Thursday, February 4, 2010

Peristiwa penting dalam bulan Safar untuk renungan

Artikel ini adalah kutipan yang dipetik dari internet, dikumpul dan disatukan. Kebetulannya pagi tadi ada tazkirah pagi Jumaat, saya yang kebetulan telah membaca artikel ini, mengambil kesempatan mengulasnya kepada pegawai-pegawai dan kakitangan bagi tujuan perkongsian ilmu pada paagi jumaat tadi. Terima kasih kepada Dr Engku Zaki kerana artikelnya yang saya petik dari blog beliau dan sebahagian lagi dari artikel-artikel yang bertebaraan diinternet.  Semoga maklumat ringkas mengenai bulan safar ini boleh kita kongsi bersama. Insyaallah.
BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan  (balas dendam) ke atas musuh-musuh mereka. Atau dengan kata lainnya mereka keluar mengosongkan rumah mereka untuk pergi berperang. Mereka keluar berperang pada bulan Safaar kerana bulan ini adalah dibebaskan dari berperang. Sejarah Arab jahiliyyah, bulan-bulan tertentu selain safar adalah bulan yang diharamkan berperang. Setelah kedatangan Islam, Rasullullah mengekalkan nama bulan ini dengan nama bulan Safar sehinggalah ke hari ini.
>Dalam bahasa melayu, penggunaan safar lebih merujuk kepada penyakit atau bala atau perkara-perkara buruk.
Sebagaimana bulan-bulan lain dalam Islam, Bulan safar adalah bulan-bulan biasa yang tiada bezanya. Dari segi ibadat, amalan-amalan wajib tetap juga dilakukan, amalan-amalan sunat mendapat pahala yang sama sepertimana bulan-bulan atau hari yang lain.
Kita sering ditakut-takutkan oleh orang-orang tua, atau masyarakat sekeliling tentang keburukan dan kegerunan terhadap bulan safar. Tetapi sebagai seorang Islam, kita perlu berpegang bahawa setiap hari dan bulan serta tahun adalah sama kecuali atas kehendak Allah swt.  Sebagai salah satu dari bulan Islam yang mesti kita ketahui, dalam bulan ini terdapat banyak peristiwa-peristiwa penting. Antaranya ialah:
1.  Persidangan Darul-Nadwah

adalah persidangan yang dianjurkan oleh pihak Musyrikin Jahiliah yang terdiri dari berbagai-bagai kabilah diMekah.Ia dianjurkan khas untuk menyekat, menekan dan  melumpuhkan terus pengaruh dan dakwah Rasullullah saw.Ia diketuai oleh Abu Jahal  dan dihadiri juga oleh Iblis yang menyamar sebagai seorang tua dari perkampungan Najad. Persidangan ini telah mengambil keputusan untuk membunuh Nabi SAW. Ekoran dari persidangan Darul Nadwah ini, Nabi SAW telah diperintahkan oleh Allah swt supaya berhijrah ke Madinah yang menjadi satu fenomena baru dalam sejarah umat Islam.   

2.    Perkahwinan Nabi dengan Khadijah
Pada bulan inilah juga diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW telah berkahwin dengan  Khadijah binti Khuwailid, iaitu isteri baginda yang pertama.
                      .
3. Rasullullah saw Mula Sakit –
Pada bulan Safar inilah juga yang berlaku  pada akhir bulan setelah kembalinya Rasulullah dari mengerjakan Haji Wida' (haji terakhir Rasullullah saw) beliau mula ditimpa sakit. Beliau wafat pada 12 Rabi'ul Awwal tahun 11 Hijriah. Rasullullah mula merasai sakit yang berat sewaktu beliau di rumah isterinya Saidatina Maimunah r.a.Beliau telah memanggil kesemua isteri-isterinya yang lain untuk meminta izin agar beliau dibenarkan diam di rumah Saidatina Aisyah r.a & beliau telah wafat dirumahnya.

4.Berlakunya Perang penting dalam Sejarah Islam

Antara peristiwa-peristiwa penting lain  yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah berlakunya banyak peperangan menentang kaum kufar. Banyaknya peperangan kerana bulan ini adalah bulan yang dibenarkan berperang. SAntaranya ialah  Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.  Berlakunya juga perang Khaibar, di mana 4ramai sahabat-sahabat Nabi telah gugur syahid.

Selepas zaman Rasulullah saw, juga terdapat banyak perang yang berlaku pada bulan safar, antaranya perang al Mazar yang telah berlaku pada bulan Safar tahun 12 Hijrah. Ia meletus akibat daripada peperangan Zat As-Salasil yang berlaku sebelum itu yang menyebabkan terbunuhnya panglima perang Parsi dianggap tidak memadai untuk mengecewakan maharaja Parsi, lalu peperangan Al-Mazar dicetuskan sebagai peperangan tambahan dalam melemahkan lagi kekuatan tentera Parsi. Sayyidina Khalid bin Al-Walid r.a telah telah diberi tanggungjawab yang besar iaitu memikul amanah sebagai panglima tentera Islam di mana tentera Islam di bawah pimpinannya ini telah bertempur dengan tentera Parsi yang mempunyai bilangan yang ramai dan dipimpin oleh seorang panglima yang bergelar Qorin. Di dalam peperangan Al-Mazar ini tentera Parsi berjaya dikalahkan oleh tentera Islam, malah Parsi terpaksa mengorbankan seramai 30,000 tentera. Belum lagi keletihan yang di alami oleh tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid hilang di dalam peperangan Al-Mazar itu, mereka telah memasuki satu peperangan lain melawan tentera Parsi yang besar di akhir bulan Safar yang dikenali sebagai peperangan Alis. Di dalam peperangan Alis ini sekali lagi tentera Parsi terpaksa mengalami kerugian yang besar walaupun mereka membekalkan dengan kekuatan ketenteraan yang begitu ramai, di mana Parsi terpaksa mengorbankan sejumlah 70,000 tenteranya.

