Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TINGGAL 2009


 good bye 2009!

Sesungguhnya 12 bulan sepanjang tahun 2009 meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis. Tahun ini merupakan tahun yang banyak suka duka. Apa pun, tiada banyak bezanya daripada tahun-tahun sebelumnya, yang pasti semakin kita kedepan, semakin dekat kita dengan kematian. Kehidupan kita banyak berubah dengan memperoleh kesenangan duniawi, harap kita tidak lupa dengan kehidupan akhirat nanti. Rasanya, makin senang hidup kita, semakin susah untuk mendekatkan diri kepadaNYA. Semoga Allah membuka pintu hidayah kita dan murahkan lagi rezeki serta menjauhkan diri kita dari perkara yang melalaikan.

Azam tahun baru? Setakat ni tak ada apa-apa azam baru. Kerja seperti biasa. Sememangnya makin banyak kita melakukan kerja, semakin banyak kita sedar kelemahan kita.Sepertimana kata Imam Syafie, semakin banyak aku mendalami ilmu, semakin terasa kebodohanku...

2009 adalah tahun ilmu. Sepanjang tahun ini alhamdulillah dapat aku gapai 2 gulung ijazah. LLM di UIA pada Oktober 2009 dan sebelumnya Special Course Certificate at Muslim College London pada Ogos 2009.
Tahun ini  juga my 3rd daughter memasuki alam persekolahan. Tahniah Nuha. Dah nak masuk tahun 2 dah tahun depan (esok). Anak sulung pula berjaya memperolehi 5A dalam UPSR. Tahniah Najah. You're the best!

Tahun ini juga 2 buku diterbitkan. Edisi kedua  buku Penghinaan Mahkamah pada awal januari 2009 dan November 2009 pula buku Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah. Ok lah tu untuk sepanjang tahun ini.

Tahun ini juga mendapat penghormatan dan sumbangan dari YAB MB NS pada bulan Mei 2009. Bolehlah buat belanja sepanjang di UK tempohari. Terimakasih YAB Datuk Seri Utama!

Niat dihati untuk menulis dan menerbitkan buku sendiri. Setakat ni impian untuk menerbitkan sendiri buku masih belum terkabul. Insyaallah, tahun 2010 nanti hasrat tersebut diharap tidak lagi sekadar mimpi.

2010? belum ada azam kagi. Nantilah, esok baru masuk tahun baru. Pagi-pagi besok boleh fikirkan apa azam untuk tahun 2010. Selamat tinggal 2009....

Monday, December 21, 2009

INFO MURAI BATU

Phylum/Pembagian Chordata
Kelas Aves
Ordo Passeriformes
Famili Muscipidae
Spesies C. malabaricus
Nama zoologi Copsychus malabaricus
Ciri-ciri fizikal : Murai Batu (White Rumped Sharma) merupakan salah satu burung berkicau yang cukup terkenal karena kemerduan suaranya. Ukuran tubuhnya kira-kira 27 cm dan berat sekitar 32 gram. Paruh berwarna hitam tipis dan ukuran kepalanya rata-rata bulat (walau ada beberapa yang berbentuk agak leper & sedikit lebih tebal). Panjang ekor 15 – 35 cm (bergantung pada jenis spesiesnya). Terdiri dari 4 helai ekor primer berwarna hitam dan 8 helai ekor sekunder berwarna putih (ada spesies tertentu berwarna hitam semua). Total jumlah ekor ada 12 helai. Individu jantan berwarna hitam pekat berkilau indigo dengan warna dada pada umunya berwarna oranye (ada beberapa berwarna merah marun) Manakala Murai Batu betina warnanya sedikit lebih pucat dari warna bulu jantan. Bagian kemaluan dibawah ekor berwarna putih. Ukuran tubuh Murai Batu betina sedikit lebih kecil dari Murai Batu jantan.
Habitat: Murai Batu biasanya hidup dihutan rimba dan dataran rendah hingga 1500 m dengan pepohonan rapat.

perfect 2!

Makanan: invertebrata kecil dan serangga. Pada umumnya burung ini memakan serangga seperti belalang, jcengkerik, ulat, cacing, ikan-ikan kecil, dan buah jenis tertentu.
Reproduksi: Inkubasi selama 12 – 15 hari. Burung jantan pada umumnya lebih agresif. Setiap hari bertelur sebanyak 1 biji. Jumlah telur boleh mencapai 6 biji. Warna telur putih dengan bintik coklat kemerahan. Pada saat menetas, anak burung (piyik) belum dapat membuka mata. Setelah kira-kira 6 hari mata baru dapat dibuka. Bulu-bulu mereka berkembang dalam waktu 11 hari.
Status konservasi: Masih kurang diberi perhatian walaupun populasinya semakin berkurangan. Seiring dengan kurangnya hutan belantara yang menyangga habitat mereka.
Usia: Murai batu boleh mencapai usia 10-15 tahun.
Wilayah penyebaran: Philipina, Indonesia, Malaysia, Kamboja, Thailand, Vietnam, Myanmar, Cina dan India.

