Tuesday, October 1, 2013

QADHA' QADAR

Kadang-kadang
Mata sering tertipu dengan mulus warna
Hati selalu terkeliru dengan alun rindu
Otak sentiasa silap mentafsir sesuatu
kerana
Akal terlalu menyanjung ilmu

Iman tidak tegak pada qadha' dan qadar yang jitu
kepercayaan sering disalah anggap
bahawa hanya ilmu dan keyakinan diri sahaja yang perlu
Tanpa mengharap berserah kepadaMu

Rebahnya tinggi sekalian harapan
Terbang dalam deru angin bersalut debu
Bukan kurang cekalnya hati
Atau 
Kurang tabahnya diri

Tapi
Tiadanya rasa
Bahawa 
Penyudah itu dari Tuhan Yang Esa 




Hartamas
2 Oktober 2013

No comments:

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...