Friday, March 19, 2010

Petra; Keajaiban Senibina dari Keaiban kaum yang angkuh


 Pintu masuk ke Kota Petra, Jordan

Petra (Greece "πέτρα" (petra), yang bermaksud batu; Arab: البتراء, Al-Batra ʾ) adalah sebuah bandar bersejarah dan arkeologi di Jordan  dalam Daerah Pentadbiran Ma'an. Mereka memotong batu arsitektur dan membina sistem saluran air. Dibina sekitar abad ke-6 SM sebagai ibu kota Nabataeans,. Merupakan simbol negara Jordan dan juga sebagai daya tarik wisata yang paling sering dikunjungi. Petra terletak di lereng gunung Hor di antara gunung-gunung yang membentuk sayap timur Araba (Wadi Araba), lembah besar yang berlunjur dari Laut Mati sehingga Teluk Aqaba. Petra dipilih sebagai salah satu daripada Tujuh Keajaiban Baru Dunia pada tahun 2007 dan sebuah Tapak Warisan Dunia sejak 1985. Petra dipilih oleh BBC sebagai salah satu daripada "40 tempat yang anda harus lihat sebelum anda mati".(www.wikipedia).

Lokasinya tidak diketahui oleh dunia Barat hinggalah tahun 1812, ketika pertamakali diperkenalkan kepada umum oleh Swiss explorer Johann Ludwig Burckhardt. Digambarkan sebagai "a rose-red city half as old as time" oleh pemenang Hadiah Newdigate soneta oleh John William Burgon. UNESCO telah dmenggambarkan Petra sebagai "salah satu kekayaan budaya paling berharga daripada warisan budaya manusia."
Petra adalah kota yang didirikan dengan pahatan dinding-dinding batu peninggalan kaum Nabataeans yang bertapak sejak 2000 tahun yang lalu. Petra terletak di sebelah barat daya kota Jordan, sekitar 262 km sebelah selatan Amman dan 133 km sebelah utara Aqaba. Perjalanan dari Amman ke Kota lama Petra ini mengambil masa 3-5 jam perjalanan. Di Kota Petra, Bukit-bukit, gunung-gunung dipahat dan dijadikan tempat tinggal. 

Kaum Nabataean sangat mahir dalam seni bina dan mengukir. Mereka mewarisi kemahiran kaum Aad dan Samud sepertimana yang dikisahkan di dalam al-Quran. Teknologi dan kemahiran mereka yang maju sehingga dapat memotong batu dengan hasil seni yang halus. Batu-batu dipahat dan diukir dengan ukuran yang sama setiap satunya. 

Petra berasal dari bahasa Yunani yang bererti 'batu'. Ia mewakili simbol teknik dan perlindungan. Merupakan ibukota kerajaan Nabatean. Didirikan pada 9 SM-40 M oleh Raja Aretas IV sebagai kota yang sulit untuk ditembusi musuh dan aman dari bencana alam seperti ribut pasir dan sebagainya. Asal usul suku Nabatean tak diketahui secara pasti. Mereka hanya dikenali sebagai suku pengembara yang menggunakan unta dan biri-biri.
Masyarakat awal Petra adalah penyembah berhala. Dewa utama mereka adalah Dushara, yang disembah dalam bentuk batu berwarna hitam. Dushara disembah berdampingan dengan Allat, dewi Arab kuno.


Sepanjang Kota Petra ini terdapat system pengairan yang maju bagi menyediakan bekalan air bersih dan pembuangan yang sempurna. Terdapat terowong air yang menyalurkan air bersih ke seleruh kawasan kota. Mereka juga memiliki teknologi hidrolik untuk mengangkat air. Mereka juga sangat mahir dalam membuat tangki air bawah tanah bagi mengumpulkan air bersih yang akan digunakan bagi tujuan bekalan untuk mengembara. Kaum Nabatean mewarisi ilmu kaum Ahqaf di hadramaut Yaman. Mereka memiliki kemahiran memahat bukit yang menjadi rumah.

Sebelum melalui ke bangunan yang pertama, kita akan melalui lorong-lorong sepanjang 1 kilometer di antara tebing-tebing gunung yang tingginya 8o meter. Di lorong-lorong itu kita akan melihat sendiri corak-corak warna yang cantik. Subhanallah.. Kemudian di akhir lorong tersebut kita akan lihat gerbang utama yang dipahat ukir di gunung bertentangan dengan lorong keluar tadi. Sungguh indah. El-Khazneh namanya. Laluan tadi seolah-olah dirancang dengan hebat. Ibu kota ini di susun dengan atur. Mempunyai saliran , mahkamah, coloseum, makam-makam raja, dan tempat tinggal yang teratur. Hebat..Wajarlah Petra tersenarai menjadi ‘The New Seven Wonder World’.
  Susunan tangga yang dipahat dari batu gunung
 Ruang Mahkamah Kaum Samud tempat membicarakan pesalah

Di sana kita boleh mengambil kesempatan untuk menaiki kuda atau keldai. Terapat ramai Arab Badwi yang tinggal menetap di sana. Mereka menjual cenderamata Petra dan menyediakan perkhidmatan menaiki kuda serta keldai. Kita juga  boleh saksikan kemahiran mereka bertutur dalam pelbagai bahasa di sini,  mereka mungkin mempelajarinya dari ramai pengunjung pelbagai bangsa dan negara yang pernah bertandang menyaksikan salah satu keajaiban dunia yang terbina dari keruntuhan tamadun bangsa yang angkuh satu waktu dulu. Kebanggan mereka sebagai tukang ukir yang mahir menjadikan mereka angkuh dan lalai dari petunjuk Allah sehingga kaum mereka dikenakan azab. Keaiban mereka bagaimanapun disanjungi dunia kini sehingga dijadikan sebagai salah satu dari tujuh keajaiban dunia pada 2007 yang lalu.