Dipetik dari :
http://images.google.com.my/imgres?imgurl=http://asikcoy.files.wordpress.com/2009/09/murai-batu-coy.jpg&imgrefurl=http://asikcoy.wordpress.com/2009/09/22/murai-batu/&usg=__sGvaUhi40ZUEnWWdaW6CvCqZhqg=&h=640&w=426&sz=50&hl=en&start=17&tbnid=2ljkg9Wmnql01M:&tbnh=137&tbnw=91&prev=/images%3Fq%3Dmurai%2Bbatu%26gbv%3D2%26hl%3Den%26client%3Dfirefox-a%26rls%3Dorg.mozilla:en-US:official%26sa%3DG

Cara Merawat Murai Batu

Author: galeri-koi | Posted at: 06:43 |

Artikel ini dipetik dari http://galeri-burung.blogspot.com/2009/10/cara-merawat-murai-batu.html. Versi asal bahasa Indonesia dan diubahsuai untuk memudahkan kefahamannya. Sesuai untuk dikongsi bersama.

Burung Murai Batu merupakan salah satu burung berkicau cerdas terbaik (dari keluarga Turdidae) yang sangat banyak penggemarnya. Merawat burung Murai Batu sangat mudah dan menyenangkan.

KARAKTER ASAS BURUNG MURAI BATU
1. burung ini sangat mudah menyesuaikan diri terhadap perubahan persekitaran.
2. Apabila mendengar suara burung Murai Batu lain atau melihat burung sejenis, Murai Batu akan berkicau dan menunjukkan raksinya untuk berlawan.
3. Burung ini sangat mudah naik berahinya apabila melihat Murai Batu Betina.
4. Ianya jenis burung yang mudah jinak Karena kemampuan beradaptasinya yang tinggi

MEMILIH DAN MEMLIHARA BURUNG MURAI BATU YANG BAIK

Ada beberapa hal penting yang harus diperhatikan dalam pemilihan bahan atau bakalan pada burung Murai Batu
• Berkelamin jantan, ciri-ciri burung Murai Batu jantan dapat dilihat pada warna bulu hitam yang tegas mengkilap dan kontra serta memiliki ekor yang lebih panjang daripada burung Murai batu betina.
• Bentuk paruh, sebaiknya pilih bentuk paruh yang berpangkal lebar, tebal, besar dan panjang. Paruh bahagian bawah harus lurus. Jangan memilih yang memiliki paruh bengkok. Posisi lubang hidung pilih sedekat mungkin dengan posisi mata.
• Kepala berbentuk kotak, mata bulat . Ini menandakan burung ini mempunyai mental tempur yang baik.
• Bentuk badan, pilihlah badan yang sedang dengan panjang leher, badan dan ekor serta kaki yang serasi. Jangan memilih bahan yang berleher dan berbadan pendek.
• Sayap mengepit rapat dan kaki mencengkam kuat, ini menandakan burung tersebut sehat. Warna kaki tidak mempengaruhi terhadap mental burung.
• Lincah dan bernafsu makan besar. Ini merupakan ciri-ciri burung yang bermental baik.
• Panjang ekor yang serasi dengan bentuk badan. Pilihlah bentuk ekor yang sedikit lentur.
• Leher panjang padat berisi. Menandakan burung ini akan mengeluarkan kuasa suara secara maksima.

MAKANAN YANG SESUAI UNTUK BURUNG MURAI BATU
• Voer (sebaiknya pilih yang berkadar protein sederhana iaitu: 12%-18%, belum tentu Voer yang berharga mahal akan sesuai dengan sistem metabolisme setiap burung Murai Batu. Voer harus selalu tersedia didalam bekas makanannya. Selalu ganti dengan Voer yang baru setiap dua hari sekali.
• EF (Extra Fooding), pakan tambahan yang sangat baik buat burung Murai Batu yaitu: cengkerik, Orong-orong, Cacing, Ulat Hongkong, Ulat Bambu, Kelabang, Belalang dan lainnya. Pemberian EF harus selalu disesuaikan dengan karakter pada burung masing-masing.

