Bagi mereka yang biasa travel, makanan Turkiye tiada bezanya dengan makanan dari negara Eropah atau Timur tengah yang lain. Ramai dari kalangan pengembara mengakui makanan Turkiye adalah antara yang terbaik. No komen.
Sesampainya kami di Ankara, sebaik selesai melawat Ankara Museum of kemal Atartuk, kami dibawa ke sebuah restoran lebih kurang 1km dari muzium. Balıkçı Süleyman Büyükada Restaurant. Disini kami jamah buat pertama kali makanan Turkiye di negara Turkiye sendiri. Not bad. semua puji makanan di sini. biasalah hari pertama, masih teruja...
kami siap menambah makanan.
pesan jus oren tambahan,,,
makan desert pemanis mulut yang manis...
macam nak lagi...
Balıkçı Süleyman Büyükada Restaurant
semua tak sabar ingin merasai lunch pertama di Turkiye
Kirazli Bahce Restoran, anatara restoran yang menghidangkan makanan Turkiye yang lazat. Dekorasi interiornya juga hebat.
Hari ketiga dan ke empat, kami masih okay.. tapi dah ada beberapa orang di kalangan kami mula menjauhi restoran. Tak tahan dengan bau makanan katanya... Berbeza dengan hari pertama dan kedua.. Kami melahap bagai tak pernah jumpa makanan seminggu.. Masuk hari ketiga dan keempat.. ramai di kalangan kami dihantui mimpi ngeri dan tidak addict lagi dengan makanan Turkiye..
Sungguhpun makanan yang dihidangkan berbeza setiap kali sarapan, makan tengahari atau makan malam, namun sebahagian besar dari peserta kami mula tidak tahan dengan makanan yang dihidangkan..
Hari ke empat dan kelima... ada yang mual..., ada yang loya.. malah ada yang tak boleh telan makanan langsung, bertahan dengan buah pic dan epal...Seriously.. makanannya bagus, lazat dan enak. Tapi mungkin makanan utamanya berasaskan daging, dengan rempah yang berbeza kita makan setiap hari di Malaysia, menjadikan perut tidak lagi mampu menanggung sengsara, biarpun mulut dan lidah tak sabar melahapnya..
Ini Baklava. Sejenis manisan yang sememangnya manis. Baklava di sini sedikit berbeza berbanding Negara Timur Tengah yang lain. Di sini Baklava lebih moist berbanding Negara lain yang mana kekacangnya lebih dari pastry sampai nampak hijau pistachio tu.
Di bawah ini pula Lokma. Penjual Lokma biasanya menggoreng Lokma dan menjualnya panas-panas. Lepas goreng, Lokma ini akan curah atau rendam dalam air gula.
Kalau ke Bursa pula mesti kena rasa hidangan ini!. Bursa bukan sahaja terkenal dengan kain sutera, padang ski Uludag dan sejenis kebab yang dikenali sebagai Iskander. Kebab ini dihidang bersama daging kambing yang dipotong nipis bersama tomato pes. Dihidangkan sekali bersama roti pita, gabungan yang sempurna!
Iskander kebab Bursa
Ini pula Gozleme. Pastri tradisional Turkiye ini selalunya disumbat dengan keju putih masin, daging lembu cincang atau sayur bayam. Hidangan berperisa tradisional ini ialah doh pastri asas yang diisi dengan pelbagai bahan seperti keju, sayur-sayuran atau daging cincang dan kemudian ditutup dan dimasak di atas griddle.
Akhirnya... kami mengalah dan tidak lagi menyentuh daging....
Semua makanan lain habis... tapi daging kami tinggalkan.. Bukan tak mahu cuba walau beberapa suap, tapi kami tak mahu perut meragam..Apa barang orang happy bergambar dan sibuk bershopping tapi kita pula sibuk cari tandas....
Hari terakhir sebelum kami berlepas balik, sempat juga merasa makanan Melayu di Warung Nusantara, rumah makan milik pengusaha dari Indonesia, ada mee, bihun, nasi goreng, ayam penyet dan macam-macam lagi makanan yang biasa kita jumpa di Malaysia. Kicap, sambal, te,mpoyak pun ada... Lokasinya di Şehremini Mahallesi Kerpiçhane sokak No 2A Fatih, Istanbul, Turkey. Ok lah tu..
No comments:
Post a Comment