Dari sudut yang lain, adalah terlalu kurang bahan rujukan mengenai pengendalian kes di Mahkamah Syariah berbanding dengan buku-buku rujukan lain yang kebanyakannya secara khusus memfokuskan kepada permasalahan atau isu semasa. Kertas-kertas kerja atau seminar yang diadakan mengenai tatacara mal juga tidak banyak yang dibukukan. keadaan ini tentulah menyukarkan pengamal-pengamal undang-undang syariah untuk membuat rujukan dan mempraktikkan tatacara pengendalian kes di mahkamah Syariah. penghasilan buku ini adalah diharap dapat memberi panduan yang bermanfaat kepada mereka.
Dari aspek perbicaraan kes-kes mal di Mahkamah Syariah, pendekatan dibuat biasanya secara umum yang mungkin dicetuskan berasaskan pengalaman dan mengambil kira peruntukan dalam statut yang dikuatkuasakan. Sebagai contoh, Tan Sri Dato’ Sheikh Ghazali Hj Abdul Rahman dalam beberapa tulisan beliau antara lain apabila membincangkan bagaimana proses perbicaraan kes-kes mal tidak merujuk kepada satu bentuk tertentu atau piawaian bagaimana pendengaran dan perbicaraan kes itu berakhir, dan menjelaskan beberapa isu berkaitan berdasarkan kes-kes yang diputuskan di Mahkamah Syariah.[1] Boleh dikatakan bahawa kajian dan penulisan tentang prosedur yang berkaitan dengan tuntutan mal di Mahkamah Syariah tidak banyak ditemui. Ini kerana sebagaimana dimaklumi bahawa kerajaan-kerajaan negeri baru sahaja menggubal undang-undang khusus yang berkaitan dengan tatacara mal di Mahkamah Syariah iaitu mulai tahun 1980an[2] dan kebanyakan negeri hanya menggunakan beberapa peruntukan berkaitan yang terkandung di dalam enakmen induk (Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam) dan juga tertakluk di atas budi bicara kadi-kadi untuk meneruskan amalan sedia ada.
Antara penulisan yang dapat dikesan ialah oleh Mohd Raziff Tan Sri Zahir yang menulis mengenai tuntutan-tuntutan mal di Mahkamah Syariah.[3] Beliau antara lain menjelaskan bahawa terdapat perbezaan prosedur permohonan tuntutan mal di negeri-negeri dan termasuklah dari perbezaan bidangkuasa mahkamah yang mendengar tuntutan mal serta isu-isu lain yang berkaitan misalnya locus standi, permohonan ex parte, penggunaan affidavit dan penguatkuasaan perintah.[4] Penyelidikan lain yang berhubung dengan prosedur mal di Mahkamah Syariah dibuat oleh Mohd Zaidi bin Md. Zain @ Zakaria. Desartasi beliau bertajuk ‘Kanun Prosedur Mal Syariah Selangor 1991: Suatu Kajian terhadap pelaksanaannya di Mahkamah Syariah Selangor Darul Ehsan’.[5] Kajian beliau tertumpu kepada pemakaian undang-undang Acara Mal yang dipakai di Mahkamah Syariah di Negeri Selangor yang meliputi aspek pengaduan, pemfailan, perbicaraan, penghakiman, pelaksanaan perintah dan rayuan. Apa yang menarik dalam kajian ini ialah beberapa kelemahan peruntukan dalam prosedur yang dipakai termasuklah mengenai soal ex parte, amalan perlantikan wakalah dan lain-lain.[6]
Berbeza sedikit dengan penghasilan buku ini, perbincangan yang diutarakan bukan bertujuan untuk mengkritik dan mencari kelemahan peruntukan yang sedia ada, tetapi perbincangannya lebih memfokuskan kepada kehendak-kehendak Undang-Undang Tatacara Mal dan amalan-amalan secara praktikal di Mahkamah Syariah. Penghasilan buku ini sekurang-kurangnya menambahkan koleksi mengenai penulisan undang-undang tatacara mal di Mahkamah-mahkamah Syariah seluruh Malaysia. Biarpun ianya mungkin tidak mampu menjelaskan secara akademik, namun sesuai dengan tajuknya ‘Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah, Prinsip dan Amalan’, penerangan yang diberikan mengikut amalan semasa Mahkamah Syariah mungkin sedikit sebanyak dapat membantu pembaca terutamanya yang baru berkecimpung dengan sistem kehakiman syariah di Malaysia. Setidak-tidaknya sebagai satu panduan asas yang perlu ditambah dengan rujukan-rujukan lain yang lebih berotoriti.
[1] Dr Suwaid Tapah, Undang-Undang Mal Syariah, dalam Mahkamah Syariah din Malaysia: Pencapaian dan Cabaran Alaf Baru, Ahmad Hidayat Buang, (ed), Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2005, hlm. 29.
[2] Sebagai contoh Enakmen Tatacara Mal Negeri Kedah 1979 berkuatkuasa pada 1984, Enakmen Acara Sivil Syariah Negeri Kelantan 1984 berkuatkuasa pada 31 Januari 1985, kanun Prosedur Mal Syariah Negeri Selangor 1991, Ordinan Acara Mal Syariah Sarawak 1991, Enakmen Prosedur Mal Syariah Sabah 1993 dan lain-lain.
[3] Mohd Raziff Tan Sri Zahir, Tuntutan-tuntutan Mal di Mahkamah Syariah Dari Aspek Amalan, dalam Ahmad Hidayat Buang (ed), hal 128-142.
[5] Desartasi Sarjana Syariah, Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2000. Lihat juga Dr Suwaid Tapah, Ibid, hlm. 30.
“Seorang Hakim di Mahkamah Syariah bukan sahaja perlu melihat kepada Hukum Syarak dan undang-undang pokok akan tetapi perlu juga mempastikan bahawa peraturan mengenai acara dipatuhi.” - Prof. Ahmad Ibrahim
(i)
Mahkamah Syariah seringkali dilabel sebagai mahkamah kelas kedua, gagal menjalankan tanggungjawab dalam mengendalikan urusan hal ehwal umat Islam terutamanya yang melibatkan kes-kes keluarga, tidak adil, berat sebelah dan lebih condong kepada kaum lelaki dan sebagainya. jika diamati, undang-undang Islam setakat yang dibenarkan oleh statut telah lama diamalkan di Malaysia. Masa yang panjang seharusnya memberi ruang yang luas kepada Institusi Mahkamah Syariah untuk memperkem- bangkan dan membuktikan kemampuannya kepada masyarakat. Malangnya komen-komen negative masih terus kedengaran sehingga perbincangannya dibawa ke dalam dewan parlimen.
