22 Jun 2023, satu lawatan tinjauan ke Pulau besar di bawah program ISO 1900: 2014 iaitu program " Eksplorasi Kembara Syariah Pulau Besar Melaka Tahun 2023" membawa impak besar kepada para peserta khususnya dalam menghayati sejarah dan keindahan tersembunyi Pulau tersebut.
Antara objektif lawatan ke pulau tersebut ialah :
- mengenalpasti usaha-usaha yang dijalankan oleh JAIM dalam pengawalan akidah yang membawa kepada amalan khurafat yang bercanggah dengan enakmen kesalahan syariah negeri Melaka;
- Memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan Mahkamah Syariah Negeri Melaka khususnya sekretariat Patuh Syariah berkaitan nilai0nilai di luar pejabat sebagai nilai tambah kepada pematuhan Patuh Syariah MS 1900:2014; danmengenal pasti tempat-tempat bersejarah dalam menelusuri perkembangan dakwah Islamiah khususnya di Pulau Besar Melaka dan
- Mengenalpasti tempat-tempat bersejarah dalam menelusuri perkembangan dakwah islamiah khususnya di pulau Besar melaka.
Pulau Besar mempunyai keluasan kira-kira 168 hektar, merupakan pulau yang terbesar sekali di negeri Melaka. Terletak kira-kira 15 km dari Bandar Melaka serta dihubungkan melalui pengangkutan air. Terdapat kemudahan feri disediakan diantara Tanah Besar iaitu di Jeti Anjung Batu, Umbai dan juga kemudahan bot yang boleh disewa di Jeti Umbai, Melaka.
Pulau ini juga dipercayai mempunyai pelbagai cerita misteri serta lagenda.
Di pulau ini juga bersemadi beberapa Wali Allah semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi antaranya ialah Makam As-Saiyid Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail r.a, Makam Syeikh Yusuf As-Sidiq, iaitu guru kepada Sultan al Ariffin, Makam Saiyid Ibrahim r.a, Makam Siti Sarah (juga dikenali sebagai Makam Syarifah Rodziah) iaitu anak kepada Syeikh Yusuf dan ipar kepada Syeikh al-Ariffin serta Makam Tujuh Beradik. Terdapat juga beberapa makam yang lain antaranya Makam Nenek Kebayan, Makam Tok Janggut, Makam Seribu dan Makam Nisan Satu.
Surau lama yang menjadi tempat pengajian Sultanul Arifin satu ketika dahulu. Surau ini kemudiannya dibaik pulih dan dialihkan ke tapak sekarang dengan sedikit penambahan di bahagian depannya.
Di pulau ini juga terdapat kawasan-kawasan misteri yang masih belum terjawab rahsia disebaliknya seperti Pokok Disula, Perigi Kaki Pulau, Istana dan Tasik Bunian, Batu Belah, Batu Tengkorak, Gua Yunus dan pelbagai tempat yang lain.
Kesucian Pulau ini harus dipertahankan olih setiap insan.Keikhlasan dan kesungguhan kita untuk menyediakan prasarana di pulau untuk mendidik generasi akan datang supaya mereka dapat mengamalkan dan menegakkan syiar Islam harus mendapat sokongan dari setiap umat Islam.
SEJARAH AWAL PULAU BESAR
Pada awal pembukaannya, Pulau Besar didiami oleh orang selat / orang laut sebelum kedatangan Parameswara sekitar tahun 1400. Semasa zaman pemerintahan Kesultanan Melaka, Pulau Besar telah berfungsi sebagai tempat persinggahan pedagang-pedagang untuk mendapatkan makanan, kayu api dan air bersih dan juga menunggu giliran untuk berlabuh di pelabuhan Melaka.
Pulau Besar juga dikenali dengan nama Pulau Air dan “Wu Shu” oleh pedagang China, menjadi tumpuan kapal-kapal pedagang ini sebelum wujudnya Melaka sebagai pusat pemerintahan. Kapal-kapal dagang berhenti di sini untuk mendapatkan bekalan air dan kayu api sebelum meneruskan pelayaran ke destinasi yang ditujui.
Menurut Ma Huan, seorang pembantu Laksamana Cheng Ho, pelaut-pelaut China akan melawat ‘Wu Shu’ dan berlabuh dan berehat serta mendapatkan bekalan. Masyarakat nelayan selat yang menetap di muara Sungai Melaka membawa ikan kering dan lain-lain barang dagangan untuk ditukar dengan keperluan mereka.
