Monday, June 17, 2024

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu adik adik dan pelajar syariah dan undang undang mempelajari asas dan teknik sebagai peguam syarie. Semoga ianya dapat membantu.






Terbitan Karya Kreatif Resources
Harga pasaran RM40.00
Boleh hubungi : 0163119010



Tuesday, October 3, 2023

MADRID II

 

Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asal 'majra' yang membawa maksud air atau pemberi rezeki. Pendapat lain mengatakan membawa maksud 'water wheel'. Sewaktu pemerintahan gabenur Muhammad I dari Kerajaan Umayyah, beliau telah membina benteng bagi mempertahankan kota ini dari serangan kerajaan Kristian di sekitarnya. benteng ini dibina sepanjang  sungai Manzanares, kerana itu wilayah ini dinamakan 'majrit' iaitu jalur air.

Antara tokoh ilmuan terkenal yang pernah lahir di kota Majrit atau Madrid ini ialah Abu al Qassim Maslamah al Majriti, wafat tahun 1007m, seorang ahli ilmuan astronomi, ahli kimia dan ahli matematik yang hebat

menjelajah kota Madrid dalam sehari di bawah  bahang panas mentari menjadikan tidak banyak pengalaman manis yang sempat dikumpul, selain merakam beberapa keping gambar bangunan lama yang tidak banyak bezanya dengan kota-kota lain di Eropah.  Madrid, kota gabungan zaman middle age dan klasik Islam adalah kota sederhana untuk dikunjungi bagi orang seusia 50an. 

Jika kita bergerak dari Toledo atau bandar-bandar lama lain di sekitar sepanyol, memasuki sempadan daerah madrid kita merasakan sedikit kelainan dari segi binaannya. Jika Cordoba, Toledo, Grenada dan sebagainya, jiwa kita masih dirasai pengalaman dengan persekitaran Muslim terutamanya struktur binaannya, masuk sahaja ke Madrid suasana tersebut seakan berubah dengan ciri-ciri bandar separa moden sehingga kita terlupa bahawa di sini sebenarnya tapak asal kerajaan dinasti Umayyah satu ketika dulu.  





Boleh jadi juga kerana dasar pemerintahan kristian sepanyol yang cuba menghapuskan ciri-ciri Islamik, Bandar Madrid tidak kelihatan sangat condongnya walaupun masih banyak terdapat struktur binaan Islam di celahan kesibukan kotaraya Madrid. 

Berada di tengah kota ini seakan sama kita berada di Paris, Greece, Sockholm, Belgrade atau bandar lain di Eropah. sehingga kita tidak merasakan Islam pernah bertapak ratusan tahun di sini. Kecuali beberapa bandar yang disebut sebelum ini, Kota Madrid tidak kelihatan seperti kota tinggalan kerajaan Muslim satu ketika dahulu. 


Malah masyarakatnya juga seboleh bolehnya ingin menghilangkan terus kesan atau ciri-ciri Islamik yang ada di persekitaran dan lebih menonjolkan kebudayaan dan keagungan kristian seolah-olah kota ini dibangunkan oleh mereka sendiri sejak asal. Mereka cuba menutup sejarah mereka yang pernah diperintah dan ditakluki oleh kerajaan Islam satu ketika dahulu. Selepas mengambil alih dari kerajaan Islam, bukan sahaja satu masjid pun tidak kelihatan, tetapi bangunan yang ada khat dan tulisan arab pun dikikis buang. Bercakap dengan warga Sepanyol, Mr Nabeel Pedro, sungguhpun beliau sendiri beragama Islam dan seorang muslim yang taat, namun riaknya seolah kurang senang bila diajukan Sepanyol pernah dijajah. Semangat nasionalisme di kalangan orang muda sepanyol telah ditanam sebati dalam pemikiran mereka sejak dibangku sekolah bahawa penjajah Islam meninggalkan sesuatu yang buruk untuk rakyat sepanyol dan tidak mengakui mereka yang pernah menguasai dunia bangkit dari ilmu dan perdoman kerajaan muslim satu ketika dahulu. 

Amat-amat berbeza dengan kita di Malaysia, yang sedikit bangga pernah dijajah, yang mempertahankan budaya penjajah, malah dinding buruk pun dijaga rapi untuk menunjukkan kita pernah dijajah. Bukan sekadar cara makan dan minum, sistem pendidikan, pergaulan, budaya, pentadbiran dan sebahagian besarnya menerima baik sistem penjajah. 

