Saturday, February 5, 2011

Volendam, Perkampungan Nelayan di Holland


Volendam adalah sebuah pecan nelayan yang jaraknya  hanyalah  sekitar 20 kilometer dari Kota Amsterdam. Satu ketika dulu, orang mengenali Belanda melalui kota ini kerana ianya terkenal sebagai Bandar Nelayan di Eropah!

Volendam berada di Semenanjung  sebelah Utara Hollad merupakan sebuah pelabuhan di wilayah Edam yang terletak di muara Sungai Ije. Pada 1357, penduduk Edam telah menggali terusan pendek Zuiderzee dengan membina pelabuhan tersendiri. Akhirnya, pelabuhan asalnya telah ditutup dengan wujudnya  daik. Masyarakat yang tinggal di sekitar daik itulah yang kemudian disebut Volendam yang secara harfiah berarti “daik Penuh”. Sekitar tahun 2005, penduduk kampung Volendam dan persekitarannya  hampir mencapai 21 ribu  orang. 

Lokasi Volendam  ialah berada di bawah permukaan laut. Kedudukan  geografi kota di Belanda yang diakhiri dengan kata “dam” memang lebih rendah dari permukaan laut. Misalnya, Rotterdam atau Amsterdam. Bahkan, permukaan tanah Amsterdam, kota terbesar di Belanda, rata-rata di kedudukan 2.5 meter di bawah garis permukaan laut.

Adanya daik (dam) menjadikan  Volendam tidak lagi berada di pinggir laut. Kota itu terletak di tepi danau air tawar, yang  airnya mengalir dari Sungai Rhein dari Jerman dan Swiss. Bagaimanapun orang-orang Belanda tidak suka ikan air tawar, mereka lebih memilih menangkap ikan di laut yang jaraknya  dua kilometer dari tepi bendungan.

Rumah-rumah di sekitar Kampung Volendam adalah dengan ukuran dan bentuk yang hampir sama. Khas rumah Belanda iaitu  beratap lancip. Warnanya didominasi dengan warna coklat tua atau merah. Yang membezakan antara yang satu dan yang lain adalah pintunya. Baik model maupun warna catnya. Warna pintu itu sengaja dibezakan agar tidak mengelirukan pemilik rumah tatkala mereka pulang dalam keadaan  mabuk.

Orang Volendam memang dikenal sering  mabuk dan banyak meminum minuman beralkohol. Bolehjadi kehidupan mereka sebagai nelayan menjadikan suasana mereka gemar kepada minuman beralkohol. Salah satu ikan yang biasa mereka buru adalah ikan kod yang hidup di laut dalam. Ikan yang banyak mengandungi omega itu sangat diperlukan bagi  pertumbuhan fizikal anak-anak. Ikan kod juga banyak dijadikan  sebagai minyak ikan dan dhasilkan oleh penduduk Volendam. Di Pekan Volendam, kita dapati cukup banyak gerai atau kiosk yang menjual ikan  Salmon bakar/goreng segar yang dijual panas-panas. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan memakan ikan kod goring disini! Fish and Chip disulami dengan waffle manis yang melazatkan. Jika anda bertandang ke sini, jangan lupa mencubanya! Ianya halal.
 Pekan Nelayan Volendam, Holland

Penduduk Volendam  yang rata-ratanya adalah nelayan biasanya akan  mengadakan pesta minum  bir selepas seharian dilaut. Mereka mempunyai tradisi meneguk bir barengbareng. Lantaran pulang dalam keadaan khayal dan pening para nelayan sering salah masuk rumah. Mereka tidak mampu membezakan pintu rumah sendiri dengan rumah jiran,  karena itulah, warna pintu rumah dicat dengan warna yang berbeza.

Volendam kini lebih dikenali sebagai kampung pelancungan berbanding  kampung nelayan. Hampir seluruh pelancung  yang berkunjung ke Belanda selalu memasuki kampong ini dengan tujuan ‘menyaksikan panorama indah desa abad 17 di Belanda”. Anda dikatakan tidak pernah ke Belanda jika tidak menjejakkan kaki ke Volendam!
 Rumah-rumah sepanjang perjalanan ke Volendam. 
Pokok Willow yang hujung daunya mencecah air
dengan pandangan yang mengheningkan


 waffle manis yang melazatkan
 kiosk fish and chips yang menjadi perhatian kami!
 mmm....
 ikan kod goreng fresh yang lazat!
 kedai cenderamata yang banyak di Volendam
 bot-bot nelayan adalah pandangan biasa disini sejak kurun ke 17 lagi!
 rumah Belanda yang seakan sama kecuali pintunya yang berbeza!

Sungguhpun pekan kecil perkampungan nelayan Volendam ini kelihatan agak biasa sahaja, ianya menyimpan sejarah Belanda yang amat besar. Bermula dari pekan kecil inilah berkembangnya kota Amsterdam dan Belanda menjadi terkenal dan muncul sebagai kuasa empayar laut satu ketika dulu. Jadi kedatangan anda ke sini jangan hanya menyaksikan keindahannya sahaja, telaah juga sejarahnya. Anda akan terasa teruja tatkala berada dibumi penjajah ini dengan persepsi anda sendiri.


No comments:

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...