Sunday, April 27, 2014

Bengkel Pengurusan Dan Pengendalian Kes Syariah



BENGKEL PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN KES SYARIAH TELAH DIADAKAN MULAI 14 HINGGA 16 APRIL 2014 BERTEMPAT DI INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM)
Bengkel Pengurusan dan Pengendalian Kes Syariah telah diadakan mulai 14 hingga 16 April 2014 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor. Bengkel tiga hari tersebut dihadiri oleh 38 peserta yang terdiri daripada Pegawai Undang-Undang (L41/L44) dan Pegawai Syariah (LS41/LS44) daripada Jabatan Bantuan Guaman. Objektif bengkel ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan peserta dalam mengurus dan mengendalikan kes-kes Syariah khususnya berhubung dengan pengendalian kes hibah, wasiat dan wakaf.


Ihsan dari: http://www.jbg.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=737&lang=ms
Saya diminta membentangkan satu kertas bagi memnuhi keperluan bengkela ini iaitu harta Sepencarian, Hibah dan wasiat Berkaitan Tanah Felda Dan Felcra. Ceramah selama dua jam berlangsung pada jam 2.30-4.30 petang tersebut amat berat bagi peserta yang rata-rata menunjukkan mata yang semakin sempit dan hampir tertutup kerana mengantuk. Pun begitu sesi soal jawab berlangsung dengan meriah apabila soalan-soalan yang dikemukakan terpaksa dijawab hingka melangkau hampir jam 5.00 petang.

Monday, April 21, 2014

KURSUS LAGI: 2 HARI DI SEREMBAN UNTUK PENGURUSAN DOKUMEN (PRA PERBICARAAN)

Pada 17-18/4/2014, JKSNS Darul Khusus telah mengundang Penulis untuk slot 2 hari bagi Kursus Pengurusan Dokumen dengan memfokuskan prosiding pra perbicaraan dan penyediaan pliding. Kursus  2 hari yang dihadiri oleh semua Pembantu Syariah dan PS LS41 berlangsung di Dewan Mesyuarat JKSNS dengan jayanya. 

3 tajuk utama telah disampaikan iaitu Memulakan Prosiding Mal, Saman dan Permohonan dan Persediaan sebutan kes Di Mahkamah Syariah lebih kuran 6 jam diperuntukkan bagi ketiga-tiga tajuk tersebut.

Ceramah di JKSNS ini merupakan amat signifikan apabila Penulis kembali Ke Seremban bertemu teman-teman lama, tidak hanya melaksanakan tugas untuk menyampaikan ceramah dan sebagai fasilitator bagi latih amal, tetapi lebih kepada sireh pulang ke gagang.

Banyak yang hendak diperkatakan.
Tapi tidak terkata
hati cuba berkata-kata...
Tapi
biarlah gambar yang berkata...
















Terima kasih JKSNS
terima kasih Warga JKSNS!

ALOR SETAR: KURSUS PRA PERBICARAAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Bulan yang sibuk, itu lah yang boleh digambarkan. Bermula pertengahan Mac hinggalah hujung April 2014 diary calendar (duty planner) dipenuhi dengan jemputan ceramah dan fasilitator yang berterusan. Mungkin hikmah kerana tauliah kehakiman yang tak kunjung tiba, peluang bersantai kat ofis ditutup dengan tugasan memanjang sejak Mac hingga sekarang. 

Meskipun awalnya kehadiran ke MSWP KL sejak transfer order pada Mac 2013 membuatkan hati sedikit terkilan kerana isu tauliah MAIWP, tetapi bantuan rakan-rakan di BL JKSM membuka sedikit ruang bagi mengubat hati dengan jemputan ceramah yang tak kunjung henti. Tidak mengendalikan kes di dewan sendiri tidak beerti mematikan jatidiri. Bakti tidak seharusnya dilaksanakan hanya dengan satu segi. Berkongsi ilmu dan pengalaman juga sesuatu yang patut dihargai!. 

