Alhamdulillah, petang tadi 9/12/09 sesi pembentangan laporan kursus Khas di Muslim College London, UK telah selesai. Terima kasih pada sis Hazlin kerana banyak membantu. Actually, waktu-waktu sebeginilah kita kenal siapa rakan sebenar.
Saya bernasib baik kerana membuat pilihan yang tepat melantik sis Hazlin dari JAKIM untuk menjadi SU. beliau sesungguhnya banyak membantu. Boleh dikatakan 70% kerja-kerja akhir diselesaikan oleh beliau. Mana perginya kawan-kawan lain? biasa lah, yang banyak bercakap biasanya kurang bekerja. Saya dah nampak keadaan ini akan berlaku. Sebaik mengenali rakan-rakan peserta, saya dapat agak siapa mereka sebenarnya. So, dari awal mula kursus lagi saya dah prepare sedikit demi sedikit kerana bimbang keadaan ini akan terjadi. Bila dah balik Malaysia dan masing-masing berjauhan serta sibuk dengan tugasan office, ketua deligasilah yang akan menanggung semua beban. So, persiapan awal semasa di London memudahkan tugas saya untuk mengedit semua laporan dan attachment yang perlu disisipkan. Terima kasih pada blog ini yang banyak membantu merakam peristiwa-peristiwa penting. copy paste dan edit sahaja.
Bercerita pasa pembentangan petang tadi, ada dua sesi, satu grup dari Dar al Ifta' Mesir. Pembentangan mereka bagus. tak ada komen negetif pun dari JPA. Adios! Tiba grup kami, mulanya agak nervous juga bila kedengaran pada sesi awal kami akan dihentam kerana beberapa isu yang dah memang kami tak dapat elak. Alhamdulillah masa pembentangan wakil JPA dan JAKIM ok sahaja. setujulah tu. Hasilnya kursus ini berterusan dan grup kami antara grup yang agak berjaya sepanjang kursus ini diadakan sejak 1989. Ok lah tu. Paling penting kami telah membawa imej terbaik dan dihormati oleh masyarakat Britain. Pihak college telah membuka mata dan sedar kami bukannya menempel dan datang sekadar nak makan angin di kota London yang mereka agungkan. Mereka sedar bahawa perkembangan dan kemajuan Islam di Malaysia bukanlah satu omongan kosong. Mereka terpegun dengan hujah-hujah kami dan keinginan untuk mengetahui lebih lanjut amat mendalam terutamnya oleh Principal Muslim College sendiri tentang perkembangan islam di Malaysia. Hasilnya mereka menghantar bro Shah datang melawat Malaysia.
Saya sempat meneliti dan membaca laporan bro Shah sejurus beliau kembali ke London. laporannya amat mengkagumi Malaysia dan antara cadangannya ialah komuniti Muslim di Britain yang berpecah belah mesti mengikut acuan JAKIM dalam mentadbir urusan orang-orang Islam di Malaysia. Mereka akui JAKIM antara yang terbaik di dunia dalam pengurusan hal ehwal orang-orang Islam. Beliau bandingkan dengan Sudan, Mesir, Saudi, UAE, Pakistan dan sebagainya, iaitu negara-negara yang pernah ia lawati atas tajaan College bagi tujuan berkenaan. Laporan beliau untuk Muslim College dan University of London serta sisipan kepada JPA London banyak membantu saya dalam menyiapkan laporan kepada JAKIM dan JPA petang tadi. Terima kasih!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah
Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...
-
White-rumped Shama From Wikipedia, the free encyclopedia Jump to: navigation, search White-rumped Shama Male White-rumped Shama Male White-r...
-
Keliling bandar Melaka menaiki beca adalah satu pengalaman yang menyeronokkan! itulah luahan suara anak-anak. Mereka melihat beca sebagai ...
1 comment:
Thanks bro nadzri for your compliment..kawan-kawan lain pun banyak bagi sumbangan, kalau tak ada daily reports mereka dalam english rasanya laporan ni jadi biasa-biasa saja.. Anyway.. thanks again n i'm really appreciate all your co-operation, motivation and friendship.
Post a Comment