Ayam Belanda atau nama sainsnya ialah Meleagris gallopavo ialah haiwan
yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam: haiwan,
filum : kordata,
sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Ayam
Belanda ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi
bulu pelepah. Paruh Ayam Belanda tidak bergigi.
Banyak makanan yang sesuai
dengan haiwan ini. Ia termasuk la makanan semula jadi terdiri daripada rumput
serta tumbuhan hijau. Bagi kebanyakkan penternak, penggunaan dedak mengikut
gred adalah suatu yang harus dilakukan bagi tumbesaran haiwan ini.Ruji makanan
bagi ayam belanda adalah tidak rumit memandangkan ia memiliki selera yang besar
untuk tumbesarannya.
gambar ihsan wikipedia
ayam Belanda betina
Ayam Belanda terdapat hampir
di seluruh dunia. Kebanyakannya memlihara ayam Belanda sebagai binatang
ternakan, peliharaan sebagai hobi dan sebagainya. Ayam Belanda dikenali dengan pelbagai nama, antaranya:
‘Wild Turkey’,
adalah panggilan biasa ayam Belanda dalam bahasa Inggeris dan Amerika Utara. Dalam
bahasa Arab pula dikenali sebagai dīk rūmī yang bermaksud “Roman rooster”. Di Catalan,
ayam Belanda dikenali sebagai ‘gall
d’indi,’ membawa maksud “ ayam India’. Orang-orang Cina pula memanggil ‘huoji (火鸡) ‘ bermaksud “fire chicken”,dinamakan berdasarkan warna
merah di kepala ayam tersebut. Di negara Czech
disebut ‘ krocan divoký’ iaitu dari
bahasa Belanda yang berasal dari perkataan ‘kalkoen’ yang diambil dari kota Calicut
di India, begitu juga orang-orang Danish
dan Norwegian menyebut ‘kalkun’ Orang-orang Sweden
pula menyebut ‘kalkon’, orang Poland dan Finland pula menyebut ‘Kalkkuna’. Di
Perancis ayam Belanda dikenali sebagai ‘la dinde’ iaitu dari perkataan ‘poulet d’inde’ atau bermaksud ayam dari India.
Orang Jerman menyebutnya sebagai der Truthahn. Di Greek dikenali sebagai ‘gallopoula’ iaitu bermaksud ‘French chicken’ atau ‘French girl’. Bangsa Hebrew menyebut ‘tarnegol hodu '(תרנגול הודו)’ yang bermaksud ‘Indian rooster’.
Di Indonesia pula ayam
Belanda dikenali sebagai ‘kalkun’ iaitu diambil dari perkataan Belanda kalkoen.
In Japanese, the turkey is called ‘shichimencho' yang diterjemahkan dari ‘seven-faced
bird’ (七面鳥).
Di Korea juga ayam Belanda dikenali sebagai chilmyeonjo’ yang juga diterjemahkan
sebagai “seven-faced bird” berdasarkan
keupayaan ayam ini khususnya ayam Belanda jantan yang boleh mengubah rupanya
mengikut mood. Di Malaysia ayam Belanda juga dikenali sebagai ‘Ayam Piru’ iaitu
dari perkataan Portugis atau ‘Ayam
Belanda’ (Dutch chicken).
Orang Portuguese, menyebut ‘peru’ iaitu merujuk kepada negara Peru. Lihat Wikipedia.
Anak ayam
Belanda adalah antara yang sukar dijaga terutamanya sewaktu masih kecil. Untuk
menjaga anak ayam Belanda, agak mencabar kerana perlukan perhatian yang lebih
berbanding dengan ayam biasa. Pada peringkat umur seminggu, kadar kematian
adalah tinggi. Untuk jagaan yang bersistematik, dicadangkan agar reban yang
tertutup adalah lebih baik. bagaimanapun reban ini mestilah mendapat pengaliran
udara yang baik dan segar. Ini disebabkan masalah nyamuk adalah penyerang utama
anak ayam Belanda. Ini akan menyebabkan penyakit puru. Seboleh-bolehnya anak
ayam ini jangan dibela di atas tanah. Jerami padi adalah pelapik yang sesuai
untuk reban ayam kerana penyimpan haba yang baik. Lampu adalah sumber pemanasan
dan juga mengelak nyamuk dan perlu dipasang pada waktu senja sehingga pagi.
Anak ayam yang berumur 1-15 hari perlu diberi perhatian lebih kerana
ianya menentukan masa depanayam itu. Anak-anak ayam perlu diberi haba, minuman
dan makanan yang cukup. Jika anak ayam bBelanda itu sakit dalam tempoh
tersebut, kebiasaannya ia akan sakit seghingga akhirnya membawa mati, begitu
juga jika ia tempang, maka ia akan tempang sampai bila-bila. Kebanyakan
Bloggers menasihatkan agar jika ingin mebeli anak-anak ayam Belanda, belilah
setelah berumur lebih 15 hari kerana risikonya sakit atau matinya kurang.