Gunung Nebo dan Sejarah Nabi Musa Mengikut kepercayaan Kristian


 
peta kedudukan Gunung Nebo di Jordan

Pengkaji Barat mendakwa sejarah Jordan dikatakan bermula di Bukit Nebo (Mount Nebo). Bukit Nebo ini terletak berhampiran Madaba dan didakwa sebagai tempat di mana Musa as dikebumikan. Dari atas Mount Nebo, pengunjung dapat menikmati pemandangan Lembah Jordan, Laut Mati dan juga Jerusalem serta Baitulaham. Pada 393 M sebuah gereja telah dibina. Pada kurun ke-7 M bukit ini menjadi tempat perkumpulan bagi para haji yang datang dari jauh. Memorial dari gangsa berbentuk ular yang meliliti palang Salib dibina oleh Gian–Paolo Fantoni of Florence. Ular yang ditunjukkan adalah simbolik kepada ular yang kononnya ditemui di padang pasir dan dipelihara Musa dan sebegitu juga dengan penyaliban Isa yang bertujuan untuk menebus dosa umatnya.

 Patung salib gangsa berlilit ular yang
dibina oleh Gian–Paolo Fantoni of Florence

Memorial ini dibuat juga atas kepercayaan kepada kitab Injil ( mereka bertunjangkan pada John 3:14:
“Dan sama seperti Musa meninggikan ular di padang gurun, demikian juga Anak Manusia harus ditinggikan, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya beroleh hidup yang kekal” (John 3:14).
Malangnya setakat ini aku tidak menemui sejarahnya mengikut pernyataan Islam. Tidak hairanlah kerana kawasan ini dikuasai oleh Kristian sekian lama.
Mengikut kepercayaan Kristian, Menurut Kitab Ulangan, Gunung Nebo merupakan tempat dimana Nabi Musa hanya dapat memandang ke arah Tanah Perjanjian karena Tuhan tidak mengizinkannya untuk masuk ke sana. "Naiklah ke atas pegunungan Abarim, ke atas gunung Nebo, yang di tanah Moab, di tentangan Yerikho, dan pandanglah tanah Kanaan yang Kuberikan kepada orang Israel menjadi miliknya, kemudian engkau akan mati di atas gunung yang akan kaunaiki itu, supaya engkau dikumpulkan kepada kaum leluhurmu, sama seperti Harun, kakakmu, sudah meninggal di gunung Hor dan dikumpulkan kepada kaum leluhurnya oleh sebab kamu telah berubah setia terhadap Aku di tengah-tengah orang Israel, dekat mata air Meriba di Kadesh di padang gurun Zin, dan oleh sebab kamu tidak menghormati kekudusan-Ku di tengah-tengah orang Israel. Engkau boleh melihat negeri itu terbentang di depanmu, tetapi tidak boleh masuk ke sana, ke negeri yang Kuberikan kepada orang Israel." (Ulangan 32 : 49-52).

Penganut Kristian percaya ini adalah makam Nabi Musa 
yang dikuburkan oleh Tuhan

Gereja byzantium di puncak gunung
Nebo Church Altar

Kawasan ini pernah melalui zaman kerajaan Mesir, asySyria, Babylon, Parsi, Macedonia, Rom, Bizantium, Arab, Mamluk dan Turki. Menjadi tarikan dan perhatian Kublai Khan cucu kepada Genghis Khan untuk Empayar Mongol, juga diminati oleh Napoleon Bonaparte dan Adolf Hitler. Merupakan laluan alternatif perdagangan sutera,rempah dan lain- lain ke Mediterranian selain dari Laut Merah. Petra, Amman dan Jerash semuanya merupakan kawasan perhentian utama perdagangan sejak zaman silam. Petra pada awalnya di bawah kekuasaan Rom namun sebaik Rom kalah, ia dikuasai oleh kerajaan Bizantium. Seterusnya Jordan terus dikuasai oleh keturunan Bizantium di situ, puak Ghassan sebelum ditakluki Islam pada kurun ke 7 Masihi dan akhirnya menjadi kawasan di bawah Empayar Islam Turki. Dipanggil Transjordan pada tahun 1919. Wujud lepas kejatuhan Khilafah Othmaniyyah 1924 dan selepas Perang Dunia I. Pada awal penubuhannya, Jordan hanya dihuni oleh puak-puak asal tempatan yang menghuni padang-padang pasir. Kemudian berlaku perluasan penduduk selepas kedatangan pelarian Palestin menjelang perang tahun 1948 dan1967. 

kembara di Bumi Anbiya': mengenali Jordan; Bumi Nabi-Nabi


 Jordan: bersempadankan Israil di Timur, Mesir, Iraq, Syiria dan Arab Saudi.
Sebaik tiba di lapangan terbang Queen Alia, Amman Jordan,  Kami dibawa ke Hotel Alia di pinggir bandaraya Amman untuk berehat. Selepas bangun dari tidur, sepertimana biasa aku  membuat sedikit catatan di mana saja tempat yang dilawati. Menziarahi bumi anbiya’ seperti Jordan adalah tidak sah tanpa mengenali Negara tersebut lebih dekat. Jordan di dalam Bahasa Arab disebut al-Urdun yang bermaksud kekuatan dan kejayaan . Dikatakan juga bahawa Urdun merupakan nama salah seorang dari keturunan Nabi Nuh as . Negara ini menyambut kemerdekaan pada 25 Mei 1946. Kedudukan  Geografinya di Barat Daya Asia 290 11’ - 330 22’ Utara dan 340 59’ – 390 18’ Timur dengan Kawasan diliputi keluasan 89 , 342 km persegi. Sebahagian besarnya adalah padang pasir yang dimajukan.

