DISAPA ANGIN RIMAS LANGIT CORDOBA
Roman Bridge atau Jambatan Rom yang dibina sejak tahun 1000M, kekal utuh dan indah menghubungkan daratan menyeberangi sungai Guadalquvir.
DISAPA ANGIN RIMAS LANGIT CORDOBA
Roman Bridge atau Jambatan Rom yang dibina sejak tahun 1000M, kekal utuh dan indah menghubungkan daratan menyeberangi sungai Guadalquvir.
Menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Madrid-Barajas Adolfo
Suarez Spain lebih kurang jam 9.30am.
Selesai mengambil bagasi kami segera berkumpul di ruang
kosong dan bersiap untuk keluar memijak tanah Sepanyol.
Ada di kalangan kami yang mengambil peluang untuk ke tandas
bagi membersihkan diri. Kejutan pertama di sini: tandas sememangnya tidak
dibekalkan air. ..oo yea..
Lapangan terbang Madrid atau El Aeropuerto de
Madrid-Barajas ialah lapangan
terbang terkemuka Sepanyol dari segi trafik penumpang, kargo udara dan bilangan
operasi. Ia menduduki carta ke-5 dalam klasifikasi lapangan terbang Eropah
mengikut data dari Agensi Eurostat, dan merupakan yang kelima belas (15) di
dunia dari segi trafik penumpang, menurut statistik ACI.
El aeropuerto de Madrid-Barajas mempunyai empat terminal penumpang, Terminal
Eksekutif, pusat kargo udara dan dua kawasan hangar utama, satu di Kawasan
Perindustrian Lama, antara T3 dan T4, dan satu lagi di Kawasan Perindustrian La
Muñoza.
DARI NILAI KE MADRID
Ahad 11 Jun 2023, jam 3pm peserta Geran Penyelidikan MSNM berkumpul di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Kami dijadualkan berangkat ke Madrid jam 7.00pm untuk misi seterusnya.
Antara peserta delegasi tahun ini terdiri daripada YAA Datuk Mohd Nadzri (Datuk Roi) selaku ketua delegasi, YA Tuan Abdul Razak Mat nayan, HMTS Melaka, Tn Saifuddin Othman, PPK, Puan Jameah (HMRS Melaka Tengah dan Tn Amiruddin HMRS Alor Gajah. Pada tahun ini jumlah peserta dikecilkan bagi mematuhi kehendak Pekeliling yang berkuatkuasa dan dasar baharu penjimatan Kerajaan Negeri.
Pulau Besar dipanggil orang juga dengan Pulau keramat atau Pulau wali-wali. Tidak hairanlah kerana di pulau ini menghimpunkan begitu ramai wali Allah, ulamak, panglima dan syuhada. Pulau ini juga terkenal sebagai tempat penyebaran ilmu Ketika itu. Di Pulau Besar terdapat beberapa makam ulamak. Antaranya:
Selain itu ada lagi Makam Ahli Keluarga Maulana Sayyid Ishaq Al Azmatkhan Al Husaini dan Maulana Sayyid Thanauden Al Azmatkhan Al Husaini di Pulau Besar, seperti:
sumber: https://panglimaulung.blogspot.com/2011/05/res3.html
SEJARAH MELAKA DAN KAITANNYA DENGAN PULAU BESAR
Dikatakan juga Setelah Hang Jebat di tikam, di ceritakan 3 hari 3 malam beliau mengamuk dan membunoh pembodek Sultan, Sultan Mansor lari ke Kelang iaitu rumah asal Tun Perak.Tun Perak adalah penghulu Kelang. Setelah Hang Jebat meninggal dunia, dikata kan mayat nya di bawa ke Pulau Besar yang terletak di pantai selatan Negeri Melaka.
Pulau Besar di buka kira kira tahun 1400M, hampir sama dengan pembukaan Melaka atau mungkin lebih dahulu. Penduduk asal Pulau ini ialah Orang Jakun (laut),Jawa dan Maluku.