Antara Kelemahan ketara di Mahkamah Syariah bukanlah kepada undang-undang yang sedia ada. Apa yang berlaku ialah cara bagaimana undang-undang itu dijalankan. Undang-undang Keluarga Islam sebagai contohnya, telah dipinda dari masa ke semasa dan hampir memenuhi kehendak masyarakat walaupun tidak dapat memenuhi naluri semua pihak. Peraturan perkahwinan, perceraian, hak-hak semasa dan selepas perceraian, masalah-masalah yang timbul selepas perceraian, boleh dikatakan hampir semuanya ada diperuntukkan di dalam undang-undang Keluarga Islam. Demikian juga yang melibatkan harta-harta dan kewangan termasuklah masalah pembahagian pusaka, wakaf, hibah, wasiat, pemelukan dan perisytiharan keluar Islam dan sebagainya telah digubal bagi memberikan keadilan sewajarnya kepada pihak yang berhak. Malah undang-undang Syariah di Malaysia dikatakan antara yang terbaik di dunia berbanding Negara-negara Islam yang lain. Bagaimanapun cemuhan tetap timbul di kalangan masyarakat awam mengenai kelemahan pentadbiran organisasi Mahkamah Syariah terutamanya dari segi pengendalian kes.
Kritikan dari masyarakat biasanya timbul atau lahir apabila mereka tidak berpuashati dengan cara pengendalian kes yang diamalkan oleh Mahkamah Syariah. Masyarakat seringkali merungut apabila menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan masalah yang timbul misalnya, banyak borang-borang yang perlu diisi, penggunaan borang yang tidak sesuai dengan kehendak kes, penangguhan yang kerap, penyempurnaan saman yang diragui, defendan yang tidak pernah hadir, saksi yang enggan datang membantu, perebutan anak, perintah yang tidak dipatuhi, dan sebagainya. Masalah-masalah tersebut, walaupun dilihat secara mata kasar hanyalah perkara normal yang berlaku pada setiap masyarakat didunia ini, tetapi ianya menjadi mudah, licin dan teratur apabila diuruskan dengan sempurna mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. kegagalan memahami peraturan-peraturan tersebut, menyebabkan berlakunya ketidak adilan, kerumitan dan kesukaran kepada pihak-pihak yang terlibat. Kerana itulah Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah telah digubal bagi memudahkan jalan penyelesaian kepada pengurusan masalah tersebut.
Seadil mana pun undang-undang digubal bagi memenuhi keperluan masyarakat, akan tetapi undang-undang itu akan menjadi tidak bermakna jika pengendaliannya dibuat mengikut kehendak naluri Hakim atau peguam yang mengendalikan kes tersebut semata-mata tanpa mengikut tatacara yang ditetapkan. Atau, jika ada tatacara sekalipun, ianya tidak dipatuhi dan diikuti, sama ada kerana kelemahan atau kejahilan memahami maksud peraturan itu, maka undang-undang yang adil dan sempurna itu akan dilihat sebagai tidak adil dan zalim pada masyarakat. Maka keperluan kepada mempelajari dan memahami cara mengendalikan kes adalah sesuatu yang amat mustahak dan menjadi amat penting dalam menegakkan keadilan.
Mengendalikan kes mengikut peraturan yang telah ditetapkan secara cekap dan sempurna menjadikan seseorang Hakim dan peguam syarie itu dipandang lebih mulia dan berwibawa. Masyarakat akan berpuashati dan pihak-pihak akan akur dengan keputusan mahkamah sekalipun mereka gagal dalam menuntut sesuatu hak, kerana percaya kepada kredebiliti mahkamah yang mengendalikan kes tersebut.
Tidak dinafikan, pengendalian yang baik dalam menguruskan kes di mahkamah memberikan kesan yang besar kepada pihak-pihak. Sejarah kehakiman Islam telah membuktikan bagaimana pengendalian yang sempurna itu memberikan kepuasan kepada masyarakat. Dalam satu riwayat ada menyebutkan bahawa Hakim Syuraih yang mengadili perbicaraan antara Saidina Ali Karramallah ‘Ala Wajhah dan seorang lelaki Yahudi yang dituduh mencuri baju besi baginda. Dalam kes tersebut, Hakim Syuraih telah menolak dakwaan Saidina Ali kerana kekurangan bukti dan memberikan hak kepada orang bukan Islam iaitu lelaki Yahudi tersebut. Kagum dengan pengendalian kes yang dilaksanakan oleh Hakim Syuraih secara adil dan mengikut prosiding yang ditetapkan oleh Hukum Syarak, menyebabkan lelaki Yahudi itu memulangkan kembali baju besi tersebut. Dalam riwayat yang lain dikatakan beliau telah memeluk Islam kerana tertarik dengan keindahan dan keadilan yang ditunjukkan oleh sistem perundangan Islam.
kes ini membuktikan bahawa sesuatu undang-undang itu dipandang dari sudut pengendaliannya yang teratur, kerana itulah yang mencerminkan keadilan yang sebenarnya. Sesuatu undang-undang itu dikatakan adil bila dilaksanakan dengan cara yang penuh berhemah dan mengikut aturan. Akan tetapi kemuliaan undang-undang itu akan menjadi buruk dan zalim apabila ia tidak dilaksanakan secara tersusun. Sebagai contohnya, di dalam buku Pengembaraan Ibnu Batutah ada disebutkan tentang pemerhatiannya sepanjang pengembaraannya mengenai amalan-amalan kadi yang korap dalam mengendalikan kes, berat sebelah dan mengharapkan ganjaran, menghukum tidak mengikut kehendak syarak dan sebagainya. Antaranya sewaktu pengembaraannya ke Negeri Mali, ada dikisahkan bagaimana seorang pemanah Iraq yang dibunuh rakannya, mayatnya dibiarkan reput dan busuk. Jenazahnya lambat dikebumikan kerana prosiding perbicaraan yang lemah dan akur dengan kehendak Naib Sultan sehingga tertangguhnya hukuman kepada pembunuh dalam usaha naib sultan yang ingin membebaskan pembunuh tersebut dengan membayar wang gantirugi dan sebagainya. Sebahagian kisah-kisah yang diceritakan oleh Pengembara agung tersebut menunjukkan bagaimana undang-undang Islam yang mulia dan adil itu dilihat zalim dan tidak bertamadun kerana pengendaliannya yang tidak mengikut etika kehakiman syarak dan dilaksanakan secara tidak teratur. Dari kisah-kisah tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa, pengendalian kes yang teratur mengikut tatacara yang ditetapkan oleh Hukum Syarak itulah yang mencerminkan keadilan sebenarnya.
