Thursday, March 15, 2012

Info mengenai budu

Sapa berehi budu terr...Gu, mari kita bekongsi skit pasa budu


Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.

Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis


 antara budu  yang ada di pasaran
Khasiat
Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman[1], [2], [3]. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. [4]

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal [5]. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. [6] Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya [7], kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.[8] Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). [9]

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitamin ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

 Budu, kalu  campur asam pauh, uhh..sedap weihh


Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.
Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.[10]

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikatmenemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.[11]


Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan, kerana ia telah disepara cerana oleh bakteria. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Kelemahan
Budu mempunyai bau yang agak kuat dan kurang digemari ramai. Selain itu ia mempunyai kandungan asid urik yang agak tinggi dan tidak sesuai bagi mereka yang menderita sakit gaut, kencing manis, darah tinggi, jerawat batu, barah payudara dan keguguran rambut kronik.

Rujukan
  1. Food : Budu Terengganu kegemaran Pantai timur
  2. Short Communication Microbiological, histamine and 3-MCPD contents of Malaysian unprocessed ‘budu’
  3. Characteristics of Fish Sauce Made from Pacific Whiting and Surimi ...
  4. http://www.dietihub.com/anchovy-nutrition/
  5. Characteristics of Fish Sauce Made from Pacific Whiting and Surimi ...
  6. Four Incredible Health Benefits of Anchovies.
  7. Dimethyl Amino Ethanol (DMAE) is one of the classic "Smart Nutrients" having been discussed in the original Smart Drugs & Nutrients book. DMAE occurs naturally in some foods notably fish.
  8. (Inggeris) Fish Really May Be Brain Food.
  9. Various Component and Bacteria of Budu Produced in Malaysia. ; Accession number;02A0612857
  10. (Inggeris)More evidence that fish is brain food.
  11. Anti cancer
Pautan luar
  Dipetik dari:   http://ms.wikipedia.org/wiki/Budu

PA! PIKACHU HILANG!

Pagi ini 16/3/2012, maso bangun semaye, ambo dikejutkan dengan tangise anok sekejap derah sekejap koho. cepat-cepat ambo sudahke semaye de turun tikat bawah nanyo kabar. ruponya anak ambo teghiak  pasal 'pikachu' ngan 'thinker bell' dia hile. 'panda dia tubit sapo buke sare?' tanyo ambo ko anok. 'Dia keluar sendiri lah Pa, dia boleh buka penutup sangkar tu,' kata anaok ambo.

pagi tadi mmutar  ligat ambo  anak beranak cari Pikachu nge Thinker Bell, maso pun dah lewat benar nak gi kkijo. Ambo hampir putus asa dan tubit nak setat keta, tiba-tiba ambo dengar bunyi  mugo dok mmanggil...'creet...creet...howwwk...' rupa-rupanya Pikachu dan Thinker Bell ada dok bawah sofa dan meja komputer dalam rumah ambo. Panje umur dia, kalu pagi tu masih tak jjupo lagi, maknanya sebelum tengahari Pikachu dan Thinker bell mungkin akan jadi mulah sebab anok-anok jate 'muloh Kimora'  lama benar doh dok berkenan  ko dio.. 

lepah wat masuk semula Pikachu nge Thinker bell dale sare, ambo pun gostan keta dan gi opih.  bele-bele bawak keta bele-bele nnengung ......Hati rasa sene bila anak-anok suko hati.... begitulah bokali rasa muloh mok, muloh ayoh dulu denge ambo...(ppala flashback tahun 70an-80an).... Yak! sapa doh opih!

Pikachu: Sugar Glider jate
Thinker Bell : SG Betino
Kimora: kucing Parsi
anak-anak jate Kimora: Shokuberry
                                     Blueberry
                                     snow white

Gitu lah kisahnyo pagi ni, main ngan anok-anok gak pah kkito jadi budok... lok gi lahh, kito dulu mak ayoh kito tak pehe mugo ni, mugo demo tak ngaji skolah...

Friday, February 24, 2012

perarakan maulud nabi 5 februari 2012

                                  Barisan peserta perarakan Maulud nabi Muhammad SAW BHEUU 2012

Pada 5 Februari 2012, bersamaan hari ahad 12 Rabiul awal 1433H yang lalu Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Putrajaya yang terdiri dari Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang telah menyertai Perarakan menyambut Ulangtahun Keputraan Nabi Muhammad SAW yang diadakan di Putrajaya. 

Perarakan sejauh 3.5KM bermula dari Masjid Sultan Zainal Abidin yang lebih dikenali sebagai Masjid Besi di Presint 3 bermula jam 7.30 pagi tersebut berkhir di Masjid Putra, Putrajaya. Tahun ini kontijen BHEUU tidak disertai oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) kerana mereka mempunyai kontijen sendiri. 