Di Melaka, Pesantren atau pondok pengajian pertama di buka oleh Maulana Sayyid Abdul Aziz bin Sayyid Muhyidin Abdul Qodir Jailani di satu tempat bernama UPIH, sekarang ialah Tengkera. Masjid Tengkera adalah salah satu masjid tertua di Melaka. Pesantren atau pondok ini tidak formal. Pada tahun 1440M Sayyid Thanauddin (Adi Putra) sampai ke Melaka, beliau telah memilih Pulau Besar untuk dijadikan tempat belajar ilmu kerohanian sufi. Di Pulau ini juga Daeng Mempawah bin Raja Bajung belajar dan berguru dengan Datuk Sayyid Thanauddin/Adi Putra. Daeng mempawah itu ialah Laksamana Hang Tuah. Jadi yang menjadikan Pulau Besar Pesantren atau pondok pengajian pertama Nusantara ialah Saiyyid Thanaudin/Adiputra atau Panglima Hitam.
Pada tahun 1495M, satu rombongan Ulama dari Arab dan Pasai telah tiba di Pulau Besar. Rombongan ini di ketuai oleh Maulana Ishaq dan Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail beserta dengan 16 orang ulama dan keluarga mereka. Mereka bergabung dengan Datuk Adiputra yang menjadi tenaga pengajar di Pulau Besar. Di masa ini lah Sunan Giri, Sunan Kalijaga, Syeikh Subatris dan Syeikh Abdul Jalil (Siti Jenar) datang menuntut ilmu di Pulau ini. Pada waktu yang lain dating pula Puteri Mas Nyawa dan suami nya Pati Unus atau Raden Abdul Qodir Al-Idrus. Di samping itu turut belajar ialah Sultan Mahmud Syah sendiri.
Pada tahun 1510M Datuk Adiputra telah wafat, Ketua Ulama diambil alih oleh Maulana Ishaq. Apabila Maulana Ishaq pula wafat pada tahun 1512M, jawatan Ketua Ulama diambilalih oleh menantu nya Syeikh Sultan Ariffin Saiyid Ismail sehinggalah Pulau Besar dihancur dan dimusnahkan oleh Portugis pada tahun 1521M. Selepas itu Pulau Besar hanya lah sebagai tempat berkumpul nya nyamuk dan agas, tiada lagi tempat belajar agama secara pesantren. Mungkin ada yang belajar secara tidak formal atau bersembunyi dan berahsia, kerana masih ada saki baki keturunan dari Syeikh Ismail di Pulau bersejarah ini tetapi nama dan identiti mereka telah bertukar menjadi orang kampung biasa.
Di Pulau Besar memang terdapat makam para ulama seperti Maulana Ishaq, Sayyid Thanudin, Sayyid Ismail dan makam para shuhada seperti Raden Abdul Qodir/Pati Unus, Raden Abu Bakar, Raden Abu Syahid dan Syarifah Siti Zubaidah. Sebenar nya banyak lagi makam para shuhada yang tidak ketahui nama nya kerana mereka di kebumikan dalam makam yang satu di panggil ‘Makam Seribu’.
Bila hari kebesaran Islam seperti Maulud Nabi atau Awal Muharram pengunjungnya mencapai 7000 orang, sampai kan untuk mandi pun kena tunggu tengah malam, kerana perigi nya kekeringan air, Hanya ada 7 buah yang masih boleh di gunakan.
Dang Wangi / Baru / Inangsih adalah isteri Hang Jebat. Bapa nya ialah Maulana Sayyid Thanaudin. Pulau Besar dibuka dan di majukan oleh Datuk Adi Putra (Maulana Sayyid Thanaudin) dan kelurga nya. Dang Wangi mengkebumikan Jenazah Hang Jebat di hujung Pulau. Dang Wangi memang berkeluarga dengan Maulana Ishaq dan semua penduduk di Pulau itu. Dang Wangi adalah pangkat nenek saudara bagi Maulana Ishaq bin Sayyid Ibrahim Asmoro bin Sayyid Husin Jamadil Kubra. Dang Wangi binti Sayyid Thanaudin bin Amir Sayyid Syah Jalaludin. Sayyid Thanaudin dan Sayyid Husin adalah adik beradik. Di Pulau ini berkumpul nya keturunan Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra. Isteri Maulana Ishaq iaitu Syarifah Siti Fatimah binti Sayyid Ali Nurul Alam,juga cucu kepada Sayyid Thanaudin.