PERAWATAN HARIAN
Perawatan harian untuk burung Murai Batu relatif sama dengan burung berkicau jenis lainnya, kunci keberhasilan perawatan harian iaitu secara rutin dan konsisten. Berikut ini Pola Perawatan harian dan Stelan Harian untuk burung Murai Batu:
1. Jam 07.00 am burung diangin-anginkan di teras. Jam 07.30 burung dimandikan (karamba mandi atau sembur, berhantung pada kebiasaan masing-masing burung).
2. Bersihkan reban/sangkar harian. Ganti atau tambahkan Voer dan Air Minum.
3. Berikan cengkerik 4 ekor pada bekas makanan EF. Jangan berikan cengkerik secara langsung pada burung.
4. Penjemuran dapat dilakukan selama 1-2 jam/hari mulai pukul 08.00-11.00. Selama penjemuran, sebaiknya burung tidak melihat burung sejenis.
5. Setelah dijemur, angin-anginkan kembali burung tersebut diteras selama 10 minit, lalu sangkar dikerodong..
6. Jam 15.30 burung diangin-anginkan kembali diteras, boleh dimandikan bila perlu.
7. Berikan cengjerik 2 ekor pada bekas EF.

PENTING
• makanan segar diberikan 1 sendok makan maksimum 2x seminggu. Contoh setiap hari Isnin pagi dan hari Khamis pagi.
• Pemberian Cacing diberikan 1 ekor 1x seminggu. contoh setiap hari Selasa pagi.
• Pengumbaran di kandang umbaran dapat dilakukan 4 jam perhari selama 4 hari dalam seminggu.
• Berikan Multivitamin yang dicampur pada air minum seminggu sekali saja.


Sumber:
http://www.smartmastering.com

Hukum menikmati keindahan haiwan perhiasan

Utusan Malaysia 28hb Ogos 2001

SOALAN: Saya seorang peminat ayam serama, segala jenis burung dan haiwan perhiasan. Saya membiak dan menjualnya kepada peminat-peminatnya. Di sini saya ingin kemukakan dua soalan berikut:
1. Bolehkah saya pelihara burung dan mengurungnya dalam sangkar dengan diberi makan minum dan kawalan keselamatannya yang cukup?
2. Bolehkah saya menjual burung-burung perhiasan, ayam serama dan ayam laga yang saya biakkan itu pada harga yang agak tinggi, iaitu bergantung pada kecantikan yang disukai peminatnya? Apa hukum perusahaan ini dari perspektif Islam? - ISMAIL, Kota Bharu.

