Sunday, June 9, 2013

Ziarah Pejabat Timbalan Mufti Umpama Kembali ke Maahad Muhammadi

Tanggal 3 Jun 2013, sempena kunjungan ke Istana Balai Besar Kelantan yang diketuai oleh YAA Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan, kami telah aaturkan pertemuan dengan Pejabat Mufti Negeri Kelantan. selepas taklimat yang disampaikan oleh Dato Ahmad Mahmud, Pengelola Istana Negeri kelantan, ahli rombongan dan beberapa pegawai terlibat mengambil peluang mengunjungi pejabat Jabatan Mufti Negeri Kelantan. Appointment walaupun telah dibuat beberapa hari yang lalu, kami bagaimanapun telah disampaikan berita bahawa Sahibus Samahah Dato Mufti masih berada di utara tanah air kerana menghadiri satu program rasmi dan tidak sempat pulang untuk bertemu kami. Bagaimanapun, kunjungan kami telah disambut oleh Timbalan Mufti Negeri al Fadhil Ustaz Dato Nik Abdul Kadir. Ketiadaan Sahibus samahah Dato' Mufti sebenarnya memberi peluang untuk kami berjumpa kembali dengan mantan Mudir/Pengetua Sekolah Maahad Muhammadi iaitu ustaz Nik Dir kerana dikhabarkan beliau yang menunggu kehadiran kami nanti. Peluang tersebut tidak dilepaskan di mana kami telah disambut dengan penuh mesra dan senyum dari jauh lagi oleh beliau.

Kunjungan tersebut dimulai dengan sedikit taklimat disamping sajian istimewa yang telah siap terhidang. Sewaktu sesi taaruf, suasana formal kembali menjadi  ceria apabila Dato Timbalan Mufti yang lebih gemar dipanggil ustaz menyedari sebahagian besar anggota rombongan yang hadir adalah dari kalangan bekas anak muridnya. Dato yang lebih dikenali sebagi Ustaz Nik Dir di kalangan kami menzahirkan rasa gembira dan seronoknya apabila sebahagian besar dari bekas pelajar Maahad Muhammadi menjawat jawatan yang baik dalam kerajaan negeri dan persekutuan malah masih berterusan memberi sumbangan kepada sekolah yang dicintai. 

Perbincangan yang asalnya formal menyentuh latar belakang jabatan, bidang tugas dan sesi soal jawab bertukar ceria apabila masing-masing memperkenalkan diri sebagai bekas murid yang membesar di Maahad Muhammadi Jalan Merbau, Jalan Pengkalan Chepa dan Pasir Pekan. Kebetulannya, ketiga-tiga tempat tersebut Dato adalah Mudir yang berperanan menjadikan kami seperti hari ini. Perbualan berterusan menyentuh alumni Maahad Muhammadi yang kebetulannya al-Fadhil Dato adalah Penaung. Kemesraan Dato' masih tidak berubah seperti mana di Maahad Muhammadi dulu. Kewarakannya makin terserlah malah mulutnya tidak henti-henti memuji-muji  kami kerana datang menziarahinya. Dato' juga menzahirkan rasa bangganya apabila sebahagian besar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan ditunjangi oleh bekas pelajar-pelajar Maahad, termasuklah Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rendah dan sebagainya. Sepanjang perbualan, tak terasa pun kami sedang bersembang dengan seorang Timbalan Mufti yaang disegani, tetapi terasa seolah-olah kami masih dalam bilik Pengetua di Maahad Muhammadi. 

Pertemuan hari tersebut diakhiri dengan acara bergambar kenangan dan doa perpisahan yang didoakan sendiri oleh al-Fadhil Dato'.



Rombongan yang diketuai Oleh YAA Tn. Amran bergambar
 kenangan dengan Ustaz Nik Dir, Timbalan Mufti Negeri Kelantan

No comments:

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...