6. Tragedi al-Rajiah

Selain itu, pada bulan ini juga mencatatkan beberapa kejadian malang atau tragedi terhadap orang-orang Islam di zaman Rasulullah saw. Antaranya ialah tragedi al-Raji, iaitu Peristiwa yang berlaku pada tahun ketiga atau keempat hijrah yang membabitkan tujuh sahabat Baginda yang diutus bagi mengajar agama Islam kepada kaum ˜Udal dan al-Qarah.. Bagaimanapun, mereka mengkhianati perutusan itu dengan melakukan serangan hendap di sebuah tempat persinggahan bernama al-Rajiah, iaitu  di daerah ˜Usfan (kawasan antara Makkah dan Madinah). Antara sahabat menyertai perutusan itu adalah Khubaib bin Adi, Marthad bin Abi Marthad al-Ghanawiy, Asim bin Thabit dan Zaid bin al-Dathanah. Semua sahabat dibunuh di tempat serangan kecuali Khubaib bin Adi yang dibawa ke Makkah dan dibunuh di sana. Beliau adalah orang yang pertama menunaikan solat dua rakaat sunat sebelum dibunuh yang kemudian menjadi ikutan sunnah.

7. Kematian Salahuddin al Ayyubi
Selain itu,    Bulan Sofar turut memahat peristiwa tentang kematian panglima Islam Solehudin al-Ayyubi yang terkenal dengan jasanya yang begitu besar dalam membebaskan masjid al-Aqsa, Baitul Maqdis daripada cengkaman Empayar Rom. Keimanan yang tinggi kepada Allah dan rasulNya serta keyakinan dengan janji Allah bahawa Masjid al-Aqsa bakal dibebaskan daripada cengkaman kesesatan dan kezaliman telah menyemarakkan lagi semangat Solahuddin al-Ayyubi bersama tentera Islam untuk terus berjuang dalam membebaskan Baitul Maqdis. Solahuddin al-Ayyubi yang berbangsa Kurdi dan anak kelahiran Tikrik, Iraq yang juga tempat lahir Saddam Husein telah melakukan pelbagai perancangan dalam menawan semula Baitul Maqdis milik umat Islam. Kekalahan pemimpin dan tentera Islam sebelum ini tidak pernah melunturkan semangat jihad beliau dalam memperjuangkan Islam dan membebaskan Baitul Maqdis. Selain membina kubu hampir di kesemua negara keliling Baitul Maqdis, beliau turut menggulingkan raja-raja yang lebih mementingkan kepentingan diri daripada memperjuangkan Islam. Ketika hampir berjaya menawan Baitul Maqdis setelah banyak kali dipatahkan oleh tentera Rom maka Solahuddin al-Ayyubi  telah memeriksa setiap khemah tenteranya dan didapati ramai dikalangan tenteranya sedang solat tahajjud dan membaca al-Quran serta sedikit daripada mereka yang tidur. Lalu keesokan harinya beliau telah mengarahkan agar tenteranya yang tidur supaya tidak turut serta dalam serangan kerana hanya tentera yang sentiasa dekat dengan Allah sahaja yang diperlukan dalam mengalahkan musuh. Akhirnya Allah mendatangkan kemenangan yang gemilang yang terus dikenang sehingga hari ini setelah segala syarat kemenangan telah dipenuhi dengan penuh keikhlasan kepada Allah.

8.         Kejatuhan Bani Abbasiah di Baghdad

Antara peristiwa yang juga boleh dikatakan malang dalam sejarah Islam ialah jatuhnya kota Baghdad di bawah pimpinan kerajaan abbasiah sewaktu pemerintahan Khalifah Mu’tasim Billah. Bagionda dan seluruh keluarganya serta ratusan ribu orang Islam telah dibunuh oleh orang Tartar yang menyeraang kota Baghdad

Itu adalah sebahagian daripada peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada bulan Safar. Hari ini sejarah bulan Safar ini diperbesar-besarkan lagi dengan dakwaan sesetengah masyarakat kita bahawa bulan ini adalah bulan yang penuh dengan kecelakaan, kebinasaan dan wabak penyakit.

Di dalam bulan ini juga ada di kalangan umat Islam mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam. Ini kerana menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan mala- petaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut sebagai cara untuk menolak bala yang dipercayai mereka itu.
Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.
Selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah.
Justeru, berdasarkan kepercayaan karut itu ada umat Islam yang menulis ayat wifiq pada kertas atau pinggan mangkuk yang kemudian diletakkan dalam tempayan, kolam, perigi atau seumpamanya untuk diminum atau bermandi manda dengan airnya konon untuk mendapat perlindungan daripada bala buruk pada hari berkenaan.
Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Kepercayaan karut itu telah ditolak dan dilarang dengan kerasnya oleh agama Islam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At-Taubah ayat 51 yang tafsirannya:

51. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa Yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung Yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang Yang beriman bertawakal".
Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah nyata ditegah oleh syarak di samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bidaah yang buruk. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah melemparkan sangkaan atau kepercayaan karut tersebut supaya kita terlepas daripada amalan-amalan yang boleh membawa kepada syirik.
Adapun ada hadis-hadis yang mengatakan tentang perkara-perkara tersebut adalah ditolak kerana ia adalah hadis palsu yang sengaja direka-reka dan sudah dinafikan oleh satu hadis shahih yang diriwayatkan oleh imam Bukhari;


Tidak ada penyakit berjangkit, tidak ada sempena (baik atau buruk) melalui burung berterbangan, tidak ada sial pada burung hantu dan tidak ada nahas dalam bulan Safar. Hendaklah setiap daripada kamu melarikan diri daripada pesakit kusta sebagaimana kamu melarikan diri daripada singa yang bengis. (Hadis riwayat Bukhari)
Hadis Rasulullah SAW jelas menegaskan bahawa jangan sekali-kali umat Islam beriktikad penyakit yang berjangkit boleh memberi kesan dengan sendirinya atau sangkaan sial atau nahas Safar itu berupaya memudaratkan kehidupan manusia. Sebaliknya apa juga peristiwa buruk atau baik, berjangkit atau tidak sesuatu penyakit kesemuanya adalah kekuasaan dan kehendak Allah belaka.
Pada masa sama, Rasulullah SAW berpesan kepada setiap Muslim supaya mengambil langkah berwaspada ketika berhadapan dengan sesuatu musibah dengan memerintahkan supaya melarikan diri daripada pesakit kusta dan janganlah menghampiri mereka.
Ini bukan bererti penyakit kusta boleh berjangkit dan memudaratkan orang ramai, sebaliknya larangan itu menyingkap suatu tindakan berjaga-jaga serta berusaha untuk memelihara diri daripada meletakkan diri ke kancah bahaya dan kemusnahan.