JAWAPAN: Sebelum saya memberi maklum balas berhubung soalan di atas, sama ada harus atau tidak harus memelihara ayam serama, burung hiasan dan sebagainya, izinkan saya menyediakan suatu mukadimah yang menerangkan kedudukan di bumi ini terlebih dahulu, dengan menumpukan sedikit perhatian kepada Adam alaihissalam sebagai insan pertama dan bapa kepada semua manusia.
Insan adalah makhluk Allah yang istimewa, ia dimuliakan dalam suatu majlis tiupan roh yang dijemput hadir para malaikat dan iblis, lalu mereka semua diperintah Allah supaya sujud kepada makhluk ini. Semua sujud, kecuali iblis yang takbur dengan kejadian sendiri.
Penciptaan insan yang diperintah sujud kepadanya itu berbeza sekali dengan penciptaan malaikat dan iblis, kerana penciptaan makhluk ini adalah gabungan antara tiga komponen utama, iaitu roh, badan kasar dan badan halus. Setiap satu daripadanya mempunyai kehendak dan keperluan sendiri yang wajid dipenuhi.
Badan kasar mempunyai keperluannya sendiri, ia perlukan makan, minum, pakai, berkemahuan seks dan sebagainya. Roh juga ada keperluannya yang terdiri daripada ibadat, amal dan aktiviti-aktiviti kerohanian. Islam mewajibkan umatnya supaya melayani semua keperluan ini dengan adil. Sehubungan makan minum, Allah berfirman yang bermaksud: Makan dan minumlah kamu dan jangan pula kamu melampau-lampau. (al-A'raf: 31).
Melayani keperluan roh juga hendaklah dengan sederhana, tanpa berlebihan. Baginda rasulullah s.a.w. pernah mendengar berita Abdullah ibn Umar yang keterlaluan dalam ibadatnya, lalu menasihati beliau supaya tidak keterlaluan, iaitu melalui sabdanya yang bermaksud: Wahai Abdullah! Bersederhanalah, kerana jasad kamu juga mempunyai hak, mata kamu juga mempunyai hak, isteri kamu juga mempunyai hak. Layanilah hak masing-masing (Jami'al-Usul, 1/297 bilangan 87).
Jika roh dan badan kasar mempunyai hak yang wajib dilayani dengan adil. Bagaimana pula dengan keperluan badan halus atau yang disebutkan dengan istilah falsafah dengan al-nafs al-insaniyyah (jiwa manusia) yang memerlukan kepuasan pada semua perkara, sama ada yang dilihat, disentuh, dirasa, didengar dan difikir.
Menikmati keindahan pada semua perkara merupakan makanan yang diperlui badan halus atau jiwa manusia. Badan ini tidak akan mencapai tahap kebahagiaannya dengan sempurna tanpa persekitaran yang bersih, indah dan menyegarkan. Jiwa yang hidup dalam suasana yang menakutkan, persekitaran yang ngeri dan bising, akan melahirkan manusia yang keras hati dan bertabiat besar. Memang jiwa yang bersih, cintakan kata-kata yang sopan ketika berbicara, pemandangan yang indah ketika bergerak dan tindak-tanduk yang lemah lembut ketika bekerja.
Berpandukan mukadimah ini, saya berpendapat, ayam serama dan burung-burung hiasan yang saudara bela dan niaga itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam, kerana ajaran ini tidak menentang perhiasan yang dinikmati oleh jiwa. Firman Allah yang bermaksud: Katakanlah wahai Muhammad! Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkannya untuk hamba-hamba-Nya dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakannya (al-A'raf: 32).
Firman-Nya lagi yang bermaksud: Kuda, baghal dan keledai dijadikan untuk kamu menungganginya dan sebagai perhiasaan (al-Nahl: ayat 8). Ayat ini memberi maklum bahawa Allah s.w.t. menjadikan haiwan, tumbuh-tumbuhan sebagai perhiasaan yang harus dinikmati manusia, maka berhias dengan barang-barang ini semua adalah harus dalam apa jua keadaan sekalipun. Kalaupun barang-barang hiasan ini dilarang, maka larangan itu disebabkan pembaziran, kesombongan yang lahir daripada penggunaan yang salah dan sebagainya.
Memang penggunaan perhiasan ini berada pada peringkat thasiniyyat (mewah). Barang-barang mewah hanya boleh dipakai apabila sempurna keperluan yang wajib dimiliki. Sebagai contoh, memiliki kediaman untuk anak-anak dan keluarga adalah wajib dan termasuk dalam kategori daruriyyat (kepentingan). Peralatan-peralatan mewah hanya boleh dimiliki setelah memperoleh kediaman dengan sempurna.
Menikmati keindahan ayam serama, ikan emas dan burung pipit berwarna-warni tidak salah dari segi pandangan Islam, tetapi hendaknya jangan melampaui batas-batas kesederhanaan, sehingga mengurangkan barang-barang keperluan hidup yang sepatutnya dimiliki anak-anak dan keluarga untuk kehidupan mereka.
Jika bunga yang berwarna-warni dalam pasu dan taman-taman harus dinikmati keindahannya, pokok-pokok yang indah segar harus dimiliki, sekalipun jika terpaksa mengeluarkan sedikit bayaran. Mengapa keindahan ayam serama, ikan emas dan burung pipit tidak boleh dinikmati.
