Sunday, February 6, 2011

Dari Bukit Mertajam ke KL Sentral: Keretapi Senandung Mutiara, cuti, tiket dan surau.

4 Februari, tiba di Butterworth bus terminal lebih kurang jam 4.30pm setelah hampir 5 jam meredah lebuhraya Utara Selatan menaiki Executive ciach Durian Burung yang selesa. Sebetulnya aku Butterworth bersama anak perempuan menemani bonda tersayang menziarahi anak perempuannya yang tinggal di Bukit Mertajam. Sesampainya kami di Terminal bas Butterworth, terlupa pula untuk aku tempah terus tiket untuk pulang semula ke KL keesokan harinya. 

Satu malam di BM, esok pagi kurang lebih jam, 8 am kami diiringi bonda dan adik ke terminal Butterworth sekali lagi bagi mencari tiket pulang ke Kl. Biarpun didesak agar terus tinggal disana sehari dua lagi memandangkan cuti CNY masih panjang, aku terpaksa juga minta diri memandangkan banyak kerja yang perlu dilunaskan sepanjang cuti ini. Sesampainya di terminal bas Butterworth, aku mula panik bila melihat kawasan tersebut penug dengan lautan manusia. kebanyakannya warga asing. Habis lah aku, tiket mesti kantoi punya! benar, dua tiga kali aku pusing terminal tersebut, tak ada satu pun kaunter tiket yang menjual tiket bagi perjalanan hari ini! semuanya sold out gara-gara cuti raya Cina! Orang ramai pulak punyalah penuh sampai tak nampak lantai terminal....


Aku cuba hubungi AirAsia kalau-kalau masih ada tiket basi yang tak digunakan, keadaannya sama sahaja, semua sold out sehingga 7 Februari nanti, iaitu hari Isnin dan selasa baru ada. MAS pun sama. Tiket reganya dua kali ganda. Tak nak aku.

Aku masih ada satu lagi peliuang, kami terus ke Stesyen Keretapi Bukit Mertajam. Sesampainya disana jam 9.35am. masih ada beberapa tiket kosong kelas dua, tapi belum sempat masuk ke kaunter, keretapi jam 9.30 dah mula bergerak, gecheh! Gecheh! Gecheh! Cheh! Cheh! Cheh! Toooo....



Ok lah tak da hal. Aku mula ke kaunter nak beratur beli tiket untuk jam 4, katanya masih ada lagi 6 tiket untuk kelas dua. Sebaik je aku mula nak beratur, petugas KTMB di kaunter tiket dah mula tutup kaunter..Rehat bang! buka balik jam 11  nanti.Laung petugas kaunter. Aku tengok kat cermin depan memang jualan tiket rehat jam 10-11 pagi. Aku tengok jam kat tangan baru 9.50am.  OK lah, dia orang nak minum pagi kut. Tak apalah aku tunggu.

Sambil menunggu..Aku jengok-jengok sekeliling stesyen dan memperolehi beberapa maklumat termasuk cerita apek Cina bawa teksi bernama Ah Hsiong yang menjadi teman perbualan sepanjang 45 minit aku di stesyen ni. Menurutnya Stesyen Keretapi Bukit Mertajam ni asalnya  Kampung Alma yang dinamakan sempena nama seorang perempuan yang bernama Alima. Beliau merupakan anak jati yang dibesarkan di kampung ini.Tempat tinggalnya adalah berhampiran dengan landasan keretapi. Kisah ini bermula apabila pihak kerajaan British ingin mengambil tanah penduduk untuk membina landasan keretapi bagi memudahkan pengangkutan.Oleh demikian, penduduk yang tinggal berhampiran terpaksalah berpindah termasuklah Alima dan keluarganya. Dahulu stesen keretapi dibina di sini sebelum dipindahkan ke Bukit Mertajam.Tapak stesen keretapi tersebut adalah berasal dari tapak rumah Alima. Disebabkan itu, pihak kerajaan British telah bersetuju menamakan Stesen Keretapi Alma sempena dengan tapak stesen keretapi yang dahulunya adalah tapak rumah Alima. Sehingga ke hari ini tempat ini kekal dengan panggilan Alma.

Sempat juga aku ambil info yang tertampal distesyen ni. Info yang lengkap.