Pengalaman baru ditempa bila menyahut jemputan dari Puan Norlida JKSN Kedah Darul Aman pada 1-3 April lalu. meskipun pada asalnya cuba mengelak dari memenuhi jemputan itu kerana lokasi yang agak jauh dan memenatkan, tetapi memikirkan sesuatu harus dilakukan bagi membuktikan penempatan di MSWP KL bukanlah setakat mengisi kuota yang diberi, digagahi juga untuk bermusafir ke Alor Setar bagi berkongsi pengalaman dengan adik-adik LS di sana. Alhamdulillah penampilan  3 hari disana diterima dengan maklum balas yang menyenangkan hati. 

Kursus 3 hari dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 ptg setiap hari itu dipenuhi dengan percambahan fikiran sesama peserta agak menyeronokkan walau agak memenatkan.  Hari pertama dimulai dengan Mengenali UU Tatacara Mal MS, memulakan Prosiding Mal, pengenalan kepada Saman dan Permohonan, Menyempurnakan pliding dan sepina dan akhir sekali sebutan di Mahkamah Syariah mengakhiri slot ceramah 2 hari. Tuan Faiz Afsal Pegawai Penyelidik HMTS2 MSWP KL turut berkongsi pengalaman dengan tajuk penyediaan pliding dan proses pra sebutan dari Perspektif peguam Syarie juga menambahkan ilmu untuk dikongsi.

hari terakhir disudahi dengan latih amal dan perbincangan sebelum disudahi dengan Majlis Penutup Oleh YAA Dato Syeikh Yahya KHS.



terima kasih JKSN Kedah Darul Aman yang memberikan pengalaman baru dan mempercayai kami! Semoga sedikit sebanyak ilmu yang diberi dapat dikongsi!

Friday, April 18, 2014

REGENCY HOTEL KL: KURSUS KHAS HAKIM SYARIE ZON UTARA DAN TIMUR: PENGENDALIAN FARAID PADA 25-27 MAC 2014

Kursus Khas Hakim Zon Utara dan Timur : Pengendalian Kes Faraid pada 25- 27 Mac 2014 (Regency Hotel, Kuala Lumpur)

SEkali lagi untuk pusingan ke 2 BL JKSM menganjurkan Kursus Khas Hakim Syarie kali ini memfokuskan peserta dari  Zon Utara dan Timur seperti Kelantan, terengganu, Pahang, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Kursus yang menitik beratkan Pengendalian Kes Faraid ini berlangsung selama 3 hari iaitu pada 25-27 Mac 2014 bertempat di Hotel Regency Kuala Lumpur.

Peserta Kursus bergambar bersama penyelaras
 Cik Aisyah kamaruddin dan Penceramah Tn Haji Wan Halim

Seperti mana siri 1 pada Februari lalu, kursus ini  juga mensasarkan perkara yang sama iaitu kemahiran penyiasatan dalam mengenal pasti ahli waris yang layak menerima pesaka serta kecekapan pengiraan faraid dan ,memastikan pengendalian kes mahkamah yang teratur dan menepati prosiding yang ditetapkan.

selain dari peserta kursus, penceramah dan fasi adalah orang sama.

Kebetulan kursus diadakan sewaktu cuti persekolahan, anak-anak juga mengambil peluang untuk turut bersama menemani penulis selama 2 hari di Kuala Lumpur. Peluang yang jarang-jarang sekali diperolehi itu telah diambil sebaiknya oleh mereka untuk nerobda kawasan sekitar.

Berehat menghilangkan penat selepas bershoping di SOGO.



Sogo KL





Tidak melepaskan peluang menikmati 
Kebab Arab di Jalan Chowkit (Tunku Abdul Rahman)

POJ PUTRAJAYA: KURSUS KHAS HAKIM SYARIE ZON TENGAH-FARAID

Kursus Khas Hakim Zon Tengah dan Selatan: Pengendalian Kes Faraid
25 - 27 Februari 2014 (POJ)

bertempat di POJ Putrajaya (Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya), sekali lagi Bahagian Latihan JKSM dengan jayanya melaksanakan kursus bersiri untuk pusingan pertama. Kali ini Bahagian Latihan JKSM merancang kursus pengendalian kes-kes faraid. 