Selepas Sultan Mansor Shah balik ke kota Melaka, baginda insaf atas kekhilafan nya membunoh Hang Jebat dan atas nasihat Tun Perak, baginda tahu ada udang di balik batu, kenapa kah Hang Tuah dan Hang Jebat mesti dimusnahkan. Setelah itu baginda mengarahkan supaya mayat Hang Jebat di kebumikan di Kampung Kuli. Tapi sebenarnya seorang pun tidak tahu dimana kah mayat Hang Jebat di kebumikan, sangat di rahsiakan . Makam yang di Kampong Kuli adalah makam Peringatan. Peristiwa sebenar banyak di selewengkan oleh pembesar-pembesar yang benci kepada Hang Tuah dan Hang Jebat. Bertambah pula yang mendominan perintahan Kesultanan Melaka ketika itu ialah orang Tamil Muslim. Mereka yang membunuh Sultan Abu Syahid, menyuruh bunuh Hang Tuah, meracun Sultan Alaudin dan mendidik Sultan Mahmud menjadi ‘kaki perempuan’. Dan mereka juga yang menjadi pembelot bila Melaka di serang Portugis.
MAKAM HANG KASTURI
Di Jalan Gelenggang dikatakan Makam Hang Kasturi. Jika baca Sejarah Cina, yang menderhaka adalah Hang Kasturi dan Sejarah Melayu mengatakan yang derhaka ialah Hang Jebat. Dalam Sejarah Melayu di tulis begini:
Ada juga pendangan mengatakan Hang Kasturi dan Hang Jebat adalah orang yang sama. Orang Melayu dahulu kala bila mengagumi seseorang dan memuliakan kebaikan seseorang maka digelarnya dengan nama-nama yang baik, dan harumnya nama kasturi ketika itu atas jasanya kepada raja dan rakyat Melaka seharum bauan kasturi, maka digelarlah orang dengan panggilan Hang kasturi. bagaimanapun apabila dia membuat onar di dalam istana hingga busuk namanya sebusuk jebat akibat menderhaka pada raja dan istana, maka digelar orang dengan panggilan Hang jebat. Wallahua'lam
LAKSAMANA HANG NADIM (1436-1556 MASEHI)
Nama asal beliau ialah Hang Nadim, dilahir kan pada tahun 1536M di Pulau Besar. Bapa nya ialah Hang Jebat, seorang Panglima Sultan Mansor Syah. Hang Jebat ialah Datok Bentara Kanan. Ibu beliau Dang Wangi atau Dang Baru atau Dang Inangsih binti Sayyid Thanaudin. Setelah bapa nya dibunuh, ibu nya melarikan diri ke tempat datuk nya iaitu di Pulau Besar. Penduduk Pulau itu banyak yang berketurunan Sayyid Thanaudin dan Maulana Ishaq. Setelah Sayyid Thanauddin membuka Pulau ini pada tahun 1420M, Pulau Besar amat terkenal menjadi Pusat Kesufian Islam. Banyak Ulama dari Pasai, Kelantan(Cermin) dan dari Jeddah datang bertandang untuk belajar dan mendalami ilmu. Pada tahun 1495M rombongan Ulama Pasai yang di ketuai Maulana Ishaq atau Maulana Yusof dan Sayyid Ismail datang ke pulau itu. Rombongan ini berjumlah 46 orang, iaitu terdiri 6 orang perempuan dan 40 orang lelaki, kebanyakan nya adalah Ulama.
Setelah lahir Hang Nadim, beliau di serah kan kepada Hang Tuah untuk dididik. Anak yatim ini dididik oleh Hang Tuah seperti anak nya sendiri. Hang Tuah juga ketika itu ada anak lelaki iaitu Tun Biajid dan Tun Guna serta seoranga anak perempuan. Ketiga mereka ini dididik dengan ilmu ugama dan ilmu persilatan. Pondok Pesantren waktu itu di Upih dan Pulau Besar. Mereka dihantar ke Pulau Besar. Waktu itu Sayyid Thanaudin masih hidup lagi. Sayyid Thanauddin wafat pada tahun 1510M dan makam nya ada di Pulau Besar. Setelah dewasa Hang Nadim di kawinkan dengan Tun Mas Jiwa binti Hang Tuah. Laksamana Hang Tuah masih menjadi Laksamana Melaka ketika itu. Setelah Laksamana Hang Tuah “Hilang”, jawatan Laksamana di serahkan kepada Laksamana Khoja Hasan. Khoja Hasan sebelum itu berjawatan Temenggung. Setelah Khoja Hasan menjadi Laksamana, jawatan Temenggung di berikan kepada Temenggung Tun Hasan bin Tun Mutahir.
