Dari Lapangan terbang madrid, Mr Nabeel yang siap menanti di ruang parkir mempelawa kami naik coaster VW model 2015. Selepas berkenal-kenalan, kami bersiap untuk meneruskan perjalanan ke Cordoba. Kami didiberitahu tidak terus ke hotel penginapan, sebaliknya meneruskan perjalanan lebih kurang empat jam ke Cordoba bagi memenuhi geran kajian yang telah ditetapkan.
Perjalanan yang agak memenatkan dan agak jauh dari Kota Madrid. Mengurangkan rasa rimas kami, Mr Nabeel Pedro De Pedro memberhentikan kenderaan dan mempelawa kami untukl meneguk teh dan rehat di RNR. Baki perjalanan dijadualkan masih ada dua jam lagi.
Pak Chat, banyak membantu kami di Sepanyol
Bergambar di hadapan restoran al Baraka, sebuah Restoran Halal Muslim yang dimiliki oleh orang Morocco. Makanan juga agak baik dan menyelerakan. Boleh lah telan. Cuma kos agak mahal lah sikit. 8 Euro. Dengan RM agak terasalah sikit....
Kami meneruskan perjalanan selepas 20 minit rehat dan makan tengahari. Sepanjang perjalanan, kami cuba untuk tidak melelapkan mata walaupun sangat keletihan kerana tak ingin melepaskan peluang melihat pemandangan tanah Sepanyol...
Istana di Medina az zahra di Cordoba semakin hampir kami dekati...
No comments:
Post a Comment