Tuesday, January 10, 2023

MAHKAMAH SYARIAH MELAKA JADI TUMPUAN ULAMAK NUSANTARA

Alhamdulillah sepanjang 2022 Mahkamah Syariah  Negeri melaka (MSNM) menjadi tumpuan
kebanyakan ulamak terkenal yang sudi meluang masa melabuhkan jubah mereka dengan penuh tawadhuk, rendah diri, zuhud dan penuh keilmuan. 

Bermula dengan riadhah ziarah oleh yang dikasihi  Baba Ismail Sepanjang pada bulan Ogos, diikuti oleh baba Li Sekam pada bulan Oktober 2022. kedua-dua ulamak besar Pattani ini singgah dalam kunjungan mahabbah 'tour ilmu' di Malaysia ketika itu.

Terdahulu, SS Datuk Wira Hj Abdul Halim Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka pada Februari 2022 dan seterusnya Datuk Din Jusoh, CEO Utas Travel yang juga pendakwah tanahair yang berasal dari Masjid Tanah Melaka pada bulan Mei 2022. Ybhg Datuk juga telah mewaqafkan sebilangan besar buku-buku dan kitab tulisannya kepada MSNM.

Pada Disember pula, MSNM dikunjungi oleh al Mukarram Tn Guru haji Muhammad Trang Issa, Pengerusi Baitul khidmat, petrajaya, Kuching Sarawak, guru mursyid Tarekat Qadiriah wa Naqsyabandiah (TQN)  wakil ijazah talqin dari Abah Anom, Pondok Pesantren Suryalaya, Tasik Malaya Indonesia.

Disusuli pula oleh ulamak dan pendakwah tersohor Indonesia, Buya al-Razi Hasyim yang bertandang bersama keluarga (Isteri dan anak-anak) pada bulan yang sama.

Kami di MSNM amat berbesar hati dan mengucapkan syukur ke hadrat Allah Azzawajalla kerana diberi peluang untuk menjadi tuan rumah kepada ulamak-ulamak besar Nusantara. Sujud dan syukur kami hamparkan kepadaMu Allah kerana kami menjadi pilihan untuk mereka bertamu.

Semoga kehadiran para alim ulamak ke MSNM bukan sahaja menghiburkan hati gundah kami, namun kehadiran mereka sudah pastinya meninggalkan peringatan, pedoman dan nasihat serta panduan yang amat besar dan berguna kepada kami semua. Kehadiran yang bukan sekadar singgah dan minum, tetapi disulapi dengan tadhakkur, tadabbur, wa'yi dan idrak yang penuh intelektual dan manfaat. Meninggalkan pesan dan nasihat, menitipkan doa dan talkin.. 

Semoga kehadiran para alim ulamak ini bukan sahaja meninggalkan restu tetapi menampalkan sinar hidayah kepada kami semua. Semoga Allah berikan kesihatan, panjangkan usia dan luaskan rezeki kepada para alim ulamak dan pendakwah agar mereka terus istiqamah berjuang dan berdakwah di jalan Allah sehingga akhir usia. 

 






Baba Ismail Sepanjang Oktober 2022


..dan sifat-sifat orang alim itu seperti kata  Shaikh Zainuddin al Malibaari dalam Hidayatul Azkiya ila Thoriqotil Awliya:-

"Dan bagi alim akhirat ada tanda-tandanya yang dapat dilihat. Tidaklah ia menuntut dunia, dengan ilmunya akan masalah-masalah agama. Bahawa tidaklah berlainan kata-katanya dengan perbuatannya. Dan pada perkara perintah dialah yang mula-mula beramalnya. Dan pada larangan dialah yang mula-mula menghindarinya. Dan adalah ia mementingkan ilmu yang nyata membawa gemar kepada taat. Dan ia menjaga dirinya dari ilmu yang melulu membanyakkan kata-kata yang sia-sia dan yang menghiasi perdebatan. Dan ia menjauhi berpoya-poya tentang makan. Berbagus-bagus pada perabot dan rumahtangga. Dan menjauhkan bersenang-lenang dan berhias-hias dengan pakaian. Dan cenderung ia kepada redha pada apa yang ada (qana’ah). Dan menjauhi diri ia dari menggauli sultan (pembesar), dengan erti tidaklah ia masuk walaupun satu hari kecuali untuk menasihati atau menolak zalim atau memberi pembelaan terhadap apa-apa yang membawa kepada redha Allah. Maka bolehlah masuk. Dan terhadap Fatwa-fatwa, tidaklah ia ceroboh . Dan dikatakannya : "Tanyakanlah hal ini kepada orang yang ahli". Tidak mau ia berijtihad kalau belum keadaan menentukan harus begitu dan dikatakannya 'Saya tidak tau' , bila hal tersebut tidak mudah baginya . Dan bertujuan ia dengan ilmunya untuk mencapai kebahagiaan Akhirat yang besar. Dengan demikian , yang dipentingkannya adalah ilmu batin dan meneliti persoalan hati ,dan keselamatan hatinya dibuat segala macam siasah ( gaya tarbiyah) ……………."

 

Baba Li Sekam Ogos 2022




Datuk Sudin Jusoh, Utas Travel Mei 2022




Tuan Guru Hj Yusri Pondok Darul Hasanah Kuala Selangor
Disember 2022
al Mukaram Tuan Guru Hj Moh Trang Issa Bintagor, Sarawak
Disember 2022


Buya al Razi Hashim, Disember 2022







Ulama adalah orang yang paling berjasa dalam menjaga, membela dan menyampaikan kepada kita syariat Islam secara suci murni sehingga hari ini. Oleh itu, kita wajib menghormati mereka dan mengakui keahlian mereka.  Memperlekehkan ulama pula tidak dilakukan kecuali oleh orang yang hina dan rendah akhlaknya sahaja. Nabi SAW sendiri tidak mengakui orang seperti ini sebagai umatnya. Sabda baginda SAW: "Bukan daripada kalangan kami orang yang tidak menghormati orang tua kami, mengasihi orang muda kami dan mengetahui hak orang alim kami." Riwayat Ahmad dengan sanad hasan

Kata Imam Ibn al-Mubarak: "Sesiapa yang mempersendakan ulama, akan hilanglah akhiratnya." Kata Imam al-Azraie: "Mencerca ahli ilmu, terutama tokoh besar mereka adalah termasuk dosa besar."

Pesan ayahnda satu ketika dulu, "berkawanlah dengan ulamak, jika kamu tak boleh berkawan. maka berkhidmatlah kepada ulamak, jika kamu tak boleh berkawan atau  berkhidmat kepada ulamak, maka kasihlah kepada ulamak, jika kamu masih tak dapat mengasihi ulamak, maka janganlah sekali-kali membenci ulamak..."

No comments:

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...