centre Hong Kong. Di Aras 2 bangunan masjid ini terdapat
 kantin yang menyediakan makanan halaluntuk umat Islam di Hong Kong,



Sebaik menyelesaikan makan tengahari dan menunaikan solat,kami mula bergerak ke 33 Garden Road, Central Hong Kong untuk mendaki 'The Peak'  atau 'Victoria Peak', iaitu puncak tertinggi di kepulauan Hong Kong. "

Pengembaraan ke Hong Kong tak akan sempurna jika tidak merasai pengalaman di Victoria Peak (扯旗山) yang menggabungkan sejarah bandaraya Hong Kong moden,  pusat membeli belah dan hidangan makanan lazat yang menjadikan pengalaman di Hong Kong sesuatu yang amat sukar dilupakan." Selain dari merupakan tempat tertinggi di Hong Kong, The Peak juga merupakan kawasan kejiranan paling eklusif. Di sini juga di katakan menjadi pilihan tempat tinggal kebanyakan selebriti Hong Kong yang terkenal seperti Jacky Chan, Chow Yuen fatt dan lain-lain.

Victoria Peak atau lebih dikenali dengan "The Peak" oleh orang tempatan merupakan tempat pelancongan popular kerana banyak sebab.  Pertamanya kerana lokasi tersebut kita dapat melihat keseluruhan Victoria Harbour yang terkenal, keduanya  tempat ini amat mudah untuk dituju sama ada dengan menaiki kereta kabel, bas atau berjalan kaki mendaki ke puncak. Dari puncak kita boleh melihat pemandangan laut Cina Selatan yang di penuhi dengan pulau-pulau kecil. Kita juga boleh menaiki sky terrace di puncak  The Peak untuk menyaksikan pemandangan bandaraya Hong Kong atau boleh juga memilih melihatnya dari atas bangunan 'The Lions Pavilion yang hanya berdekatan dengan menara di The Peak.


Mr Kelvin, our Tourist Guide
Pemandangan bandaraya Hong Kong jelas dari puncak The Peak
waktu petang pemandangannya agak berkabus



bandaraya Hong Kong sebagai latar langit 'The Victoria Peak"

MEETING WITH THE HON JUSTICE MDM AU YEOUNG JUDGE OF 1ST INSTANCE HIGH COURT JUDGE AND HON JUDGE OF HONG KONG FAMILY COURT

28 OGOS 2019 Jam 9.00 pagi, selepas sarapan pagi di hotel, kami yang telah siap berpakaian  resmi, bergegas ke lobi hotel kerana bas dah sedia menunggu untuk misi utama lawatan kerja ke Hong Kong ini, iaitu Mahkamah Tinggi  dan Mahkamah Keluarga Hong Kong. Kami dikhabarkan Hakim Mahkamah Tinggi Hongkong yang mengetuai agensi tersebut telah menangguhkan perbicaraan pagi ini  kerana menunggu ketibaan kami dan akan mempengerusikan meeting seperti yang dijadualkan.


Di hadapan Silka Seaview Hotel, bersiap untuk ke Mahkamah Tinggi Hong Kong

sempat lagi mentelaah atas bas sebelum tiba ke lokasi mesyuarat

Mahkamah Tinggi Hong Kong terletak di 38 Queensway, admiralty. Bangunan 20 tingkat ini dibina pada 1985 dan menempatkan Supreme Court Of Hong Kong. Lokasinya betul betul di hadapan jalan 'Suporeme Court Road' Hong kong. Bangunan High Court ini direkacipta oleh arkitek bernama K. M Tseng.

Setibanya kami di lobby bangunan tersebut, kami disambut mesra oleh kakitangan High Court Hong Kong dan diiring naik ke aras 24 bangunan terus ke bilik mesyuarat. Kami disambut dan disapa mesra oleh The Homours Justice madam Au yeoung dan Hakim Mahkamah keluarga HK iaitu Honourable Judge George Own. Turut bersama ialah Adminstrative officer HKHC iaitu Mr David Lim.

Kami disambut oleh Justice Mdm Au Yeong , Judge of 1st Instance High Court



Bersama The Hon Justice Of 1st Instance High Court Mdm Eu Young 
and High Court Judge George Own
wakil konsulat yang turut bersama kami dalam mesyuarat tersebut, 
mrs. Grace Rebecca Teh


Sewaktu taklimat, Justice Madam au yeong memperkenalkan wakil Mahkamah Tinggi Hong Kong dan mempersilakan Judge George Own untuk memberi sedikit taklimat mengenai Family Court dan mediasi di Hong Kong. kami bertukar-tukar pandangan dan suasana perbincangan yang harmoni dan begitu banyak maklumat yang kedua-dua pihak perolehi. Perbincangan yang asalnya hanya dijadualkan berlangsung selama sejam berakhir lebih kurang jam 1.00 tengahari, iaitu satu jam lebih dari yang dirancangkan. Perbincangan diakhiri dengan kedua-dua pihak bertukar-tukar cenderahati dan bergambar kenangan di halaman  depan Mahkamah Tinggi Hong kong yang bersejarah.