Kursus yang memfokuskan penyertaan Hakim-Hakim Syarie dari zom Tengah dan Selatan terdiri dari Hakim-hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan lebih kurang 15-20 orang ini dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai matlamat yang dirancang, iaitu mengurangkan kesilapan dalam penyiasatan ahli waris dan melatih kecekapan pengiraan sistem faraid.

Peserta bergambar kenangan dengan Fasi di lobi 
Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya (POJ)

Penulis sekali lagi dijemput sebagai Fasilitator untuk kursus 3 hari ini. Antara prospek yang perlu difokuskan ialah memastikan  pengendalian kes faraid dibuat secara teratur, penentuan atau pemilihan saksi dan pengendalian prosiding yang kemas. Manakala fasi bersama untuk kursus ini ialah Tuan Haji Halim, seorang peguam Syarie, pengurus konsultan faraid dan pesara pejabat Pesaka Kecil yang mahir dengan hal ehwal pesaka. Peserta Kursus seharusnya merasa bertuah dan wajar mengambil kesempatan dengan kehadiran beliau untuk menambah ilmu faraid melalui pengalaman luas beliau. 

Sungguhpun Peserta kursus kurang menggemari lokasi yang dipilih oleh BL JKSM, dan penempatan peserta tidak disediakan kerana kekangan kewangan serta masa, namun pengisan kursus wajar dipuji kerana peluang yang ada adalah jarang diperolehi.

Penulis juga tidak melepaskan peluang memiliki buku 
Mengurus Harta Pusaka hasil tulisan  Tn Haji Wan Halim

Friday, April 11, 2014

KALI INI DI AYER KROH MELAKA : KURSUS LITIGASI MAL 2: SEBUTAN PERBICARAAN DAN PERINTAH

Sekali lagi Bahagian Latihan JKSM menganjur Kursus di luar Lembah Klang. Kali ini bertempat di KINGS Hotel, Ayer Kroh, Bandaraya Bersejarah  Melaka. Kursus yang dihadiri oleh Pegawai Syariah lantikan baru (LS41) ini merupakan kesinambungan dari kursus pertama  pada Februari lalu yang diadakan di Hotel Sri Malaysia Bagan Lalang. Kali ini Kursus berlangsung selama 3 hari dari 7-9 April 2014 dengan sesi 2 hari dipenuhi dengan ceramah 1 hari sesi diisi dengan latih amal peserta.

Sekali lagi saya diberi mandat untuk mengendalikan sebahagian besar kursus ini. Sebanyak 12 jam diperuntukkan untuk ceramah dan fasi bagi latih amal. Memang memenatkan tetapi amat mengujakan dan menyeronokkan, Apatah lagi maklumbalas positif dari adik-adik yang  memberi respon menakjubkan sepanjung kursus berlangsung.





Tuan Abu Bakar Daud Penyelidik Hakim Mahkamah Rayuan turut berkongsi pengalaman dengan tajuk kertas kerja "Penyediaan Alasan Penghakiman"










Sebanyak 3 kertas kerja telah dibentangkan sepanjang kursus iaitu "Perbicaraan", "Perintah" dan "Penyediaan Alasan Penghakiman" telah disampaikan. Hari terakhir slot diisi dengan latih amal. Peserta menunjukkan peningkatan yang mendadak berbanding kursus pertama iaitu Litigasi Mal 1 di Bagan Lalang lalu. Ada kemungkinan peserta sudah mulai serasi sesama sendiri atau mula menunjukkan kefahaman dengan pengisian yang diberi.

 Sesi perbincangan latih amal

peserta bergambar bersama Penyelaras Kursus Cik Aisyah Kamaruddin

Sungguhpun sepanjang 3 hari di Kings Hotel tersebut saya diserang demam yang agak teruk, tetapi semangat untuk berkongsi pengalaman dengan adik-adik tidak merencatkan perjalanan kursus. Alhamdulillah kursus berakhir dengan jaya dan peserta tampak agak ceria serta menunjukkan minat yang ketara dengan subjek yang diajar. 
ronda bandaraya Melaka
Tambah ceria apabila malamnya peserta dibenarkan meronda kota Melaka menaiki cruise menyusuri sungai Melaka. Malang sekali saya tak dapat menyertai mereka kerana terpaksa berkurung dibilik melayan demam yang tak kebah-kebah. Demam bertambah parah apabila TV9 siarkan AFC game antara TRW vs Yangoon United yang berkesudahan TRW kalah 2-3..hehehe..