Nama lain stesen:
BKT MERTAJAM
Alamat:
Stesen Keretapi Bukit Mertajam,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang,
Malaysia.
No. Telefon:
+60 4 539 2660
Dibina:
Abad ke 20 (tahun?)
Dibuka:
Abad ke 20 (Tahun ?)
Dielektrikkan:
Belum
Laluan:
KTM Intercity
Platform:

Parkir:
Disediakan, percuma
Akses OKU:

Surau:
Ya
Tandas:
Ya


Jadual ketibaan dan pelepasan

Jadual ini adalah berdasarkan maklumat dari laman web KTMB dan pelbagai sumber lain. Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Ada juga ditampal kat dinding stesyen, tapi terteleng-teleng kepala aku aku nak faham dia punya route.

IE 35 / IE 36: Jadual berkuatkuasa 1 Disember 2010

ER 1 / ER 2 / SU 10 / SU 11/ SL 20 / SL 21 / SM 22 / SM 23: Jadual berkuatkuasa 1 November 2010

Jam
Tren
Dari
Ke
0442
SM 23 – Senandung Mutiara
Nibong Tebal
KL Sentral
Butterworth
0457
SL 20 – Senandung Langkawi
Butterworth
KL Sentral
Hat Yai
0820
ER 1 – Ekspres Rakyat
Butterworth
Parit Buntar
KL Sentral
Singapura
1329
IE 35 – Ekspres Antarabangsa
Sungai Petani 
Bangkok
Butterworth
1434
SU 10 – Sinaran Utara
Nibong Tebal
KL Sentral
Butterworth
1508
IE 36 – Ekspres Antarabangsa
Butterworth
Sungai Petani
Bangkok
1552
SU 11 – Sinaran Utara
Butterworth
Nibong Tebal
KL Sentral
2100
ER 2 – Ekspres Rakyat
Parit Buntar
KL Sentral
Singapura
Butterworth
2212
SL 21 – Senandung Langkawi
Hat Yai
Butterworth
KL Sentral
2323
SM 22 – Senandung Mutiara
Butterworth
Nibong Tebal
KL Sentral

Stesen Keretapi Bukit Mertajam ialah sebuah stesen kereta api yang beroperasi di Bukit Mertajam. Stesen ini menyediakan perkhidmatan Tren Antarabandar KTMB. Didindingnya ada juga taruk gambarstesyen ni tahun 60an, 70an dan 80an. Tapi sekadar tampal je. Malas nak tengok. Taruklah sikit info history yang berguna.  Aku tengok ada juga dua tiga mat Salleh yang terhendap-hendap. Mungkin juga mencari apa-apa info macam aku gak.

I jam aku habiskan masa lepak kat Stesyen keretapi Bukit Mertajam menantikan kaunter tiket dibuka semula. Aku masih berpeluang dapatkan tiket jam 4 nanti. Anak-anak dah mula resah dan boring. Kami mengambil keputusan hantar anak perempuanku balik dahulu kerumah adik di BM. Jaraknya dekat saja lebih kurang 5 minit perjalanan dari stesyen. Jam 11.10 minit aku kembali semula ke stesyen dan orang ramai dah memenuhi kaunter. Setibanya giliran aku, petugas kaunter dengan selamba beritahu tiket ke KL dah habis untuk hari ini.  Aku tunjukkan muka seposen. Dia senyum aje kat aku. Dengan lembutnya dia bisikkan, " jam 11.30 malam ni untuk dua orang masih ada bang, kelas dua". Ye ke? kataku menyinarkan harapan. "Ya, ada orang kensel, sekejap tadi...". ...

Akhirnya dapat juga aku balik KL malam ni.. Mak dan adik serta Cik Khalid hantar aku semula ke Stesyen Bukit Mertajam jam 10 malam. Orang punyerlah ramai.. mak datuk, Rakyat Malaysia ni cukup meriah cuti-cuti macam ni... semua balik kampung, jumpa orang tua dan sanak saudara...macam aku juga kut"

Tepat jam 11.21pm, Senandung Mutiara tiba di stesyen Bukit Mertajam. Kami salam-salam dan peliuk cium sebelum aku membetulkan tempat duduk dan mula berehat di kerusi. Air cond punye lah sejuk menusuk ke rongga dan liang roma ku. Nabella dah mula meringkuk kesejukan dan aku memangkunya sepanjang malam. Sesedarnya aku Senandung Mutiara dah berhenti kat stesyen KL Sentral. Punyalah cepat...fikir benakku. Aku tengok jam dahpun menunjukkan 6.20pagi. Patut pun.Tidur lena rupanya aku sepanjang perjalanan...