Atas kesedaran itulah, buku Undang-Undang Tatacara Mal di Mahkamah Syariah ini dihasilkan. Ianya bertujuan untuk membantu pengamal-pengamal undang-Undang Syariah seperti peguam Syarie, Hakim Syarie dan semua pihak yang terlibat atau yang berurusan dengan Mahkamah Syariah termasuklah para pelajar undang-undang syariah di institusi pendidikan tinggi untuk mempraktikkan amalan guaman syarie dan membantu meningkatkan lagi kemahiran mengendalikan kes di Mahkamah Syariah dan menonjolkan kepada masyarakat awam bahawa undang-undang Islam yang diamalkan di Negara ini adalah suatu undang-undang yang adil dan mulia. Masyarakat akan menilai sesuatu itu baik berdasarkan tatacara pengendaliannya.
Contoh lain yang lebih jelas ialah, satu ketika dulu masyarakat agak panik dengan hasrat kerajaan Negeri Kelantan ingin mewujudkan hukum hudud, sehingga timbul perdebatan hangat yang mana akhirnya pelaksanaan tersebut telah tertangguh dan tidak dapat dilaksanakan. Yang terbaru ialah mengenai isu seorang model yang dijatuhi hukuman sebat oleh mahkamah Syariah di sebuah negeri di Pantai Timur Negara ini dengan mendapat liputan meluas di akhbar tempatan. Keadaan ini menggambarkan secara jelas kekeliruan dan ketakutan masyarakat tentang keindahan, kemuliaan dan keadilan undang-undang Islam. Apa yang ingin disentuh disini ialah, kebimbangan itu wujud bukan kerana undang-undang itu sendiri, tetapi kebimbangan sebenar ialah mengenai bagaimana undang-undang itu dilaksanakan nanti. Sungguhpun sebahagian besar rakyat Malaysia yang beragama Islam faham keadaan tersebut, tetapi kebimbangan itu wujud antaranya ialah kerana ketidakyakinan masyarakat terhadap pengendalian undang-undang itu yang mungkin tidak mampu dilaksanakan secara sempurna. Maka tidak dapat tidak, undang-undang tatacara mal adalah suatu undang-undang yang penting untuk dipelajari dan diterokai, kerana kemahiran mengendalikan kes dengan sempurna akan menambahkan keyakinan masyarakat, maka tidak hairanlah suatu hari nanti, undang-undang Islam akan diterima dengan baik oleh semua lapisan masyarakat di Negara ini apabila masyarakat mula tertarik dengan susunan dan ketertibannya yang diamalkan di Mahkamah-mahkamah Syariah!
Pagi ini aku bangun sahur jam 3.30 pagi. Kemudian cepat-cepat kami bersiap untuk mengerjakan solat subuh di Masjidilharam. Aku mengenakan jubah putih labuh dan serban merah yang dibeli di pasar al Harem di Madinah berhadapan dengan masjid Nabawi tempoh hari. Buat pertama kalinya aku mengerjakan solat tahiyatul masjid, solat taubah dan solat tahajjud di Masjidilharam yang amat khusyuk di tingkat atas (tingkat 3) bangunan Masjidilharam. Amat jelas dengan pandangan bumbung kaabah yang mulia.
Sekembalinya dari Masjidilharam, lebihkurang jam 7.30 pagi kami berkumpul di lobi hotel untuk mengerjakan ziarah di kota Mekah. Kami dibawa ke Jabal Nur iaitu tempat terdapatnya gua Hira’ dimana Rasulullah SAW menerima wahyu yang pertama (iqra’ bismirabbika…), Bukit Thur tempat Nabi saw bersembunyi dari golongan Musyrikin Quraisy yang ingin membunuhnya. Kemudian kami menuju ke Jabal Rahmah, tempat di mana Siti hawa berdoa untuk bertemu kekasihnya yang juga suaminya Nabi Adam AS.
Di Jabal Rahmah, dikatakan tempat yang amat mustajab doa bagi mereka yang ingin mencari jodoh. Wallahu’alam.
Jabal Rahmah, di puncak inilah Siti hawa RA berdoa
agar diketemukan dengan Nabi adam As.
Di Jabal Rahmah juga aku berpeluang menaiki unta yang telah lama aku idam-idamkan. Pengembala-pengembala unta dari golongan Arab badwi ini menggunakan tipu helah dengan meletakkan unta betul-betul berhadapan dengan pintu bas. Si unta pula adalah binatang yang amat patuh pada tuannya, tidak akan berganjak selagi tidak diarahkan oleh tuannya bangun sehinggalah ada diantara jemaah yang sudi menunggangnya. Aku memilih seekor unta dan menunggang bersama ku ialah Imam Sutan Gajab. Pengembala unta tersebut membawa untanya mengelilingi kawasan dataran tempat parking dan mengambil beberapa keping gambar. Selesai mengambil gambar, beliau meminta upah yang amat mengejutkanku, tujuh puluh rial bagi tujuh keping gambar, Masyaallah! Mereka adalah pendusta besar, meskipun hati terasa agak marah dengan kejadian itu, aku memendamkan perasaan kerana niat ingin beribadat. Lagi pun mereka tidak akan kaya jua dengan hanya mencekik darah jemaah umrah seperti itu. Aku kemudiannya mendaki puncak Jabal rahmah bersendirian.
Beberapa orang asing kebanyakannya dari Afrika seperti Sudan, mali dansebagainya mengendeng datang dan memujukku agar mengambil beberapa keping lagi gambar, namun aku menolaknya kerana tidak ingin menambah lagi kemarahan yang belum reda diperdayakan oleh mereka. Di anak-anak tangga mendaki puncak itu, kelihatan agak ramai peminta sedekah yang kudung tangan dan kaki mereka mengharapkan simpati pengunjung. Dikatakan mereka ini kudung tangan atau kaki mereka kerana dipotong akibat kesalahan mencuri, kerana itulah mereka tidak begitu dipedulikan di Kota Mekah, masyaalah, moga dijauhkan aku dari segala bala’. Sejauh mana kebenaran kenyataan itu, tidak pula aku peduli untuk mengetahui lebih lanjutnya.