Kontijen BHEUU gah membelah jalan raya dari Presint 3 ke Masjid Putra





Melewati Bangunan MOF Putrajaya

Tuan Syed mengetuai perarakan

JBG TIDAK LEWAT SELESAI KES


Tuesday, December 20, 2011

Persidangan PKJ ke 87, MAIWP sebagai Tuan Rumah dan Pulau Labuan menjadi lokasi


18 Disember - Seramai 60 orang ketua jabatan dan pegawai kanan Jabatan / Majlis Agama Islam Negeri  dan Agensi seluruh Malaysia tiba di Pulau  Labuan bagi menghadiri Persidangan Ketua-ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia ( PKJ) kali ke 87. 


  
Hotel Grand Dorset Labuan, lokasi Persidangan PKJ ke 87
Buat pertama kalinya MAIWP diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah sempena persidangan ini yang diurusetiakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ketibaan para peserta telah disambut oleh YBhg. Dr. Muhammad Yamin bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) MAIWP serta pegawai-pegawai kanan MAIWP di Lapangan terbang Labuan.

YBhg Dato Hj Othman KP JAKIM Mempengerusikan Mesyuarat


Antara peserta Persidangan yang terdiri dari Ketua-Ketua Jabatan

Antara ketua jabatan yang hadir adalah YBhg. Dato' Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM; YBhg. Datuk Haji Che Mat bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merangkap Setiausaha MAIWP; YBhg. Datuk Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR); YBhg. Dato' Dr. Syed Omar bin Syed Ikhsan, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Perak; YBhg. Dato' Haji Mohd Rahim bin Jusoh, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan; YBhg. Datu Haji Putit bin Matzen, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Sarawak, Timbalan Ketua Pengarah (Syariah) Jabatan Bantuan Guaman, Ketua Pendaftar JKSM, Tabung Haji, KAGAT, BAKA dan lain-lain peserta persidangan.

Persidangan ini yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Ketua Pengarah JAKIM  ini  berlangsung selama 3 hari bermula 18 sehingga 20 Disember 2011.
Kesukaran mendapatkan tiket kapal terbang pada musim cuti persekolahan dan perayaan krismas menyebabkan saya tiba lewat ke Persidangan kali ini. Tiba di Airport Labuan lebih kurang jam 9.40mlm, di mana persidangan telah pun bermula seawall jam 8.00 malam. 

 
 YB Datuk Yusuf Haji Mahal, Ahli Parlimen Labuan 
yang sudi menjemput peserta persidangan 
makan malam di Restoran Terumbu warisan, 
Restoran ikan segar terbaik di Pulau Labuan
 
Persidangan bersambung keesokan harinya 19/12/2011 seawal jam 8.00 pagi dan berakhir jam 4.30petang. Sebelah malamya peserta persidangan telah dijemput untuk menghadiri makan malam di Terumbu Warisan oleh YB Ahli Parlimen Labuan, Datuk Hj Yusuf Bin Haji Mahal. Ikan segar yang dihidangkan di Restoran Terumbu Warisan  cukup untuk member kenangan pada kami sepanjang di Labuan.  Persidangan kali ini juga merupakan Persidangan terakhir buat Tuan Hj Alias Zakaria, YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang dijadualkan menamatkan perkhidmatannya beberapa minggu lagi.
Di akhir program, MAIWP telah member ole-ole berupa barangan laut buat peserta persidangan. Terima Kasih MAIWP.

Ceramah Undang-Undang Tatacara Mal di Cempaka Suite Service, KL


KUALA LUMPUR - Bahagian Latihan jksm telah mengadakan Program Kursus Pemahaman Undang-Undang Tatacara Mal, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) di Seri Cempaka Service Suites, Kuala Lumpur pada 26 hingga 28 April 2011. Kursus Pemahaman Undang-Undang Tatacara Mal adalah merupakan sebahagian daripada kursus-kursus teras yang menjadi dasar kepada bahagian latihan yang diwujudkan untuk memberikan pendedahan secara total kepada Pegawai-Pegawai Syariah lantikan baru berkaitan Undang-Undang Tatacara Mal yang digunapakai di Mahkamah Syariah.

Matlamat utama program ini ialah untuk memantapkan dan meningkatkan tahap pengetahuan dan kefahaman secara komprehensif kepada peserta dalam Undang-Undang Tatacara Mal supaya pelaksanaan tatacara mal di semua negeri dapat diseragamkan.

Peserta terdiri daripada Pegawai-Pegawai Syariah lantikan baru tahun 2010 dalam gred LS 41 seramai 40 orang yang terlibat secara langsung  dalam tugas kehakiman dan pengendalian kes di Mahkamah  sebagai Pegawai Sulh, Peguam JBG, Pegawai Penyelidik dan Pendakwa Syarie yang berkhidmat di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-Negeri, JBG dan Jabatan Agama Islam. Oleh kerana, mereka ini masih baru berkhidmat sebagai Pegawai Syariah  maka kekurangan pengalaman merupakan satu halangan untuk bekerja secara professional dan mereka  belum mantap dari segi perundangan tatacara mal, maka satu pendekatan yang lebih praktikal dan komprehensif hendaklah dilaksanakan bagi memberikan pendedahan berterusan di samping memberikan keyakinan diri dan memantapkan ilmu para peserta.