Stesyen KL Sentral, melilau cari surau tak jumpa. Dia orang tak buat suarau ke atau tulis sign board  kecik? Aku yang tak biasa ni dah tiga kali pusing tak jumpa lagi tempat untuk solat.  Paris pun ada surau tak kan kat sini orang lupa nak buat kut,  ahh.. mungkin aku tak biasa  so tak jumpa lah nak cari kut. At least, buatlah satu sign board besar macam hotel meridien tu tunjukkan arah surau.  Janji Sign Board besar senang orang nampak ada surau walaupun tempat sembahyangnya kecik. Baru orang tahu identiti Malaysia. 1Malaysia Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan Islam ditonjolkan. Tak kisahlah nak utamakan rakyat atau nak dahulukan pencapaian atau  nak tonjolkan agama atau tidak, janji slogan nya ada. (apa-apa lah)

Dari stesyen Sentral ke Nilai aku ambik Komuter. Jam 7.30 dah sampai dirumah dan sempat juga aku solat subuh di Nilai.Subuh gajah kut.

Tengahari ni, badan masih rasa lenguh-lenguh dan semput. Lutut pun rasa macam nak kejang je. Tapi perjalanan dengan KTM amat selesa dan tepat. Aku seronok. nabella pun seronok.  Terfikir juga aku, kenapa aku tak perasan adanya keretapi ni, kalau tak  tak adalah aku berlari kesana  kemari mencari tiket. Tak perasan pula adanya alternatif lain yang tak kurang baiknya, KTM. Mungkin promosi kurang kut...Apa pun Terima kasih dan  Syabas KTM. Sedikit-ssedikit khilaf tu, perelokkanlah.




Saturday, February 5, 2011

Amsterdam: Kota Bebas yang Terbabas



Itulah Amsterdam, kota paling bebas di dunia! 

Artikel ringkas ini bukan untuk mencaci jauh dari mengeji. Tapi sebagai panduan dan menambah integrity diri kita sebagai anak yang dilahirkan Muslim agar kita tidak terikut bebas dan langsung terbabas seperti negara bebas ini. Saya tidak tahu hendak mulakan di mana. Holland sebuah negara indah yang mengasyikkan dan menjadi igauan semua pelancung untuk ke sana. 

Tanahnya yang subur dan sejarahnya yang hebat sebagai kuasa laut satu ketika dulu begitu menggamit  perasaan utnuk mengenali Holland secara lebih dekat.  Kekaguman kepada gigihnya rakyat Belanda menjadi pudar dengan musnahnya bangsa manusia yang semakin hilang jati diri dan mula bertukar rupa. Benarlah Holland sebuah negara bebas  yang serba serbinya bebas, terpulanglah kepada kita untuk mengatur kebebasan itu agar tidak terus terbabas.

 Sejarah kebebasan di Amsterdam yang diwarnai dengan pelbagai kerumitan. Pada tahun 60-an misalnya, pecahnya  gerakan Dolle Mina yang menuntut pil KB sebagai salah satu paket asuran kesehatan. Kemudian pada tahun 2001, Amsterdam menjadi saksi pernikahan kaum homo pertama di dunia. Kebebasan di kota Amsterdam dapat dilihat dengan sahnya berdiri;

(i)                 Red Light District
Semakin larut malam mengunjungi kawasan ini, jsemakin banyak orang yang lalu lalang. Dan semakin gelap, semakin gemerlap pula jendela-jendela kaca memancarkan sinar lampu kemerahan. Di balik jendela kaca itu, tampak  tubuh mongel melenggok, mengundang mereka yang lewat untuk singgah. 

Red Light District menjadi primadona wisata malam Amsterdam. Konon,hasil yang disumbangkan dari transaksi di kawasan lampu merah ini cukup tinggi. Hitung saja, ada 878 jendela kaca di sini yang menyala setiap malam. Padahal di balik jendela itu ada sejumlah tubuh-tubuh molek berbagai jenis dan bangsa yang siap memberikan khidmat secara sah mengikut waktu :15 minit, 30 minit, 60 minit, atau lebih. Jika setiap 15 minit tarifnya € 50, hitung sendiri antara waktu dari jam 22.00 – 03.00 berapa euro pusingan wang  di sana, dan sekian persennya adalah dikenakan cukai!