Kawasan Ghawr Jordan terletak di sepanjang Sungai Jordan . Laut Mati dan Wadi Araba . Laut Mati merupakan tempat terendah di dunia menjangkau 400 meter bersamaan 1300 kaki di bawah paras laut . Menuju ke Timur , ketinggiannya semakin bertambah dari utara ke selatan dengan direntasi aliran sungai dan lembah. Puncak tertinggi di Jordan adalah gunung Umm ad Dami setinggi 1854 meter dengan diikuti gunung Ram setinggi 1754 meter . Lebar maksimum tanah tinggi ini adalah 50 km . Kawasan timur Jordan yang gersang adalah sebahagian dari pedalaman Syam.

Iklim padang pasir di Jordan adalah panas kering sewaktu musim panas dan sejuk di musim dingin . Iklim Mediterranean ketara di kawasan berbukit dengan musim panas yang sederhana dan musim dingin yang sejuk . Manakala kawasan Ghawr adalah terlalu panas semasa musim panas dan agak hangat sewaktu musim sejuk . Purata suhu dalam bulan Januari di Amman , Irbid dan Aqabah adalah 7.3 , 8.5 dan 16.10C secara umumnya dan angka ini akan meningkat sehingga 24.7 , 24.7 dan 31.20C pada bulan Julai . Hujan tahunan mencecah sehingga ke 400 mm di Amman dan Irbid dan sekitar 37 mm di Aqabah.

Tumbuhan padang pasir tumbuh dengan banyaknya di kawasan Timur Jordan manakala hutan , pokok oak dan pine tumbuh di kawasan berbukit terutamanya di Utara Jordan. Jordan mempunyai
Populasi 4 , 139 ,000 pada 1994 dengan Kepadatan Penduduk 46 per segi Km. Rakyatnya menggunakan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa asing utama  dengan sebahagian besarnya adalah beragama islam iaitu sebanyak 95 %, manakala 5 % lagi adalah beragama Kristian.

Amman adalah ibu negara Jordan dengan penduduk seramai 964,000 orang. Irbid seramai 208,000 penduduk dan az-Zarqa’ seramai 344,000 penduduk (Bancian 1994). Negara ini menggunakan matawang Dinar iaitu 1 Dinar = 1000 Fils = 100 Qirsh ( Piasters ) , 100 Dolar = 70.8 JD. Waktu itu 1 Dinar Jordan adalah lebih kurang RM7. Sempat juga aku minum the panas dengan harga RM21 (3D) di di lobi Hotel Alia, Amman.
Dari segi Sejarah, Negara Jordan bermula dengan kewujudan beberapa kota bertembok yang muncul di Jordan sekitar 3200 SM. Ketika itu menyaksikan di Baratnya wujud peradaban Mesir dan tamadun Mesopotamia di bahagian Timurnya menjadikan Jordan sebagai laluan perdagangan yang sibuk. Zaman Besi menjelangnya kurun pertama SM menyerlahkan kewujudan kerajaan–kerajaan kecil seperti Edomites yang mentadbir di Selatan Jordan, Moabites bertapak di tengah Jordan, Amorites pula memiliki ibu kota mereka di Hisban di Selatan Amman, Ammonites menguasai sekeliling Amman manakala kerajaan Gilead menguasai kawasan Utara Sungai az-Zarqa’. Selanjutnya Arab Nabatean mengasaskan kerajaan mereka di Selatan Jordan pada penghujung kurun pertama SM dengan ibu pemerintahan mereka yang kebal di Petra namun akhirnya kecundang kepada kerajaan Roman pada awal kurun ke-2 M . Roman telah mentadbir Jordan selama beratus-ratus tahun sehinggalah diambil alih oleh Empayar Byzantine yang berpusat di Konstantinopel dan bertanggungjawab menyebarkan Kristian di sini selama 400 tahun . Pada kurun ke-7 M , tentera Islam telah keluar dari tanah Arab dan menguasai Roman dan menjadikan Jordan sebagai tanah Islam sehinggalah sekarang . Pada 1916 , Raja Hussein telah melancarkan Pemberontakan Arab menentang kerajaan Othmaniyyah dan pada 1925 sebuah Emirate TransJordan telah diasaskan dengan Raja Abdullah ( datuk kepada Raja Hussein ) sebagai pemerintah. Jordan bebas sepenuhnya dari cengkaman Great Britain pada tahun 1946.