Betul, yang baik kita ambil yang kurang elok kita pinggirkan, apa yang disebut di sini ialah bagi orang sepanyol, semangat nasionalisme itu agak kuat, benci mereka kepada penjajah ditanam kepada rakyatnya hingga kebaikan penjajah itu tidak pernah wujud, yang dikekalkan itu pun kerana boleh menjana ekonomi, kecuali ciri-ciri, budaya, bangsa sahaja yang masih ada, yang lain semua ditukar kepada rupa dan dikristianisasi, malah sejarah pun banyak diubah mengikut persepsi mereka. Kenapa kita tidak begitu?..  Sekadar pandangan peribadi...




Selain sejarah yang kita baca, melihat disekeliling kota ini, tidak terasa pun Madrid pernah diperintah dan dikuasai oleh kerajaan Islam ratusan tahun lamanya....

MADRID

 Madrid ialah ibu kota dan bandar paling ramai penduduk di Sepanyol. Bandar ini mempunyai hampir 3.4 juta penduduk dan penduduk di kawasan metropolitan kira-kira 6.7 juta. Ia adalah bandar kedua terbesar di Kesatuan Eropah (EU).kawasan kota ini meliputi 604.3 km2 (233.3 batu persegi) kawasan geografi.Madrid terletak di Sungai Manzanares di bahagian tengah Semenanjung Iberia pada kira-kira 650 meter di atas paras laut. Merupakan ibu kota  negara Sepanyol sejak 1983, ia juga merupakan pusat politik, ekonomi dan kebudayaan negara.


Kota ini maju kerana pengeluaran ekonomi, taraf hidup yang tinggi, dan saiz pasaran, Madrid dianggap sebagai pusat kewangan utama dan hab ekonomi terkemuka di Semenanjung Iberia dan Eropah Selatan. Kawasan metropolitan menempatkan kebanyakan syarikat-syarikat besar Sepanyol yang utama seperti Telefónica, Iberia, BBVA dan FCC. Ia menumpukan sebahagian besar operasi perbankan di negara ini dan kebanyakan penduduknya  berbahasa Sepanyol.
Madrid menempatkan ibu pejabat Pertubuhan Pelancongan Dunia PBB (UNWTO), Sekretariat Agung Ibero-Amerika (SEGIB), Pertubuhan Negara-negara Ibero-Amerika (OEI), dan Lembaga Pemantauan Kepentingan Awam (PIOB).
Madrid juga adalah tuan rumah kepada dua kelab bola sepak terkenal dunia, Real Madrid dan Atlético Madrid.
 
Walaupun Madrid memiliki infrastruktur moden, ia masih mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah terutamanya di kawasan jalanan dan kejiranan utama seperti Plaza Mayor, Istana Diraja Madrid; Teater Diraja dengan Rumah Opera 1850 yang telah dipulihkan; Taman Buen Retiro, yang diasaskan pada 1631; bangunan Perpustakaan Negara abad ke-19 (diasaskan pada 1712) yang mengandungi beberapa arkib sejarah Sepanyol; Istana dan Air Pancut Cibeles yang merupakan  salah satu simbol monumen bandar ini.
 
Dari sudut sejarah, kewujudan penempatan  di Madrid bermula dari zaman Islam. Pada separuh kedua abad ke-9, Emir Umayyah Muhammad I membina sebuah kubu di tanjung berhampiran sungai Manzanares sebagai salah satu daripada banyak kubu yang diperintahkan untuk dibina di sempadan antara Al-Andalus,  kerajaan León dan Castile, dengan objektif untuk melindungi Toledo daripada pencerobohan orang-orang Kristian dan juga sebagai titik permulaan bagi kerajaan  Muslim untuk melancarkan serangan. Selepas perpecahan Khilafah Córdoba pada awal abad ke-11, Madrid telah disatukan di Taifa Toledo.
 
Pada 1079, Madrid telah dirampas pada 1083 oleh Alfonso VI dari León dan Castile, yang berusaha untuk menjadikan kota ini sebagai pos pertahanan terhadap bandar Toledo,yang kemudiannya ditakluki pada tahun 1085. Selepas penaklukan itu, orang Kristian menduduki pusat bandar, manakala orang Islam dan Yahudi dipindahkan ke pinggir bandar.
Madrid, yang terletak berhampiran Alcalá (di bawah kawalan Muslim sehingga 1118), kekal sebagai kawasan sempadan untuk seketika.  Bandar ini telah disahkan sebagai villa de realengo  (yang dikaitkan dengan Mahkota) pada tahun 1123, semasa pemerintahan Alfonso VII.
 