Pulau Besar juga menjadi pusat tumpuan di seluruh Kepulauan Melayu kerana didiami oleh ramai ulama’ yang berperanan mengembangkan Agama Islam suatu masa dahulu. Pulau Besar juga dicatatkan menjadi pusat melancarkan serangan bagi orang-orang Melayu yang berusaha merampas semula Melaka dari Portugis setelah kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka.
Menurut catatan dalam facebook Sejarah Pulau Besar Melaka dikisahkan begini:
Setelah Hang Jebat di tikam, di ceritakan 3 hari 3 malam beliau mengamuk dan membunoh pembodek Sultan. Sultan Mansor Shah lari ke Kelang iaitu rumah asal Tun Perak.Tun Perak adalah penghulu Kelang. Setelah Hang Jebat meninggal dunia, di kata kan mayat nya di bawa ke Pulau Besar terletak di pantai selatan Negeri Melaka. Terdapat 9 buah pulau dalam Gugusan Pulau Besar iaitu:
1.Pulau Besar, 2.Pulau Serimbun,3.Pulau Lalang,4.Pulau Burung, 5.Pulau Nangka, 6.Pulau Hanyut, 7.Pulau Dodol, 8.Pulau Hantu, dan 9.Pulau Undan.
Dalam
9 buah pulau hanya ada 2 buah pulau di diami olih manusia iaitu Pulau
Undan, rumah api dan Pulau Besar.
Pulau
Besar di buka kira kira tahun 1400M, hampir sama dengan pembukaan Melaka atau
mungkin lebih dahulu. Penduduk asal Pulau ini ialah Orang Jakun(laut),Jawa
dan Maluku bukan Bugis seperti diperkatakan.
Di Melaka, Pesantren (pondok) pertama di buka oleh Maulana Sayyid Abdul Aziz bin Sayyid Muhyidin Abdul Qodir Jailani di satu tempat bernama UPIH, sekarang ialah Tengkera. Masjid Tengkera adalah salah satu masjid tertua di Melaka. Pesantren atau pondok ini tidak formal. Pada tahun 1440M Sayyid Thanauddin (atau Adi Putra) sampai ke Melaka. Beliau memilih Pulau Besar untuk dijadikan tempat belajar ilmu kerohanian sufi. Di Pulau ini juga Daeng Mempawah bin Raja Bajung belajar dan berguru dengan Datuk Sayyid Thanauddin/ Adi Putra. Daeng Mempawah itu ialah Laksamana Hang Tuah. Jadi yang menjadikan Pulau Besar Pesantren atau pondok pertama di Nusantara ialah Saiyyid Thanaudin (atau Datuk Sayyid Thanauddin atau Adiputra atau Panglima Hitam).
Pada
tahun 1495M, satu rombongan Ulama dari Arab dan Pasai telah tiba di Pulau
Besar. Rombongan ini di ketuai oleh Maulana Ishaq dan Syeikh Sultan Ariffin
Sayyid Ismail beserta dengan 16 orang ulama dan keluarga mereka. Mereka
bergabung dengan Datuk Adiputra yang menjadi tenaga pengajar di Pulau Besar. Di
masa ini lah Sunan Giri, Sunan Kalijaga, Syeikh Subatris dan Syeikh Abdul
Jalil atau Siti Jenar datang menuntut ilmu di Pulau ini. Pada waktu yang lain, datang pula Puteri Mas Nyawa dan suami nya Pati Unus atau Raden Abdul Qodir Al-Idrus. Di
samping itu turut belajar ialah Sultan Melaka iaitu Sultan Mahmud Syah sendiri.
Pada
tahun 1510M Datuk Adiputra wafat, Ketua Ulama diambil alih oleh cucu saudaranya Maulana Ishaq. Dan bila Maulana Ishaq wafat pada tahun 1512M jawatan Ketua
Ulama diambilalih oleh menantu nya Syeikh Sultan Ariffin Saiyid Ismail sehinggalah dihancur dan dimusnahkan oleh Portugis pada tahun 1521M. Selepas itu Pulau Besar
hanya lah sebagai tempat berkumpul nya nyamuk dan agas, tiada lagi tempat
belajar agama secara pesantren. Mungkin ada yang belajar secara tidak formal
atau bersembunyi dan berahsia, kerana masih ada saki baki keturunan dari Syeikh
Ismail di Pulau bersejarah ini tetapi nama dan identiti mereka telah bertukar
menjadi orang kampung biasa.