BENGKEL PENYEDIAAN GARIS PANDUAN HUKUMAN ALTERNATIF DI CHERATING LEGEND RESORT KUANTAN

23 Februari 2014 (Ahad) – Bahagian Pendakwaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)dengan kerjasama unit Latihan Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia JAWI telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Garis Panduan Modul Pelaksanaan Hukuman Alternatif bertempat di Legend Hotel, Cherating, Pahang Darul Makmur.

 Peserta Bengkel bergambar dengan Pengarah JAWI

 Sesi bengkel


Bengkel selama tiga hari ini disertai oleh seramai 27 orang peserta terdiri daripada pelbagai bahagian seperti Bahagian Pendakwaan JAWI, Bahagian Penguatkuasaan JAWI, Bahagian Kariah JAWI, Unit Perhubungan Awam JAWI, JAWI Cawangan Putrajaya dan Labuan. Selain itu bengkel ini juga melibatkan agensi-agensi luar seperti wakil daripada Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Peguam Negara, dan Jabatan Agama Islam Negeri Pahang.

Objektif Bengkel ini bertujuan mewujudkan suatu garis panduan atau modul berkaitan tatacara Pelaksanaan Hukuman Alternatif, menyelaraskan pelaksanaan hukuman antara agensi-agensi yang terlibat agar selari dengan peruntukan undang-undang, dan mendapatkan persetujuan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebagai badan yang bertanggungjawab kepada pelaksanaan undang-undang syariah di Wilayah Persekutuan.
 
Bengkel ini telah mencapai beberapa resolusi antaranya ialah mencadangkan penubuhan Jawatankuasa pelaksanaan Hukuman Alternatif yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang bertanggungjawab melantik dan memberi kuasa kepada agensi pelaksana hukuman alternatif.

Foto dan teks oleh:
Bahagian Pendakwaan, JAWI

Terima kasih Tuan Ibrahim KPS JAWI kerana menjemput saya membentang kertas kerja  untuk bengkel ini. Kertas bertajuk 'Pelaksanaan Hukuman Alternatif Mengikut Perspektif Mahkamah Syariah" . Satu idea baru yang boleh diketengahkan dan diharap  mampu mengorak langkah ke arah yang  lebih jauh...InsyaAllah.

KE BAGAN LALANG : KURSUS LITIGASI MAL 1: PRA BICARA

PADA 19-21 Februari 2014 bertempat di Hotel Sri Malaysia Bagan Lalang, Pegawai-pegawai muda lantikan baru JKSM telah dihidangkan dengan kursus Litigasi Mal Siri 1: Prosiding Pra Perbicaraan. Kursus selama 3 hari tersebut disertai oleh lebih kurang 30 peserta terdiri dari pegawai lantikan baru dari seluruh negara. 
Alhamdulillah sekali lagi saya diberi tanggung jawab untuk mengendalikan sebahagian besar kursus ini sebagai fasilatator dan penceramah. Peluang yang diberi cuba untuk tidak disia-siakan dan sedaya upaya mengerah keringat dan minda untuk memberikan kefahaman yang terbaik untuk adik-adik.


Saat pertama kali menerima tawaran untuk ke sana agak cuak juga maklumlah telah lama tidak menjejakkan kaki di Bagan Lalang. Seingat saya kali terakhir ke sana  beberapa tahun lalu  itupun sewaktu awal perkhidmatan  dengan kerajaan (90an?).. Nasib baik ada google map boleh dijadikan panduan

 
Sri Malaysia Bagan Lalang. Not Bad

Bermula hari kedua slot tengahari, sampai ke petang termasuk malamnya, Seterusnya esok pagi dan tamat waktu tengahari agak meletihkan juga minda. Apatah lagi adik-adik peserta kursus banyak persoalan yang dikemukakan. Alhamdulillah sepanjang beberapa jam berlangsung kursus tersebut, tidak banyak masalah yang di hadapi  walau pun peserta kelihatan agak blur atau sedikit asing dengan penerangan yang diberi. Mungkin isi yang disampaikan agak baru pada mereka atau mungkin liga mereka kurang selesa dengan ceramah yang disampaikan.