Maka hukum berpegang dengan kepercayaan karut adalah ditolak. Jika ia berkaitan atau menyalahi akidah maka ia boleh membawa kepada syirik dan merosakkan iman. Apabila iman sudah rosak, maka ia akan mempengaruhi amalan maka amalan juga tidak akan diterima oleh Allah subhanahu wa ta'ala.

Beramal dengan perkara-perkara tersebut juga adalah ditolak kerana ia adalah bid'ah dhalalah. Maka beramal dengan perkara-perkara bid'ah dhalalah adalah haram hukumnya. Dan ada banyak lagi kepercayaan dan amalan-amalan yang karut berkaitan dengan bulan Safar ini mengikut kawasan-kawasan dan kaum-kaum tertentu.

Wednesday, February 3, 2010

Tahniah YAA Datuk Muhammad bin Abdullah, Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Sekalung tahniah kepada YAA Tuan Muhammad bin Abdullah, ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan kerana telah menerima anugerah darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Wilayah persekutuan di Istana Negara pada 1hb Februari lalu. semoga dengan pengaanugerahan darjah kebesaran yang membawa gelaran 'Datuk' tersebut akan meningkatkan lagi kewibawaan Mahkamah Syariah dan menaikkan imej jabataan di mata masyarakat. Sekali lagi tahniah kepada YAA Datuk Muhammad bin Abdullah.

YAA Datuk Muhammad bin Abdullah. 
Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan


Utusan Malaysia 1 Februari 2010
Abdullah ketuai penerima pingat WP
KUALA LUMPUR 31 Jan. - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mendahului senarai 240 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan 2010 sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Istana Negara di sini, hari ini.


Abdullah dianugerah darjah kebesaran Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama daripada Pemangku Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru turut dianugerahi SUMW.Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail pula antara tujuh penerima darjah kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran 'Datuk Seri'.
Turut menerima SMW ialah dua Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Gopal Sri Ram dan Datuk James Foong Cheng Yuen, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Naib Pengerusi Eksekutif Yayasan Albukhary, Datuk Ismail Yusof, Penasihat Media kepada Perdana Menteri Datuk Jalaludin Bahaudin dan pengerusi Pusat Dagangan Dunia Putra, Datuk Alies Anor Abdul yang juga bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menjawat jawatan Menteri Pertahanan.

Tiga pemimpin media iaitu Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya, Ketua Pengarang Malay Mail, Ahirudin Attan yang lebih dikenali sebagai blogger Rocky Bru dan merupakan presiden penaja Alliance of Bloggers (All-Blogs) serta Pengarang Kumpulan Harian Metro, Mustapa Omar merupakan antara 27 penerima darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk. Turut dianugerah PMW ialah Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Hasnah Mohammed Hashim, Hakim Mahkamah Tinggi Lim Yee Lan, Dr. Sharuddin Md. Salleh yang merupakan bekas setiausaha politik kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa beliau menyandang jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pengajian Tinggi, Omar Abd. Rahman.
Pengarah Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam, Dr. John Antony Xavier, Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik Polis Diraja Malaysia, Datuk Zul Hasnan Najib Baharudin, Timbalan Ketua Setiausaha I, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Aziyah Mohamed, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am Jabatan Kerja Raya, Datuk Dr. Amer Hamzah Mohd. Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Kementerian Pelajaran, Dr. Haili Dolhan dan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Mohamad Abdullah.
Penerima lain PMW ialah Panglima Markas 4 Divisyen Kem Wardieburn Angkatan Tentera Malaysia, Mej. Jen. Datuk Zulkiple Kassim, Pengarah Perkhidmatan Korporat Perbadanan Putrajaya Muhamad Haitamin Ishak, bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, SAC II (B) Leong Chee Woh, Pengarah Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan Mohd. Idris Mohd. Isa.
Presiden Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya Bangsar, Tunku Zahiah Tunku Sulong, Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Cawangan Labuan, Yussof Mohammad, Anggota Lembaga Penasihat DBKL dan Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Mustapa Kamal Mohd. Yussof, Anggota Lembaga Penasihat DBKL dan Ketua Umno Bahagian Batu, Yahaya Mat Ghani, Setiausaha Badan Perhubungan MCA Wilayah Persekutuan, Lai Kong Fah, Ketua Penerangan MIC Wilayah Persekutuan, KP Peru Karupan, Ketua Penerangan Parti Progresif Penduduk (PPP), A. Chandrakumanan yang juga pengerusi PPP Wilayah Persekutuan.
Chef profesional negara, Redzuawan Ismail atau Chef Wan, perunding dan bekas pelumba basikal kebangsaan, Ng Joo Ngan serta Pengerusi Masjid Al-Ghufran Taman Tun Dr. Ismail, Hassanuddin Ali juga turut menerima PMW.
Seramai 32 orang pula dianugerah Johan Mahkota Wilayah (JMW) termasuk Timbalan Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Zulkefli Salleh dan Pengarang Urusan Kumpulan Media Prima, Shaharudin Abd. Latif.Seramai 30 orang menerima Kesatria Mahkota Wilayah (KMW) termasuk Pengarang Kumpulan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3), Mohd. Ashraf Abdullah manakala seramai 43 menerima Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 90 orang menerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW). - BERNAMA

Sunday, January 31, 2010

BENGKEL SEMAKAN SYLLABUS MUSLIM COLLEGE UK 28-29 JAN 10

Pada 28-29 Januari 2010 bertempat di ILIM Bandar Baru Bangi Selangor  yang lalu Kami telah dijemput menghadiri Bengkel semakan semula Jadual pengajian di Muslim College, Ealing, London UK. Khabarnya untuk tahun ini, 2010, tempoh kursus telah dipendekkan kepada hanya 2 bulan sahaja memandangkan kepada kos ekonomi negara yang kurang stabil. Apa pun tahniah kepada JAKIM dan terima kasih kepada JPA kerana kursus tersebut masih diteruskan walaupun keadaan ekonomi negara masih belum menentu. Apa pun, kursus tersebut tidak wajar ditamatkan kerana pengisiannya yang cukup berguna kepada peserta terutamanya pegawai-pegawai JAKIM, JKSM, JAWI dan sebagainya. Kesan yang amat ketara pada peserta kursus tersebut ialah keyakinan kendiri kepada pegawai-pegawai yang menyertainya. JPA seharusnya melihat kepada Prospek masa depan dan tidak hanya kepada faktor kewangan semata-mata.