Negara ini juga terkenal dengan bumi anbiya’. Ramai nabi-nabi dilahirkan di Jordan dan sejarah nabi-nabi itu ada diceritakan di dalam al-Quran. Antaranya:
 Nabi Yusha’ bin Nun
Baginda merupakan pengikut Nabi Musa as dan pernah menjadi teman musafir Nabi Musa as sewaktu diperintahkan untuk berjumpa dengan Nabi Khidir as oleh Allah Ta’ala. Baginda telah dipertanggungjawabkan untuk memegang bekas ikan dan memberitahu Nabi Musa as sekiranya ikan tersebut hilang (Qisasul Anbiya’).
Nabi Syuaib
Nabi Syuaib as diutuskan Kaum Madyan ( Bandar Madyan berdekatan dengan Ma’an di sudut Syam dan berhampiran juga jika dari sudut Hijjaz dengan Laut Mati ). Baginda adalah Syuaib bin Yushkhor bin Lawi bin Ya’kub. Malah ada juga pendapat yang menunjukkan pertalian nasab baginda dengan Nabi Ibrahim. Dikatakan juga datuknya atau emaknya adalah anak kepada Nabi Luth. Malah ada juga pendapat yang menyatakan baginda beriman ketika hari Nabi Ibrahim as dibakar Namrud dan kemudian mengikut Nabi Ibrahim as berhijrah ke Damsyiq dan ada pendapat lain menyatakan mereka berhijrah ke Syam dan keduanya berkahwin dengan kedua anak perempuan Nabi Luth as. Nabi Syuaib as digelar sebagai Pemidato Para Nabi kerana kepetahan dan keindahan ibarat yang digunakan dalam berdakwah. Antara kemungkaran Kaum Madyan adalah mereka merompak , menghalang dan mengganggu di jalan serta menyembah pokok (yang besar dan merimbun) di samping menipu dalam sukatan dan timbangan. Mereka diazab Allah dengan kepanasan yang amat sangat dan Allah kekalkan angin panas itu selama 7 hari dan tidak ada guna walaupun mereka cuba menyejukkan diri dengan air atau berteduh Satu ketika mereka semua berteduh di bawah setompok awan maka Allah pun menurunkan kepada mereka azab kepanasan atau sebaliknya dan kemudian tanah yang mereka pijak bergegaran lalu kedengaran satu teriakan dari langit yang mencabut nyawa dari jasad mereka. Nabi Syuaib wafat di Makkah dan bersamanya ketika itu segolongan orang yang beriman dan kubur mereka terletak di Barat Makkah antara Darun Nadwah dan Dar Bani Sahm. (Qasasul Anbiya’). Bagaimanapun makam yang kami lawati di Madyan juga dikatakan sebagai makam Nabi Shuib, Waqllah a’alam.
 makam nabi Shuib di Madyan, Jordan
Nabi Ayub
Nabi Ayub as berasal daripada Rom. Baginda adalah Ayub bin Musho bin Zirakh bin al-I’s bin Ishaq bin Ibrahim as. Dikatakan isterinya bernama Liya binti Yaakub as . Nabi Ayub as mempunyai harta , binatang ternakan dan peliharaan serta hamba yang banyak di samping tanah yang luas. Anak dan ahli keluarganya juga ramai. Kemudian Allah mengujinya dengan penyakit yang teruk dan hanya hati dan lisannya sahaja yang tidak terjejas lantaran penyakit itu. Tetapi Nabi Ayub sentiasa sabar dan sentiasa berzikir kepada Allah. Apabila dia mengasingkan diri di kawasan terpencil maka isterinya turut menemaninya sehinggalah dia disembuhkan Allah. Apabila baginda wafat usianya ketika itu 93 tahun. (Qasasul Anbiya’).
Nabi Nuh
Nama baginda adalah Nuh b. Lamik b. Matusylakh b. Khonukh ( Nabi Idris ) b. Yarid b. Mahlayil b. Qinan b. Anush b. Syith b. Adam a.s. Jarak antara kelahiran baginda selepas kewafatan Nabi Adam as adalah selama 126 tahun dan ada juga yang menyatakan 146 tahun , 10 kurun lamanya antara waktu kelahiran Nabi Adam dan lahirnya Nabi Nuh. Baginda menjadi Rasul apabila berusia 480 tahun dan berdakwah selama 950 tahun dan baginda hidup selepas peristiwa banjir besar selama 350 tahun. Pendapat yang lebih kuat menyatakan bahawa kubur baginda terletak di Masjidil Haram. Tetapi ramai dari golongan yang terkemudian menyatakan kubur baginda berada di al-Baqa’ yang dikenali hari ini sebagai Karak Nuh dan masjid telah dibina disini dengan sebab kewujudan makam tersebut. (Qasasul Anbiya’)

Nabi Luth
Nabi Luth as hidup pada zaman Nabi Ibrahim as kerana dia juga merupakan anak saudara kepada Nabi Ibrahim as. Nama baginda adalah Luth b. Harun/Haran b. Tarikh (dikenali juga sebagai Aazar) . Nabi Luth as telah pergi ke Bandar Sadum dengan perintah Nabi Ibrahim as. Kaum Luth ketika itu melakukan kemaksiatan yang paling teruk dilakukan sejak zaman-zaman yang sebelumnya iaitu liwat atau homoseksual . Maka selepas dakwah yang dijalankan oleh Nabi Luth ditentang kaumnya maka mereka seluruhnya yang mungkar dibinasakan Allah Ta’ala. (Qasasul Anbiya’)

Kembara di Bumi Anbiya' : Tiba di Jordan

Jam 11.00pm, selepas solat jamak di sudut lapangan terbang Dong Muang menghadap dinding yang menjadi perhatian orang ramai, kami bergegas menuju ke kaunter untuk pemeriksaan imigresen apabila panggilan supaya menaiki Royal Jordan Air kedengaran. Alhamdulillah, sewaktu dalam pesawat Air Asia petang tadi dari KLIA dah pekena nasi lemak, jadi tidaklah terasa lapar sangat sepertimana sebahagian sahabat yang lain.

Jam 11.30pm, pesawat Royal Jordan Air mula membelah udara di dalam kegelapan ruang angkasa Thailand. Lidah tidak berhenti mengalun zikir dan doa yang telah ku sediakan lebih awal. Perjalanan ke Amman Jordan mengambil masa lebih kurang 9 jam dari Bangkok.

 Airbus, Royal Jordan Air


Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia, Amman Jordan

Jam 4.00am 18hb September, Pesawat Royal Jordan Air tiba di lapangan terbang Queen Alia, Amman. Kami disambut oleh wakil 'Malhas Tours' untuk membawa kami ke Hotel "Alia Gateway"  yang tidak berapa jauh dari Lapangan Terbang Queen Alia, Amman untuk berehat setelah menempuh perjalanan yang panjang. Setibanya di hotel, sudah pun kedengaran azan subuh. Kami mengerjakan solat subuh untuk kali kedua hari ini kerana waktu di Jordan ialah undur 7 jam ke belakang.
 Alia Hotel. Pondok beb....

