KidZania Kuala Lumpur merupakan pusat hiburan keluarga tertutup yang terletak di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Malaysia. Taman tema ini menawarkan pembelajaran interaktif dan pengalaman dalam hiburan untuk kanak-kanak di dalam bandar yang bersaiz kecil. Pengalaman berada di sini adalah seperti kehidupan sebenar yang memperkasa, memberi inspirasi dan mendidik anak-anak kecil dalam melakukan pekerjaan di dalamnya.
Tempat ini juga adalah yang ketiga di rantau Asia Tenggara dan kesebelas di dunia. Tempat ini juga mengalami perubahan dalam menyedikan fasiliti yang diperbaharui dan diperbaiki selain daripada aktiviti, operasi dan pengisiannya dari semasa ke semasa.
Pengunjung juga berpeluang untuk memilih pertubuhan seperti hospital, balai bomba, salon kecantikan, bank, stesyen radio, studio televisyen, teater dan lain-lain. Kanak-kanak akan diberi pilihan untuk memilih satu pekerjaan yang terdiri daripada lebih 90 pekerjaan yang berlainan di 59 pertubuhan yang berlainan. Mereka juga boleh menjadi pakar bedah, ahli bomba, wartawan, juruterbang, mekanik, model, doktor, pelukis dan pelakon serta banyak lagi.
Mereka juga boleh memperolehi wang di dalam matawang KidZania yang digelar sebagai "kidZos" yang boleh disimpan di dalam akaun simpanan atau mempelanjakannya di sekitar KidZania Kuala Lumpur.
Selain itu, Tunku Datuk Ahmad Burhanuddin telah bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Rakan Riang Sdn. Bhd. (RRSB). Taman tema ini juga dibangunkan oleh syarikat usaha sama antara Themed Attractions and Resorts Sdn. Bhd. (TAR) dan Boustead Curve Sdn. Bhd. untuk menjayakan projek ini. Taman tema ini disasarkan untuk menerima kehadiran sehingga 500,000 pengunjung dalam setahun susulan daripada kedudukannya di lokasi yang strategik yang menjadi tumpuan ramai kerana dibina di pusat membeli-belah The Curve di Petaling Jaya. Taman tema ini dilihat sebagai satu-satunya taman tema yang berunsur pendidikan di Malaysia setakat ini. Pembinaan taman tema ini adalah bernilai RM 50 juta serta mewujudkan 400 peluang pekerjaan sebaik sahaja ia beroperasi.
Beratur beli tiket
Neissa dan Nuha beraksi sebagai pakar bedah
Bekerja di kilang air Mineral
Dah dapat hasil. Sebotol air mineral buatan sendiri
Bakal-bakal doktor pakar bedah
Yang ni pula kilang coklat Dairy. Buat coklat cadbury sendiri
Cuti sekolah yang panjang baru-baru ini dihabiskan dengan mengunjungi taman tema ini. Anak-anak sudah tentunya melompat kegirangan dan peluang yang terbuka tidak dihabiskan dengan sia-sia. Tiket masuk adalah RM55 bagi kanak-kanak bawah 17 tahun manakala RM35 bagi ibu bapa atau yang terasa diri bukan lagi budak-budak. Harga tiket adalah wajar dan munasabah dengan perkhidmatan yang diberikan. Akhirnya kopak juga duit hampir RM400. Apa yang penting berada di sini adalah untuk bermain dan memperolehi pengalaman baru dalam bidang pekerjaan sebenar dan ternyata ia menarik minat anak-anak. Apa yang kurang memuaskan ialah masa yang diperuntukkan agak singkat kerana sebelum jam 3 kami semua dah kena keluar, hanya beberapa pertubuhan sahaja yang sempat dicuba. Masa yang lama dihabiskan untuk menunggu giliran. Lan *****. Sepatutnya 10% duit tiket dikembalikan kerana masa menunggu sahaja hampir 2 jam untuk keseluruhan yang diambil. Apa pun, untuk anak-anak ia adalah satu jumlah kecil berbanding kegembiraan yang mereka alami.
No comments:
Post a Comment