2 Mei 2014, Kuala Lumpur - Buat julung kalinya Badan Kebajikan MSWP (BKMSWP) telah menganjurkan Kempen Penanaman Pokok Hijau dipersekitaran Kompleks MSWP Kuala Lumpur.
Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dengan ucapan aluan dari Setiausaha BKMSWP, Tuan Sofian Bin Ibrahim. Ia kemudiannya diteruskan dengan bacaan doa dan taklimat ringkas dari Yang Arif Tuan Mohd Nadzri Bin Abd Rahman selaku Pengerusi.
Di kesempatan tersebut, YA Tuan Pengerusi BKMSWP sempat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kerana telah bermurah hati memberikan 25 batang anak pokok yang terdiri dari pokok nangka, ciku, rambutan, mangga, dan jambu untuk menjayakan kempen ini.
Anak-anak pokok tersebut kepada setiap dewan, seksyen dan unit untuk ditanam dan dipelihara selepas ini. Antara pegawai yang telah turut serta menanam anak pokok adalah YA Tuan Haji Muhammad Abdul Karim Bin Abdul Wahab (Hakim Mahkamah Tinggi), Tuan Abdul Ghani Bin Kiflie (Ketua Pendaftar, Hakim-hakim Mahkamah Rendah, Pendaftar dan ketua-ketua Seskyen dan Unit yang ada di MSWPKL. Turut serta menyerikan program adalah warga MSWP sendiri yang saling membantu menyediakan tapak semaian dan baja bagi anak pokok yang telah ditanam.
credit: http://www.mswp.gov.my/index.php/ms/berita-semasa/209-tahun-2014/494-program-penanaman-pokok-hijau-mahkamah-syariah-wilayah-persekutuan-2014-02-05-2014
No comments:
Post a Comment