Letaknya tidak jauh dari kawasan Damrak, sekitar 15 minit berjalan kaki dari stesyen  Central. Kawasan ini  hanya beberapa blok di sekitar gereja  Oude Kerk sepanjang terusan  Oudezijds Achterburgwal. Jika masih bingung, Tak perlu malu-malu bertanya pada receptionist  hotel untuk menunjukkan arah.kerana di sini ianya bukan menjadi suatu taboo.



(ii)               Sex Museum
Jika di Red Light District  kita menonton tubuh separa bogel, maka di Sex Museum kita mampu melihat patung-patung dan lukisan erotik sejak zaman Cleopatra hingga Marilyn Monroe dan kini. Isi muzeum ini berbeza sekali dengan Erotic Museum yang ada di kawasan Red Light District   dan disini lebi berinformasi jika anda memerlukannya.
Sex Museum bukan muzium biasa. Ianya  menampilkan beberapa gambar dan patung yang saya tidak  menganggapnya sebagai pornografi. Justru pelajaran tentang sejarah sex dari masa ke masa dipaparkan melalui deskripsi ringkas  dan koleksi patung dari orde  masa yang diwakili. 

Museum sex pertama di dunia ini mulai dibuka kepada umum pada tahun 1985. Hanya mereka yang berusia di atas 16 tahun  ke atas yang dibenarkan masuk. Buat pengunjung wanita, (mahupun lelaki), muzium ini tidak perlu anda bimbangkan asalkan anda tidak malu kepada diri sendiri. Lokasinya di Damrak 18, tidak jauh dari stesyen  Centraal dengan  harga tiket € 4 seorang.



(iii)             Homomonument
Amsterdam adalah ibu kota bagi kaum lesbian, gay, biseksual, dan transgender. Perjuangan kaum ini bagi  memperoleh hak asasi atas perbezaan orientasi seks mereka dilalui dengan rintangan dan waktu yang panjang dan berdarah. Kaum homoseks di negeri Belanda mengalami diskriminasi pada tahun 1811 yang diikuti dengan berdirinya bar khusus kaum gay pertama tahun 1927. 

Pada masa Perang Dunia II kaum homoseks mengalami siksaan yang berat. Dikatakan hampir 100,000 homoseks di German dan Belanda ditangkap dan 50,000 darinya dipenjarakan pada era Nazi. Regim Nazi menganggap  kaum homoseks dianggap membahayakan kedudukam  sosial.  Saya amat bersetuju!

Dengan gugurnya para gay dan lesbian pada masa Perang Dunia II, para pejuang solidarity telah membangunkan  Homomonument di pinggir terusan  Keizersgracht pada tahun 1985, setelah melalui  perdebatan panjang  sejak tahun 1979. Homomunument akhirnya dapat dibangunkan dan Kerajaan  Belanda sendiri telah menyumbangkan dana sebesar € 50.000 bagi tujuan tersebut.


 Monumen untuk pejuang-pejuang Homoseks di Belanda,...
Dahsyat...(kata Nadzmi)!

Amsterdamse Bos Hostel Camping: Rimba di Pinggir Kota "Het Amsterdamse Bos"


Perkhemahan yang sangat ideal di pinggiran selatan hutan Amsterdam megah ("bos", berkapasiti 900 hektar keluasan) adalah sebuah wilayah alam semulajadi  yang indah dengan pohon-pohon oak yang tinggi, rumput  menghijau dan saluran air yang bersilang-silang, namun sangat dekat dengan pusat bandar Amsterdam. Diantara aktiviti lain yang boleh dilakukan di hutan Amsterdam ini ialah anda boleh mengambil peluang  untuk berjalan-jalan, naik basikal, berkuda,berenang atau menyewa kano sepanjang anda bermalam di sini.