Pada tahun 1510M satu peristiwa dahsyat telah berlaku atas kianat orang Tamil Muslim terjadi lah Pembunuhan 4 orang Pembesar Melaka iaitu;
Selepas peristiwa ini Laksamana Khoja Hasan pula dipersalahkan kerana tidak siasat hal yang sebenar. Khoja Hasan dipecat dan dihalau dari Melaka. Laksamana Khoja Hasan kembali ke Pasai dan mendalami ilmu ugama. Beliau ialah anak Ulama yang mentafsir kan kitab Daru’ il Mazlum iaitu Maulana Sayyid Ibrahim Patakan Ismail bin Maulana Sayyid Barkat Nurul Alam bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra. Maulana Sayyid Patakan Ibrahim Ismail ialah bapa kepada Maulana Malik Ibrahim. Maulana Malik Ibrahim ialah Ketua Wali Songo juga dikenali juga dengan Sunan Maghrib. Nama sebenar Laksamana Khoja Hasan ialah Maulana Sayyid Fadillah. Dikatakan beliau lah yang menewaskan Portugis dan membuka Pelabuhan Sunda Kelapa menjadi Jayakarta Atau Jakarta.
Setelah jawatan Laksamana kosong, jawatan ini di berikan kepada Hang Nadim. Dimasa Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511M, beliau lah Laksamana Angkatan Laut Melaka. Pada masa itu Melaka mempunyai 100,000 orang tentera dan ada 3000 pucuk meriam. Kekalahan tentera Melaka ini bukan disebabkan Kekuatan Tentera Portugis, tetapi kerana ada pembelot dari kalangan orang Cina,Tamil Muslim dan Jawa. Orang orang ini menjadi pedagang di Melaka dan konon nya Tidak Puas Hati Ke Atas Cukai Yang Di Kenakan. Pada permulaan Perang, Portugis hampir kalah, tetapi Ketua Orang Jawa iaitu Utimur Raja menjadi pembelot dengan memberitahu kelemahan dan Peta Kota Melaka. Kota Melaka bukan A Fomosa. Kota Melaka di dirikan oleh Tun Perak, dari kawasan Kota A Fomosa terus ke Limbungan sehingga ke Durian Daun dan ke Semabok, terus ke Bukit Senjuang dan terus ke Banda Hilir. Kota Melaka yang asal menutup satu bandar Melaka. Di Dataran Pahlawan, dulu nya laut, masih ada lagi sisa-sisa Kota Melaka. Mesti diingat A Fomosa ialah Kota Portugis bukan Kota Melaka.
Setelah Melaka kalah, Sultan Dan pembesar Melayu lari ke Pagoh. Masih ada lagi tinggalan mereka di Pagoh, Segamat. Dari Pagoh mereka menyerang Portugis kembali. Tentera Portugis menghancurkan Pagoh dan Sultan Mahmud lari kearah Kota Seluyut dalam Daerah Kota Tinggi. Serangan tetap di buat ke Melaka di ketuai Tun Biajid dan Laksamana Hang Nadim. Tun Biajid lari ke Pasai kemudian ke Pattani dan kemudian ke Pahang. Akhirnya Tun Biajid, menetap di satu tempat di Pahang. Laksamana Hang Nadim pula mengikut Sultan Ke Johor. Tun Guna bin Hang Tuah meninggal dunia semasa serangan Portugis di Kota Bentayan, Pagoh. Laksamana Hang Nadim banyak berkhidmat dengan ramai Sultan Melaka dan Johor, seperti Sultan Mahmud 1, Sultan Ahmad Syah, Sultan Alauddin Riayat Syah 2 (Sultan Johor 1), Sultan Alaudin Riayat Syah 3. Beliau juga yang membina Kota Bentan dan juga Makam Tauhid di Kota Tinggi. Selepas mendirikan Makam Tauhid beliau “Hilang” dan tidak diketahui riwayatnya.
Ketika itu Sultan Johor ialah Sultan Abdul Jalil Ali Munghayat Syah, Bendahara nya ialah Tun Seri Lanang.
Dikatakan juga Makam Laksamana Hang Nadim berada di Pulau Besar di samping makam bonda dan ayahanda nya. Dulu, kawasan di seliling Keramat Tempayan Pecah memang ada makam lama. Tetapi sayang sekali, makam tersebut telah diratakan untuk dibina padang golf.