Bergambar bersama Pengarah Bahagian Latihan dan peserta kursus 

Khabarnya kursus Litigasi Mal  2 akan berlangsung pada April depan....



Sunday, February 16, 2014

Gadis 17 tahun derma RM44 juta


Riyadh: Seorang gadis berusia 17 tahun mendermakan SR50 juta (RM44 juta) kepada kegiatan kebajikan di Arab Saudi.
Gadis yang tidak dinamakan itu memberitahu akhbar tempatan, jumlah itu suku daripada kekayaan yang diwarisi daripada bapanya.

Menurut laporan, gadis berkenaan pergi ke mahkamah di Riyadh dan mendermakan wang itu kepada kumpulan kebajikan yang terbabit dalam pembinaan masjid, membantu membebaskan tahanan yang terlibat dengan hutan, pembinaan sekolah, hospital dan aktiiviti lain.
“Saya digalakkan oleh ibu dan abang saya untuk menderma. Saya mengambil keputusan untuk berbuat demikian kerana takutkan Allah dan kerana sayangkan bapa saya,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/1

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gadis17tahundermaRM44juta/Article

Thursday, February 6, 2014

12 TAHUN BERLALU...MEREKA TAK TAHU APA-APA PUN...

Semoga diambil iktibar....



YA ALLAH, hindarkanlah kami daripada kenaikan harga barang-barang yang 
terlalu mahal dan juga (jauhilah kami) daripada wabak penyakit dan taun dan segala
 kekejian dan kemungkaran, kezaliman peperangan yang pelbagai cara, dan juga segala cubaan, dugaan ataupun kekeliruan sama ada yang terang ataupun secara tersembunyi. Ya Allah, Selamatkanlah kami daripada segala bala bencana di dunia 
dan azab di akhirat, dan juga kejahatan di dunia dan kejahatan di akhirat, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu, dan Maha Penerima 
segala permintaan.












No komen...
Alfatihah buat kakak...

IMBAS KEMBALI, 12 TAHUN BERLALU...


ARKIB : 07/01/2002
Two sisters kidnapped by maid found; Search for maid continues

KUALA LUMPUR Jan 6 - Police today found the two sisters who were reported kidnapped by their housemaid in Negeri Sembilan three days ago.
Zawin Najah Nazira Mohd Nadzri, 6, and her younger sister Einan Nabella, 4, were found in a room at Hotel Pudu, here by a hotel staff, Fazilah Jawi, 44, when she was about to clean the room.
Head of Serious Crime Kuala Lumpur, Supt Johari Yahya said the report on the disappearance of the two sisters which was published on the front page of a local daily today enabled members of the public to identify them and lodged a report with the police.
"The two siblings had been left in the hotel room after the housemaid who had kidnapped them checked out at about 9 am," he told reporters at the hotel.
Police are looking for the housemaid, Normaiza Jamari, 22, in several places including her kampung at Kampung Menjual, Wakaf Baru, Kelantan and investigating the motive for the kidnapping.
Normaiza had checked in at the hotel at 3 pm yesterday.
Zawin told Bernama that initially Normaiza invited her and her sister out on the pretext of buying dresses for them.





                                 EINAN Nabella, 4, (L) and her sister Zawin Najah Nazira, 6, in the safe hands of Zazilah Jawi, 
                                 the Hotel Pudu staff who found them in a room at the hotel, Jan 6. - Bernamapix.