Sebelum tidur, sempat juga aku menyentuh sarapan di dewan makan hotel Alia. roti dan madu. Sesekali mata menjeling kepada makanan tradisional Jordan. Tanpa menunggu lama, inilah peluang untuk merasainya; roti yang dimakan dengan keju dan buah zaitun atau minyak zaitun dan za'tar serta humus. Makanan tradisional ilain yang sempat dijamah ialah mansaf iaitu susu kambing dimasak bersama yogurt. Selain itu, Maqlubah iaitu nasi yang ditanak dengan resepi khas berlaukkan ayam. Minuman tradisional pula ialah kopi pahit tanpa gula berperisa buah pelaga. Bagi masyarakat di sini, kopi adalah lambang kemesraan. Mansaf juga dihidang bersama teh yang diletakkan di teh tersebut daun pudina, ketika tetamu berkunjung ke rumah. kenyangnya sehingga makan tengahari hari tersebut langsung tak ku jamah.

Iktibar dari peristiwa Laut Mati

Dari 'Aqaba kaqmi bergerak ke ke utara menuju laut mati, iaitu lebih kurang 40 kmn perjalanan dari pekan Aqaba tempat di mana terletaknya gua ashabul kahfi. Perjalanan jauh ini mengambil masa 45 minit menaiki bas melalui lereng-lereng bukit dan tanah tandus.Sepanjang perjalanan, tidak tersua sebuah pun motorsikal, akan tetapi kenderaan yang biasa dilihat ialah Mercedes Benz dan BMW.
Sepanjang perjalanan aku banyak termenung dan melayan perasaan dengan memerhatikan pemandangan tandus bukit batu melalui tingkap bas. Khayalanku terhenti apabila Abdul Khamis, pemandu pelancong kami memberitahu melalui mikrofon yang disediakan bahawa perjalanan kami berada di bawah paras laut!
Simpang ke utara menuju terus ke sempadan Israel, iaitu pinggir bandar Tel Aviv yang jaraknya hanya 5 minit daripada jalan utama yang kami lalui. Maka tidak hairanlah kenapa begitu banyak sekatan jalanraya dan 'post guard' yang kami temui sepanjang perjalanan dengan tentera memikul senjata berat berkawal di sepanjang jalan.
Bas meluncur ke arah selatan perjalanan, dari jauh ternampak pemandangan cantik berlatarbelakangkan air laut membiru. Sebaik bas berhenti, kami mula bergerak secara berkumpulan di bawah terik mentari menghala ke pantai. Dari jauh kelihatan sekumpulan pelancung asing dari barat sedang mandi manda dengan badan yang terapung di atas air. Maha suci Allah, kandungan kalsium dan garam yang terlampau banyak menyebabkan semua benda timbul di permukaan.
 selamat datang ke Laut Mati!


Laut Mati (bahasa Ibrani: ים המלח; bahasa Arab: البحر الميت‎) merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Pantainya berada di kedudukan serendah 418 m di bawah aras laut, kedudukan terendah di atas daratan, dan juga tasik masin yang terdalam, sedalam 330 m. Laut mati merupakan sebuah tasik besar seluas 60 km panjang. Airnya mempunya kemasinan kedua tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan hampir 30 %. Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh kerana itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya dan kapal tidak boleh belayar di atas permukaannya. Tasik ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.
Rasa airnya terlalu masin sehinggakan seperti terasa pedas di lidah jika merasanya. Tidak ada hidupan di sini Ia merupakan Kota Sodom iaitu kota kaum Nabi Lut yang mengamalkan homosex. Kemurkaan Allah menyebabkan bumi ini diterbalikkan hingga teggelam sedalam 411 meter dari paras laut. Nabi Lut dan yang beriman diselamatkan Allah dan tinggal di Jerusalem. Dari tempat ini ke Jerusalem lebih kurang 60 km. Yang menarik di laut mati ialah ia menceritakan kepada kita mengenai kemurkaan Allah terhadap kaum Lut. Mereka telah mendustakan apa yang telah di sampaikan oleh Nabi Lut. Maka diterbalikkan bumi ini. Kesan kemurkaan ini hinggakan Allah tidak membenarkan sesuatu makhluk pun hidup di dalamnya. Laut mati tidak berpenghuni. Ia tidak didiami oleh hidupan laut. Kandungan garamnya menyebabkan tiada hidupan yang boleh hidup. Bagaimanapun,  menurut kajian sains, terdapat beberapa bakteria kecil hidup di dasar laut mati.


Jika diamati, memang benarlah keadaan itu, masih boleh dilihat dengan jelas keadaan tanah yang berbukitdan tiada satu pun pokok tumbuhan  yang tumbuh melata. Jika adapun, kelihatan pokok itu keluar membengkok ke bawah seolah-olah tumbuh terbalik!. Manakala lautnya pula wujud di atas paras yang lebih tinggi seakan-akan satu kolam luas yang dikepung, manakala hidupan pula berada di bawahnya. Dikatakan di dalam laut mati ini, tiada satupun hidupan yang wujud kerana kandungan garamnya yang amat banyak.

Hal ini berlaku juga pada lumpur laut mati. Menurut Ustaz Muhammad Abdullah, (Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat , Jacir Palace Inter Continental Bethlaham , dalam blognya 2/5/09), Oleh kerana tanah di tempat ini telah Allah jadikan untuk menghapuskan makhluk yang tidak baik, Allah meletakkan juga pada lumpur laut mati kelebihan yang sama. Ia mempunyai khasiat untuk membuang perkara yang tidak baik dari diri kita seperti membuang sel-sel kulit yang mati. Ramai orang yang mandi di sini melumurkan muka dan badan mereka dengan lumpur di sini. Ada orang yang membuat produk kecantikan dari lumpur laut mati ini. Ia merupakan produk kulit yang terkenal di dunia sebagai produk hasil bumi yang dapat memperbaiki penyakit yang berkaitan dengan kulit.