Sumber: https://www.facebook.com/110814107244125/posts/sejarah-pulau-besar-melaka-mungkin-ada-pihak-boleh-sahkanmungkin-juga-boleh-dija/110838900574979/
22 Jun 2023, satu lawatan tinjauan ke Pulau besar di bawah program ISO 1900: 2014 iaitu program " Eksplorasi Kembara Syariah Pulau Besar Melaka Tahun 2023" membawa impak besar kepada para peserta khususnya dalam menghayati sejarah dan keindahan tersembunyi Pulau tersebut.
Antara objektif lawatan ke pulau tersebut ialah :

Pulau Besar mempunyai keluasan kira-kira 168 hektar, merupakan pulau yang terbesar sekali di negeri Melaka. Terletak kira-kira 15 km dari Bandar Melaka serta dihubungkan melalui pengangkutan air. Terdapat kemudahan feri disediakan diantara Tanah Besar iaitu di Jeti Anjung Batu, Umbai dan juga kemudahan bot yang boleh disewa di Jeti Umbai, Melaka.
Pulau ini juga dipercayai mempunyai pelbagai cerita misteri serta lagenda.
Di pulau ini juga bersemadi beberapa Wali Allah semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi antaranya ialah Makam As-Saiyid Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail r.a, Makam Syeikh Yusuf As-Sidiq, iaitu guru kepada Sultan al Ariffin, Makam Saiyid Ibrahim r.a, Makam Siti Sarah (juga dikenali sebagai Makam Syarifah Rodziah) iaitu anak kepada Syeikh Yusuf dan ipar kepada Syeikh al-Ariffin serta Makam Tujuh Beradik. Terdapat juga beberapa makam yang lain antaranya Makam Nenek Kebayan, Makam Tok Janggut, Makam Seribu dan Makam Nisan Satu.
Di pulau ini juga terdapat kawasan-kawasan misteri yang masih belum terjawab rahsia disebaliknya seperti Pokok Disula, Perigi Kaki Pulau, Istana dan Tasik Bunian, Batu Belah, Batu Tengkorak, Gua Yunus dan pelbagai tempat yang lain.
Kesucian Pulau ini harus dipertahankan olih setiap insan.Keikhlasan dan kesungguhan kita untuk menyediakan prasarana di pulau untuk mendidik generasi akan datang supaya mereka dapat mengamalkan dan menegakkan syiar Islam harus mendapat sokongan dari setiap umat Islam.
SEJARAH AWAL PULAU BESAR
Pada awal pembukaannya, Pulau Besar didiami oleh orang selat / orang laut sebelum kedatangan Parameswara sekitar tahun 1400. Semasa zaman pemerintahan Kesultanan Melaka, Pulau Besar telah berfungsi sebagai tempat persinggahan pedagang-pedagang untuk mendapatkan makanan, kayu api dan air bersih dan juga menunggu giliran untuk berlabuh di pelabuhan Melaka.
Pulau Besar juga dikenali dengan nama Pulau Air dan “Wu Shu” oleh pedagang China, menjadi tumpuan kapal-kapal pedagang ini sebelum wujudnya Melaka sebagai pusat pemerintahan. Kapal-kapal dagang berhenti di sini untuk mendapatkan bekalan air dan kayu api sebelum meneruskan pelayaran ke destinasi yang ditujui.
Menurut Ma Huan, seorang pembantu Laksamana Cheng Ho, pelaut-pelaut China akan melawat ‘Wu Shu’ dan berlabuh dan berehat serta mendapatkan bekalan. Masyarakat nelayan selat yang menetap di muara Sungai Melaka membawa ikan kering dan lain-lain barang dagangan untuk ditukar dengan keperluan mereka.
Pulau Besar juga menjadi pusat tumpuan di seluruh Kepulauan Melayu kerana didiami oleh ramai ulama’ yang berperanan mengembangkan Agama Islam suatu masa dahulu. Pulau Besar juga dicatatkan menjadi pusat melancarkan serangan bagi orang-orang Melayu yang berusaha merampas semula Melaka dari Portugis setelah kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka.