Menyekat kebebasan burung dan ikan emas dalam sangkar tidak harus menjadi alasan pengharaman, kerana pokok-pokok bunga juga dikawal kebebasannya dalam pasu dan bekas-bekas kecil.
Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyebutkan: Bukan semua perkara yang menyenangkan hati itu dibenci Islam, bukan juga sesuatu yang disukai hati manusia itu buruk, tetapi dilarang mengambilnya jika syarak melarangnya kerana membawa kepada riak dan sombong. Insan memang sukakan sesuatu yang indah, suka supaya dilihat dirinya cantik, oleh itu mencari sesuatu yang disenangi jiwa tidak dilarang. Seseorang harus menyikat rambutnya dan tidak harus membiarnya kusut masai, menilik mukanya dalam cermin, membetulkan serbannya yang tidak cantik dilihat, memakai kain tebal di sebelah dalam dan memakai yang halus di sebelah luar supaya senang hati orang melihatnya (Jami' al-Ahkam, 7/97).
Makhul al-Dimasyqi seorang ahli Fiqh tabi'i meriwayatkan daripada Aishah r.a. katanya: Sekumpulan sahabat nabi s.a.w. menunggu baginda di pintu rumahnya, lalu baginda keluar menemui mereka. Kebetulan dalam rumah itu ada bekas berisi air, baginda melihat mukanya dalam air itu, lalu membetulkan janggut dan rambutnya. Aku bertanya: Wahai rasulullah! Kamu juga berbuat begitu. Jawab baginda: Ya, apabila seseorang keluar kerana berjumpa saudaranya, maka kemaskan dirinya, kerana Allah indah, Ia sukakan keindahan. Dalam Sahih Muslim, daripada Ibn Mas'ud r.a. nabi s.a.w bersabda: Tidak masuk syurga orang yang ada takbur dalam hatinya seberat zarah. Berkata seorang lelaki: Sesungguhnya orang lelaki suka kainnya cantik, kasutnya cantik dan semuanya cantik. Sabda nabi s.a.w.: Memang, Allah itu cantik, ia sukakan kecantikan. Besar diri yang sebenarnya ialah melawan kebenaran dan melupakan kebaikan manusia lain.
Berpandukan mukadimah ini, kita dapat menarik kesimpulan, iaitu Islam tidak menentang sebarang perhiasan, perniagaan dan penggunaan barang-barang hiasan. Antara perhiasan termasuklah ayam serama, burung pipit dan ikan emas yang dibela untuk hiasan rumah. Haiwan ini harus dibela, dijual dan diniagakan, tetapi hendaklah dengan syarat-syarat berikut:
1. Tidak bermaksud untuk berbangga dan bermegah-megah, sebagaimana adat orang mewah dan berada. Hukum pengambilan barang-barang hiasan itu bergantung kepada niat.
2. Jangan lekakan tanggungjawab disebabkan oleh pembelaan haiwan dan sesuatu yang berupa hiasan.
3. Jangan cuai melaksanakan tanggungjawab terhadap haiwan yang dipelihara seperti memberinya makan, minum dan keselamatannya.
Dalam sebuah hadis yang sangat popular tentang penyeksaan terhadap haiwan, baginda rasulullah s.a.w. memberi amaran terhadap seorang wanita yang memelihara kucing, tetapi tidak memberinya makan minum dan penjagaannya, lalu ia dimasuk ke neraka atas kesalahan itu.
Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Anas ibn Malik r.a. katanya: Baginda rasulullah s.a.w. adalah insan yang paling baik akhlaknya, baginda selalu datang ke rumahku dan selalu bertanya adikku Umair. Pada suatu hari, baginda datang dan bertanya: Oh Abu Umair ke mana perginya burung kecil engkau? Dijawabnya, burung masih dalam peliharaannya.
Al-Damiru dalam kitabnya Hayat al-Haiwan menyatakan: Hadis di atas menjadi dalil harus memelihara burung dan berhibur dengannya. Berkata Abu al-Abbas al-Qurtubi: Membela burung terpaksa disekat kebebasannya dalam sangkar. Adapun menyeksa dan memain-mainkannya maka hukumnya haram, kerana nabi s.a.w. melarang menyeksa haiwan, kecuali kerana sembelih untuk dimakan sahaja.
Ibn Aqil al-Hanbali melarang menyekat burung dalam sangkar, kerana cara itu adalah suatu penyeksaan terhadapnya. Beliau mengambil dalilnya daripada hadis Abu al-Dard' r.a. yang menyatakan: Pada hari kiamat akan datang burung-burung pipit, lalu membuat aduan kepada Allah, kerana manusia menyeksanya semasa di dunia dahulu.
Alasan ini dijawab oleh sesetengah ulama, iaitu hadis ini dituju kepada mereka yang menyeksa dan tidak memberinya makan dan minum. Al-Qaffal menyatakan, jika haiwan iaitu diberinya makan minum yang cukup, nescaya harus dibelanya.
Saya lebih cenderung kepada pendapat al-Damiri yang mengharuskan bela burung, ayam dan ikan untuk hiasan, dengan syarat hendaklah dijaga dengan cukup makan minum dan keselamatannya. Demikian juga dengan ikan emas dan lain-lain haiwan yang dibela dalam tempat yang terbatas jarak keluasannya, kira-kira tidak seluas sungai dan laut.
Adapun ayam laga, jika dibela untuk tujuan perhiasan maka tidak menjadi apa-apa halangan, namun jika diternak bagi tujuan judi dan bersabung, maka ini adalah suatu penyeksaan yang sangat besar dosanya.
Sama juga hukumnya dengan haram minum arak, sebarang usaha membantu peminum arak adalah dosa. Wallah a'lam.