Mengenai lumpur ini, satu ketika dulu seorang kanak-kanak malang dari utara Malaysia telah dibawa ke Jordan semata-mata untuk dimandikan dengan air masin dan lumpur Laut Mati bagi merawat sakit kulitnya yang bersisik. Dikatakan lumpurnya boleh mengubati penyakit kulit. Allah sahajalah yang mengetahui kebenaran fakta ini. Hakikatnya, Allah mengekalkan kejadian di Laut Mati bagi memberi peringatan kepada Hambanya dan mengambil iktibar dari apa yang berlaku.Kehadiran ke sini bukanlah untuk mengkagumi keindahan panoramanya, tetapi bagi menginsafi tentang apa yang pernah dilakukan  sebelumnya oleh kaum yang mendustakan Allah!

Menyaksi kebenaran al-Quran di Gua Ashabul Kahfi, Jordan

Kisah Ashabul Kahfi (bahasa Arab: أصحاب الكهف‎) merupakan suatu kisah benar mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun 309 tahun kemudian.
Bilangan pemuda yang sebenar adalah tidak diketahui, dan tidak menjadi kepentingan untuk berbahas mengenainya. Ada yang mengatakan 3, 5, 7, 8 termasuk seekor anjing.
Firman Allah dalam Surah Al-Kahfi ayat 22, maksudnya;
  • Mereka akan berkata; Jumlah Ashaabul-Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka; dan setengahnya berkata: Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka, sebagai tekaan akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kelapannya anjing mereka. Katakanlah: Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit. Maka janganlah kamu berbahas mengenai mereka kecuali secara zahir, dan jangan kamu bertanyakan tentang mereka kepada seseorang pun dari mereka.


Kisah Ashabul Kahfi (bahasa Arab: أصحاب الكهف‎) merupakan suatu kisah benar mengenai beberapa orang
pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun 309 tahun
kemudian.
Bilangan pemuda yang sebenar adalah tidak diketahui, dan tidak menjadi kepentingan untuk berbahas mengenainya. Ada yang mengatakan 3, 5, 7, 8 termasuk seekor anjing.