Peserta Kursus Muslim College 2010 telah membuka mata pihak MSD, Kedutaan dan sebilangan rakyat Malaysia di UK. Kami telah memberikan yang terbaik bagi pembangunan insan masyarakat Melayu di UK.  Kelebihan ini tidak dimiliki oleh pegawai-pegawai PTD. Kehadiran kami ke UK mengimbangkan  sifat profesionalisme penjawat awam Malaysia di mata orang-orang Eropah. Pegawai-pegawai agama juga turut menunjukkan kebolehan yang sama. Ini bermakna Penjawat awam Malaysia berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Pada bengkel 2 hari tersebut, kami telah berhempas pulas memberikan idea terbaik bagi memberi peluang kepada peserta 2010 untuk mendapatkan pengalaman dan ilmu yang berguna meskipun tempoh yang disediakan agak singkat. Malangnya peserta bengkel yang dijemput tidak ramai yang datang.  Kebanyakan yang dijemput adalah hardcore-hardcore terpilih dan mempunyai keistimewaan masing-masing. Sebahagiannya adalah pegawai kanan jabatan masing-masing. Kehadiran mereka adalah diperlukan bagi membantu generasi yang akan datang menimba ilmu sebagaimana yang telah mereka perolehi sebelum ini. malangnya tidak ramai yang datang.  Sebenarnya, faktor ini lah yang menjadi sebahagian dari kekurangan dan kelemahan di agensi agama. Saya percaya mereka  mempunyai komitmen lain yang lebih besar., sebab tu tak boleh hadir,  Tapi ..no komenlah.

Cuma ingin disebut disini, pegawai-pegawai agensi agama sering kali dilabel mempunyai kepentingan sendiri dan tidak mementingkan orang lain. Saya harap ianya tidak berlaku dan ketidak hadiran ramai pegawai pada bengkel tersebut mungkin kerana adanya program lain yang lebih penting...

 kenangan peserta kursus Muslim College London 2009.
Terima kasih pada yang hadir bengkel semakan !

 
Apa pun, biar tinggi mendongak ke langit, jangan kaki tersadung batu...

Saturday, January 9, 2010

Reunion bekas pelajar Maahad Muhammadi (L) 1981-1986

Jam 8.00 malam di Restoran Minang Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur malam tadi sempat kami berkumpul beramai-ramai sempena meraikan Bro Mahmud Hisham, Pegawai Kanan Petronas yang akan berlepas ke Khartoum Sudan pada 15hb Januari 2010 nanti. Pertemuan beberapa jam tersebut menaut kembali rakan-rakan lama kelas 1AL, 2AL, 3AL-6 bawah  sessi 1981-1986 Maahad Muhammadi (L) Jalan Merbau Kota Bharu.

Pertemuan ringkas yang diatur secara ad-hoc oleh Mejar Abdul Wahab Abdullah dan Bro Azainee mengimbas kembali zaman persekolahan sepanjang 1980an terutamanya di Jalan Merbau Kota Bharu, (1981-1983) Jalan Pengkalan Chepa (1984-1985) dan Pasir Pekan (1986-1987). Antara rakan lama yang sempat ditemui ialah Bro Jamal Mohd Lokman, Peguam Syarie di Subang Jaya (Jamal Lokman & Associate), Dr Asyraf Dato Haji Hashim (Pensyarah UIAM), Dr Azwira Abd Aziz (Pensyarah UKM), Tuan Zulfikri Yasoa (Bekas HMTS Kuala Lumpur), Bro Azainee Mohd (Tetuan Azainee & Fakhrul), Mejar Mohd Abdul Wahab bin Abdullah, Bro Khairul Azhar (Pegawai Tadbir dan Diplomatik Kementerian Perumahan), Bro Mahmud Hisham (Senior accauntant Petronas Carigali, Sudan)  dan lain-lain lagi.


Dr Azwira


Dr Asyraf
 
Mejar Mohammad Abdul Wahab Abdullah

Terima kasih kepada Bro Mejar Wahab yang dedikasi dan kesungguhan Bro Azainee yang mengusahakan pertemuan tersebut. We salute you all 4 ur dedication dan kesungguhan organize pertemuan ini! kalau tak kerana anda mungkin kami tak berpeluang berjumpa rakan-rakan lama yang ada antaranya dah 20 tahun tak pernah bersua!

Diharap rakan-rakan lain yang terbaca memo ni silakan hubungi mejar Wahab dengan segera untuk update keahlian anda sebagai ahli kelab 40+ Maahad Muhammadi jalan Merbau.

Wednesday, January 6, 2010

Tahniah Cik Ana dan Cik Lid!

Tahniah kepada Cik Ana dan Cik Alid kerana menyambut baby yang sekian lama dinanti-nantikan. Khabarnya baby lelaki  tersebut selamat dikahirkan secara normal pada 31/12/2009 yang lalu  seberat 3.4kg. Dilahirkan secara normal dan semuanya sihat-sihat.
Selamat datang diucapkan kepada Mohd Khairul Hasnan bin Khalid  yang akan menempuh alam baru.  Tahniah!

Friday, January 1, 2010

SELAMAT DATANG 2010!


pejam celik pejam celik tup tup sekarang dah masuk tahun baru 2010. bermakna bertambah setahun lagi umurku. InsyaAllah semoga tahun ini tahun yang penuh dengan keberkatan. Semoga juga Allah murahkan rezeki, panjangkan umur dan mudahkan segala urusan.

Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TINGGAL 2009


 good bye 2009!

Sesungguhnya 12 bulan sepanjang tahun 2009 meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis. Tahun ini merupakan tahun yang banyak suka duka. Apa pun, tiada banyak bezanya daripada tahun-tahun sebelumnya, yang pasti semakin kita kedepan, semakin dekat kita dengan kematian. Kehidupan kita banyak berubah dengan memperoleh kesenangan duniawi, harap kita tidak lupa dengan kehidupan akhirat nanti. Rasanya, makin senang hidup kita, semakin susah untuk mendekatkan diri kepadaNYA. Semoga Allah membuka pintu hidayah kita dan murahkan lagi rezeki serta menjauhkan diri kita dari perkara yang melalaikan.

