Friday, April 18, 2014

POJ PUTRAJAYA: KURSUS KHAS HAKIM SYARIE ZON TENGAH-FARAID

Kursus Khas Hakim Zon Tengah dan Selatan: Pengendalian Kes Faraid
25 - 27 Februari 2014 (POJ)

bertempat di POJ Putrajaya (Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya), sekali lagi Bahagian Latihan JKSM dengan jayanya melaksanakan kursus bersiri untuk pusingan pertama. Kali ini Bahagian Latihan JKSM merancang kursus pengendalian kes-kes faraid. 

Kursus yang memfokuskan penyertaan Hakim-Hakim Syarie dari zom Tengah dan Selatan terdiri dari Hakim-hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan lebih kurang 15-20 orang ini dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai matlamat yang dirancang, iaitu mengurangkan kesilapan dalam penyiasatan ahli waris dan melatih kecekapan pengiraan sistem faraid.

Peserta bergambar kenangan dengan Fasi di lobi 
Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya (POJ)

Penulis sekali lagi dijemput sebagai Fasilitator untuk kursus 3 hari ini. Antara prospek yang perlu difokuskan ialah memastikan  pengendalian kes faraid dibuat secara teratur, penentuan atau pemilihan saksi dan pengendalian prosiding yang kemas. Manakala fasi bersama untuk kursus ini ialah Tuan Haji Halim, seorang peguam Syarie, pengurus konsultan faraid dan pesara pejabat Pesaka Kecil yang mahir dengan hal ehwal pesaka. Peserta Kursus seharusnya merasa bertuah dan wajar mengambil kesempatan dengan kehadiran beliau untuk menambah ilmu faraid melalui pengalaman luas beliau. 

Sungguhpun Peserta kursus kurang menggemari lokasi yang dipilih oleh BL JKSM, dan penempatan peserta tidak disediakan kerana kekangan kewangan serta masa, namun pengisan kursus wajar dipuji kerana peluang yang ada adalah jarang diperolehi.

Penulis juga tidak melepaskan peluang memiliki buku 
Mengurus Harta Pusaka hasil tulisan  Tn Haji Wan Halim

No comments:

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...