Firman Allah dalam Surah Al-Kahfi ayat 22, maksudnya;
  • Mereka akan berkata; Jumlah Ashaabul-Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka; dan setengahnya berkata: Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka, sebagai tekaan akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kelapannya anjing mereka. Katakanlah: Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit. Maka janganlah kamu berbahas mengenai mereka kecuali secara zahir, dan jangan kamu bertanyakan tentang mereka kepada seseorang pun dari mereka.
Di dalam Al-Quran ada mengisahkan perihal dan kisah mengenai Ashabul Kahfi yang mana kesannya masa terdapat di sebuah tempat yang bernama Sahab di Amman. Allah Subhanallah Taala menyebut akan kisah Ashabul Kahfi pada ayat 9-26 di dalam Surah Al-Kahf (Surah ke-18).  Mereka ditidurkan selama 309 tahun selepas pemuda pemuda yang digelar Sahabat Gua itu lari daripada Maharaja Rome yang zalim dan menyombongkan diri. Pada ketika itu kerajaan Rome membina Liga Decapolis yang berpusat di Philadelphia (kini dikenali sebagai Amman) di mana Raja Daqyanus atau Decius memerintah pada ketika itu.
Daqyanus mengganut agama berhala dan memusuhi agama Nasrani (Nabi Isa). Di dalam Surah Al-Kahf menceritakan 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah dan seekor anjingnya lari ke sebuah gua untuk menyelamatkan diri dari ditangkap dan diseksa oleh Daqyanus. Antara kesan yang masih boleh dilihat ialah sebuah Masjid dan mihrab di atas gua Kahfi, tengkorak anjing dan tulang di dalam gua. Dalam pada itu, disebelah tepi terdapat lubang terus ke atas yang mana cahaya matahari dapat menembusinya. Perihal mengenai cahaya matahari yang menembusi ada diceritakan pada ayat ke-17 Surah Al-Kahf. Gua ini juga dikenali sebagai Kahf Ar-Raqim. Istilah  Al-Raqim disebut  di dalam Al-Quran pada ayat  ke-9 Surah Al-Kahf dan ahli tafsir menyatakan bahawa Al-Raqim ialah nama anjing pemuda pemuda tersebut dan ada sebahagian yang lain mentafsirkan sebagai batu bersurat.
Kahfi bermaksud gua. Ashabul bermaksud Pemuda yang tidur. Mereka tidur selama 3 abad atau 309 tahun. Ada 3 gua yang dimaksudkan itu yang dikaitkan dengan peristiwa ashabul kahfi, iaitu:
  1. Gua di Efesus, Anatolia, Turki sekarang. Paulus, Orang Yahudi dan Kristian mempercayainya di sini.
  2. Gua di Damsyik, Syria.
  3. Gua di Amman, Jordan. Gua ini lebih menepati ciri-ciri yang diberi dalam al Quran.
Gua di Ephesus
Kisah Ashabul Kahfi dikatakan berlaku di sekitar suatu tempat yang kini digelar Gunung Pion (Mt. of Pion). Di sana terletak sebuah gua yang diberi nama Gua Tujuh Orang Peradu (The Cave Of The Seven Sleepers) yang terletak di Efesus (Ephesus), Turki. Kisah tersebut telah berlaku sekitar lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Berkenaan dengan sejarah itu, Allah telah menerangkan kisah yang terjadi terhadap peradu-peradu itu dalam al-Quran. Kisah itu dikatakan berlaku di tempat berkenaan pada zaman pemerintahan Maharaja Dikyanus (Decius) sekitar tahun 249 sehingga 251 Masihi. Manakala peristiwa itu berakhir 309 tahun kemudian dan mula menjadi buah mulut masyarakat dunia khususnya kepada penganut agama Kristian dan Islam setelah terjaganya peradu-peradu beriman itu dari tidurnya pada zaman pemerintahan Maharaja Theodosius II yang beragama Nasrani (Kristian) sehinggalah sekarang. Pada zaman Theodosius itu, setelah berakhirnya peristiwa ajaib itu, sebuah tempat ibadah (Gereja Nasrani) dahulu telah pun dibina.
Gua di Ar Raqim, Amman, Jordan
Profesor Muhammad Taisir Dhabyan dalam bukunya 'Penemuan Besar Abad 20 : 7 Petidur Tiga Abad' menyatakan gua tersebut terletak di 7 km tenggara bandar baru Amman, Jordan. Peristiwa Ashabul Kahfi begitu istimewa sehingga satu surah dinamakan al Kahfi di dalam al-Quran.
Firman Allah dalam Al-Quran:
  • "(Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)".
  • "Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya".
  • "Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji; siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu)".
  • "Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah dan petunjuk".
  • "Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran".
  • "(Mereka berkata pula sesama sendiri): "Kaum kita itu, menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang membuktikan ketuhanan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu?(Tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian); Maka tidak ada yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta terhadap Allah.
  • "Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari RahmatNya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna".
  • "Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya".
  • "Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak dimakan tanah); sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka".
  • "Dan demikian pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya) supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (Sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.
  • "Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dan membunuh kamu, atau mereka akan mengembalikan kamu kepada agama mereka (secara paksa); dan jika berlaku demikian, kamu tidak sesekali akan berjaya selama-lamanya".
  • “Dan demikian Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya oang-orang itu mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya;pendedahan itu berlaku semasa orang-orang itu berbantah sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka”. Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: “Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid (tempat ibadah) di sisi gua mereka”.
  • “(Sebahagian dari) mereka akan berkata: “Bilangan Ashabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka”; dan setengahnya pula berkata bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka”, secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: “Bilangan mereka tujuh orang dan kelapannya ialah anjing mereka”. “Katakanlah (wahai Muhammad): “Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit”. Oleh itu janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorang pun dari golongan (yang membincangkannya)”.
  • “Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”.
  • “Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “InsyaAllah”. Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”.
  • “Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka :tiga ratus tahun(dengan kiraan ahli kitab) dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu)”.
  • “Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNya-lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya dan jelas sungguh pendengaranNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya) dan ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya”. (Al-Quran Surah Al-Kahfi ayat 10 hingga ayat 26)
Peluang pertama setibanya di Kota Amman ialah kesempatan untuk menziarahi gua ashabul kahfi ini. Dengan ditemani sahabat karib sepanjang di sana, YM Tuan Imam Sultan Gajab @ Haji Hassan, Imam Masjid Taming Jaya Balakong, Cheras, aku berpeluang mengambil bebrapa keeping gambar rangka tulang mayat yang dipamirkan di dalam gua ini. Rangka tersebut masih utuh tersimpan dalam  makam yang ditebuk dan dibuat lapisan kaca di sebelah tepinya  bagi memudahkan pengunjung melihat rangka yang dimuliakan itu dan masih elok terjaga. Keadaan gua itu tidaklah sebesar sepertimana yang dijangkakan. Keluasan perseginya anggaran 15 x 10 kaki persegi. Berdasarkan keluasan gua tersebut, adalah munasabah jumlah ashabul kahfi ialah 3 orang bukan tujuh sepertimana yang dixceritakan. Wallah ua’lam.
Keadaan gua juga terdapat banyak perubahan berbanding cerita asal di dalam al-Quran. Kemungkinan besar pemerintah Romawi waktu itu telah meminda dan mengubah suai struktur gua tersebut kerana ukiran di bahagian luarnya jelas menunjukkan senibina Romawi zaman lampau.
Di luar gua, jelas kelihatan batu batan yang telah diukir dengan senibina Romawi sebelum kedatangan Islam di bumi anbiya’ ini. Kecuali pintu, keseluruhan dindingnya telah diubah dari struktur asal. Kedudukan gua ini ialah di Pekan ‘Aqaba, Timur Amman.

Tahniah di atas Kenaikan Pangkat

Tahniah kepada enam Pegawai JKSNS kerana telah dinaikkan pangkat berkuat kuasa April 2010. Semoga kenaikan pangkat tersebut memberi input yang besar kepada pegawai berkenaan dalam memacu kejayaan jabatan. tahniah juga jika ada yang masih kekal di tempat lama, bagi yang kena berhijrah, diucapkan majujaya. Dimana pun anda bertugas, jasa dan bakti yang dicurahkan tetap akan dikenang...

Thursday, March 18, 2010

Maahad Muhammadi Pasir Pekan

Sekolah Maahad Muhammadi (P) Pasir Pekan telah ditubuhkan pada tahun 1938.Asal sekolah ini diasaskan Almarhum Tuan Haji Wan Adam Haji Wan Abdullah,anak tempatan Pasir Pekan,seorang tuan guru yang terkenal pada masa itu.

Penubuhan awal sekolah ini di akhir tahun 1938 dengan nama Madrasah Falahiah Pasir Pekan.Tuan Guru Haji Wan Adam sendiri sebagai guru besarnya.Muridnya seramai lebih kurang 30 orang (1 kelas sahaja). Beberapa tahun kemudian,sekolah ini diambil alih oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Apabila Tuan Guru Haji Wan Adam meninggal dunia pada tahun 1957,digantikan dengan ustaz Haji Wan Mahmud bin Wan Muhammad sebagai mudir sehinnga 1969.Kemudian ustaz Haji Muhammad Radhi Haji Ishak hingga pertengahan tahun 1972. Selepas itu,disandang pula oleh ustaz Haji Wan Omar Ismail hingga bulan Mac 1977.

Pada tahun 1974, Madrasah Falahiah ditadbir oleh Jabatan Sekolah-sekolah Agama (JASA) sehingga 1978,kemudian ditukar nama kepada Yayasan Islam Kelantan pada tahun 1979.

