Monday, June 26, 2023

MEDINA AZZAHRA: BUKTI KASIH PENGUASA YANG TIDAK BERTAHAN LAMA

Medina Azzahra atau dikenal sebagai kota yang bersinar ini merupakan sebuah istana dan pusat  pemerintahan kerajaan Islam pada tahun 900-an Masehi di Cordoba. Tempat ini juga merupakan sebuah kota pemukiman yang indah yang dibangun di atas kontur lahan bertingkat 3. Di tingkat teratas merupakan pusat pemerintahan, tingkat kedua adalah pemukiman warga, dan yang terbawah adalah taman yang indah.

Medina Azzahra terletak sekitar 13 km dari pusat kota Cordoba. Kawasan ini ditemui arkeologi buat pertama kalinya pada tahun 1910. Sejak itu dibuat penggalian dan penelitian runtuhan Medina Azzahra hingga pada 1923, Kawasan ini selanjtnya diwartakan sebagaikawasan  bersejarah. Pada tahun 2014, Medina Azzahra diiktiraf sebagai salah satu warisan budaya dunia oleh Unesco. Sejak itu Medina Azzahra tidak pernah sepi dari kedatangan pelancong seluruh dunia.


Kota ini dibina oleh Abdul Rahman III ditahun 900an tidak lama sebelum jatuhnya kepada kerajaan Sepanyol. Selain dibangun untuk menandakan kebesaran kerajaan Islam saat itu, Medina Azzahra konon merupakan bangunan yang dibina oleh Khalifah Abdurrahman III untuk sang istri yang dicintai bernama Zahara. Bangunan ini dibuat untuk menggembirakan istri yang sering merindui kampung halamannya. Sayangnya, Medina Azzahra tidak berumur panjang. Tidak sampai 1 abad, pasukan Barbar berhasil merebut dan menghancurkan kota ini.



Medina az Zahra

Duduk berteleku
Antara dua lutut di tengah Medina azZahra
air mata seakan mengalir
Titisnya bukan air yang menitik
Tapi darah yang menyimbah

Sebak bagai meraung tiada suara
Ngilu bagai dihiris tanpa luka
Lantainya diinjak
Penuh debu habuk jalanan
Melekat di tapak sepatu antara suci  air wudhuk
dan najis haiwan

Tiada lagi kemuliaan

Dindingnya disingkap telanjang
Yang ada hanya patung-patung salib
Bagai menyongsing lengan penuh tatu

Medina azzahra
Bukan saksi kegemilangan sejarah
 
Tapi parut luka yang parah


Cordoba
12 Jun 2023












ROMAN BRIDGE: JAMBATAN YANG MENYAKSI RATAPAN MUSLIM MOORS

 DISAPA ANGIN RIMAS LANGIT CORDOBA

Berjalan melewati Roman Bridge Puente Romano
mencuri rasa kagum
Binaan Byzantine yang tidak dimakan kurun
Lantai landarnya bergegar disapu air
Mengalir di bawahnya sungai Guadalquvir
Burung burung hering berlegar di langit Cordoba
Angin utara Puerta del puente
Menyapu menara Colahora di selatan
Lesu dan pilu
Bagai ingin memberitahu sesuatu

Daun daun Patio De  Los naranjos
dan rumput rumput lalang  di kaki sungai
Batu kerikil dan dinding jambatan yang kaku
Bagai berteriak dan meraung
memberitahu

Sesekali 
Disapa angin  rimas
Musim panas di langit Cordoba
Tiba-tiba langkah terpaku
mengunci lutut 
Hingga tidak lagi mampu melangkah 

oo bangunlah umatku
Sekian lama tanah ini tertindas
lantai yang kamu injak
adalah hirisan daging dan darah moyangmu
mahukah engkau kekal disalib 
dilantai jambatan ini

12 Jun 2023


Roman Bridge atau Jambatan Rom yang dibina sejak tahun 1000M, kekal utuh dan indah menghubungkan daratan menyeberangi sungai Guadalquvir.


Menara Collahora, dibina semula oleh Dinasti al Muwahhidun pada kurun ke 12 bagi menguatkan lagi sistem pertahanan di jambatan.


Puerta De puente, pintu gerbang Renaisans yang dibina pada kurun ke 16 oleh pemerintah Sepanyol. pintu gerbang ini juga pernah dijadikan lokasi penggambaran movie Games Of Thrones musim ke 5. 


