Arc de Triomphe de I'Etoile (ahrk duh tri-ohmf 'duh le-twahl'), adalah pintu gerbang yang melambangkan ‘kemenangan’ yang terbesar di dunia yang pernah dibina. Binaanya membentuk latar belakang bagi kota Paris. Arc de Triomphe adalah kemuncak pemandangan sepanjang jalan utama di Champs Elysées bermula daripada Arc de Triomphe du Carrousel yang lebih kecil di Tuileries Gardens dan daripada Obélisque de Luxor yang terletak di de la Concorde.
Pada tahun 1806, Napoleon I memutuskan untuk membina pintu gerbang kemenangan ini yang diinspirasikan dari binaan Rom Purba bagi menghargai kemenangan dan kejayaan tenteranya di medan peperangan. Struktur binaan ini ini direka oleh Jean François Thérèse Chalgrin (1739-1811), dan siap sepenuhnya pada tahun 1833 serta dirasmikan pada tahun 1836 oleh Raja Perancis, Louis-Philippe. Rekabentuknya yang bersaiz sederhana besar iaitu 49.5 m (162 kaki) tinggi menggambarkan senibina romantic neoclassicm hasil binaan akhir abad ke-18. Lengkungan yang menghubungkan tiang kiri dan kananya mewearisi idea ‘Louis Etienne Boullée, iaitu bapa arkitek berwawasan perancis. Tidak hairanlah kerana pereka monumen ini, Chalgrin, adalah murid kepada Louis Etienne Boullée, Binaan lengkungan ini kemudiannya dijadikan sebagai lambang kepada semangat patriotisme Perancis.
Pada tahun 1920, kubur tentera perancis yang meninggal sewaktu perang dunia pertama diletakkan dibawah binaan lengkungan ini. Di sini juga terdapat arca yang dibina bagi memperingati dua perang dunia yang meletus dan api akan dihidupkan pada setiap malam bermula jam 6:30 pm. Di sini, setiap kali sambutan Armstive day atau hari Gencatan Senjata ( 11 November setiap tahun), akan diadakan upacara meletakkan karangan bunga oleh Presiden Republik Perancis. Pada setiap kali tibanya 14 Julai, iaitu Hari Kebangsaan Perancis (juga dikenali sebagai Bastille Day), satu perbarisan tentera diadakan bermula dari monument ini dan berakhir di Champs Elysées. Bagi meraikan hari-hari tertentu terutamanya meraikan peristiwa-peristiwa penting negara, termasuklah hari cuti kebangsaan, bendera perancis akan dikibarkan dan digantung di langit-langit lengkung bahagian dalam Arch. Saya difahamkan juga pusingan terakhir atau acara kemuncak perlumbaan basikal jelajah perancis (Tour de France ) juga akan tamat di sini yang mana diadakan pada setiap minggu ketiga atau keempat pada bulan Julai setiap tahun.
Pada setiap asas binaan Arc ini terdapat empat patung besar, yang dibina bagi memperingati The Triumph of 1810 , Resistance, dan Peace , serta yang dikenali sebagai La Marseillaise. Patung-patung ini dihasilkan oleh juru ukir yang berlainan seperti Cortot, Etex dan Francois Rude . mereka merupakan penggiat seni ukir terkenal di zaman itu.
Di bahagian atas Arch pula diukir nama-nama Perang yang berlaku atau kejayaan yang dimenangi atau kemenangan besar yang dicapai selama era Revolusi dan era Napoleon. Bagi kemenangan atau kejayaan yang kurang penting, termasuklah nama 558 orang jeneral ada juga dicatat di Arc ini tetapi diukir di bahagian dalam tembok.
Dalam Arch, sebuah muzium kecil yang menyimpan dokumen sejarah, rekabentuk arkitektur dan binaan - lengkap dengan layar sentuh yang interaktif. Harga tiket masuk termasuk akses untuk mendaki anak tangga ke puncak Arch dikenakan kepada setiap pengunjung. Untuk naik ke atas, pengunjung boleh mendaki anak tangga atau mernggunakan lif yang disediakan. Dari bumbung, kita boleh menyaksikan sebahagian pemandangan kota Paris yang indah. Melihat ke arah timur, melalui jalan di Champs Elysées, menuju Louvre, terdapat Place de la Concorde, Tuileries Gardens, dan Arc de Triomphe du Carrousel. Dari arah yang berlawanan pula, iaitu di sebelah barat – ialah monument La Grande Arche de la Défense.
Beberapa jam berehat disekitarnya memberikan saya peluang untuk menghayati senibina Arca ini. hasilnya, sekeping lukisan disiapkan berlatar belakangkan arca ini. Malangnya lukisan tu dah kena rembat ngan kawan sebilik. Tak apa lah, hadiah sebagai kenangan setelah 3 jam menunggu bas yang tak kunjung tiba di Arc de Triomphe de I'Etoile. Akhirnya kami balik berjalan kaki.......
No comments:
Post a Comment