Sekolah ini telah diambil alih oleh Kementerian Malaysia pada 1983 dengan Almarhum ustaz Haji Wan Lokman Wan Ahmad sebagai mudir,apabila beliau dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke tempat lain,jawatan ini digantikan oleh ustaz Haji Mustafa Haji Nik Abdul Rahman.

Pada tahun 1984,pelajar-pelajar sekolah ini telah di pindahkan ke bangunan lain yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tidak jauh dari tapak bangunan asal yang diberi nama S.M.K.A Falahiah.

Pada tahun 1985,bangunan Madrasah asal ditempatkan pelajar lelaki dari Maahad Muhammadi Lelaki iaitu pelajar tingkatan enam bawah dan enam atas sahaja kerana kelas yang ada di Maahad Muhammadi Lelaki Jalan Pengkalan Chepa tidak mencukupi. Walaubagaimanapun,kedua-dua diletakkan dibawah satu pentadbiran (seorang pengetua) iaitu Tuan Haji Nik Abdul Kadir Nik Muhammad hinggalah ke tahun 1988.

Pada tahun 1989,sekolah ini telah ditempatkan pelajar lelaki dan perempuan dengan nama Maahad Muhammadi Pasir Pekan hingga tahun 1994. Pada tahun 1995,pelajar lelaki disatukan ke bangunan Maahad Muhammadi Lelaki Jalan Pengkalan Chepa manakala disini dikhaskan untuk pelajar perempuan sahaja,atas nama Maahad Muahammadi Pasir Pekan.Ini bertepatan dengan hasrat Yayasan Islam Kelantan untuk memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar perempuan khasnya yangt tinggal di seberang jambatan Sultan Yahya Petra untuk belajar disini.

Alfadhilah ustazah Mariam Omar memegang jawatan pengetua bermula 20 Februari 2000 sehingga 30 oktober 2004 dan dengan Puan Hajjah Che Zainah Ab.lah pada 1 November 2004 sehingga Disember 2008 dan digantikan pula dengan Alfadhil ustaz Muslim bin Che Yusof sebagai mudir sehingga sekarang.

Bilangan pelajar sekolah ini dalam masa enam tahun kebelakangan ini lebih daripada 900-1000 orang dan bilangan gurunya 61 orang.

Sekolah ini mempunyai 3 bangunan yang menyelesakan iaitu bangunan A,B dan C.Jika ditinjau dari aspek kedudukan dan fizikal,bangunan A yang asalnya telah dirobohkan dan kini telah didirikan bangunan A yang baru di duduki selama satu tahun oleh pelajar tingkatan 5 dan 6.Bangunan A adalah sebuah bangunan 2 tingkat dan merupakan bangunan utama bagi sekolah ini.Bangunan ini telah di bina sekitar tahun 2007 dan mula diduduki pada tahun 2008.Perbelanjaan bagi pembinaan bangunan ini dianggarkan sebanyak RM200 000.

Manakala bangunan C pula terletak di belakang bangunan B dan berhadapan dengan bangunan A.Kos perbelanjaan adalah hasil kutipan derma orang ramai dan sumbangan YIK.Kerja pembinaan di jalankan pada tahun 1991 dan siap pada tahun itu juga.Pada 26 Januari 1992,bangunan ini mula digunakan sepenuhnya.

Pada awal tahun 1993,bangunan B dirobohkan untuk didirikan bangunan baru bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat.Bangunan baru tiga tingkat ini menelan belanja sebanyak RM1.5 juta,hasil sumbangan daripada YIK dan orang ramai.Bangunan ini siap dibina pada tahun 1995 dan telah dirasmikan oleh Menteri Bsar Kelantan,YB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.Pada hari sabtu,11 Rabiulawal 1417 Hijrah bersamaan 27 Julai 1996,bangunan ini sekali lagi telah dicemar duli oleh ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan.

Satu blok bangunan 3 tingkat yang terdiri daripada kanti,musolla dan dewan terbuka telah didirikan pada tahun 1999 yang menelan belanja lebih daripada RM100 ribu hasil kerjasama PIBG dan YIK.Pada tahun 2002,bangunan kantin dan musolla telah siap dibina sepenuhnya dan dewan terbuka pula pada tahun 2004.

Pada awal tahun 2007 bangunan asrama sekolah mula dibina.Anggaran kos perbelanjaan pula adalah sebanyak RM300 ribu.Bangunan asrama sekolah dapat didirikan hasil kutipan derma orang ramai.Pada tahun 2008,asrama sekolah atau dikenali Maskan Tuan Haji Wan Adam mula diduduki oleh para pelajar yang datang dari luar negeri mahupun dalam negeri.Bangunan asrama terletak disebelah bangunan B dan bangunan ini adalah bangunan empat tingkat.Asrama juga dilengkapi dengan musolla dan tandas.Manakala tingkat paling atas adalah ruang serbaguna untuk kemudahan para pelajar asrama.Di samping itu tingkat yang paling bawah pula dijadikan kedai untuk disewakan kepada orang awam.Pelajar asrama dianggarkan seramai 100 orang termasuk warden.

Dengan kemudahan yang telah disediakan,ia telah dapat membantu para pelajar dan pembelajaran mereka.Mereka dapat menunjukkan prestasi pembelajaran yang baik dan mempunyai akhlak yang mulia hasil daripada kerjasama semua pihak terutama pihak guru dan para pelajar.Dengan pencapaian akedemik pelajar cemerlang,ini telah membuktikan bahawa pelajar-pelajar Maahad Muhammadi Pasir Pekan juga adalah pelajar yang mampu menaikkan martabat sekolah ke peringkat yang lebih baik dan mampu merealisasikan harapan sekolah samada dalam bidang akademik dan sahsiah diri.
Sumber: http://mmpp.kelantan.edu.my/sejarah.html

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...