KATA PENGANTAR I
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T. tuhan sekelian alam. Selawat dan salam kita panjat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. dan semua penyambung perjuangan Baginda di mana jua mereka berada.
Pada kesempatan ini, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada saudara Mohd Nadzri bin Abdul Rahman atas inisiatif beliau melahirkan buku bertajuk “Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah, Prinsip dan Amalan” yang pada saya akan sedikit sebanyak memberi manfaat kepada para pembaca.
Dengan adanya buku seumpama ini, pasti ianya akan dapat memperkayakan lagi bahan penulisan dan pembacaan dalam bidang Perundangan dan Kehakiman Syariah di Negara kita ini. Pada keseluruhannya penulis banyak membuat rujukan kepada Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 dan Enakmen-enakmen lain yang kebanyakannya berkuatkuasa di Negeri Sembilan serta penulis telah mencurahkan pengalaman-pengalaman beliau semasa bertugas di beberapa agensi kerajaan sebagai seorang Pegawai Syariah. Ini pastinya, suatu pendedahan ilmu yang diperolehi secara praktikal yang amat bernilai untuk dikongsi bersama dengan para pembaca.
Buku ini yang mengandungi 17 bab yang boleh dijadikan sebagai satu panduan yang amat bermanfaat kepada pengamal undang-undang, pelajar undang-undang, mahu pun untuk orang awam yang ingin mengetahui tatacara atau prosiding di Mahkamah Syariah.
Semoga usaha sebegini akan menjadi contoh kepada Pegawai-pegawai Syariah yang lain dalam menyumbangkan idea dan pengetahuan dalam bidang kehakiman dan perundangan Islam di Negara kita ini. Saya juga mengambil kesempatan ini menyeru agar lebih ramai lagi Pegawai Syariah menceburi bidang penulisan dan menghasilkan karya yang bermutu untuk kegunaan kita semua. Mudah-mudahan melalui bahan penulisan yang baik akan mengubah paradigma masyarakat kita terhadap Mahkamah Syariah di Negara kita ini.
Y.A.A. TAN SRI HJ IBRAHIM BIN LEMBUT
KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JKSM
Dipetik dari Kata Pengantar 1, Buku Tatacara Mal Mahkamah Syariah: Prinsip dan Amalan
oleh Mohd Nadzri bin Haji Abdul Rahman Ibrahim
Dipetik dari Kata Pengantar 1, Buku Tatacara Mal Mahkamah Syariah: Prinsip dan Amalan
oleh Mohd Nadzri bin Haji Abdul Rahman Ibrahim
No comments:
Post a Comment