Azam tahun baru? Setakat ni tak ada apa-apa azam baru. Kerja seperti biasa. Sememangnya makin banyak kita melakukan kerja, semakin banyak kita sedar kelemahan kita.Sepertimana kata Imam Syafie, semakin banyak aku mendalami ilmu, semakin terasa kebodohanku...

2009 adalah tahun ilmu. Sepanjang tahun ini alhamdulillah dapat aku gapai 2 gulung ijazah. LLM di UIA pada Oktober 2009 dan sebelumnya Special Course Certificate at Muslim College London pada Ogos 2009.
Tahun ini  juga my 3rd daughter memasuki alam persekolahan. Tahniah Nuha. Dah nak masuk tahun 2 dah tahun depan (esok). Anak sulung pula berjaya memperolehi 5A dalam UPSR. Tahniah Najah. You're the best!

Tahun ini juga 2 buku diterbitkan. Edisi kedua  buku Penghinaan Mahkamah pada awal januari 2009 dan November 2009 pula buku Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah. Ok lah tu untuk sepanjang tahun ini.

Tahun ini juga mendapat penghormatan dan sumbangan dari YAB MB NS pada bulan Mei 2009. Bolehlah buat belanja sepanjang di UK tempohari. Terimakasih YAB Datuk Seri Utama!

Niat dihati untuk menulis dan menerbitkan buku sendiri. Setakat ni impian untuk menerbitkan sendiri buku masih belum terkabul. Insyaallah, tahun 2010 nanti hasrat tersebut diharap tidak lagi sekadar mimpi.

2010? belum ada azam kagi. Nantilah, esok baru masuk tahun baru. Pagi-pagi besok boleh fikirkan apa azam untuk tahun 2010. Selamat tinggal 2009....

Monday, December 21, 2009

INFO MURAI BATU

Phylum/Pembagian Chordata
Kelas Aves
Ordo Passeriformes
Famili Muscipidae
Spesies C. malabaricus
Nama zoologi Copsychus malabaricus
Ciri-ciri fizikal : Murai Batu (White Rumped Sharma) merupakan salah satu burung berkicau yang cukup terkenal karena kemerduan suaranya. Ukuran tubuhnya kira-kira 27 cm dan berat sekitar 32 gram. Paruh berwarna hitam tipis dan ukuran kepalanya rata-rata bulat (walau ada beberapa yang berbentuk agak leper & sedikit lebih tebal). Panjang ekor 15 – 35 cm (bergantung pada jenis spesiesnya). Terdiri dari 4 helai ekor primer berwarna hitam dan 8 helai ekor sekunder berwarna putih (ada spesies tertentu berwarna hitam semua). Total jumlah ekor ada 12 helai. Individu jantan berwarna hitam pekat berkilau indigo dengan warna dada pada umunya berwarna oranye (ada beberapa berwarna merah marun) Manakala Murai Batu betina warnanya sedikit lebih pucat dari warna bulu jantan. Bagian kemaluan dibawah ekor berwarna putih. Ukuran tubuh Murai Batu betina sedikit lebih kecil dari Murai Batu jantan.
Habitat: Murai Batu biasanya hidup dihutan rimba dan dataran rendah hingga 1500 m dengan pepohonan rapat.

perfect 2!

Makanan: invertebrata kecil dan serangga. Pada umumnya burung ini memakan serangga seperti belalang, jcengkerik, ulat, cacing, ikan-ikan kecil, dan buah jenis tertentu.
Reproduksi: Inkubasi selama 12 – 15 hari. Burung jantan pada umumnya lebih agresif. Setiap hari bertelur sebanyak 1 biji. Jumlah telur boleh mencapai 6 biji. Warna telur putih dengan bintik coklat kemerahan. Pada saat menetas, anak burung (piyik) belum dapat membuka mata. Setelah kira-kira 6 hari mata baru dapat dibuka. Bulu-bulu mereka berkembang dalam waktu 11 hari.
Status konservasi: Masih kurang diberi perhatian walaupun populasinya semakin berkurangan. Seiring dengan kurangnya hutan belantara yang menyangga habitat mereka.
Usia: Murai batu boleh mencapai usia 10-15 tahun.
Wilayah penyebaran: Philipina, Indonesia, Malaysia, Kamboja, Thailand, Vietnam, Myanmar, Cina dan India.

Dipetik dari :
http://images.google.com.my/imgres?imgurl=http://asikcoy.files.wordpress.com/2009/09/murai-batu-coy.jpg&imgrefurl=http://asikcoy.wordpress.com/2009/09/22/murai-batu/&usg=__sGvaUhi40ZUEnWWdaW6CvCqZhqg=&h=640&w=426&sz=50&hl=en&start=17&tbnid=2ljkg9Wmnql01M:&tbnh=137&tbnw=91&prev=/images%3Fq%3Dmurai%2Bbatu%26gbv%3D2%26hl%3Den%26client%3Dfirefox-a%26rls%3Dorg.mozilla:en-US:official%26sa%3DG

Cara Merawat Murai Batu

Author: galeri-koi | Posted at: 06:43 |

Artikel ini dipetik dari http://galeri-burung.blogspot.com/2009/10/cara-merawat-murai-batu.html. Versi asal bahasa Indonesia dan diubahsuai untuk memudahkan kefahamannya. Sesuai untuk dikongsi bersama.

Burung Murai Batu merupakan salah satu burung berkicau cerdas terbaik (dari keluarga Turdidae) yang sangat banyak penggemarnya. Merawat burung Murai Batu sangat mudah dan menyenangkan.