According to Zawin, when asked why they did not return home, Normaiza said she wanted to take them to Kuala Lumpur.
They then took the train to Kuala Lumpur and stayed at the hotel.
"This morning, when we were all awake, I saw her going to the bathroom and getting dressed up, then she left us without saying where she was going," she said.
"My sister and I sat in the room waiting for her to return, but she did not come back, and we were getting hungry," she said hugging her sister tightly.
Their parents, Mohd Nadzri Abdul Rahman, 33, a Syariah Lower Court judge in Port Dickson, and Ruselda Awang, 32, a teacher, who arrived at the hotel from Seremban at 1 pm today, immediately hugged the children with tears of joy flowing down their eyes.
"I have been waiting for this moment for three days. When I received a call from the police at about 11 am today, I immediately rushed here with my wife," said Nadzri.
Ruselda said her family had never had any problem with Normaiza all this while.
"I find that she had been good all this while, I did not expect this to happen," she said.
Normaiza had previously worked at a restaurant owned by Rusleda's family in Kelantan before being employed as a housemaid by the couple.
Meanwhile, in SEREMBAN, police are continuing the search for a housemaid, Normaiza Jamari, who kidnapped two daughters of her employers at Taman Panchor Jaya, here on Friday.
Seremban OCPD ACP Abdul Khalid Abu Hassan said the search was being carried out in several places including her hometown in Kampung Menjual, Wakaf Baru, Kelantan.
"Investigation is still going on although police today found the two sisters, Zawin Najah Nazira Mohd Nadzri, 6, and Einan Nabella, 4, who were reported kidnapped by the housemaid.
"We want to know the motive for abducting the two sisters. So far, she is yet to be found. The case is not over until Normaiza has been found," he told Bernama when contacted, here today.
Abdul Khalid appealed to those who knew where Normaiza was staying to contact the Seremban district police headquarters at telephone numbers 06-7635522 or 06-7614444 or the nearest police station.
He praised the cooperation of the public in contacting the police quickly to enable the two sisters to be found.
The report on the disappearance of the two siblings was published on the front page of a local daily today.
Meanwhile, the parents of the two sisters, Mohd Nadzri Abdul Rahman, 33, a Syariah Lower Court judge in Port Dickson, and Ruselda Awang, 32, a teacher, thanked the newspaper and police for the success in finding their daughters back.
Mohd Nadzri and Ruselda were met when taking their two daughters for a medical examination at the Hospital Seremban emergency department, here this afternoon.
The two sisters were allowed to go home after they were found to suffer no injury.

The couple, who were very happy following the reunion with their two daughters, said they would hold a thanksgiving kenduri tonight.

KUALA LUMPUR, Police Sunday found the two sisters who were reported kidnapped by their housemaid in Negeri Sembilan three days ago. Zawin Najah Nazira Mohd Nadzri, 6, and her younger sister Einan Nabella, 4, were found in a room at Hotel Pudu, here by a hotel staff, Fazilah Jawi, 44, when she was about to clean the room. Head of Serious Crime Kuala Lumpur, Supt Johari Yahya said the ... (more) NST6/1/2002

SEREMBAN, Sat. — Parents Mohd Nadzri Abdul Rahman, 33, and Rusleda Awang, 32, were shocked when they found their daughters Zawin Najah Nazira Mohd Nadzri, six, and Einan Nabella Nazri Mohd Nadzri, four, missing yesterday and they believed that they had been kidnapped by their maid. Normaiza Jamari, 23, from Kampung Menjual Wakaf Baharu,Kelantan, disappeared with the two ... (more)


New Straits Times
01-07-2002
Children reunited with parents after ordeal
Edition: Main/Lifestyle; 2*
Section: National

KUALA LUMPUR, Sun. - It was a happy ending amid tears for two little girls who were reunited with their parents, two days after they were taken away by their maid. 

Zawin Najah Nazira Mohd Nadzri, six, and Einan Nabella Nadzri, four, were left behind by the maid at a room in Hotel Puduraya today, and were found about 9am by hotel staff who recognised them from a Berita Minggu front page report. 
They were in good condition but did not have their gold chains and bracelets. 

Their parents arrived at the hotel from their home in Seremban about 1pm after being contacted by police. …



New Straits Times
01-06-2002
Parents worried about missing children and maid
Edition: New Sunday Times; 2*
Section: National

SEREMBAN, Sat. - Parents Mohd Nadzri Abdul Rahman, 33, and Rusleda Awang, 32, were shocked when they found their daughters Zawin Najah Nazira Mohd Nadzri, six, and Einan Nabella Nazri Mohd Nadzri, four, missing yesterday and they believed that they had been kidnapped by their maid.
 

