Pada 28-29 Januari 2010 bertempat di ILIM Bandar Baru Bangi Selangor yang lalu Kami telah dijemput menghadiri Bengkel semakan semula Jadual pengajian di Muslim College, Ealing, London UK. Khabarnya untuk tahun ini, 2010, tempoh kursus telah dipendekkan kepada hanya 2 bulan sahaja memandangkan kepada kos ekonomi negara yang kurang stabil. Apa pun tahniah kepada JAKIM dan terima kasih kepada JPA kerana kursus tersebut masih diteruskan walaupun keadaan ekonomi negara masih belum menentu. Apa pun, kursus tersebut tidak wajar ditamatkan kerana pengisiannya yang cukup berguna kepada peserta terutamanya pegawai-pegawai JAKIM, JKSM, JAWI dan sebagainya. Kesan yang amat ketara pada peserta kursus tersebut ialah keyakinan kendiri kepada pegawai-pegawai yang menyertainya. JPA seharusnya melihat kepada Prospek masa depan dan tidak hanya kepada faktor kewangan semata-mata.
Peserta Kursus Muslim College 2010 telah membuka mata pihak MSD, Kedutaan dan sebilangan rakyat Malaysia di UK. Kami telah memberikan yang terbaik bagi pembangunan insan masyarakat Melayu di UK. Kelebihan ini tidak dimiliki oleh pegawai-pegawai PTD. Kehadiran kami ke UK mengimbangkan sifat profesionalisme penjawat awam Malaysia di mata orang-orang Eropah. Pegawai-pegawai agama juga turut menunjukkan kebolehan yang sama. Ini bermakna Penjawat awam Malaysia berada dalam kelasnya yang tersendiri.
Pada bengkel 2 hari tersebut, kami telah berhempas pulas memberikan idea terbaik bagi memberi peluang kepada peserta 2010 untuk mendapatkan pengalaman dan ilmu yang berguna meskipun tempoh yang disediakan agak singkat. Malangnya peserta bengkel yang dijemput tidak ramai yang datang. Kebanyakan yang dijemput adalah hardcore-hardcore terpilih dan mempunyai keistimewaan masing-masing. Sebahagiannya adalah pegawai kanan jabatan masing-masing. Kehadiran mereka adalah diperlukan bagi membantu generasi yang akan datang menimba ilmu sebagaimana yang telah mereka perolehi sebelum ini. malangnya tidak ramai yang datang. Sebenarnya, faktor ini lah yang menjadi sebahagian dari kekurangan dan kelemahan di agensi agama. Saya percaya mereka mempunyai komitmen lain yang lebih besar., sebab tu tak boleh hadir, Tapi ..no komenlah.
Cuma ingin disebut disini, pegawai-pegawai agensi agama sering kali dilabel mempunyai kepentingan sendiri dan tidak mementingkan orang lain. Saya harap ianya tidak berlaku dan ketidak hadiran ramai pegawai pada bengkel tersebut mungkin kerana adanya program lain yang lebih penting...
kenangan peserta kursus Muslim College London 2009.
Terima kasih pada yang hadir bengkel semakan !
Apa pun, biar tinggi mendongak ke langit, jangan kaki tersadung batu...
No comments:
Post a Comment