Monday, April 21, 2014

ALOR SETAR: KURSUS PRA PERBICARAAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Bulan yang sibuk, itu lah yang boleh digambarkan. Bermula pertengahan Mac hinggalah hujung April 2014 diary calendar (duty planner) dipenuhi dengan jemputan ceramah dan fasilitator yang berterusan. Mungkin hikmah kerana tauliah kehakiman yang tak kunjung tiba, peluang bersantai kat ofis ditutup dengan tugasan memanjang sejak Mac hingga sekarang. 

Meskipun awalnya kehadiran ke MSWP KL sejak transfer order pada Mac 2013 membuatkan hati sedikit terkilan kerana isu tauliah MAIWP, tetapi bantuan rakan-rakan di BL JKSM membuka sedikit ruang bagi mengubat hati dengan jemputan ceramah yang tak kunjung henti. Tidak mengendalikan kes di dewan sendiri tidak beerti mematikan jatidiri. Bakti tidak seharusnya dilaksanakan hanya dengan satu segi. Berkongsi ilmu dan pengalaman juga sesuatu yang patut dihargai!. 

Pengalaman baru ditempa bila menyahut jemputan dari Puan Norlida JKSN Kedah Darul Aman pada 1-3 April lalu. meskipun pada asalnya cuba mengelak dari memenuhi jemputan itu kerana lokasi yang agak jauh dan memenatkan, tetapi memikirkan sesuatu harus dilakukan bagi membuktikan penempatan di MSWP KL bukanlah setakat mengisi kuota yang diberi, digagahi juga untuk bermusafir ke Alor Setar bagi berkongsi pengalaman dengan adik-adik LS di sana. Alhamdulillah penampilan  3 hari disana diterima dengan maklum balas yang menyenangkan hati. 

Kursus 3 hari dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 ptg setiap hari itu dipenuhi dengan percambahan fikiran sesama peserta agak menyeronokkan walau agak memenatkan.  Hari pertama dimulai dengan Mengenali UU Tatacara Mal MS, memulakan Prosiding Mal, pengenalan kepada Saman dan Permohonan, Menyempurnakan pliding dan sepina dan akhir sekali sebutan di Mahkamah Syariah mengakhiri slot ceramah 2 hari. Tuan Faiz Afsal Pegawai Penyelidik HMTS2 MSWP KL turut berkongsi pengalaman dengan tajuk penyediaan pliding dan proses pra sebutan dari Perspektif peguam Syarie juga menambahkan ilmu untuk dikongsi.

hari terakhir disudahi dengan latih amal dan perbincangan sebelum disudahi dengan Majlis Penutup Oleh YAA Dato Syeikh Yahya KHS.



terima kasih JKSN Kedah Darul Aman yang memberikan pengalaman baru dan mempercayai kami! Semoga sedikit sebanyak ilmu yang diberi dapat dikongsi!

No comments:

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...