Wednesday, December 9, 2009

Pembentangan laporan kursus di MC London

Alhamdulillah, petang tadi 9/12/09 sesi pembentangan laporan kursus Khas di Muslim College London, UK telah selesai. Terima kasih pada sis Hazlin kerana banyak membantu. Actually,  waktu-waktu sebeginilah kita kenal siapa rakan sebenar.

Saya bernasib baik kerana membuat pilihan yang tepat melantik sis Hazlin dari JAKIM untuk menjadi SU. beliau sesungguhnya banyak membantu. Boleh dikatakan 70% kerja-kerja akhir diselesaikan oleh beliau. Mana perginya kawan-kawan lain? biasa lah, yang banyak bercakap biasanya kurang bekerja. Saya dah nampak keadaan ini akan berlaku. Sebaik mengenali rakan-rakan peserta, saya dapat agak siapa mereka sebenarnya. So, dari awal mula kursus lagi saya dah prepare sedikit demi sedikit kerana bimbang keadaan ini akan terjadi. Bila dah balik Malaysia dan masing-masing berjauhan serta sibuk dengan tugasan office, ketua deligasilah yang akan menanggung semua beban. So, persiapan awal semasa di London memudahkan tugas saya untuk mengedit semua laporan dan attachment yang perlu disisipkan. Terima kasih pada blog ini yang banyak membantu merakam peristiwa-peristiwa penting. copy paste dan edit sahaja.

Bercerita pasa pembentangan petang tadi, ada dua sesi, satu grup dari Dar al Ifta' Mesir. Pembentangan mereka bagus. tak ada komen negetif pun dari JPA. Adios! Tiba grup kami, mulanya agak nervous juga bila kedengaran pada sesi awal kami akan dihentam kerana beberapa isu yang dah memang kami tak dapat elak. Alhamdulillah masa pembentangan wakil JPA dan JAKIM ok sahaja. setujulah tu. Hasilnya kursus ini berterusan dan grup kami antara grup yang agak berjaya sepanjang kursus ini diadakan sejak 1989. Ok lah tu. Paling penting kami telah membawa imej terbaik dan dihormati oleh masyarakat Britain. Pihak college telah membuka mata dan sedar kami bukannya menempel dan datang sekadar nak makan angin di kota London yang mereka agungkan. Mereka sedar bahawa perkembangan dan kemajuan Islam di Malaysia bukanlah satu omongan kosong. Mereka terpegun dengan hujah-hujah kami dan keinginan untuk mengetahui lebih lanjut amat mendalam terutamnya oleh Principal Muslim College sendiri tentang perkembangan islam di Malaysia. Hasilnya mereka menghantar bro Shah datang melawat Malaysia.

Saya sempat meneliti dan membaca laporan bro Shah sejurus beliau kembali ke London. laporannya amat mengkagumi Malaysia dan antara cadangannya ialah komuniti Muslim di Britain yang berpecah belah mesti mengikut acuan JAKIM dalam mentadbir urusan orang-orang Islam di Malaysia. Mereka akui JAKIM antara yang terbaik di dunia dalam pengurusan hal ehwal orang-orang Islam. Beliau bandingkan dengan Sudan, Mesir, Saudi, UAE, Pakistan dan sebagainya, iaitu negara-negara yang pernah ia lawati atas tajaan College bagi tujuan berkenaan.  Laporan beliau untuk Muslim College dan University of London serta sisipan kepada JPA London banyak membantu saya dalam menyiapkan laporan kepada JAKIM dan JPA petang tadi. Terima kasih!

Sunday, November 22, 2009

Kata Pengantar oleh YAA Ketua Pengarah JKSM, Tan Sri Haji Ibrahim Lembut

KATA PENGANTAR I


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T. tuhan sekelian alam. Selawat dan salam kita panjat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. dan semua penyambung perjuangan Baginda di mana jua mereka berada.

Pada kesempatan ini, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada saudara Mohd Nadzri bin Abdul Rahman atas inisiatif beliau melahirkan buku bertajuk “Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah, Prinsip dan Amalan” yang pada saya akan sedikit sebanyak memberi manfaat kepada para pembaca.