 
Bermula pada pertengahan abad ke-13 dan sehingga akhir abad ke-14, koncejo Madrid bersaing untuk menguasai wilayah Real de Manzanares menentang koncejo Segovia, sebuah bandar di utara banjaran gunung Sierra de Guadarrama.
 
Kota ini bertukar tangan beberapa kali semasa Perang Penggantian Sepanyol: daripada kawalan Bourbon ia berpindah kepada tentera "Austracist" yang bersekutu dengan  Portugis dan Inggeris yang memasuki bandar itu pada akhir Jun 1706,kemudian direbut semula oleh tentera Bourbon pada 4 Ogos 1706. Tentera Habsburg yang diketuai oleh Archduke Charles memasuki bandar itu untuk kali kedua pada September 1710,seterusnya selepas 3 bulan kemudian Philip V memasuki ibu negara pada 3 Disember 1710.Sewaktu di bawah kawalanPhilip V, beliau telah membina Istana Diraja, Kilang Tapestry Diraja dan Akademi Diraja yang utama. 

Sewaktu pemerintahan Charles III, yang kemudiannya dikenali sebagai "datuk bandar terhebat Madrid", menyaksikan usaha untuk menjadikan bandar itu sebagai ibu kota yang moden dengan pembinaan pembetung, lampu jalan, tanah perkuburan di luar bandar dan beberapa monumen dan institusi kebudayaan.
 
Bandar ini pernah diceroboh oleh tentera Perancis pada 24 Mei 1823.


 
Kota Madrid juga terkenal sebagai tuan rumah plaza de toros (gelanggang lembu) terbesar di Sepanyol, Las Ventas, yang ditubuhkan pada tahun 1929. Las Ventas dianggap oleh ramai sebagai pusat laga lembu utama dunia dan mempunyai kapasiti tempat duduk hampir 25,000. Musim laga lembu di Madrid bermula pada bulan Mac dan berakhir pada bulan Oktober. Pertarungan lembu diadakan setiap hari semasa perayaan San Isidro (paderi suci pelindung Madrid) dari pertengahan Mei hingga awal Jun, dan setiap Ahad, dan cuti umum, sepanjang musim.  Las Ventas juga menganjurkan konsert muzik dan acara lain di luar musim laga lembu. 

Monday, July 17, 2023

SINGGAH DI PASSEO DE LA CASTELLANA, KEDUTAAN MALAYSIA DI SPAIN

TIDAK SAH lawatan ke luar negara tanpa singgah ke pejabat Kedutaan Malaysia di Luar Negara. Bagi tujuan itu, kami mengambil kesempatan masa yang terluang dengan menghubungi pejabat kedutaan dan menyatakan hasrat untuk ke sana. kami tidak membuat temujanji awal kerana kepadatan jadual dan hanya sekadar memaklum kehadiran kami ke bumi Sepanyol sahaja sebelum ini. kebetulannya  TYT Duta Besar Dato Akmal bin Che  Mustaffa ada program beberapa hari di Cordova dan tidak dapat bersama kami. Bagaimanapun kami amat beruntung kerana  Penasihat Kedutaan yang juga merupakan Ketua Canseri menyambut kehadiran kami pada pagi yang hening tersebut.

Terletak di Passeo De la Castellana, 91-10, Edificio Centro 23, 28046, Madrid Spain, dikelilingi rumah agam dan kejiranan mewah serta pejabat kerajaan, walaupun tidak jauh dari kota Madrid, namun bebas dari bingit kenderaan dan kesibukan kota yang amat mendamaikan.












Kami disambut mesra oleh Ketua Canseri Encik Farhan Dan Puan Nor Adilah Adnan  seawal jam 8.30am. Bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh pejabat kedutaan amat mengkagumkan kami, khususnya membantu memudahkan proses penyediaan laporan polis dan terjemahan teks ke bahasa Inggeris amat kami sanjungi. Kebetulannya ada di kalangan peserta delegasi kami yang ditimpa musibah apabila kenderaan kami dipecah masuk dan melibatkan kehilangan beberapa dokumen serta barangan peribadi. 

