Saturday, June 7, 2014

TAHNIAH NAJAH! HADIAH HARI JADI UNTUK PAPA

Petang tadi 7 jun 2014,  sehari sebelum hari ulangtahun, hadiah yang paling bermakna apabila anakanda tersayang Zawinnajah Nazeera mendaftarkan diri sebagai mahasiswi  di UIA kampus Petaling Jaya bagi Asasi Undang-undang.

seawal pagi lagi kami bertolak dari Nilai menuju ke PJ sepertimana surat tawaran yang diterima. setibanya di sana, terpalit kembali memori lama di mana selama 2 tahun kami pernah berkampung di sana sebagai mahasiswa sekitar 92-94. Kini kampus PJ bukan lagi kampus induk yang telah berpindah ke Gombak, walaupun ia hanya dihuni oleh student matrikulasi, tetapi bangunan dan lorong-lorongnya tidak banyak berubah. Pengalaman lebih 20 tahun dahulu memudahkan urusan pendaftaran  anakanda Zawinnajah . biarpun kami tiba agak lewat lebih kurang jam 9 lebih, sebelum jam 10.30 semua urusan telah diselesaikan termasuklah pendaftaran hostel iaitu di  Mahallah Siti Khadijah yang tidak asing lagi sejak dulu.

Apa pun, tiada kata yang dapat diucap dan tiada rasa yang dapat diluah. begitulah mungkin perasaan orang tua dahulu sewaktu mendaftarkan kami ke universiti lebih 20 tahun dulu. Kini perasaan yang sama dikongsi dan penat jerih ibu bapa terbalas apabila anakandanya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.  Ianya satu kepuasan yang tak dapat dibandingkan...

 hadapan mahallah Siti Khadijah..
 Jangan nangis Najah!tempuhi dunia baru sebagai seorang siswi
 pekarangan lobi utama UIA bersebelahan 
Dewan al Malik faisal, setelah usai pendaftaran
 Sempat bergambar dengan Tn Nurul Iman Tn Zahirman 
dan adik bongsunya yang turut hadir
Ini bersama Nuha 
plak.. nak tumpang sekaki...

Apa pun, tahniah buat Najah. keyakinan, kecekalan, ketabahan dan usaha kamu telah membuahkan hasil. Itu sudah cukup untuk mengembirakan ibu bapa kamu. Azam yang kukuh untuk bergelar pelajar undang-undang di UIA telah termakbul. Siapa sangka, Rezeki Allah yang maha pemurah  atas usaha dan permintaan mu yang tak pernah kenal penat lelah  telah dimakbulkan. Selamat maju jaya Najah! pesan papa agar kau jangan melengahkan solat dan percaya pada diri mu...insyaallah moga kau menjadi inspirasi pada adik-adik yang lain...

No comments:

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...