Alhamdulillah, 10 Oktober 2009 yang lalu, selepas setahun setengah menempuh penat lelah dan jerit perih mengharungi susah payah, akhirnya dapat juga menamatkan pengajian peringkat LLM di IIUM. Belajar sambil bekerja ternyata memerlukan perhatian, fokus, serta pengorbanan yang lebih. Menghabiskan masa selama setahun setengah banyak meninggalkan kesan dalam perjalanan kehidupanku. Apa pun, sedar tak sedar, masa itu hanya sekejap saja berlalu dan 10 Oktober yang lalu, Dewan Konvokesyen IIUM menjadi saksi segala pengorbanan selama ini telah terbayar. Terima Kasih kepada JPA sebagai penaja kewangan yang membolehkan kami menerus dan menamatkan pengajian!
Ini adalah konvokesyen kedua bagi tahun ini selepas graduation ceremony di Muslim College , London hujung bulan Ogos yang lalu.Sekali lagi terima kasih kepada JPA yang memberikan peluang.
Indahnya konvo kali ni apabila dihadiri oleh anak-anak, isteri dan ibu tersayang. Mereka adalah pendokong dan penyemarak motivasi bagi meneruskan karier dan memajukan diri ku.
Di samping ibu, isteri dan anak-anak.(dan bunga)
Bergambar bersama sebahagian kawan-kawan sarjana
Tn Zaim, Tn Naser AG, Bro Naseem Maldives, YA MTSWP,
YA Labuan, Tn Ketua Pendaftar dan Pn Norziza AG, Tahniah!
Apa yang membanggakan, majlis konvokesyen yang disampaikan oleh Tan Sri KSN tersebut juga turut dihadiri oleh Tan Sri Syeikh Ghazali Abdul Rahman, Mantan Ketua Hakim Syarie dan Ketua Pengarah JKSM yang sekarang ni mengetuai Bahagian Syariah Jabatan Peguam Negara Malaysia, Putrajaya. Tan Sri adalah tulang belakang yang mendorong kami untuk menjadi perintis program LLM tersebut dengan kerjasama Tan Sri Abdul Ghani Patail, Peguam Negara Malaysia serta pihak IIUM dan JPA sebagai penaja resmi. Seramai 25 orang pegawai kanan JKSM dan Jabatan Peguam Negara Malaysia telah bergabung tenaga sebagai murid pertama bagi program yang pertama kali diadakan sejak Julai 2007 yang lalu.Terima ksaih Tan Sri Syeikh Ghazali dan Tan Sri Abdul Gani Patail, jika tidak kerana Tan Sri-Tan Sri, kami tidak akan berada di sini hari ini.
Sebahagian dari kami sempat merakamkan kenangan bersama
Tan Sri Sheikh Ghazali selepas majlis konvokesyen berlangsung.
Terima kasih JKSM
Terima Kasih JPN
Terima Kasih JPA dan
Terima Kasih IIUM
Terima kasih juga KL-Seremban dan Plus Highway, Tak lupa MRR2 yang sering melengahkan perjalanan, Terima kasih Restoran Ulek Mayang dan FS kampung Pandan yang membekalkan tenaga dan mengurangkan lapar kami, Terima Kasih Dr Fazli (Exco PendidikanNegeri Kelantan dan mantan Ketua Jabatan AIKOL, IIUM) dan DR Azmi yang sering menyokong dan memberi semangat untuk kami, Terima Kasih kepada mereka yang sering menumpangkan kami, Terima kasih kepada anda semua!
No comments:
Post a Comment