Dari Jabal Rahmah, bas kami meluncur ke Jamrah dimana tempat jemaah haji melontar Syaitan. Bagaimanapun kami gagal untuk memasuki tempat jamrah kerana ada kerja-kerja membesarkan laluan sempena musim haji nanti. Di sepanjang perjalanan dapat dilihat kawasan berkhemah di mina, mudzalifah dimana khemah-khemah disusun beribu-ribu banyaknya mengikut negara-negara tertentu bagi memudahkan jemaah haji bermalam.
Kami kemudiannya mengakhiri ziarah dengan menuju ke Jaaranah. Di Jaaranah ini cadangnya kami akan berniat umrah di masjid Jaaranah. Malangnya hari yang sangat panas dan hidung ku sekali lagi berdarah kerana bahang yang agak panas menyebabkan aku dan ustaz Yahya membatalkan niat untuk berniat ihram disini walaupun pakaian ihram dan kelengkapan lain telah ku sediakan.
Balik ke Hotel, kami bersiap untuk berbuka puasa dan mengerjakan solat isyak serta tarawih di Masjidilharam. Imam mengalunkan solat dengan bacaan yang syahdu malah menangis teresak-esak sewaktu membaca surah-surah yang menyayat hati dari ayat-ayat A li-Imran. Aku turut dibuai terutamanya waktu doa Qunut. Malam ini terasa lebih segar dan kuat berbanding hari sebelumnya.
Balik dari solat subuh di Masjidilharam, aku tidak menyertai jemaah yang lain kerana kepenatan mengerjakan ihram malam tadi. Aku terus balik ke bilik hotel dan merebahkan badan langsung tertidur. Jam 11.30 am, aku dikejutkan oleh pakcik Adam untuk bersiap-siap mengerjakan solat zuhur di Masjidilharam.
Menjelang petang, setelah solat asar, kenikmatan lain mulai merasuk. Berbondong-bondong kaum Muslimin mulai memadati Masjidilharam untuk menunaikan solat maghrib dan tentunya berbuka puasa bersama.
Di depan halaman masjid, puluhan orang membahagi-bahagikan makanan, mulai dari kurma, susu, pisang, roti, dan makanan lain. Di dalam dan di luar masjid sudah terhampar plastik panjang yang di atasnya tersaji kurma dan air zamzam. Ribuan kaum Muslimin dari seluruh penjuru dunia menantikan azan magrib untuk berbuka puasa bersama. Ketika azan berkumandang, serentak ribuan kaum Muslimin melakukan buka bersama, regukan secangkir air zamzam dan sebutir kurma menghilangkan rasa haus dan lapar di tanah suci itu dengan kenikmatan yang tiada tara.
iftar - Masjidil haram
Kebersamaan, rasa berbagi, dan kesatuan sosial menyatu dalam jalinan kasih sayang di antara kaum Muslimin. Selesai acara berbuka, iqamah berkumandang untuk mengajak menunaikan solat Maghrib. Menjelang Isya’, jemaah kembali berkumpul untuk menunaikan salat isya’ dilanjutkan dengan solat tarawih. Di depan Kaabah, solat isya’ dan tarawih terasa lebih khusyuk, apalagi dipandu lantunan suara imam Masjidilharam yang bening menyentuh kalbu membaca ayat-ayat Allah dengan fasih, lantang, dan merdu mengimami saf jemaah yang rapat menghadap Kaabah. Imam menghabiskan surah al-Baqarah untuk tarawih pada malam kedua di Masjidilharam.Meskipun surah-surah yang dibaca begitu panjang, namun tak terasa lama karena nikmatnya mendengar ayat-ayat Allah yang indah dan dibaca dengan fasih dan enak didengar. Selesai tarawih, dilanjutkan dengan tawaf sunah, mengelilingi Kaabah mengharap mardhatillah.
Jam 3.00 am 22hb September, Aku mengerrjakan solat subuh terakhir di Masjid Nabawi. Terasa sayu sewaktu meninggalkan pekarangan Masjid kerana ini adalah subuh terakhir ku di masjid ini. Entah bila rezeki ku untuk kembali mengerjakan solat subuh yang syahdu dan tak pernah ku temui semenjak hayatku kecuali di Masjid Nabawi. Bagaimanapun, agak pelik juga kerana Imam tidak sujud sajadah sedangkan pagi ini adalah pagi jumaat. Menurut ustaz Yahya, Di Masjid Nabawi, Sujud sajadah hanya di buat dua kali sahaja dalam sebulan dan bukan pada setiap kali hari jumaat. Aku kemudiannya mengerjakan Ziarah wida’ dan salam selamat tinggal kepada Rasulullah SAW di makamnya.
bergambar kali terakhir di Hotel 'Alia al-Zahra, Madinah
sebelum bertolak ke Makkah untuk mengerjakan umrah
Jam 11.30 tengahari, kami bersiap untuk mengerjakan solat jumaat di Masjid Nabawi. Solat yang panjang dan mengasyikkan. Sebaik selesai solat, aku bergegas pulang ke hotel untuk makan tengahari dan mandi sunat ihram kerana selepas ini kami akan berangkat ke kota Mekah untuk mengerjakan ibadah Umrah. Dari bilik Hotel, aku merenung sayu perkuburan Baqi’ yang menempatkan sahabat Rasulullah Saw iaitu saidina Uthman bin Affan dan isteri-isteri baginda Rasulullah saw termasuklah Siti Khadijah . Jam 2.35 pm, bas sudah sedia menunggu kami untuk bergerak ke kota Mekah. Aku dan jemaah lain telah bersiap memakai pakaian ihram. Kami kemudiannya bertolak ke Bir Ali. Setibanya di Bir Ali, semua jemaah umrah bersedia untuk mengerjakan solat sunat tahiyyatul masjid dan berniat ihram. Ustaz Yahya berpesan agar aku menanggalkan jam dan cincin dan semua pakaian yang bersarung. Perjalanan dari Bir Ali ke Kota Mekkah mengambil masa beberapa jam lagi. Sepanjang perjalanan di atas bas, ketua rombongan kami, Tuan Haji Jaafar dan ustaz muda Imam Azli, pembimbing ibadah kami mengumumkan kepada jemaah untuk memulai ihlal ihram dengan berucap “Labbaika allahumma umratan (Ya Allah! Kami penuhi panggilan-Mu untuk menunaikan ibadah umrah)” dilanjutkan dengan membaca talbiyyah; “Labbaika allahumma labbaik, labbaika laa syarika laka labbaik, innal hamda wan ni'mata laka wal mulk laa syarikalak.”