Dengan adanya buku seumpama ini, pasti ianya akan dapat memperkayakan lagi bahan penulisan dan pembacaan dalam bidang Perundangan dan Kehakiman Syariah di Negara kita ini. Pada keseluruhannya penulis banyak membuat rujukan kepada Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 dan Enakmen-enakmen lain yang kebanyakannya  berkuatkuasa di Negeri Sembilan serta penulis telah mencurahkan pengalaman-pengalaman beliau semasa bertugas di beberapa agensi kerajaan sebagai seorang Pegawai Syariah. Ini pastinya, suatu pendedahan ilmu yang diperolehi secara praktikal yang amat bernilai untuk dikongsi bersama dengan para pembaca.

Buku ini yang mengandungi 17 bab yang boleh dijadikan sebagai satu panduan yang amat bermanfaat kepada pengamal undang-undang, pelajar undang-undang, mahu pun untuk orang awam yang ingin mengetahui tatacara atau prosiding di Mahkamah Syariah.

Semoga usaha sebegini akan menjadi contoh kepada Pegawai-pegawai Syariah yang lain dalam menyumbangkan idea dan pengetahuan dalam bidang kehakiman dan perundangan Islam di Negara kita ini. Saya juga mengambil kesempatan ini menyeru agar lebih ramai lagi Pegawai Syariah menceburi bidang penulisan dan menghasilkan karya yang bermutu untuk kegunaan kita semua. Mudah-mudahan melalui bahan penulisan yang baik akan mengubah paradigma masyarakat kita terhadap Mahkamah Syariah di Negara kita ini.

sign KP

Y.A.A. TAN SRI  HJ IBRAHIM BIN LEMBUT
KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JKSM

Dipetik dari Kata Pengantar 1, Buku Tatacara Mal Mahkamah Syariah: Prinsip dan Amalan
oleh Mohd Nadzri bin Haji Abdul Rahman Ibrahim





Buku Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah: Prinsip dan Amalan


Bagi pengamal undang-undang Syariah khususnya mereka yang sentiasa berurusan di Mahkamah Syariah sama ada mengendalikan kes atau terlibat secara langsung dengan pentadbiran Mahkamah, buku ini memberikan panduan yang amat besar. Peguam syarie, Pendakwa syarie, pegawai sulh, pendaftar, pegawai BBG, pelajar mahu pun mereka yang berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Universiti, buku ini banyak memberikan input dan maklumat secara langsung terutamanya mengenai cara pengendalian kes di Mahkamah Syariah, khususnya di dalam dewan bicara!
Ditulis berdasarkan pengalaman dan situasi sebenar di dalam mahkamah dari sudut dan kacamata mahkamah  berpandukan otoriti-otoriti kes yang telah diputuskan.
Setebal lebih  300 muka surat dengan 'hard cover', sesuai untuk panduan, rujukan mahupun sebagai hadiah yang tidak ternilai!
Boleh hubungi pengarang secara langsung = MOHD NADZRI BIN HAJI ABDUL RAHMAN IBRAHIM
melalui email nadzri@agc.gov.my
                    snakelidi@yahoo.com
                    nadzrirahman@gmail.com
atau 0163119010.

Selamat Datang Shah Shahin Ke Malaysia


15hb Oktober 2009 yang lalu, Bro Shahwiqar  Shahin, Programme  Manager peserta Kursus Malay College, London telah datang ke Malaysia bagi tujuan lawatan kerja dan mengunjungi rakan-rakan di Malaysia. kehadiran beliau ke Malaysia atas arahan pengurusan Muslim College of London telah digunakan sepenuhnya. JAKIM telah mengatur lawatannya ke Malaysia dengan menetapkan lawatan tak formal ke pejabat-pejabat berkaitan khususnya terdapat pegawai-pegawai Malaysia yang pernah mendapat khidmatnya semasa di London. Kesempatan itu juga digunakan sepenuhnya oleh saya untuk menjemput beliau makan malam di rumah kami sambil bersembang panjang.
Lawatan selama 40 hari ke Malaysia telah dipenuhinya dengan melawat sebahagian tempat-tempat menarik di Malaysia. Menurut Bro Shah, dia sungguh teruja dengan pengalaman menyelam di Manukan Island Sabah, Keheningan dan keseronokan di Balik pulau, Penang, Kota Melaka dan Bandaraya Kuala Lumpur. Beliau berjanji akan datang lagi ke Malaysia dalam tempoh terdekat. Berita yang terbaru dari beliau, kemungkinan besar beliau akan menyambung pelajaran di peringkat Phd di Malaysia dalam bidang interfaith dan suasana di Malaysia memberinya idea baru bagi tujuan tersebut.
Beliau yang beberapa kali datang ke rumah, telah dilayan sebagai tetamu istimewa dan amat rapat dengan anak-anak. Sikapnya yang mudah mesra dan melayani karenah anak-anak menjadikannya cepat mesra dan rapat dengan anak-anak. Pada 21hb November 2009 yang lalu, beliau telah berangkat pulang ke United Kingdom dengan pesawat AirAsia. Kehadirannya ke Malaysia amat meninggalkan kesan kepada kami sekeluarga dan tentunya kami merindui beliau.