KARAKTER ASAS BURUNG MURAI BATU
1. burung ini sangat mudah menyesuaikan diri terhadap perubahan persekitaran.
2. Apabila mendengar suara burung Murai Batu lain atau melihat burung sejenis, Murai Batu akan berkicau dan menunjukkan raksinya untuk berlawan.
3. Burung ini sangat mudah naik berahinya apabila melihat Murai Batu Betina.
4. Ianya jenis burung yang mudah jinak Karena kemampuan beradaptasinya yang tinggi

MEMILIH DAN MEMLIHARA BURUNG MURAI BATU YANG BAIK

Ada beberapa hal penting yang harus diperhatikan dalam pemilihan bahan atau bakalan pada burung Murai Batu
• Berkelamin jantan, ciri-ciri burung Murai Batu jantan dapat dilihat pada warna bulu hitam yang tegas mengkilap dan kontra serta memiliki ekor yang lebih panjang daripada burung Murai batu betina.
• Bentuk paruh, sebaiknya pilih bentuk paruh yang berpangkal lebar, tebal, besar dan panjang. Paruh bahagian bawah harus lurus. Jangan memilih yang memiliki paruh bengkok. Posisi lubang hidung pilih sedekat mungkin dengan posisi mata.
• Kepala berbentuk kotak, mata bulat . Ini menandakan burung ini mempunyai mental tempur yang baik.
• Bentuk badan, pilihlah badan yang sedang dengan panjang leher, badan dan ekor serta kaki yang serasi. Jangan memilih bahan yang berleher dan berbadan pendek.
• Sayap mengepit rapat dan kaki mencengkam kuat, ini menandakan burung tersebut sehat. Warna kaki tidak mempengaruhi terhadap mental burung.
• Lincah dan bernafsu makan besar. Ini merupakan ciri-ciri burung yang bermental baik.
• Panjang ekor yang serasi dengan bentuk badan. Pilihlah bentuk ekor yang sedikit lentur.
• Leher panjang padat berisi. Menandakan burung ini akan mengeluarkan kuasa suara secara maksima.

MAKANAN YANG SESUAI UNTUK BURUNG MURAI BATU
• Voer (sebaiknya pilih yang berkadar protein sederhana iaitu: 12%-18%, belum tentu Voer yang berharga mahal akan sesuai dengan sistem metabolisme setiap burung Murai Batu. Voer harus selalu tersedia didalam bekas makanannya. Selalu ganti dengan Voer yang baru setiap dua hari sekali.
• EF (Extra Fooding), pakan tambahan yang sangat baik buat burung Murai Batu yaitu: cengkerik, Orong-orong, Cacing, Ulat Hongkong, Ulat Bambu, Kelabang, Belalang dan lainnya. Pemberian EF harus selalu disesuaikan dengan karakter pada burung masing-masing.

PERAWATAN HARIAN
Perawatan harian untuk burung Murai Batu relatif sama dengan burung berkicau jenis lainnya, kunci keberhasilan perawatan harian iaitu secara rutin dan konsisten. Berikut ini Pola Perawatan harian dan Stelan Harian untuk burung Murai Batu:
1. Jam 07.00 am burung diangin-anginkan di teras. Jam 07.30 burung dimandikan (karamba mandi atau sembur, berhantung pada kebiasaan masing-masing burung).
2. Bersihkan reban/sangkar harian. Ganti atau tambahkan Voer dan Air Minum.
3. Berikan cengkerik 4 ekor pada bekas makanan EF. Jangan berikan cengkerik secara langsung pada burung.
4. Penjemuran dapat dilakukan selama 1-2 jam/hari mulai pukul 08.00-11.00. Selama penjemuran, sebaiknya burung tidak melihat burung sejenis.
5. Setelah dijemur, angin-anginkan kembali burung tersebut diteras selama 10 minit, lalu sangkar dikerodong..
6. Jam 15.30 burung diangin-anginkan kembali diteras, boleh dimandikan bila perlu.
7. Berikan cengjerik 2 ekor pada bekas EF.

PENTING
• makanan segar diberikan 1 sendok makan maksimum 2x seminggu. Contoh setiap hari Isnin pagi dan hari Khamis pagi.
• Pemberian Cacing diberikan 1 ekor 1x seminggu. contoh setiap hari Selasa pagi.
• Pengumbaran di kandang umbaran dapat dilakukan 4 jam perhari selama 4 hari dalam seminggu.
• Berikan Multivitamin yang dicampur pada air minum seminggu sekali saja.


Sumber:
http://www.smartmastering.com

Hukum menikmati keindahan haiwan perhiasan

Utusan Malaysia 28hb Ogos 2001

SOALAN: Saya seorang peminat ayam serama, segala jenis burung dan haiwan perhiasan. Saya membiak dan menjualnya kepada peminat-peminatnya. Di sini saya ingin kemukakan dua soalan berikut:
1. Bolehkah saya pelihara burung dan mengurungnya dalam sangkar dengan diberi makan minum dan kawalan keselamatannya yang cukup?
2. Bolehkah saya menjual burung-burung perhiasan, ayam serama dan ayam laga yang saya biakkan itu pada harga yang agak tinggi, iaitu bergantung pada kecantikan yang disukai peminatnya? Apa hukum perusahaan ini dari perspektif Islam? - ISMAIL, Kota Bharu.