-->
kami sempat singgah untuk minum teh di kawasan rehat
sementara menunggu rakan lain menyempurnakan solat asar.
Talbiyyah dibaca terus berulang-ulang; tak terasa air mata menitis, bibir basah dengan talbiyah, dan hati teriris atas anugerah Allah yang memberikan kesempatan umrah di bulan Ramadan. Talbiah berterusan dibaca sehingga kami singgah di perjalanan untuk mengerjakan solat Maghrib dan Isyak. Sewaktu singgah di kawasan rehat, pemandu bas memberitahu bahawa di Mekah orang ramai telah mengerjakan solat terawih kerana esok umat Islam akan berpuasa. Perjalanan yang panjang selama lebih kurang tujuh jam menyebabkan aku menghabiskan masa dengan melayani perasaan dan tertidur sepanjang perjalanan. Jam 10.30 malam, kami tiba di Kota Suci Mekah dan melewati sempadan tanah haram.
Hatiku bercampur baur antara resah dan keliru. Menurut Ustaz Yahya, hati yang resah menggambarkan ketidak istiqamah kita dalam mengerjakan ibadat. Keyakinan yang kuat akan menghilangkan rasa resah. Aku cuba menghadapi keadaan tersebut dan melawan perasaan yang berbelah bahagi, akhirnya keyakinanku mencapai tahap yang maksimum dan berserah kepada Allah kerana niat ku adalah untuk mengerjakan ibadat. Sesampainya di Kota Mekah, kami menginap di hotel Qasr al Nakhil, iaitu dari arah Marwah. Kami memasuki Babul Salam melalui Bab Osman untuk mengerjakan tawaf Umrah. Terpandang sahaja kaabah, aku terus berdoa dan hatiku terus meruntun dan taajub melihat kehebatan bangunan kaabah. Hati kecil ku tidak putus-putus berdoa. Melalui pintu Babussalam, kami memasuki Masjidilharam untuk melaksanakan tawaf dan saie. Di tengah jemaah yang menyemut kami menyeruak mencari garis coklat sejajar Hajar Aswad untuk memulai tawaf. Dengan pakaian ihram putih melekat di tubuh, kami mulai mengelilingi Kaabah yang agung; berputar tujuh putaran dalam lingkaran mardhatillah. Putaran demi putaran melewati hingga putaran ketujuh. Peluh mulai menitis kerana padatnya manusia, tetesan rahmat dan kurnia-Nya di depan Kaabah yang berwibawa.
hati amat meruntun tak kala mata menatap teguhnya binaan kaabah
Selesai pusingan ketujuh, kami menuju makam Ibrahim dan berdoa lalu solat dua rakaat, dan kembali ke garis coklat mengakhiri tawaf untuk selanjutnya menuju bukit Safa bagi memulai saie. Di bukit Safa, tak kuasa air mata menitis ketika takbir dikumandangkan tiga kali dan berdoa seraya mengangkat tangan, memohon ampunan Allah dan akhirnya menyelesaikan semua rukun umrah dengan tawaf di kaabah dan mengerjakan solat sunat Ihram di hadapan kaabah, kemudian mengerjakan saie di Bukit Safa dan Marwah. Sehabis selesai saie, aku bertahalul dengan menggunting rambut di kaki bukit Marwah. Anggapanku bukit Safa dan Marwah adalah bukit seperti mana anggapan dan pandangan biasa, tetapi rupa-rupanya bukit itu tidak lagi kelihatan kerana terdapat binaan-binaan yang disediakan bagi memudahkan jemaah mengerjakan saie.
-->
Selesai mengerjakan Umrah lebih kurang jam 12.30 malam, ustaz Yahya membawa kami balik ke Hotel. Dalam perjalanan pulang kami singgah di kedai aiskrim Asmah dan aku belanja mereka makan aiskrim Asmah yang amat lazat di masjidil haram. Mengenai kelazatan aiskrim ini, sehingga dalam hati ku terdetik jika sekiranya aiskrim tersebut tidak cair, sudah pasti ku bawa pulang untuk di cuba oleh anak-anak. Di bilik Hotel, kami sekali lagi tinggal sebilik dengan Ustaz Yahya, Pakcik Adam dan Nekmat. Keadaan bilik yang agak panas menyebabkan aku tidur di atas lantai sahaja. Jam 3.00 pagi aku bangun bersahur dan bersiap untuk mengerjakan solat Subuh yang pertama di Masjidilharam.
Jam 7.30 am, kami berkumpul di lobby Hotel zahra’ kerana pagi ini kami dijadualkan akan mengadakan ziarah di beberapa tempat di sekitar Madinah termasuklah ladang tamar. Aku juga singgah di medan perang Uhud dan sempat bergambar berlatar belakangkan Bukit uhud serta Bukit Skuad Pemanah tentera Islam yang menjadi benteng dan kunci kejayaan dalam perang tersebut. Bagaimana pun, kepintaran Khalid al walid dari golongan Musyrikin Quraisy yang memeperdayakan skuad memanah ini menyebakan tentera Islam kalah dalam peperangan dan akibatnya Saidina Hamzah Singa Allah al syahid telah gugur dalam peperangan ini dan dadanya telah dibelah dua oleh Hind isteri Abu Sufyan yang mana jantung dan limpanya hampir-hampir ditelan oleh Hind.
Jabal Uhud tempat berlakunya peperangan dengan tentera Quraisy
Masjid Quba’ yang dikenali juga dengan Masjid Qiblatain
Selepas menziarahi Jabal Uhud, kami dibawa ke masjid Quba’ yang juga dikenali sebagai masjid Qiblatain. Terkenal dengan nama Masjid Qiblatain kerana ada diriwayatkan Bahawa sewaktu solat Zohor di masjid ini, Baginda Rasulullah SAW telah menukarkan kiblat dari masjidil aqsa ke masjidil Haram setelah menerima wahyu dari Allah SWT di rakaat pertama. Untuk rakaat kedua hingga empat, rasulullah SAW telah memusingkan 80 darjah ke belakang bagi meneruskan solat dengan menghadap masjidil Haram. Di kenali dengan nama Masjid Quba’ pula, kerana di masjid inilah masjid pertama yang dibina oleh Nabi SAW sewaktu baginda berhijrah ke Madinah dari Kota Mekah dengan mencacakkan daun-daun tamar untuk dijadikan mimbar sembahyang. Wallahua’lam.