Dari kiri Judge Of Family Court, Honourable Mr George Own,
Justice Mdm Au Yeong dan Mr David Lim the Senior 
Administrative officer of hong High Court.


di hadapan bangunan High Court Of Hong kong, Queensway

Sunday, September 1, 2019

MAKAN MALAM DI 'HALAL FOOD' RESTORAN HONG KONG


Berita baiknya, Di Hong Kong mudah untuk mendapatkan makanan halal, antaranya Restoran Ma's 
yang terletak di No 21-25 Jalan Sha Wan, Hong Kong. Kami ikut je...
Dah sampai


makanan di sini ternyata sedap.

Lepas makan, kita bergambar dulu, yukk!





Selesai makan, kami di bawa ke Muslim Centre dan masjid Kowloon untuk tunaikan solat maghrib. 
Hanya bebrapa minit dari Restoran kami makan malam tadi.


 Hadapan Muslim Centre. Bas dua tingkat peninggalan
 kolonial  masih banyak kelihatan di Hong Kong 

Hampir jam 10.00 malam barulah kami berpeluang balik semula ke Hotel Silka Sea View yang terletak di tanah besar China. jarak perjalanan yang agak jauh dan badan pun dah mula kepenatan, Tapi malam tu kami gagahi jua untuk keluar merayap di 'night market' sekitar hotel penginapan kami. Sengaja ditempah hotel tersebut untuk memberi kami peluang meronda ke night market dan melihat budaya masyarakat Hong Kong secara realiti...

.....memang banyak yang hendak diperkatakan...
...kami balik pun dah jam 2 pagi...
....Esok jam 9 kami akan hadiri meeting pula di High Court Of Hong Kong...
...apa pun belum prepare lagi... 
...Sebagai ketua rombongan, persediaan perlu dibuat...
...Tapi ...peluang tak datang banyak kali...

sedang berbincang dengan tuan KP, mana arah yang hendak dituju malam ni...

KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT KONSUL BESAR MALAYSIA DI HONG KONG


BAS rasmi sudah sedia menunggu kami di pekarangan Hotel Silka Sea View untuk membawa kami ke pejabat Besar Konsulat Malaysia di Hong Kong seawal jam 2.30pm. Kami diberitahu perlu bergerak awal bagi mengelakkan trafik jem yang dikatakan agak dahsyat juga di Hong Kong.

Perjalanan menaiki bas dari hotel ke pejabat Konsulat yang lokasinya terletak di 24th Floor, Malaysia Building 47-50, Gloucester Road Wanchai memakan masa lebih kurang 40 minit. Alhamdulillah perjalanan adalah smooth dan tanpa gangguan trafik.


Tiba di Malaysia Building, kami diminta naik ke tingkat 24 kerana pejabat Konsulat Besar Malaysia di sana. Kami disambut mesra oleh Konsul Muda Tn Kamaruzzaman Musa yang kami temui di airport sebelum ini. Turut melayani kami ialah Puan Grace Rebecca Teh, ketua Censori yang akan membantu keperluan kami di Hong Kong nanti.

 Di Lobi CG Office
 sempat posing sambil menunggu CG bersiap menemui kami
 menandatangani buku pelawat

 Di bilik meeting. Menunggu ketibaan CG Mr Yap Wei Sin

Lebih kurang jam 4.30pm, kami diminta menunggu di bilik mesyuarat sementara Consul General Malaysia bersiap selepas menamatkan discussion dengan pegawainya. kami dialu-alukan kehadiran ke Hong Kong oleh CG Mr Yap Wei Sin, dengan ucap selamat dan rasa teruja beliau kerana sepanjang perkhidmatannya belum ada agensi agama yang datang bertandang sebagai tamu di pejabat konsul melainkan sekali, itupun  hampir sepuluh tahun dahulu oleh JAKIM. 



 Bertukar-tukar pandangan dengan CG






 KHS Melaka dan Konsul Besar Malaysia di Hong Kong


Selepas sesi diskusi bersama Tuan CG, kami dibawa melawat ke tingkat paling atas bangunan Malaysia  yang menjadi pejabat Consul General sejak sekian lama. Pemandangan yang indah dan terus ke laut menjadikan bangunan tersebut adalah amat strategik... terfikir juga kenapa kerajaan berhasrat untuk menjual bangunan tersebut.. mungkin kos penjagaannya tinggi kerana bangunan yang sudah lama dan mungkin juga penjualannya mendatangkan keuntungan dan lasba kepada pihak kerajaan Malaysia.  Apa pun, kami sempat menghayati keindahan pulau Hong Kong dari bumbung bangunan 'Malaysia Building' yang penuh bersejarah ini... Puncak-puncak batu melatari langit Hong Kong jelas melalui pandangan dari sisi bangunan ini...




 Belanja gambar dulu sepukul....






Sempat juga merakamkan ucapan selamat hari Kemerdekaan Kali ke 62 
bersama CG Hong Kong dan Macao. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...