Menurut catatan dalam facebook Sejarah Pulau Besar Melaka dikisahkan begini:
Setelah Hang Jebat di tikam, di ceritakan 3 hari 3 malam beliau mengamuk dan membunoh pembodek Sultan. Sultan Mansor Shah lari ke Kelang iaitu rumah asal Tun Perak.Tun Perak adalah penghulu Kelang. Setelah Hang Jebat meninggal dunia, di kata kan mayat nya di bawa ke Pulau Besar terletak di pantai selatan Negeri Melaka. Terdapat 9 buah pulau dalam Gugusan Pulau Besar iaitu:
1.Pulau Besar, 2.Pulau Serimbun,3.Pulau Lalang,4.Pulau Burung, 5.Pulau Nangka, 6.Pulau Hanyut, 7.Pulau Dodol, 8.Pulau Hantu, dan 9.Pulau Undan.
Dalam
9 buah pulau hanya ada 2 buah pulau di diami olih manusia iaitu Pulau
Undan, rumah api dan Pulau Besar.
Pulau
Besar di buka kira kira tahun 1400M, hampir sama dengan pembukaan Melaka atau
mungkin lebih dahulu. Penduduk asal Pulau ini ialah Orang Jakun(laut),Jawa
dan Maluku bukan Bugis seperti diperkatakan.
Di Melaka, Pesantren (pondok) pertama di buka oleh Maulana Sayyid Abdul Aziz bin Sayyid Muhyidin Abdul Qodir Jailani di satu tempat bernama UPIH, sekarang ialah Tengkera. Masjid Tengkera adalah salah satu masjid tertua di Melaka. Pesantren atau pondok ini tidak formal. Pada tahun 1440M Sayyid Thanauddin (atau Adi Putra) sampai ke Melaka. Beliau memilih Pulau Besar untuk dijadikan tempat belajar ilmu kerohanian sufi. Di Pulau ini juga Daeng Mempawah bin Raja Bajung belajar dan berguru dengan Datuk Sayyid Thanauddin/ Adi Putra. Daeng Mempawah itu ialah Laksamana Hang Tuah. Jadi yang menjadikan Pulau Besar Pesantren atau pondok pertama di Nusantara ialah Saiyyid Thanaudin (atau Datuk Sayyid Thanauddin atau Adiputra atau Panglima Hitam).
Pada
tahun 1495M, satu rombongan Ulama dari Arab dan Pasai telah tiba di Pulau
Besar. Rombongan ini di ketuai oleh Maulana Ishaq dan Syeikh Sultan Ariffin
Sayyid Ismail beserta dengan 16 orang ulama dan keluarga mereka. Mereka
bergabung dengan Datuk Adiputra yang menjadi tenaga pengajar di Pulau Besar. Di
masa ini lah Sunan Giri, Sunan Kalijaga, Syeikh Subatris dan Syeikh Abdul
Jalil atau Siti Jenar datang menuntut ilmu di Pulau ini. Pada waktu yang lain, datang pula Puteri Mas Nyawa dan suami nya Pati Unus atau Raden Abdul Qodir Al-Idrus. Di
samping itu turut belajar ialah Sultan Melaka iaitu Sultan Mahmud Syah sendiri.
Pada
tahun 1510M Datuk Adiputra wafat, Ketua Ulama diambil alih oleh cucu saudaranya Maulana Ishaq. Dan bila Maulana Ishaq wafat pada tahun 1512M jawatan Ketua
Ulama diambilalih oleh menantu nya Syeikh Sultan Ariffin Saiyid Ismail sehinggalah dihancur dan dimusnahkan oleh Portugis pada tahun 1521M. Selepas itu Pulau Besar
hanya lah sebagai tempat berkumpul nya nyamuk dan agas, tiada lagi tempat
belajar agama secara pesantren. Mungkin ada yang belajar secara tidak formal
atau bersembunyi dan berahsia, kerana masih ada saki baki keturunan dari Syeikh
Ismail di Pulau bersejarah ini tetapi nama dan identiti mereka telah bertukar
menjadi orang kampung biasa.
Di
Pulau Besar memang terdapat makam para ulama seperti Maulana Ishaq, Sayyid
Thanudin, Sayyid Ismail dan makam para shuhada seperti Raden Abdul Qodir/Pati
Unus, Raden Abu Bakar, Raden Abu Syahid dan Syarifah Siti Zubaidah. Sebenar nya
banyak lagi makam para shuhada yang tidak ketahui nama nya kerana mereka di
kebumikan dalam makam yang satu di panggil ‘Makam Seribu’.