6.30 PM, Sesedarnya aku dari tidur, hari telah pun malam. Beberapa ketika kemudian bas berhenti di RNR iaitu tempat rehat yang agak kering dan berdebu. Kami solat di masjid mengerjakan jamak maghrib dan Isyak dengan diimamkan oleh Sutan Gajab. Jam menunjukkan pukul 10.30 malam, aku agak kagum dengan keadaan kota Madinah yang besar dan sibuk. Madinah adalah bumi yang paling dikasihi oleh Allah s.w.t kerana ia merupakan tempat Nabi s.a.w berhijrah dan tempat tidur baginda manakala penduduknya pula merupakan jiran-jiran serta penolong baginda. Madinah juga merupakan gedung iman dan di sanalah iman dapat bertahan di akhir zaman nanti. Di pintu-pintu masuknya terdapat pengawal yang terdiri daripada Malaikat. Dajal dan penyakit taun tidak akan dapat memasukinya. Ia merupakan negara terakhir di dunia ini yang diruntuhkan. Ia juga merupakan tempat diturunkan wahyu. Hampir kesemua tempat di Madinah diturunkan ayat-ayat Al-Quran atau diriwayatkan Hadis-hadis. Ia adalah Haram Allah dan RasulNya s.a.w (Haramain). Dikatakan juga Sesiapa yang berniat buruk terhadapnya, Allah s.w.t akan membalasnya seperti garam yang larut di dalam air. Ianya terhindar dari segala keburukan atau kejahatan kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah berdoa untuknya yang bermaksud: “Ya Allah, jadikanlah kami semua agar tetap menyintai Kota Madinah sebagaimana yang Engkau anugerahkan perasaan cinta kepada Kota Mekah, bahkan lebih dari itu.” Kami berhenti di sebuah Hotel bernama al-‘Alia al Zahra’, betul-betul berhadapan dengan Masjid Nabawi. Setibanya di Hotel Zahra’, kami dijamu dan makan dengan berselera. Selepas kepenatan, kami terus tertidur dan menghabiskan hari ketiga dengan seharian perjalanan.
Jam 3.00 am, aku dikejutkan oleh Ustaz Yahya dan pakcik Adam dan kami bersiap-siap untuk solat subuh di masjid Nabawi. Antara rakan sebilik ku kali ini ialah Nekmat, pakcik Adam dan Ustaz Yahya, seorang mutawwif.
Masjid Nabawi sewaktu senja (maghrib)
Masjid Nabawi Sebelum azan subuh berkumandang
Dari tingkap Hotel, pemandangan Masjid Nabawi adalah amat menakjubkan. Hatiku amat teruja dan seakan menangis apabila kakiku melangkah ke pintu masuk Masjid melalui bab al Salam dan melalui makam Rasulullullah SAW di Raudhah. Aku sempat memberi salam dan menyampaikan salam dari sahabat-sahabat di Malaysia. Aku juga berkesempatan melawat dan melewati makam sahabat nabi iaitu saidina Abu Bakar al Sidiq dan saidina Umar al Farouk. Seterusnya mengerjakan solat tahiyyatul masjid, solat taubat dan solat tahajjud. Kemudian membaca al-Quran sementara menunggu masuknya waktu Solat subuh. Sewaktu muazzin melaungkan azan, keadaan menjadi semakin sesak dan sewaktu mengerjakan solat dalam keadaan berhimpit, aku hampir-hampir sesak nafas, namun dapat jua menyelesaikan solat fardhu tersebut.. Selepas solat, aku balik ke hotel dan menjamah sarapan pagi yang menyelerakan.
Selepas makan malam, aku balik ke bilik , solat dan kemudiannya bersiap untuk tidur. Entah kenapa malam ini agak sukar untuk melelapkan mata. Sepanjang malam aku tersedar beberapa kali. Kali terakhir tersedar bila aku bermimpi seorang kenalan Nasrani, Khaty Holmes, seorang atlit perejam lembing, mati ditembak di kepalanya. Berita kematian itu disampaikan kepadaku oleh abang. Aku meraung sekuat-kuatnya hingga tersedar dari lena. Entah apa rahsia mimpi tersebut, aku cepat-cepat beristighfar dan berdoa. Moga dijauhkan Allah dari segala hasutan dan godaan syaitan.
Hari 3. 20hb September 2006
Selepas sarapan, aku bersiap-siap dan berkemas untuk check out dari Hotel ‘Alia dan berkumpul di lobby untuk menaiki bas yang sedia menunggu untuk menghantar kami ke airport. Pagi ini kami akan berlepas ke Jeddah di Mekah. Perjalanan ke Kota Jeddah akan mengambil masa selama dua jam dengan Ak 740 airbus. Di airport aku sempat meninjau pasaraya Amman dan kedai free duty. Keadaan hangar bingar di sini amat berbeza sekali dengan suasana hening dan panas serta berdebu di kotaAmman. Kami berlepas menaiki pesawat Ak 740 ke kota Jeddah jam 11.30 am dan tiba di lapangan terbang king Abdul Aziz Jeddah lebih kurang jam 1.30 tengahari. Sewaktu pemeriksaan imigresen di Jeddah, aku dimarahi oleh seorang pegawai imigresen kerana tidak mengikut arahannya supaya beratur di laluan lain. Bagaimana pun aku buat tidak peduli kerana telah maklum sikap orang Arab yang ego dan sombong. Di Jeddah, sedikit kesukaran berlaku apabila seorang jemaah kami kehilangan begnya. Dikatakan begnya mungkin hilang sewaktu perjalanan dari Bangkok ke Amman. Namun sikapnya yang tabah amat mengkagumkan aku kerana kehilangan beg tersebut seolah-olah tidak menjadi suatu perkara yang amat besar padanya, yang lebih penting ialah ia dapat mengerjakan umrah dengan sempurna.
Perjalanan dari Jeddah ke Kota Madinah agak tertangguh sehingga beberapa jam kerana peristiwa kehilangan beg tersebut. kami bertolak dari lapangan terbang Jeddah lebih kurang jam 5.30 pm setelah semua urusan selesai. Perjalanan ke kota Madinah akan mengambil masa lebih kurang lima jam dengan bas berhawa dingin dan kami dijangka tiba di Kota Madinah jam 10.30 malam nanti. Perjalanan dengan bas amat membosankan. Sepanjang jalan hanya bukit-bukit kering dan tandus serta berdebu. Melihatkan keadaan itu, hati kecil ku terfikir bahawa bagaimana sukarnya Rasulullah SAW melakukan perjalanan dari kota Mekah ke Madinah dalam keadaan serba kekurangan pada zaman baginda. Sepanjang jalan kebanyakan pokok pokok kipas hiasan ditanam bagi mengindahkan panorama. Beberapa jam mengelamun, akhirnya aku terlena…
Pada 11hb Julai 2010 bersamaan hari Ahad 29 Syaaban 1431H, di 68 teratak Malinja Nilai Impian berlangsungnya majlis pelancaran Logo Syarikat Karya kreatif Publications. Terdapat beberapa logo telah dikemukakan untuk pemilihan juri. Panel bagaimanapun telah memilih satu logo yang agak 'simple' berlatar belakangkan warna merah putih dan hijau.