JAWAPAN: Sebelum saya memberi maklum balas berhubung soalan di atas, sama ada harus atau tidak harus memelihara ayam serama, burung hiasan dan sebagainya, izinkan saya menyediakan suatu mukadimah yang menerangkan kedudukan di bumi ini terlebih dahulu, dengan menumpukan sedikit perhatian kepada Adam alaihissalam sebagai insan pertama dan bapa kepada semua manusia.
Insan adalah makhluk Allah yang istimewa, ia dimuliakan dalam suatu majlis tiupan roh yang dijemput hadir para malaikat dan iblis, lalu mereka semua diperintah Allah supaya sujud kepada makhluk ini. Semua sujud, kecuali iblis yang takbur dengan kejadian sendiri.
Penciptaan insan yang diperintah sujud kepadanya itu berbeza sekali dengan penciptaan malaikat dan iblis, kerana penciptaan makhluk ini adalah gabungan antara tiga komponen utama, iaitu roh, badan kasar dan badan halus. Setiap satu daripadanya mempunyai kehendak dan keperluan sendiri yang wajid dipenuhi.
Badan kasar mempunyai keperluannya sendiri, ia perlukan makan, minum, pakai, berkemahuan seks dan sebagainya. Roh juga ada keperluannya yang terdiri daripada ibadat, amal dan aktiviti-aktiviti kerohanian. Islam mewajibkan umatnya supaya melayani semua keperluan ini dengan adil. Sehubungan makan minum, Allah berfirman yang bermaksud: Makan dan minumlah kamu dan jangan pula kamu melampau-lampau. (al-A'raf: 31).
Melayani keperluan roh juga hendaklah dengan sederhana, tanpa berlebihan. Baginda rasulullah s.a.w. pernah mendengar berita Abdullah ibn Umar yang keterlaluan dalam ibadatnya, lalu menasihati beliau supaya tidak keterlaluan, iaitu melalui sabdanya yang bermaksud: Wahai Abdullah! Bersederhanalah, kerana jasad kamu juga mempunyai hak, mata kamu juga mempunyai hak, isteri kamu juga mempunyai hak. Layanilah hak masing-masing (Jami'al-Usul, 1/297 bilangan 87).
Jika roh dan badan kasar mempunyai hak yang wajib dilayani dengan adil. Bagaimana pula dengan keperluan badan halus atau yang disebutkan dengan istilah falsafah dengan al-nafs al-insaniyyah (jiwa manusia) yang memerlukan kepuasan pada semua perkara, sama ada yang dilihat, disentuh, dirasa, didengar dan difikir.
Menikmati keindahan pada semua perkara merupakan makanan yang diperlui badan halus atau jiwa manusia. Badan ini tidak akan mencapai tahap kebahagiaannya dengan sempurna tanpa persekitaran yang bersih, indah dan menyegarkan. Jiwa yang hidup dalam suasana yang menakutkan, persekitaran yang ngeri dan bising, akan melahirkan manusia yang keras hati dan bertabiat besar. Memang jiwa yang bersih, cintakan kata-kata yang sopan ketika berbicara, pemandangan yang indah ketika bergerak dan tindak-tanduk yang lemah lembut ketika bekerja.
Berpandukan mukadimah ini, saya berpendapat, ayam serama dan burung-burung hiasan yang saudara bela dan niaga itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam, kerana ajaran ini tidak menentang perhiasan yang dinikmati oleh jiwa. Firman Allah yang bermaksud: Katakanlah wahai Muhammad! Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkannya untuk hamba-hamba-Nya dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakannya (al-A'raf: 32).
Firman-Nya lagi yang bermaksud: Kuda, baghal dan keledai dijadikan untuk kamu menungganginya dan sebagai perhiasaan (al-Nahl: ayat 8). Ayat ini memberi maklum bahawa Allah s.w.t. menjadikan haiwan, tumbuh-tumbuhan sebagai perhiasaan yang harus dinikmati manusia, maka berhias dengan barang-barang ini semua adalah harus dalam apa jua keadaan sekalipun. Kalaupun barang-barang hiasan ini dilarang, maka larangan itu disebabkan pembaziran, kesombongan yang lahir daripada penggunaan yang salah dan sebagainya.
Memang penggunaan perhiasan ini berada pada peringkat thasiniyyat (mewah). Barang-barang mewah hanya boleh dipakai apabila sempurna keperluan yang wajib dimiliki. Sebagai contoh, memiliki kediaman untuk anak-anak dan keluarga adalah wajib dan termasuk dalam kategori daruriyyat (kepentingan). Peralatan-peralatan mewah hanya boleh dimiliki setelah memperoleh kediaman dengan sempurna.
Menikmati keindahan ayam serama, ikan emas dan burung pipit berwarna-warni tidak salah dari segi pandangan Islam, tetapi hendaknya jangan melampaui batas-batas kesederhanaan, sehingga mengurangkan barang-barang keperluan hidup yang sepatutnya dimiliki anak-anak dan keluarga untuk kehidupan mereka.
Jika bunga yang berwarna-warni dalam pasu dan taman-taman harus dinikmati keindahannya, pokok-pokok yang indah segar harus dimiliki, sekalipun jika terpaksa mengeluarkan sedikit bayaran. Mengapa keindahan ayam serama, ikan emas dan burung pipit tidak boleh dinikmati.
Menyekat kebebasan burung dan ikan emas dalam sangkar tidak harus menjadi alasan pengharaman, kerana pokok-pokok bunga juga dikawal kebebasannya dalam pasu dan bekas-bekas kecil.
Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyebutkan: Bukan semua perkara yang menyenangkan hati itu dibenci Islam, bukan juga sesuatu yang disukai hati manusia itu buruk, tetapi dilarang mengambilnya jika syarak melarangnya kerana membawa kepada riak dan sombong. Insan memang sukakan sesuatu yang indah, suka supaya dilihat dirinya cantik, oleh itu mencari sesuatu yang disenangi jiwa tidak dilarang. Seseorang harus menyikat rambutnya dan tidak harus membiarnya kusut masai, menilik mukanya dalam cermin, membetulkan serbannya yang tidak cantik dilihat, memakai kain tebal di sebelah dalam dan memakai yang halus di sebelah luar supaya senang hati orang melihatnya (Jami' al-Ahkam, 7/97).
Makhul al-Dimasyqi seorang ahli Fiqh tabi'i meriwayatkan daripada Aishah r.a. katanya: Sekumpulan sahabat nabi s.a.w. menunggu baginda di pintu rumahnya, lalu baginda keluar menemui mereka. Kebetulan dalam rumah itu ada bekas berisi air, baginda melihat mukanya dalam air itu, lalu membetulkan janggut dan rambutnya. Aku bertanya: Wahai rasulullah! Kamu juga berbuat begitu. Jawab baginda: Ya, apabila seseorang keluar kerana berjumpa saudaranya, maka kemaskan dirinya, kerana Allah indah, Ia sukakan keindahan. Dalam Sahih Muslim, daripada Ibn Mas'ud r.a. nabi s.a.w bersabda: Tidak masuk syurga orang yang ada takbur dalam hatinya seberat zarah. Berkata seorang lelaki: Sesungguhnya orang lelaki suka kainnya cantik, kasutnya cantik dan semuanya cantik. Sabda nabi s.a.w.: Memang, Allah itu cantik, ia sukakan kecantikan. Besar diri yang sebenarnya ialah melawan kebenaran dan melupakan kebaikan manusia lain.
Berpandukan mukadimah ini, kita dapat menarik kesimpulan, iaitu Islam tidak menentang sebarang perhiasan, perniagaan dan penggunaan barang-barang hiasan. Antara perhiasan termasuklah ayam serama, burung pipit dan ikan emas yang dibela untuk hiasan rumah. Haiwan ini harus dibela, dijual dan diniagakan, tetapi hendaklah dengan syarat-syarat berikut:
1. Tidak bermaksud untuk berbangga dan bermegah-megah, sebagaimana adat orang mewah dan berada. Hukum pengambilan barang-barang hiasan itu bergantung kepada niat.
2. Jangan lekakan tanggungjawab disebabkan oleh pembelaan haiwan dan sesuatu yang berupa hiasan.
3. Jangan cuai melaksanakan tanggungjawab terhadap haiwan yang dipelihara seperti memberinya makan, minum dan keselamatannya.
Dalam sebuah hadis yang sangat popular tentang penyeksaan terhadap haiwan, baginda rasulullah s.a.w. memberi amaran terhadap seorang wanita yang memelihara kucing, tetapi tidak memberinya makan minum dan penjagaannya, lalu ia dimasuk ke neraka atas kesalahan itu.
Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Anas ibn Malik r.a. katanya: Baginda rasulullah s.a.w. adalah insan yang paling baik akhlaknya, baginda selalu datang ke rumahku dan selalu bertanya adikku Umair. Pada suatu hari, baginda datang dan bertanya: Oh Abu Umair ke mana perginya burung kecil engkau? Dijawabnya, burung masih dalam peliharaannya.
Al-Damiru dalam kitabnya Hayat al-Haiwan menyatakan: Hadis di atas menjadi dalil harus memelihara burung dan berhibur dengannya. Berkata Abu al-Abbas al-Qurtubi: Membela burung terpaksa disekat kebebasannya dalam sangkar. Adapun menyeksa dan memain-mainkannya maka hukumnya haram, kerana nabi s.a.w. melarang menyeksa haiwan, kecuali kerana sembelih untuk dimakan sahaja.
Ibn Aqil al-Hanbali melarang menyekat burung dalam sangkar, kerana cara itu adalah suatu penyeksaan terhadapnya. Beliau mengambil dalilnya daripada hadis Abu al-Dard' r.a. yang menyatakan: Pada hari kiamat akan datang burung-burung pipit, lalu membuat aduan kepada Allah, kerana manusia menyeksanya semasa di dunia dahulu.
Alasan ini dijawab oleh sesetengah ulama, iaitu hadis ini dituju kepada mereka yang menyeksa dan tidak memberinya makan dan minum. Al-Qaffal menyatakan, jika haiwan iaitu diberinya makan minum yang cukup, nescaya harus dibelanya.
Saya lebih cenderung kepada pendapat al-Damiri yang mengharuskan bela burung, ayam dan ikan untuk hiasan, dengan syarat hendaklah dijaga dengan cukup makan minum dan keselamatannya. Demikian juga dengan ikan emas dan lain-lain haiwan yang dibela dalam tempat yang terbatas jarak keluasannya, kira-kira tidak seluas sungai dan laut.
Adapun ayam laga, jika dibela untuk tujuan perhiasan maka tidak menjadi apa-apa halangan, namun jika diternak bagi tujuan judi dan bersabung, maka ini adalah suatu penyeksaan yang sangat besar dosanya.
Sama juga hukumnya dengan haram minum arak, sebarang usaha membantu peminum arak adalah dosa. Wallah a'lam.