Bila
hari kebesaran Islam seperti Maulud Nabi atau Awal Muharram pengunjung nya
mencapai 7000 orang, sampai kan untuk mandi pun kena tunggu tengah malam, kerana
perigi nya kekeringan air, perigi ada 7 buah yang masih boleh di gunakan. Rujuk .
MAKAM AS-SAIYID SULTAN AL-ARIFIN SYEIKH ISMAIL (R.A)
Nama sebenar beliau ialah
Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail Ibn Saiyid Abdul Qadir ibn Saiyid Abdul Jabbar
(r.a). Beliau adalah keturunan yang ke 18 Rasullullah (S.A.W). Sultan
Al-Ariffin Syeikh Ismail r.a dilahirkan pada 17 Rabiulawal tahun 867H
bersamaan 1463M di Baghdad. Bapanya bernama As-Saiyid As-Syeikh Abdul Qadir
serta ibunya bernama Sayyidah Fatimah. Isterinya ialah Habsah atau
Syarifah Siti Maimunah iaitu anak kepada Maulana Ishaq atau Maulana
Mohamad Yusof Sidiq, Syarifah Siti Maimunah juga adalah adik kepada
Syarifah Rodziah. Perkahwinan diantara Sayyid Ismail dengan Syarifah Siti
Maimunah melahirkan beberapa orang anak, iaitu:
1.
Sayyid Ahmad Tajudin (atau Ahmad Salim atau Ahmad Qadir atau Panglima
Alang Daik Hitam atau Datuk Paduko Berhalo atau Tok Putih),
2.
anak kedua iaitu Al Syahid Syarifah Siti Zubaidah dan
3.
anak ketiga Syarifah Siti Zulaikha.
Moyang beliau ialah Sultan
Al-Awliya’ Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani, seorang Wali Allah yang sangat
termashyur di seluruh dunia.
Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail hidup pada tahun 1463-1520m dan
beliau dikatakan meninggal pada 17 Rabiulawal tahun 925H ketika
berusia 58 tahun serta dikebumikan di Pulau Besar. Makam ini juga menjadi
tumpuan utama pengunjung di Pulau Besar bagi menghargai jasa dan sumbangan
besar Allahyarham ketika mengembangkan agama Islam di seluruh Kepulauan Melayu
suatu ketika dahulu.
MAKAM AL-MURSYID SYEIKH YUSUF AS-SIDIQ
Syeikh Yusuf As-Sidiq merupakan seorang Syeikh Sufi yang tinggi ilmunya serta menghafal beribu-ribu hadis nabi Muhammad SAW. Tidak dapat dipastikan tahun kelahiran beliau namun beliau antara ulama yang turut serta di dalam rombongan Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail (r.a) menyebarkan agama Islam di Kepulauan Melayu pada tahun 1495.
Beliau merupakan guru kepada Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail (r.a). Diriwayatkan sepanjang hidupnya beliau berpuasa semenjak berumur 9 tahun sehinggalah beliau meninggal dunia pada usia 73 tahun.
MAKAM SAIYID IBRAHIM (R.A)
Nama sebenar ialah Saiyid Ibrahim Ibn Ibn Saiyid Abdul Qadir ibn Saiyid Abdul Jabbar (r.a). Merupakan abang kepada Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail (r.a). Isteri beliau bernama Siti Sarah (Syarifah Rodziah), puteri kepada Syeikh Yusuf As-Sidiq. Saiyid Ibrahim (r.a) sangat cintakan Islam serta menghabiskan seluruh hayatnya bagi mengembangkan ajaran Islam di seluruh Kepulauan Melayu bersama abangnya.
MAKAM SYARIFAH RODZIAH
Makam ini juga dikenali sebagai Makam Siti Sarah, isteri kepada Saiyid Ibrahim (r.a). Nama sebenar beliau ialah Siti Sarah ibn Syeikh Yusuf As-Sidiq. Merupakan seorang wanita yang sangat taat kepada agama Islam. Disebabkan kecintaan yang sangat mendalam kepada Islam, beliau turut bersama bapanya serta Sultanul Arifeen Assyaikhul Al Syed Ismail (r.a) didalam mengembangkan ajaran Islam di Kepulauan Melayu.