Pusat kota  Amsterdam boleh dengan mudah dimasukki dari semua arah  dari perkhemahan ini; Anda hanya perlu menaiki  metro / trem cepat (kereta api  bawah tanah) yang akan membawa anda terus  ke pusat bandar Amsterdam  yang boleh dimasukki juga  dengan berjalan kaki. Ada juga bas yang berhenti tepat di depan perkhemahan Amsterdamse Bos yang akan membawa anda dalam masa 10 minit untuk metro Amsterdam . Bagi yang ingin mencari adventure yang lebih untuk ke segenap tanah Holland, stesen kereta api bawah tanah adalah berdekatan dengan Ansterdamse Bos Camping dimana anda boleh pergi ke semua bahagian Holland (misalnya Rotterdam atau Den Haag) hanya dalam masa15 minit dengan bas dari sini juga ke Lapangan Terbang Schiphol antara yang terbesar dan tercanggih di Eropah. 


 pemandangan di Amsterdamse Bos yang tenang


 antara aktiviti di sini.
 datang jauh-jauh, tidur dalam khemah....jimat kos...
 bersama bro arif..tunggu ambil kunci..
 malam tadi tidur dalam khemah.. sejuk giler..
 sempat bergambar dengan kenalan dari Bombay yang 
menghadiri perkahwinan keluarga merekadi Amsterdam.


Dari perkhemahan ini juga terdapat tanah datar indah dan  pusat basikal untuk disewa  ke pusat bandar Amsterdam, lima kilometer pertama sekitar  Amsterdamse Bos anda akan melalui "Vondelpark" (taman terkenal) untuk ke  Leidseplein (alun-alun terkenal di Amsterdam dengan banyak bar dan restoran) atau Museumplein (alun-alun dengan beberapa muzium indah di sekitar Amsterdam: Rijksmuseum, Van Gogh Museum dan Museum of Modern Art). Keseluruhannya, anda hanya mengambil masa sekitar lapan kilometer (45 minit) untuk ke sana dari Pusat Perkhemahan ini..

Daya tarikan  lain di Bos Amsterdamse ialah  adalah ladang kambing Bio Dyn Geitenkaasboerderij, di mana sekitar seratus ekor  kambing dipelihara di sini.  kawasan sekitarnya juga terdapat satwa liar di sekitar ladang di mana mouflons dan bison meragut rumput.

Bagi mereka yang berminat dalam botani,di Amsterdamse Bos anda akan berkesempatan  melawat Vogeleiland Botanical Garden, di mana semua jenis flora dari Bos Amsterdamse ditanam. Anda juga boleh berkanu melalui saluran air yang dipenuhi dengan ikan dan boleh memancing . The Museumtram, yang beroperasi semasa musim panas, memberikan pengunjung peluang untuk melihat sisi timur hutan dari Haarlemmermeerstation ke Bovenkerk.  Anda tidak akan menyesal ke sini.



Volendam, Perkampungan Nelayan di Holland


Volendam adalah sebuah pecan nelayan yang jaraknya  hanyalah  sekitar 20 kilometer dari Kota Amsterdam. Satu ketika dulu, orang mengenali Belanda melalui kota ini kerana ianya terkenal sebagai Bandar Nelayan di Eropah!

Volendam berada di Semenanjung  sebelah Utara Hollad merupakan sebuah pelabuhan di wilayah Edam yang terletak di muara Sungai Ije. Pada 1357, penduduk Edam telah menggali terusan pendek Zuiderzee dengan membina pelabuhan tersendiri. Akhirnya, pelabuhan asalnya telah ditutup dengan wujudnya  daik. Masyarakat yang tinggal di sekitar daik itulah yang kemudian disebut Volendam yang secara harfiah berarti “daik Penuh”. Sekitar tahun 2005, penduduk kampung Volendam dan persekitarannya  hampir mencapai 21 ribu  orang. 

Lokasi Volendam  ialah berada di bawah permukaan laut. Kedudukan  geografi kota di Belanda yang diakhiri dengan kata “dam” memang lebih rendah dari permukaan laut. Misalnya, Rotterdam atau Amsterdam. Bahkan, permukaan tanah Amsterdam, kota terbesar di Belanda, rata-rata di kedudukan 2.5 meter di bawah garis permukaan laut.

Adanya daik (dam) menjadikan  Volendam tidak lagi berada di pinggir laut. Kota itu terletak di tepi danau air tawar, yang  airnya mengalir dari Sungai Rhein dari Jerman dan Swiss. Bagaimanapun orang-orang Belanda tidak suka ikan air tawar, mereka lebih memilih menangkap ikan di laut yang jaraknya  dua kilometer dari tepi bendungan.