Wednesday, December 9, 2009

Pembentangan laporan kursus di MC London

Alhamdulillah, petang tadi 9/12/09 sesi pembentangan laporan kursus Khas di Muslim College London, UK telah selesai. Terima kasih pada sis Hazlin kerana banyak membantu. Actually,  waktu-waktu sebeginilah kita kenal siapa rakan sebenar.

Saya bernasib baik kerana membuat pilihan yang tepat melantik sis Hazlin dari JAKIM untuk menjadi SU. beliau sesungguhnya banyak membantu. Boleh dikatakan 70% kerja-kerja akhir diselesaikan oleh beliau. Mana perginya kawan-kawan lain? biasa lah, yang banyak bercakap biasanya kurang bekerja. Saya dah nampak keadaan ini akan berlaku. Sebaik mengenali rakan-rakan peserta, saya dapat agak siapa mereka sebenarnya. So, dari awal mula kursus lagi saya dah prepare sedikit demi sedikit kerana bimbang keadaan ini akan terjadi. Bila dah balik Malaysia dan masing-masing berjauhan serta sibuk dengan tugasan office, ketua deligasilah yang akan menanggung semua beban. So, persiapan awal semasa di London memudahkan tugas saya untuk mengedit semua laporan dan attachment yang perlu disisipkan. Terima kasih pada blog ini yang banyak membantu merakam peristiwa-peristiwa penting. copy paste dan edit sahaja.

Bercerita pasa pembentangan petang tadi, ada dua sesi, satu grup dari Dar al Ifta' Mesir. Pembentangan mereka bagus. tak ada komen negetif pun dari JPA. Adios! Tiba grup kami, mulanya agak nervous juga bila kedengaran pada sesi awal kami akan dihentam kerana beberapa isu yang dah memang kami tak dapat elak. Alhamdulillah masa pembentangan wakil JPA dan JAKIM ok sahaja. setujulah tu. Hasilnya kursus ini berterusan dan grup kami antara grup yang agak berjaya sepanjang kursus ini diadakan sejak 1989. Ok lah tu. Paling penting kami telah membawa imej terbaik dan dihormati oleh masyarakat Britain. Pihak college telah membuka mata dan sedar kami bukannya menempel dan datang sekadar nak makan angin di kota London yang mereka agungkan. Mereka sedar bahawa perkembangan dan kemajuan Islam di Malaysia bukanlah satu omongan kosong. Mereka terpegun dengan hujah-hujah kami dan keinginan untuk mengetahui lebih lanjut amat mendalam terutamnya oleh Principal Muslim College sendiri tentang perkembangan islam di Malaysia. Hasilnya mereka menghantar bro Shah datang melawat Malaysia.

Saya sempat meneliti dan membaca laporan bro Shah sejurus beliau kembali ke London. laporannya amat mengkagumi Malaysia dan antara cadangannya ialah komuniti Muslim di Britain yang berpecah belah mesti mengikut acuan JAKIM dalam mentadbir urusan orang-orang Islam di Malaysia. Mereka akui JAKIM antara yang terbaik di dunia dalam pengurusan hal ehwal orang-orang Islam. Beliau bandingkan dengan Sudan, Mesir, Saudi, UAE, Pakistan dan sebagainya, iaitu negara-negara yang pernah ia lawati atas tajaan College bagi tujuan berkenaan.  Laporan beliau untuk Muslim College dan University of London serta sisipan kepada JPA London banyak membantu saya dalam menyiapkan laporan kepada JAKIM dan JPA petang tadi. Terima kasih!

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...