Friday, November 6, 2009

Diarah sara ibu bapa sepanjang hayat-


KASSIM (dua kiri) bersama Fatimah (kiri) dan ahli keluarga berbincang dengan peguam mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, semalam.

Oleh Hussain Said
hussain@bharian.com.my

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan seorang pensyarah universiti yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dan suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat.

Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim, juga memerintahkan Raja Suzana Kassim, 39, dan suaminya, Zulazli Hashim, 43, memenuhi lima tuntutan lain yang difailkan Kassim Othman, 74, dan isterinya, Fatimah Salleh, 66, iaitu membenarkan mereka sepanjang hayat tinggal di sebuah rumah di Kampung Jiboi Baru, Ampangan.

Mahkamah turut memerintahkan pasangan warga emas itu diberi kebebasan bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan persekitaran; diberi kebebasan dilawati anak lain pada bila-bila masa sepanjang hayat; menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta membiayai mereka mengerjakan haji.

"Saya juga memerintahkan defendan pertama membayar nafkah RM500 sebulan, iaitu RM250 kepada plaintif pertama (Kassim) untuk membayar bil utiliti dan kos penyelenggaraan kawasan rumah serta RM250 kepada plaintif kedua (Fatimah) untuk kos perbelanjaan harian pada setiap akhir bulan sepanjang hayat mereka.

"Saya fikir bayaran nafkah itu mencukupi untuk pasangan warga emas seperti mereka kerana anak lain juga perlu bertanggungjawab menanggung mereka. Perintah ini berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam penghakiman ringkas kes itu.
Bagaimanapun, hanya Zulazli hadir ketika hakim membacakan keputusan itu. Raja Suzana, anak kelima daripada lapan beradik tidak hadir kerana mahkamah diberitahu peguamnya, Norzaini Nordin, bahawa anak guamnya terpaksa mengendalikan peperiksaan akhir semester penuntutnya.

Pada April 2007, Kassim dan Fatimah yang diwakili Haniff Hassan, memfailkan enam tuntutan termasuk nafkah sepanjang hayat daripada anak perempuan dan menantunya kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu.

Pada 1993, Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada 2002, Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.

Lecturer ordered to pay upkeep of parents

2009/11/05
By Patrick Sennyah

SEREMBAN: The Syariah High Court yesterday ordered a university lecturer with a doctorate and her husband, who were sued by her parents for not paying them nafkah (financial maintenance), to make the payments for the rest of the couples' lives.
Judge Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim also ordered Raja Suzana Kassim, 39, and husband Zulazli Hashim, 43, to fulfil five other requests sought by Kassim Othman, 74, and wife Fatimah Salleh, 66, including allowing them to live in a house in Kampung Jiboi Baru, Ampangan, here, for as long as the latter live.

The court also ruled that the elderly couple be allowed to move freely in the house and surrounding areas; be given freedom to visit any of their other children at any time; that the defendants respect them and look after their welfare as well as bear their expenses to perform the haj.

"I also order the first defendant to pay RM500 nafkah a month, which is RM250 to the first plaintiff (Kassim) for all household utilities and maintenance, and RM250 to the second plaintiff (Fatimah) for their daily expenses.

"The payment must be made at the end of each month for the rest of their lives," said Nadzri.

"I think the amount is sufficient for the elderly couple, since their other children must also take responsibility to care for them. This ruling takes effect immediately."
Only Zulazli was present in court when the judge read out his decision.

Raja Suzana, who is the fifth of eight children, was not present and the court was informed by her lawyer, Norzaini Nordin that her client had to conduct her students' final semester examinations.

In April 2007, Kassim and Fatimah, who were represented by Haniff Hassan, had filed six claims, including for lifetime nafkah payments from their daughter and son-in-law whom they claimed had gone back on their promise and chased them out of the house after it was transferred to the defendants.

In their statement of claim, Kassim said he was awarded a plot of land in Kampung Jiboi Baru, Ampangan, in August 1971 and had built a house, and raised eight children, including the first defendant.

In 1993, Raja Suzana and Zulazli were married and in 2002, Kassim transferred ownership of the land to the defendants after they promised to bear the plaintiff's nafkah for as long as they lived and also allow them to stay in the house, among others.

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...