Rumah-rumah di sekitar Kampung Volendam adalah dengan ukuran dan bentuk yang hampir sama. Khas rumah Belanda iaitu  beratap lancip. Warnanya didominasi dengan warna coklat tua atau merah. Yang membezakan antara yang satu dan yang lain adalah pintunya. Baik model maupun warna catnya. Warna pintu itu sengaja dibezakan agar tidak mengelirukan pemilik rumah tatkala mereka pulang dalam keadaan  mabuk.

Orang Volendam memang dikenal sering  mabuk dan banyak meminum minuman beralkohol. Bolehjadi kehidupan mereka sebagai nelayan menjadikan suasana mereka gemar kepada minuman beralkohol. Salah satu ikan yang biasa mereka buru adalah ikan kod yang hidup di laut dalam. Ikan yang banyak mengandungi omega itu sangat diperlukan bagi  pertumbuhan fizikal anak-anak. Ikan kod juga banyak dijadikan  sebagai minyak ikan dan dhasilkan oleh penduduk Volendam. Di Pekan Volendam, kita dapati cukup banyak gerai atau kiosk yang menjual ikan  Salmon bakar/goreng segar yang dijual panas-panas. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan memakan ikan kod goring disini! Fish and Chip disulami dengan waffle manis yang melazatkan. Jika anda bertandang ke sini, jangan lupa mencubanya! Ianya halal.
 Pekan Nelayan Volendam, Holland

Penduduk Volendam  yang rata-ratanya adalah nelayan biasanya akan  mengadakan pesta minum  bir selepas seharian dilaut. Mereka mempunyai tradisi meneguk bir barengbareng. Lantaran pulang dalam keadaan khayal dan pening para nelayan sering salah masuk rumah. Mereka tidak mampu membezakan pintu rumah sendiri dengan rumah jiran,  karena itulah, warna pintu rumah dicat dengan warna yang berbeza.

Volendam kini lebih dikenali sebagai kampung pelancungan berbanding  kampung nelayan. Hampir seluruh pelancung  yang berkunjung ke Belanda selalu memasuki kampong ini dengan tujuan ‘menyaksikan panorama indah desa abad 17 di Belanda”. Anda dikatakan tidak pernah ke Belanda jika tidak menjejakkan kaki ke Volendam!
 Rumah-rumah sepanjang perjalanan ke Volendam. 
Pokok Willow yang hujung daunya mencecah air
dengan pandangan yang mengheningkan


 waffle manis yang melazatkan
 kiosk fish and chips yang menjadi perhatian kami!
 mmm....
 ikan kod goreng fresh yang lazat!
 kedai cenderamata yang banyak di Volendam
 bot-bot nelayan adalah pandangan biasa disini sejak kurun ke 17 lagi!
 rumah Belanda yang seakan sama kecuali pintunya yang berbeza!

Sungguhpun pekan kecil perkampungan nelayan Volendam ini kelihatan agak biasa sahaja, ianya menyimpan sejarah Belanda yang amat besar. Bermula dari pekan kecil inilah berkembangnya kota Amsterdam dan Belanda menjadi terkenal dan muncul sebagai kuasa empayar laut satu ketika dulu. Jadi kedatangan anda ke sini jangan hanya menyaksikan keindahannya sahaja, telaah juga sejarahnya. Anda akan terasa teruja tatkala berada dibumi penjajah ini dengan persepsi anda sendiri.


Thursday, February 3, 2011

Kasut kayu: Tradisi 700 tahun yang masih kekal di Belanda


The Zaanse Schans adalah kawasan  lama di mana bangunan kayu asal  bewarna hijau  yang dibina semula dan letaknya di kawasan  Zaandam, Belanda.

Di Zaanse Schans kami sempat mengunjungi sebuah kilang kasut kayu, di mana kasut kayu dalam semua jenis saiz dan warna disusun sesuai dengan kaedah tradisional (buatan tangan, dari rangka kayu kasar). Tak jauh dari kawasan tersebut kami bergerak pula ke Volandam untuk mengintai ladang keju yang terkenal  di Holland. Kami berkesempatan melawat ladang keju otentik, di mana keju disiapkan sesuai dengan kaedah tradisional. Ladang keju dan kilang kasut kayu ini letaknya bersebelahan dengan bangunan yang sama.

kasut kayu atau terompah amat  popular di Belanda  sekitar 700 tahun dahulu. Pemakai an kasut kayu amat diperlukan  kerana ianya menghangatkan terutamanya pada  musim sejuk,  dan amat dingin di musim panas serta memberikan sokongan untuk postur tubuh yang baik. Kayu juga menyerap keringat sehingga kaki boleh bernafas. kasut kayu, sebagai ikon budaya Belanda, muncul dalam kebiasaan seperti amalan lelaki muda Belanda  yang menyajikan fiancees mereka dengan sepasang kasut kayu berukir.