Sungai Guadalquvir yang menjadi saksi petualangan kristian hingga runtuhnya kota Cordoba dan istana di Medina az zahra. Di dinding kubu terdapat sebuah kincir air yang dikenali sebagai La Nora, dibina oleh arkitek dari Andalus, Ibn Bassal yang hidup antara tahun 1083 hingga 1075


Tugu Archangel Raphael di tengah-tengah jambatan Rom, Cordoba. patung St. Raphael  ini adalah memperingati penaung Cordoba selepas kejatuhan Islam pada kurun ke 17 bagi memadamkan kenangan dan ingatan kepada zaman tamadun Islam, mereka membina patung ini dan menjadikan tempat orang-orang kristian  berdoa dengan meletakkan lilin dan setanggi.
                                    







DARI EL AEROPUERTO DE MADRID -BARAJAS KE CORDOBA

 


Dari Lapangan terbang madrid, Mr Nabeel yang siap menanti di ruang parkir mempelawa kami naik coaster VW model 2015. Selepas berkenal-kenalan, kami bersiap untuk meneruskan perjalanan ke Cordoba. Kami didiberitahu tidak terus ke hotel penginapan, sebaliknya meneruskan perjalanan  lebih kurang empat jam ke Cordoba bagi memenuhi geran kajian  yang telah ditetapkan.

                              

Perjalanan yang agak memenatkan dan agak jauh dari Kota Madrid. Mengurangkan rasa rimas kami, Mr Nabeel Pedro De Pedro memberhentikan kenderaan dan mempelawa kami untukl meneguk teh dan rehat di RNR. Baki perjalanan dijadualkan masih ada dua jam lagi.

Pak Chat, banyak membantu kami di Sepanyol


Bergambar di hadapan restoran al Baraka, sebuah Restoran Halal Muslim  yang dimiliki oleh orang Morocco. Makanan juga agak baik dan menyelerakan. Boleh lah telan. Cuma kos agak mahal lah sikit. 8 Euro. Dengan RM agak terasalah sikit....  



Kami  meneruskan perjalanan selepas 20 minit rehat dan makan tengahari. Sepanjang perjalanan, kami cuba untuk tidak melelapkan mata walaupun sangat keletihan kerana tak ingin melepaskan peluang melihat pemandangan tanah Sepanyol...

Istana di Medina az zahra di Cordoba semakin hampir kami dekati...

TIBA DI LAPANGAN TERBANG BARAJAS ADOLFO SUAREZ MADRID

Menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Madrid-Barajas Adolfo Suarez Spain lebih kurang jam 9.30am.

Selesai mengambil bagasi kami segera berkumpul di ruang kosong dan bersiap untuk keluar memijak tanah Sepanyol. 

Ada di kalangan kami yang mengambil peluang untuk ke tandas bagi membersihkan diri. Kejutan pertama di sini: tandas sememangnya tidak dibekalkan air. ..oo yea.. 

sempat bergambar di hadapan kedai  ruang ketibaan

Nabeel pedro de Pedro, Mr Nice Guy

Lapangan terbang Madrid atau El Aeropuerto de Madrid-Barajas  ialah lapangan terbang terkemuka Sepanyol dari segi trafik penumpang, kargo udara dan bilangan operasi. Ia menduduki carta ke-5 dalam klasifikasi lapangan terbang Eropah mengikut data dari Agensi Eurostat, dan merupakan yang kelima belas (15) di dunia dari segi trafik penumpang, menurut statistik ACI.

El aeropuerto de Madrid-Barajas  mempunyai empat terminal penumpang, Terminal Eksekutif, pusat kargo udara dan dua kawasan hangar utama, satu di Kawasan Perindustrian Lama, antara T3 dan T4, dan satu lagi di Kawasan Perindustrian La MuƱoza.

Bienvenido a EspaƱa

DARI NILAI KE MADRID

Ahad 11 Jun 2023, jam 3pm peserta Geran Penyelidikan MSNM berkumpul di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Kami dijadualkan berangkat ke Madrid jam 7.00pm untuk misi seterusnya. 

Antara peserta delegasi tahun ini terdiri daripada  YAA Datuk Mohd Nadzri (Datuk Roi) selaku ketua delegasi, YA Tuan Abdul Razak Mat nayan, HMTS Melaka, Tn Saifuddin Othman, PPK, Puan Jameah (HMRS Melaka Tengah dan Tn Amiruddin HMRS Alor Gajah. Pada tahun ini jumlah peserta dikecilkan bagi mematuhi kehendak Pekeliling yang berkuatkuasa dan dasar baharu penjimatan Kerajaan Negeri.





Jam 6.40 pm kami semua sudah berada dalam perut Ittihad Airlines dan bersedia untuk berlepas . Kami dijadualkan tiba di Abu Dhabi  lebih kurang jam 2am  dan transit di sana  beberapa jam sebelum berlepas ke Madrid Sepanyol lebih kurang jam 4 pagi dan dijangka tiba di Madrid lebih kurang jam 9 am waktu Sepanyol. 



Selamat tiba di Lapangan Terbang Madrid
Mr Nabel Pedro De Pedro sebagai tourist guide kami


singgah membasahi tekak di San Luis Restaurant


   

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...