Wednesday, September 17, 2014

EMPIRE HOTEL AND COUNTRY CLUB BRUNEI: UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI










Bagi anda yang ingin berbulan madu dengan suasana yang romantis dengan hamparan pantai yang indah serta jauh dari hiruk pikuk kesibukan kota di sinilah tempatnya, atau bagi anda yang ingin menikmati liburan dengan penuh ketenangan di tambah suasana alam ang penuh eksotis di hotel inilah anda dapat menemukan semua yang diimpikan; atau anda ingin beriadah dengan memukul bola golf dengan lapangan berkelas dunia dengan membayangkan aksi laksana tiger wood inilah tempatnya.

jika kita melalui jalan jerudong, tutong muara high way di Brunei Darussalam, bangunan ini sangat jelas terlihat dari kejauhan dengan arkitekturmoen, padang golf yang menghijau terbentang luas serta pepohon rendang sebagai latar belakangnya. Pada awalnya hotel ini dibangunkan eklusif hanya untuk keluarga kerajaan Brunei sahaja, .tapi seiring dengan perjlanan waktu hotel ini kemudinnya dibuka untuk umum.

Beberapa pemimpin utma dunia pernah menginap di hotel yang di katakan sebagai salah satu hotel termegah di dunia ini di antaranya mantan presiden Amerika Sarikat iaitu Bill Clinton dan Raja Abdullah Jordan dikatakan pernah menginapdi hotel ini satu ketika dahulu. Pamela Anderson juga pernah beberapa malam di sini.



Empire Hotel Dan Country Club adalah salah satu resort paling megah di Asia Tenggara, luas dan mewah. Terdiri dari 360 bilik engan 63 suite dan villa mewah mencangkupi kawasan sekitar 180 hektar. Terletak berdekatan hutan tertua di dunia di Borneo (Kalimantan). Hotel ini sekitar 15 minit perjalanan dari Brunei International Airport dan 20 minit untuk ke Bandar Seri Begawan ibukota Brunei Darussalam. Hotel Empire Dan Country Club adalah sebuah resort megah yang menghadap pantai Laut Cina Selatan dan diakui sebagai k kategori hotel mewah dunia.

Jenis bilik terdiri dari superior,deluxe dan samudra. Setiap bilik memiliki balkoni peribadi, dan kamar mandi marmar terbaik dunia. marblenya menyamai 12 gelanggang basketball profesional bertaraf dunia. Permaidaninya ditempah khas dan sati-satunya yang dihasilkan di dunia. tarif bilik bermula $400 (Brunei Dollar) sehingga $16.600 untuk satu malam. Semua kamar menyediakan meja dan brankas serta telepon multi saluran dengan pesanan suara. Katil pula beralaskan linen katun mesir dan seprei kualiti premium yang memenuhi fasiliti Hotel bertaraf lima bintang. Kamar Deluxe terletak di bangunan atrium utama dengan pemandangan ke arah Laut Cina Selatan atau menghadap taman dengan lanskap yang indah. Sementara untuk kamar superior dan samudera pula terletak di bagian luar berdekatan lagoon. Semua bilik berukuran 60 meter persegi dengan tempat tidur twin king yang penuh elegan. Bagi bilik deluxe emperor suite ianya dilengkapi dengan peralatan serba canggih dan mewah dari emas, lampu gantung sahaja breharga jutaan dollar Brunei !

Menginap di sini umpama mimpi dalam mimpi.

No comments:

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...