Mengikut sejarah awal,  Orang-orang Belanda sekitar 700 tahun dahulu telah memakai kasut kayu, atau penyumbatan, atau "Klompen", iaitu sejak sejak abad pertengahan. Awalnya, kasut kayu  dibuat dengan tunggul kayu dan kulit atau tali ditampal kayu. Akhirnya, kasut secara keseluruhannya  mula dibuat  dari kayu untuk melindungi seluruh kaki.  Pada peringkat awal kayu jenis  alder dan  willow sering digunakan kerana ianya agak lembut dan senang ditarah.
Di Belanda, kasut kayu kebanyakannya digunakan oleh petani, nelayan, pekerja kilang, pengusaha  dan lain-lain untuk melindungi kaki mereka. Paku, memancing kait dan alatan  tajam yang mungkin menembusi  kasut  biasa tidak mampu menembusi  kasut kayu.  Bagi pekerja Kapal ,dermaga dan di kawasan yang  berlumpur, kasut kayu juga menjadi pilihan mereka kerana ianya menjaga kaki  menjadi kering dan tidak lembab. kasut kayu juga digunakan sebagai sebahagian penting dari kostum tradisional untuk  penari  tradisi  atau Klompendanskunst.  Ia dibuat dengan cara yang agak berbeza sedikit  untuk memudahkan pergerakan tarian dan  lebih ringan. Bahagian atas dipotong lebih rendah dari pergelangan kaki. Penari  akan membuat irama dengan menekankan  jari-jari kaki dan tumit pada lantai kayu bagi menghasilkan irama hentakan kasut kayu yang indah dan mengasyikkan.

Hari ini, kasut kayu sebahagian besarnya  dibuat dengan mesin dan tidak lagi dengan tangan. Tetapi masih banyak pengusaha-pengusaha kilang kasut kayu atau clogs yang  boleh ditemui di beberapa kawasan pelancongan Belanda termasuk di ‘ The Zaanse Schans’ iaitu tempat yang kami lawati ini.  Pengusaha terompah kayu ini  menunjukkan banyak alat yang mereka gunakan dan bagaimana mereka memilih batang pohon dan saiz yang  sesuai dengan saiz kasut yang akan mereka buat. Kedua-dua kasut dari pasangan kiri dan kanan  harus dibuat dari jenis kayu yang sama, bahkan sisi yang sama dari pohon, sehingga kayu akan menyusut pada tahap yang sama. Biasanya, kurma, alder, willow dan kayu poplar digunakan untuk  buatan tangan, dan birch digunakan untuk buatan  mesin.  Pembuatan kasut kayu di Belanda  ini harus lulus ujian tertentu  bagi menjadikannya tahan dengan  suhu ekstrim  di Belanda.






Mencuba terompah gergasi di Wooden Shoes
and Cheese Farm, Volendam, Holland


1 Lakaran 100 Gambaran

Terasa boring tak ke mana-mana cuti CNY, aku ambil peluang untuk mengemaskan buku-buku lama yang bersepah kat rak dan meja bacaan. Sambil belek-belek, terjumpa pula note book kecil . Buku nota ni sering aku bawa bersama time kat London dulu.  Buku ni aku beli setelah boring lama sangat menunggu keretapi laju  di Euro Tunnel dari Denver nak menyeberang ke Paris.   Semasa lepak-lepak sambil minum capuchino, aku beli buku nota ni  dan sebatang pen sketch. Buku ni aku kelek dan bawa kemana-mana saja sepanjang mengembara di Europe dan buku inilah juga menjadi nota semasa hadir kuliah di Muslim College London. 

Melihatkan coretan dan lakaran yang dibuat, ianya menggambarkan peristiwa yang dilalui masa tu. Terasa pulak nak publishkan dalam blog ni gambar-gambar member dan lecturer yang menghabiskan waktu bersama ku sepanjang di London dulu. Di sebalik lakaran tersebut, ianya menyimpan seribu memori yang tak dapat dilupakan. layan sajalah....


 Mr Mushtaq Parker

 Mamadou





Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...