 Sedang menyampaikan ceramah Unadang-Undang Tatacara Mal

 Antara peserta yang hadir
 
 Saya telah  diberikan tanggungjawab sepenuhnya bagi memenuhi objektif kursus ini dengan menyampaikan  ceramah  berkaitan pemahaman Undang-Undang Tatacara Mal. Sebanyak 3 slot iaitu lebih kurang 6 jam telah diperuntukkan bagi tujuan tersebut. Tenaga pengajar lain yang memikul amanah sama ialah Tuan Zulfikri Bin Yasoa - Pegawai Penyelidik Hakim Rayuan dan Tuan K.P. Ramachandran - Mantan Pesuruhjaya Cukai Pendapatan.
Peluang menyampaikan ceramah ini digunakan sepenuhnya  bagi menyebarkan ilmu kepada pegawai-pegawai lantikan baru dan persediaan  saya untuk pembentangan kertas kerja yang lebih besar di IKIM tak lama lagi. Peluang yang sama juga telah digunakan untuk mempromosikan buku karangan terbaru 'Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah- Prinsip dan Amalan'. Alhamdulillah buku tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan.

Saturday, November 19, 2011

Seminar Antarabangsa 3 Hari Perundangan Islam di Pusat Pameran Pertahanan Antarabangsa Brunei(BRIDEX) 12-14 Oktober 2011, Jerudung Park Brunei Darussalamntarabangsa

Belumpun reda kesedihan kehilangan arwah ibu tersayang pada 8 Oktober yang lalu, panggilan tugas memaksa ana ke bandar Seri Begawan untuk menghadiri Seminar Antarabangsa Perundangan Islam yang berlangsung di Pusat Pameran Pertahanan Antarabangsa Brunei (BRIDEX) yang berlangsung pada 12-14 Oktober 2011. Perjalanan ke sana menaiki Royal Brunei  di KLIA pada 11 oktober 2011  jam 5.40pm  yang mengambil masa 2 jam penerbangan. Meskipun sepanjang perjalanan hati masih meronta terkenangkan arwah ibu yang kuburnya tak sampai 2 hari dikebumikan, arahan majikan perlu dipatuhi demi tugas.

Tiba di Bandar Seri Begawan lebih kurang jam 8 malam telah ada teksi hotel yang sedia menunggu. Johny, pemandu teksi yang ramah berbangsa Philipine membawa kami terus ke HOliday Lodge hotel yang jaraknya lebih kurang 35 minit perjalanan dari lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Sesampainya ke Hotel ana terus check in dan mengambil kesempatan untuk solat dan terus tidur kerana kepenatan.

12 Oktober 2011, pendaftaran seminar bermula  dengan titah baginda Sultan Brunei  merasmikan perasmian. Ana tabik dengan para pembentang dan wakil-wakil kerajaan  Brunei Darussalam yang lantang dan berani bercakap mengenai perundangan Islam, sesuatu yang sukar untuk kita temui disini kecuali melalui kancah politik. ianya tidaklah menghairankan kerana suasana tersebut direstui oleh pemerintah tertinggi kerajaan Brunei.

sebagai peserta jemputan luar negara, kami disediakan makan tengahari. keadaan ini amat menguntung kami kerana lokasi seminar adalah terpencil dan terletak dipinggir bandar  di mana amat sukar untuk mencari kedai makan.  Lokasi BRIDEX yang menjadi tempat persidangan adalah berdekatan dengan JERUDUNG PARK, iaitu taman hiburan sekeluarga yang terbesar di Brunei.

Bergambar di hadapan Dewan Seminar BRIDEX

 Antara peserta dari Malaysia

hari-hari lapang kami habiskan dengan bersiar di sekitar Bandar Seri Begawan yang tidaklah sesibuk metropolitan KL tetapi suanasana yang tenang tanpa hiruk pikuk traffic dan pemandu yang berhemah menjadikan kami merindui Bandaraya ini.  Kebanyakan kedai dan pasaraya serta hotel-hotel ternama dimiliki oleh bumiputra Muslim. papan tanda kedai juga rata-ratanya bertulisan jawi. Syiar Islam amat teserlah di sini. Mencari kedai makanan halal adalah sesuatu yang amat mudah dan kita tak perlu ragu-ragu kerana hampir keseluruhan kedai menjual makanan halal dan terkawal.

bertolak balik Ke KLIA pada hari jumaat 14 Oktober 2011, hari yang sama berakhir seminar. Ana tidak menunggu lama untuk pulang ke KL kerana kesedihan kehilangan ibu masih terasa menjadikan mood untuk bersiar-siar langsung tidak ada ditambah dengan suasana berkabung, meskipun masa yang panjang boleh digunakan untuk tujuan tersebut. 

papan tanda premis niaga kebanyakannya bertulisan jawi

Apa pun, lawatan yang singkat  dan observe ringkas membuatkan saya sudah hampir mengenali negara Brunei Darussalam secara dekat. keramahan rakyatnya dan suasana yang tenang menjadikan hati terlalu rindu untuk menjejak kaki sekali lagi ke kota ini.




Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...