Merah melambangkan maju ke depan manakala putih menunujukkan tulus dan suci. Manakala nama Syarikat 'karya Kreatif' pula dalam kotak bewarna hijau. Hijau pula bermaksud polisi syarikat yang berteraskan produktiviti berasaskan tarbiah agama Islam. Kotak menggambarkan ruang lingkup yang dibatasi oleh agama. Ungkapan gambar itu bolehlah difahami dalam makna tulisannya atau membawa maksud sebagai bergerak maju ke hadapan yang penuh cabaran dengan perjuangan tulus dan suci dan berpegang teguh pada prinsip agama. Boleh tahan juga, kan?.
Apapun, ok lah. Motto dan cita-cita saja tidak bermakna jika tiada apa-apa. InsyaAllah semoga syarikat penerbitan tersebut bergerak maju ke hadapan selari dengan motto yang mereka bawa.
Alhamdulillah, penulisan saya pun dah diterima berdasarkan beberapa persetujuan yang telah dicapai untuk diterbitkan oleh syarikat berkenaan.
KUANTAN: Two women have been appointed as Syariah Court judges, the first for the country.
Suraya Ramli, 31, and Rafidah Abdul Razak, 39, were made Federal Territory of Putrajaya and Kuala Lumpur Syariah Court judges respectively in mid-May after receiving the consent of the Yang di-Pertuan Agong.
"The appointments were made to enhance justice in cases involving families and women's rights and to meet current needs," Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said at the 12th National Syariah Officials' Conference yesterday.
His speech was read by Datuk Dr Abdullah Md Zin, the religious adviser to the Prime Minister.
Najib said the decision was part of the Government's commitment to transform the Syariah judiciary.
"For example, the Government agreed to allocate RM15mil to the Family Support Division to help those in dire straits due to their husbands' failure to abide by Syariah Court orders," he said.
Suraya was senior assistant director of the Training Division, Malaysian Syariah Judicial Department, while Rafidah was assistant director in the same division.
Both said their appointments showed the Government's recognition of womens' capabilities.
Suraya, from Sabah, said she would take it as a challenge to dispel the notion that women syariah judges would tend to side with female litigants.
Rafidah, from Penang, hoped it would pave the way for more Muslim women to be appointed syariah judges as she felt that women were just as capable as the men.
Najib said issues such as the fight for custody involving couples from different religions, battles over the remains of deceased converts, validation of religious status, disputes over property inheritance between Muslims and non-Muslims, whether non-Muslim lawyers could appear before the syariah courts, and multi-million ringgit claims required a high level of expertise and wisdom to resolve.
The prime minister also said that 76,663 people had converted to Islam between 2000 and 2009. — Bernama
Pelantikan hakim wanita pecah dominasi lelaki dalam organisasi mahkamah syariah
08/07/2010
Usaha kerajaan mantapkan martabat pentadbiran kehakiman daripada anggapan berat sebelah
KETIKA menandatangani Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita 1979 pada 1995, Malaysia tidak mengguna pakai beberapa artikel dalam konvensyen itu termasuk persetujuan melantik wanita bagi jawatan dalam perkhidmatan awam sama seperti lelaki.
Ini berikutan pernyataan itu dikatakan bertentangan dengan prinsip syariah, iaitu wanita tidak boleh dilantik sebagai hakim syarie, imam dan mufti.
Walaupun tidak dipersetujui sepenuhnya, tetapi mengambil kira pandangan beberapa pihak dan keperluan semasa wanita mentadbir urus kehakiman syariah, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-73 yang bersidang pada 4 hingga 6 April 2006, memutuskan wanita dibenarkan dilantik sebagai hakim syarie dengan syarat tidak mengendalikan kes berkaitan hudud dan qisas.
Umum mengetahui kes dibicarakan di Mahkamah Syariah hanya membabitkan kesalahan takzir dan mal saja. Sebagai permulaan, pelantikan hakim syarie wanita sudah tentu tidak sepadan dengan dominasi gender dalam organisasi kehakiman syariah.
Tetapi, penambahbaikan yang dibuktikan dengan adanya wanita dalam jawatan itu tentu mencetuskan senario baru sedikit masa lagi. Meskipun boleh dilantik, tidak ramai wanita yang layak disebabkan syarat lain tidak memungkinkan ia menjadi realiti.
Contohnya, Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2006 memutuskan wanita boleh dilantik sebagai hakim syarie, hanya 30 peratus daripada 200 kakitangan perkhidmatan itu adalah wanita. Pembabitan wanita dalam perkhidmatan sebagai pegawai syariah hanya bermula sekitar 1994.
Sebahagian besar daripada mereka baru saja berkhidmat, sedangkan syarat dilantik ialah mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai bidang, selain mempunyai pengalaman kerjaya selama 10 hingga 15 tahun sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rendah.
Walaupun terlambat berbanding negara lain seperti Mesir, Sudan, Maghribi, Palestin, Pakistan, Brunei dan Indonesia, pelantikan wanita sebagai hakim syarie adalah usaha mengotakan janji kerajaan bahawa wanita negara ini tidak di diskriminasi dalam perkhidmatan awam jika mempunyai kelayakan untuk memegang portfolio itu.
Ia usaha yang boleh memantapkan martabat pentadbiran kehakiman syariah yang selama ini dipandang berat sebelah dan bersifat patriarki, berikutan dikatakan kurang sensitif dalam memberi keadilan kepada wanita dan tidak mengikut ketetapan agama.
Pandangan yang meletakkan perbezaan gender sebagai kayu pengukur dalam menilai keupayaan dan kemampuan seseorang wajar diketepikan kerana ia akan membantutkan kemajuan sebuah negara.
Pelantikan ini bukan memberi keistimewaan kepada wanita, tetapi sedikit sebanyak membuka ruang lebih luas untuk mengenalpasti punca dan sebab wanita alah terhadap sistem kehakiman syariah di negara ini.