Di
Pulau Besar memang terdapat makam para ulama seperti Maulana Ishaq, Sayyid
Thanudin, Sayyid Ismail dan makam para shuhada seperti Raden Abdul Qodir/Pati
Unus, Raden Abu Bakar, Raden Abu Syahid dan Syarifah Siti Zubaidah. Sebenar nya
banyak lagi makam para shuhada yang tidak ketahui nama nya kerana mereka di
kebumikan dalam makam yang satu di panggil ‘Makam Seribu’.
Bila
hari kebesaran Islam seperti Maulud Nabi atau Awal Muharram pengunjung nya
mencapai 7000 orang, sampai kan untuk mandi pun kena tunggu tengah malam, kerana
perigi nya kekeringan air, perigi ada 7 buah yang masih boleh di gunakan. Rujuk .
MAKAM AS-SAIYID SULTAN AL-ARIFIN SYEIKH ISMAIL (R.A)
Nama sebenar beliau ialah
Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail Ibn Saiyid Abdul Qadir ibn Saiyid Abdul Jabbar
(r.a). Beliau adalah keturunan yang ke 18 Rasullullah (S.A.W). Sultan
Al-Ariffin Syeikh Ismail r.a dilahirkan pada 17 Rabiulawal tahun 867H
bersamaan 1463M di Baghdad. Bapanya bernama As-Saiyid As-Syeikh Abdul Qadir
serta ibunya bernama Sayyidah Fatimah. Isterinya ialah Habsah atau
Syarifah Siti Maimunah iaitu anak kepada Maulana Ishaq atau Maulana
Mohamad Yusof Sidiq, Syarifah Siti Maimunah juga adalah adik kepada
Syarifah Rodziah. Perkahwinan diantara Sayyid Ismail dengan Syarifah Siti
Maimunah melahirkan beberapa orang anak, iaitu:
1.
Sayyid Ahmad Tajudin (atau Ahmad Salim atau Ahmad Qadir atau Panglima
Alang Daik Hitam atau Datuk Paduko Berhalo atau Tok Putih),
2.
anak kedua iaitu Al Syahid Syarifah Siti Zubaidah dan
3.
anak ketiga Syarifah Siti Zulaikha.
Moyang beliau ialah Sultan
Al-Awliya’ Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani, seorang Wali Allah yang sangat
termashyur di seluruh dunia.
Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail hidup pada tahun 1463-1520m dan
beliau dikatakan meninggal pada 17 Rabiulawal tahun 925H ketika
berusia 58 tahun serta dikebumikan di Pulau Besar. Makam ini juga menjadi
tumpuan utama pengunjung di Pulau Besar bagi menghargai jasa dan sumbangan
besar Allahyarham ketika mengembangkan agama Islam di seluruh Kepulauan Melayu
suatu ketika dahulu.
MAKAM AL-MURSYID SYEIKH YUSUF AS-SIDIQ
Syeikh Yusuf As-Sidiq merupakan seorang Syeikh Sufi yang tinggi ilmunya serta menghafal beribu-ribu hadis nabi Muhammad SAW. Tidak dapat dipastikan tahun kelahiran beliau namun beliau antara ulama yang turut serta di dalam rombongan Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail (r.a) menyebarkan agama Islam di Kepulauan Melayu pada tahun 1495.
Beliau merupakan guru kepada Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail (r.a). Diriwayatkan sepanjang hidupnya beliau berpuasa semenjak berumur 9 tahun sehinggalah beliau meninggal dunia pada usia 73 tahun.
MAKAM SAIYID IBRAHIM (R.A)
Nama sebenar ialah Saiyid Ibrahim Ibn Ibn Saiyid Abdul Qadir ibn Saiyid Abdul Jabbar (r.a). Merupakan abang kepada Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail (r.a). Isteri beliau bernama Siti Sarah (Syarifah Rodziah), puteri kepada Syeikh Yusuf As-Sidiq. Saiyid Ibrahim (r.a) sangat cintakan Islam serta menghabiskan seluruh hayatnya bagi mengembangkan ajaran Islam di seluruh Kepulauan Melayu bersama abangnya.