Sebelum berangkat pulang, Delegasi MSNM diminta menandatangani buku lawatan. Kami juga dijamu sarapan pagi dengan makanan ringan dan teh Sepanyol yang sedap dan mengasyikkan. InsyaAllah berkebetulan masa kita bertemu lagi.

LA MEZQUITA MAYOR DE GRANADA: MASJID PERTAMA DI GRANADA SELEPAS KEJATUHAN ANDALUSIA



La Mezquita Mayor de Granada (The Greater Mosque of Granada) ialah masjid yang dirasmikan pada tahun 2003 di bandar Granada yang mewakili komuniti autonomi Andalusia, Sepanyol Selatan. Ia merupakan masjid pertama yang dibina di bandar ini sejak 1492, selepas terhenti selama 500 tahun.

Masjid ini mempunyai Pusat Pengajian Islam sendiri yang menjalankan pelbagai program seperti persidangan, kelas bahasa Arab, pameran dan kursus mengenai topik berkaitan Islam dan warisan Islam di Sepanyol. Di samping itu, ia juga mempunyai pusat bantuan untuk golongan yang memerlukan dan umat Islam amnya serta perpustakaan dengan teks dan bahan audiovisual mengenai Islam dalam bahasa Arab, Inggeris dan Sepanyol.

Lokasi masjid ini yang terletak di Plaza San Nicolás, dalam kejiranan Albaicín yang penuh sejarah. Masjid Agung Granada ini terdiri daripada tiga elemen atau struktur binaan yang berbeza: taman, ruang solat (iaitu masjid itu sendiri) dan Pusat Pengajian Islam.

Taman ini menghadap ke lembah sungai Darro dan Gunung Sabika, yang di atasnya terdapat istana Alhambra yang indah dan terkenal. 

Masjid Agung ini dihias dengan unsur-unsur murni yang diambil daripada tradisi kesenian Islam. Mihrabnya menunjukkan arah solat adalah replika mihrab di Masjid Córdoba. Panel kayu cedar Atlas yang diukir buatan tangan mengandungi ayat Al-Quran dan asma al-Husna yang indah.


Panel marmar dengan warna yang berbeza adalah sama dengan panel yang terdapat di Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis. Tingkap kiblat yang besar adalah salinan atau gambaran seperti yang terdapat di Masjid Biru Istanbul Turkiye.. Air pancut dan mozek di laman pula memberikan akses ke ruang solat telah dibina oleh tukang dari Fez Maghribi, yang mengekalkan reka bentuk dan teknik yang sama yang digunakan di Granada pada era Muslim 1,000 tahun lalu.

Pusat Pengajian Islam mengandungi perpustakaan dengan teks tentang Islam dalam bahasa Arab, Sepanyol dan bahasa lain, serta media audiovisual. Ia juga termasuk bilik persidangan dengan kapasiti untuk 140 orang dan dewan pameran. Di tingkat bawah dan di dewan pintu masuk utama adalah penerimaan dan kedai buku, kraftangan dan cenderamata Masjid atau Mezquita Mayor de Granada 

Imam  Syeikh Ahmed Barmenjo

Imam Syeikh Ahmed Barmenjo adalah imam yang bertugas di Mezquita Mayor De  Granada sejak beberapa tahun yang lalu, Berusia awal 40an dan merupakan kelahiran Granada,  seorang yang berperwatakan peramah, lemah lembut dan kaya dengan senyuman. kesempatan menziarahi beliau merupakan satu peluang besar yang diberi oleh Allah swt di mana kami  saling bertukar fikiran dan berbincang mengenai keadaan semasa khususnya hubungan komuniti setempat dan kewujudan masjid ini dan hubungan yang baik dengan kerajaan sepanyol sehinggalah masjid ini terbina. Beliau juga tidak lekang mengucapkan terima kasih kepada kerajaan sepanyool ketika itu atas dasar terbuka mereka sehingga wujudnya masjid ini.Kewujudan masjid ini merungkai banyak perkara khususnya melibatkan kesatuan dan kebajikan kaum muslimin khasnya di Granada setelah 500 tahun terabai. 





Bersama Imam Syeikh Ahmed Barmenjo dan 
seorang tetamu dari Turkiye


Berehat selepas menunaikan solat zohor di Mezquita De Granada





Istana al Hambra dari laman belakang Mazquita mayor De Granada


Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...