Pada
musim hujan, pastikan reban sentiasa kering, lapik lantai dengan rumput kering
yang telah “di-spray” dengan larutan antibiotik DETTOL untuk elak jangkitan
bakteria. Bakteria mudah merebak dalam keadaan lembab. Gunakan kreativiti untuk
membina reban yang kalis nyamuk, sama ada menggunakan jaring halus atau sebagainya.
Nyamuk adalah musuh utama anak ayam. Gigitan nyamuk membuatkan ayam Belanda
dijangkiti puru. Bersihkan reban setiap hari, gas ammonia dari najis ayam juga boleh
mengakibatkan penyakit pneumonia.
Anak
ayam Belanda seeloknya dipelihara dalam kotak khas (brooder) yang dibekalkan
mentol sebagai pemanas. Boleh gunakan mentol yang mempunyai 40-60 watt. Jika musim
hujan, mentol yang mempunyai watt 60 – 100 boleh digunakan mengikut kesesuaian. Pastikan
tiada angin luar yang masuk terutama waktu malam kerana angin malam boleh
memudaratkan anak ayam yang masuk ke dalam paru-paru. Jika dibiarkan anak ayam akan
kesejukan dan berhimpit-himpit. Bagi anak
ayam yang lemah, akan mati dihimpit. Jika terlalu p[anas juga boleh
memudaratkan anak ayam tersebut yang akan mati disebabkan kepanasan.
pemerhatian diperlukan untuk melihat pergerakan anak ayam. Jika anak-anak ayam
bebas bergerak, maknanya haba yang ada adalah cukup. Jika anak-anak ayam
berhimpit-himpit maknanya maknanya haba
kurang. Anak ayam elok dijemur selama beberapa jam pada waktu pagi untuk
medapat vitamin D dan antibodi dari matahari.
Air
yang mencukupi perlu untuk kestabilan dan keseimbangan badan anak-anak ayam
Belanda. Jangan biarkan anak ayam haus terlalu lama. Elakkan memberi air yang
berklorin dan tidak bersih. Jika dapat air bertapis atau dari sumber semulajadi
lagi bagus. Boleh larutkan vitamin+ antibiotik dalam air untuk
menguatkan anak ayam dan elak penyakit berjangkit.
Dari
sudut makanan pula, elok bagi dedak
pemula ayam daging (starter) yang
telah dirumus khas untuk anak ayam. Elok diberikan dedak jenama yang ada Gold
Coin 201C, Cargill 901C atau Hong Lee 501C dan lain-lain. Lebih menjimatkan, makanan
anak-anak ayam Belanda ini disediakan sendiri dengan sedikit campuran
temukut,dedak padi,hampas kelapa, jagung hancur, ikan baja, gandum hancur dan
sebagainya tapi pastikan zat mencukupi. Selepas sebulan, makanan tersebut bolehlah
dicampur dengandedak penggemuk (grower). Elakkan menukar jenis
makanan atau dedak yang biasa diberi dengan makanan lain yang ayam tak biasa
makan secara tiba-tiba. Tukar secara perlahan-lahan hingga anak-anak ayam itu
boleh terima makanan tersebut. Boleh juga disulam dengan rumput. Lihat http://shawnagrofarm.wordpress.com/2010/01/01/cara-memelihara-anak-ayam-belanda-a-k-a-turkey-a-k-a-piru/
Anak ayam Belanda yang baik untuk dipelihara ialah yang berada dalam keadaan cergas tidak bermata luyu atau mengantuk. Kaki anak ayam belanda keadaannya bulat tidak kurus. Paling penting anak ayam
belanda diberi ubat nyah kuman di
bahagian uluran selama lima hari dalam minggu yang pertama.
Jika anak ayam belanda berak warna coklat cair ketika umurnya dua minggu, berkemungkinan ada jangkitan kuman pada ususnya dan jika tidak di ubati ia akan mati perlahan-lahan. Anak ayam yang sihat najisnya berketul putih/ hitam.
Jika anak ayam belanda berak warna coklat cair ketika umurnya dua minggu, berkemungkinan ada jangkitan kuman pada ususnya dan jika tidak di ubati ia akan mati perlahan-lahan. Anak ayam yang sihat najisnya berketul putih/ hitam.
.
http://id.scribd.com/doc/51592156/Projek-Ternakan-Ayam-Belanda
No comments:
Post a Comment