Normaiza Jamari, 23, from Kampung Menjual Wakaf Baharu, Kelantan, disappeared with the two girls yesterday morning from their Taman Panchor Jaya home.
 
District police chief Assistant Comissioner Abdul Khalid Abu Hassan confirmed the incident, saying the case was being investigated under Section 361 of the Penal Code for kidnapping from lawful guardianship. 

ARKIB : 07/01/2002
Dua beradik dilari ditemui di bilik hotel

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Dua beradik anak kepada Hakim Mahkamah Rendah Syariah Port Dickson, Mohd. Nadzri Abdul Rahman, 33, yang dilarikan oleh pembantu rumah mereka tiga hari lalu, ditemui ditinggalkan di sebuah bilik di Hotel Puduraya di sini pagi ini.
Zawin Najah Nazira Mohd. Nadzri, 6, dan adiknya Einan Nabella, 4, ditemui oleh seorang pekerja hotel berkenaan yang ditugaskan untuk mengemas bilik tersebut setelah penyewanya iaitu pembantu rumah terbabit, Normaiza Jamari, 33, telah mendaftar keluar pada pukul 8 pagi.
Ketika ditemui oleh pekerja hotel berkenaan pada kira-kira pukul 9 pagi kedua-dua beradik itu hanya tinggal berdua dan sedang menangis kerana kelaparan.
Pembantu rumah terbabit juga dipercayai mengambil barang-barang kemas kepunyaan kedua-dua kanak-kanak itu sebelum meninggalkan mereka.
Ketua Bahagian Jenayah Berat (D9) Kuala Lumpur, Supritendan Johari Yahaya berkata, selepas menemui kedua-dua kanak-kanak itu, pekerja hotel tersebut, Fazilah Jawi, 44, telah melaporkan perkara itu kepada majikannya.
Beliau berkata, pihak pentadbiran hotel kemudian menghubungi pihak polis untuk memaklumkan perkara itu dan memberitahu kedua-dua kanak-kanak tersebut kemungkinan dua beradik yang dilarikan oleh pembantu rumahnya.
``Kita telah menghantar pasukan kita untuk menyiasat laporan itu serta identiti dua kanak-kanak terbabit dan mendapati mereka adalah dua beradik yang dilaporkan hilang oleh ibu-bapa mereka,'' kata beliau ketika ditemui semasa sidang akhbar di hotel berkenaan hari ini.
Menurut Johari lagi, setelah mendapat pengesahan, pihaknya telah menghubungi polis Seremban untuk memaklumkan penemuan itu.
Kata beliau lagi, pihak polis di Seremban kemudian menghubungi ibu-bapa kanak-kanak terbabit untuk memberitahu yang anak mereka telah ditemui.
Ujar Johari, satu gerakan untuk memburu pembantu rumah terbabit di bawah Seksyen 361 Kanun Keseksaan telah dilancarkan.
Kata beliau lagi, polis juga akan cuba mencari pembantu rumah terbabit di beberapa tempat termasuk di rumah keluarganya di Kelantan.
Sementara itu, Zawin Najah Nazira yang sempat ditemu bual memberitahu, dia dan adiknya telah dibawa oleh Normaiza atau panggilan mesranya `Kak Za' menaiki kereta api (komuter) datang ke bilik (Hotel Puduraya Kuala Lumpur).
``Kak Za bawa naik kereta api dan sampai di bilik semalam.
``Malam tadi Kak Za marah saya dan adik.
``Kak Za juga ambil rantai dan gelang tangan saya dan adik,'' katanya.
Kata Zawin Najah Nazira lagi, dia dan adiknya ditinggalkan kelaparan pagi ini dan mereka diberi makan oleh kakitangan hotel yang dipanggil `kakak' sebelum pihak polis sampai.
Sebaik sahaja ditemui ibu bapanya, Zawin Najah Nazira dan adiknya terus mencium dan memeluk mereka sambil sibuk mengadu kejadian yang berlaku kepada ibu mereka.

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...