Mungkin ia berlaku tanpa disedari, maka sistem dan prosedur dalam kehakiman syariah sedikit sebanyak membuatkan wanita gerun untuk berurusan, tambahan pula sifat pentadbiran undang-undang sedia ada tidak mesra wanita.
Perlu difahami, jawatan hakim syarie wanita tidak bermakna wanita diberi kelebihan dalam penghakiman. Ia tidak menunjukkan banyak kes diadili sebelum ini tidak memihak kepada wanita disebabkan alasan penghakiman tidak munasabah diputuskan hakim lelaki.
Dengan perkembangan dan kemajuan ilmu dan teknologi, pembuktian dalam kesalahan jenayah, transformasi perlu dilakukan bagi memberi keadilan kepada setiap individu, tanpa membezakan jantina.
Usaha itu tidak akan kesampaian tanpa sensitiviti terhadap keperluan perlindungan undang-undang yang hanya mampu dilihat secara bersama oleh hakim lelaki dan wanita.
Paling utama ialah hakim yang dilantik mampu memberi tafsiran sebelum memutuskan sesuatu penghakiman berdasarkan nas dan dalil secara adil tanpa memberatkan mana-mana pihak atau bersifat berdasarkan jantina seperti undang-undang Barat.
Ahad Julai 4, 2010 Perlantikan Hakim Syarie Wanita Satu Peristiwa Bersejarah - Najib
Oleh ROSLINA MOHAMAD
PEKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan perlantikan dua wanita sebagai Hakim Syarie itu sebagai satu peristiwa bersejarah bagi negara.
Beliau berkata, ia menunjukkan wanita di negara ini diberikan layanan sama rata dengan lelaki.
“Di dalam Islam pun, agama tidak membataskan wanita untuk maju ke hadapan.
“Malah, status mereka dilindungi,” katanya kepada pemberita selepas majlis pembukaan mesyuarat delegasi Umno Bahagian Pekan di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai perlantikan Suraya Ramli, 31 dan Rafidah Abdul Razak, 39, masing-masing dilantik sebagai Hakim Syarie di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur pada pertengahan Mei lalu.
Semalam, Najib dalam ucapannya yang dibacakan oleh penasihat agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zain berkata perlantikan itu dilakukan bagi meningkatkan kepakaran berkaitan dengan kes-kes melibatkan hak keluarga dan wanita.
Mengenai sama ada terdapat rancangan untuk meningkatkan bilangan hakim Syarie Wanita di negeri lain, Najib berkata, ia bergantung kepada pihak berkuasa negeri kerana ia di bawah bidang kuasa majlis Islam negeri.
Minda Pengarang: Pelantikan hakim syarie wanita nafi Mahkamah Syariah amal diskriminasi
2010/07/05
PELANTIKAN dua hakim syarie wanita pertama negara, Suraya Ramli dan Rafidah Abdul Razak, kelmarin melakar sejarah tersendiri dalam bidang sistem perundangan serta kehakiman Islam di Malaysia. Pastinya pelantikan itu juga satu pengiktirafan besar sekali gus mengangkat martabat wanita di negara ini ke tahap lebih tinggi dalam kerjaya kehakiman syarie yang selama ini dimonopoli lelaki. Apabila wanita menjadi hakim syarie, pastinya ini bakal menarik perhatian dan mencetuskan pelbagai persepsi umum apabila mengaitkannya dengan taboo selama ini kononnya golongan hawa kerap bertindak atau membuat keputusan yang dipengaruhi emosi berbanding kewarasan akal. Justeru, keputusan penghakiman kedua-dua hakim syarie wanita itu dalam kes pertama yang mereka kendalikan kelak pasti ditunggu-tunggu. Ini satu tugas dan tanggungjawab berat menanti kedua-dua wanita itu untuk meyakinkan umum betapa hakim wanita tetap berupaya mengimbangi emosi dengan kewarasan dalam keputusan mereka. Namun, apa saja keputusan mereka adalah muktamad berasaskan fakta dan mesti diterima dengan hati terbuka atau tanpa prejudis. Jika keputusan itu dirasakan kurang tepat, individu terbabit kes itu boleh menggunakan saluran mahkamah seterusnya untuk mengemukakan rayuan seterusnya memohon sesi perbicaraan yang baru. Melalui pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Suraya, 31, dan Rafidah, 39, masing-masing akan ditempatkan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya. Sesungguhnya, pelantikan dua hakim syarie wanita pertama ini turut mencerminkan perkembangan positif dan dinamik dalam sistem perundangan Islam di Malaysia. Seperti kata Najib, pelantikan itu turut menolak persepsi segelintir masyarakat yang sengaja menuduh Mahkamah Syariah di negara ini mengamalkan diskriminasi jantina sehingga menidakkan hak wanita serta kanak-kanak. Pastinya pembelaan terhadap kes membabitkan kepentingan wanita menjadi lebih menarik dan hangat. Contohnya, tuntutan harta sepencarian, hadanah (hak menjaga anak), keingkaran suami membayar nafkah anak serta isteri digantung tidak bertali (fasakh) adalah antara kes popular yang banyak serta tertunggak bertahun-tahun. Namun, yang pasti semua keputusan penghakiman itu tetap berlandaskan undang-undang sedia ada dan jangan dicampur aduk dengan persepsi kononnya keputusan itu berbaur emosi mahupun genderisme. Perlantikan hakim syarie wanita itu juga bukti komitmen kerajaan untuk menggalakkan transformasi dalam Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang perlu menguruskan kepentingan umat Islam dengan lebih tangkas dan efisyen. Pada masa sama, penyertaan hakim syarie wanita pertama itu akan membuka jalan kepada pelantikan lebih ramai hakim syarie wanita lain bukan setakat di Mahkamah Syariah malah peringkat lebih tinggi dalam organisasi sistem kehakiman syariah di negara ini. Kewibawaan wanita jangan dinilai dari sudut jantina semata-mata. Dalam sistem pentadbiran kerajaan mahupun pengurusan korporat dan profesional, semakin ramai wanita menerajui jawatan kanan dan penting. Kepakaran wanita dalam sektor yang selama ini dimonopoli lelaki kian diperakui dan lelaki tidak wajar rasa khuatir atau tercabar dengan kemampuan mereka. Tepatlah kata Rafidah bahawa pelantikan itu juga bukti untuk mengubah persepsi masyarakat yang menunjukkan wanita turut mampu menggalas tugas dipikul lelaki.