MAKAM SYARIFAH RODZIAH
Makam ini juga dikenali sebagai Makam Siti Sarah, isteri kepada Saiyid Ibrahim (r.a). Nama sebenar beliau ialah Siti Sarah ibn Syeikh Yusuf As-Sidiq. Merupakan seorang wanita yang sangat taat kepada agama Islam. Disebabkan kecintaan yang sangat mendalam kepada Islam, beliau turut bersama bapanya serta Sultanul Arifeen Assyaikhul Al Syed Ismail (r.a) didalam mengembangkan ajaran Islam di Kepulauan Melayu.
mengikut sumber dari http://sejarahpulaubesarmelaka.wordpress.com/2010/06/08/makam-syarifah-rodziah-pulau-besar/ Nama
asal Syarifah Siti Rodziah ialah Syarifah Siti Sarah ada juga pandangan
mengatakan nama beliau ialah Siti Sarah atau Syarifah Siti Sarah
atau Syarifah Habsah. Beliau di lahirkan di Samudera Pasai, pada tahun
1447 M.Bapa beliau ialah Maulana Sayyid Ishaq bin Maulana Sayyid Ibrahim
Asmoro/Asmaraqandi/Al Hadrami/Sunan Nggesek bin Maulana Sayyid Husin Jamadil
Kubra.Bonda beliau ialah Syarifah Siti Fatimah/Puteri Cempaka Biru binti Sayyid
Ali Nurul Alam/Ali Nurul Siam/Pateh Aria Gajah Mada/Sultan Qumbul bin
Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra.Ini bermakna Bapa dan Bonda nya
sepupu.Memang Keturunan Arab, mereka banyak berkahwin keluarga.
Beliau di besarkan di Pasai, di lingkungi olih banyak Ulama Pasai.
Bapa nya Syeikhul Islam Pasai.Beliau anak tertua, Maulana Sayyid Ishaq yang
beribukan Syarifah Siti Fatimah.Sebelum itu Maulana Sayyid Ishaq sudah berkawin
dengan Puteri Sekardadu dari Kerajaan Blambangan,Jawa Timor.
Syarifah Siti Rodziah berkahwin dengan Maulana Sayyid Ibrahim Al
Jailani. Maulana ini adalah Abang kepada Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail Al
Jailani. Dimana Syeikh Sultan al-Arifin adalah iparnya (mengahwini kakak atau 'Kawin
Serai Serumpun'). Syarifah Siti Rodziah berkawin pada tahun 1463 M, di
Samudera Pasai. Dari perkhawinan ini melahirkan 3 putera dan seorang Puteri
iaitu: 1. Maulana Syeikh Ahmad Salim/Panglima Alang Daek Hitam/Syeikh
Abdul Qadir Al Jailani, 2. Syeikh Ahmad Ibrahim, 3. Syeikh Ahmad
Hisyam dan 4. Syarifah Siti Halijah.
Ketika hidupnya juga beliau disifatkan sebagai seorang yang zuhud
serta tinggi ilmunya. Dikatakan Siti Sarah sering mengikuti majlis ilmu bersama
bapanya. Ada ketikanya ketika Syeikh Yusuf As-Sidiq terlupa sesuatu
permasalahan, Siti Sarah bersuara menegur serta memperingatkan perkara yang
terlupa oleh bapanya.
Dikatakan Beberapa percubaan untuk membina bangunan di makam ini
telah dilakukan namun kesudahannya musnah dipikul ribut. Dikatakan Siti Sarah
tidak mahu binaan di makamnya seperti mana ketika hayatnya dahulu yang tidak
berumah. Jika ada binaan yang dibina, maka ia akan runtuh tidak lama
selepas itu. Justeru itulah dikatakan makamnya dibiarkan berbumbungkan langit.
Ada juga dikisahkan bahawa pernah seorang pembesar negeri yang
mengorek makamnya kerana 'dikatakan' menyimpan harta karun. Maka pekerja-pekerja
ini pun mengorek makamnya dan yang ditemui hanya kain putih yang panjang.
Apabila ditarik kain putih itu ke atas, maka ia terus keluar tak
berhenti-henti, selagi ditarik, selagi itu ia keluar. Dengarnya,
pekerja-pekerja yang buat benda ni sama ada mati atau gila pada akhirnya.
Pembesar negeri itu juga dikatakan telah menerima balasannya di dunia ini.
Malah, negeri Melaka juga 'dikatakan menerima balanya' apabila Makam Syarifah
Rodziah dan makam2 lain dalam kompleks pemakaman Sultan Arifin 'diganggu' dan
'dirobohkan' oleh pihak sekian-sekian. Itu cerita orang-orang lama di sini.
JAIM mengambil langkah tegas dengan mengunci makam ini bagi mengelakkan orang ramai datang memohon hajat, meletak wang dan sebagainya di persekitaran makam.
makam makam lain yang turut berada di Pulau Besar ialah seperti Makam Nenek Kebayan, makam Tok Janggut, Tok Putih, makam seribu dan banyak lagi.
No comments:
Post a Comment