mengikut sumber dari http://sejarahpulaubesarmelaka.wordpress.com/2010/06/08/makam-syarifah-rodziah-pulau-besar/ Nama
asal Syarifah Siti Rodziah ialah Syarifah Siti Sarah ada juga pandangan
mengatakan nama beliau ialah Siti Sarah atau Syarifah Siti Sarah
atau Syarifah Habsah. Beliau di lahirkan di Samudera Pasai, pada tahun
1447 M.Bapa beliau ialah Maulana Sayyid Ishaq bin Maulana Sayyid Ibrahim
Asmoro/Asmaraqandi/Al Hadrami/Sunan Nggesek bin Maulana Sayyid Husin Jamadil
Kubra.Bonda beliau ialah Syarifah Siti Fatimah/Puteri Cempaka Biru binti Sayyid
Ali Nurul Alam/Ali Nurul Siam/Pateh Aria Gajah Mada/Sultan Qumbul bin
Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra.Ini bermakna Bapa dan Bonda nya
sepupu.Memang Keturunan Arab, mereka banyak berkahwin keluarga.
Beliau di besarkan di Pasai, di lingkungi olih banyak Ulama Pasai.
Bapa nya Syeikhul Islam Pasai.Beliau anak tertua, Maulana Sayyid Ishaq yang
beribukan Syarifah Siti Fatimah.Sebelum itu Maulana Sayyid Ishaq sudah berkawin
dengan Puteri Sekardadu dari Kerajaan Blambangan,Jawa Timor.
Syarifah Siti Rodziah berkahwin dengan Maulana Sayyid Ibrahim Al
Jailani. Maulana ini adalah Abang kepada Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail Al
Jailani. Dimana Syeikh Sultan al-Arifin adalah iparnya (mengahwini kakak atau 'Kawin
Serai Serumpun'). Syarifah Siti Rodziah berkawin pada tahun 1463 M, di
Samudera Pasai. Dari perkhawinan ini melahirkan 3 putera dan seorang Puteri
iaitu: 1. Maulana Syeikh Ahmad Salim/Panglima Alang Daek Hitam/Syeikh
Abdul Qadir Al Jailani, 2. Syeikh Ahmad Ibrahim, 3. Syeikh Ahmad
Hisyam dan 4. Syarifah Siti Halijah.
Ketika hidupnya juga beliau disifatkan sebagai seorang yang zuhud
serta tinggi ilmunya. Dikatakan Siti Sarah sering mengikuti majlis ilmu bersama
bapanya. Ada ketikanya ketika Syeikh Yusuf As-Sidiq terlupa sesuatu
permasalahan, Siti Sarah bersuara menegur serta memperingatkan perkara yang
terlupa oleh bapanya.
Dikatakan Beberapa percubaan untuk membina bangunan di makam ini
telah dilakukan namun kesudahannya musnah dipikul ribut. Dikatakan Siti Sarah
tidak mahu binaan di makamnya seperti mana ketika hayatnya dahulu yang tidak
berumah. Jika ada binaan yang dibina, maka ia akan runtuh tidak lama
selepas itu. Justeru itulah dikatakan makamnya dibiarkan berbumbungkan langit.
Ada juga dikisahkan bahawa pernah seorang pembesar negeri yang
mengorek makamnya kerana 'dikatakan' menyimpan harta karun. Maka pekerja-pekerja
ini pun mengorek makamnya dan yang ditemui hanya kain putih yang panjang.
Apabila ditarik kain putih itu ke atas, maka ia terus keluar tak
berhenti-henti, selagi ditarik, selagi itu ia keluar. Dengarnya,
pekerja-pekerja yang buat benda ni sama ada mati atau gila pada akhirnya.
Pembesar negeri itu juga dikatakan telah menerima balasannya di dunia ini.
Malah, negeri Melaka juga 'dikatakan menerima balanya' apabila Makam Syarifah
Rodziah dan makam2 lain dalam kompleks pemakaman Sultan Arifin 'diganggu' dan
'dirobohkan' oleh pihak sekian-sekian. Itu cerita orang-orang lama di sini.
JAIM mengambil langkah tegas dengan mengunci makam ini bagi
mengelakkan orang ramai datang memohon hajat, meletak wang dan sebagainya di
persekitaran makam.
makam makam lain yang turut berada di Pulau Besar ialah seperti Makam Nenek Kebayan, makam Tok Janggut, Tok Putih, makam seribu dan banyak lagi.
Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...