Tuesday, July 1, 2014

LAWATAN ILMIAH : PERSATUAN PELAJAR UNDANG-UNDANG KULIYYAH AHMAD IBRAHIM, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)

Oleh : Suhaini Bitnti Saad /  suhaini@esyariah.gov.my

20 Mac 2013, Kuala Lumpur - Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan menerima kehadiran kira-kira 15 orang pelajar Undang-undang Kuliyyah Ahmad Ibrahim,Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) sempena lawatan ilmiah bagi berkongsi ilmu berkaitan perundangan syariah.



Sejurus sampai di ruang lobi Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, para pelajar dibawa ke masuk ke Dewan Pentauliahan,Aras 4 bagi sesi penerangan berkaitan struktur Mahkamah Syariah dan prosedur perundangan yang diamalkan di mahkamah. Taklimat disampaikan oleh Pendaftar MSWP serta tayangan video korporat dipersembahkan kepada semua yang hadir.








Temubual ringkas bersama Hakim Mahkamah Tinggi Syariah turut diadakan bagi merungkai beberapa persoalan yang dikemukan oleh pelajar-pelajar yang hadir.Sebelum berakhir penyampaian cenderahari penghargaan diberikan dan para pelajar juga dibawa untuk melawat beberapa lokasi sekitar mahkamah.Antara lokasi yang dilawati adalah Dewan Mahkamah Rendah Syariah dan Galeri MSWP.






Kepulangan semua pelajar diiringi doa kejayaan dalam pelajaran dan moga mendapat ilmu yang bermanfaat hasil lawatan tersebut,Insya Allah.









Pihak jabatan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua urusetia yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini.Keterlibatan semua pihak amatlah dihargai.


dipetik dari: http://testing-server.biz/mswp2/index.php/ms/berita-semasa/140-lawatan-ilmiah-persatuan-pelajar-undang-undang-kuliyyah-ahmad-ibrahim-universiti-islam-antarabangsa-malaysia-uiam

Saturday, June 7, 2014

BIAR GAMBAR YANG BERKATA

Mengambil peluang cuti sekolah baru baru ini, kami sekeluarga  berkesempatan menziarahi saudara mara  yang telah uzur di kampung. 30/5/2014.  hanya gambar yang bersuara.









 Pondok Pak Cik mat Noor Ideris yang sudah uzur di Kg Lundang paku



......
Mei 30, 2014

TAHNIAH NAJAH! HADIAH HARI JADI UNTUK PAPA

Petang tadi 7 jun 2014,  sehari sebelum hari ulangtahun, hadiah yang paling bermakna apabila anakanda tersayang Zawinnajah Nazeera mendaftarkan diri sebagai mahasiswi  di UIA kampus Petaling Jaya bagi Asasi Undang-undang.

seawal pagi lagi kami bertolak dari Nilai menuju ke PJ sepertimana surat tawaran yang diterima. setibanya di sana, terpalit kembali memori lama di mana selama 2 tahun kami pernah berkampung di sana sebagai mahasiswa sekitar 92-94. Kini kampus PJ bukan lagi kampus induk yang telah berpindah ke Gombak, walaupun ia hanya dihuni oleh student matrikulasi, tetapi bangunan dan lorong-lorongnya tidak banyak berubah. Pengalaman lebih 20 tahun dahulu memudahkan urusan pendaftaran  anakanda Zawinnajah . biarpun kami tiba agak lewat lebih kurang jam 9 lebih, sebelum jam 10.30 semua urusan telah diselesaikan termasuklah pendaftaran hostel iaitu di  Mahallah Siti Khadijah yang tidak asing lagi sejak dulu.

Apa pun, tiada kata yang dapat diucap dan tiada rasa yang dapat diluah. begitulah mungkin perasaan orang tua dahulu sewaktu mendaftarkan kami ke universiti lebih 20 tahun dulu. Kini perasaan yang sama dikongsi dan penat jerih ibu bapa terbalas apabila anakandanya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.  Ianya satu kepuasan yang tak dapat dibandingkan...

 hadapan mahallah Siti Khadijah..
 Jangan nangis Najah!tempuhi dunia baru sebagai seorang siswi
 pekarangan lobi utama UIA bersebelahan 
Dewan al Malik faisal, setelah usai pendaftaran
 Sempat bergambar dengan Tn Nurul Iman Tn Zahirman 
dan adik bongsunya yang turut hadir
Ini bersama Nuha 
plak.. nak tumpang sekaki...

Apa pun, tahniah buat Najah. keyakinan, kecekalan, ketabahan dan usaha kamu telah membuahkan hasil. Itu sudah cukup untuk mengembirakan ibu bapa kamu. Azam yang kukuh untuk bergelar pelajar undang-undang di UIA telah termakbul. Siapa sangka, Rezeki Allah yang maha pemurah  atas usaha dan permintaan mu yang tak pernah kenal penat lelah  telah dimakbulkan. Selamat maju jaya Najah! pesan papa agar kau jangan melengahkan solat dan percaya pada diri mu...insyaallah moga kau menjadi inspirasi pada adik-adik yang lain...

Tuesday, May 6, 2014

PROGRAM PENANAMAN POKOK HIJAU MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN 2014

2 Mei 2014, Kuala Lumpur - Buat julung kalinya Badan Kebajikan MSWP (BKMSWP) telah menganjurkan Kempen Penanaman Pokok Hijau dipersekitaran Kompleks MSWP Kuala Lumpur.
 Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dengan ucapan aluan dari Setiausaha BKMSWP, Tuan Sofian Bin Ibrahim. Ia kemudiannya diteruskan dengan bacaan doa dan taklimat ringkas dari Yang Arif Tuan Mohd Nadzri Bin Abd Rahman selaku Pengerusi.





Di kesempatan tersebut, YA Tuan Pengerusi BKMSWP sempat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kerana telah bermurah hati memberikan 25 batang anak pokok yang terdiri dari pokok nangka, ciku, rambutan, mangga, dan jambu untuk menjayakan kempen ini.


Anak-anak pokok tersebut  kepada setiap dewan, seksyen dan unit untuk ditanam dan dipelihara selepas ini. Antara pegawai yang telah turut serta menanam anak pokok adalah YA Tuan Haji Muhammad Abdul Karim Bin Abdul Wahab (Hakim Mahkamah Tinggi), Tuan Abdul Ghani Bin Kiflie (Ketua Pendaftar, Hakim-hakim Mahkamah Rendah, Pendaftar dan ketua-ketua Seskyen dan Unit yang ada di MSWPKL. Turut serta menyerikan program adalah warga MSWP sendiri yang saling membantu menyediakan tapak semaian dan baja bagi anak pokok yang telah ditanam.
credit: http://www.mswp.gov.my/index.php/ms/berita-semasa/209-tahun-2014/494-program-penanaman-pokok-hijau-mahkamah-syariah-wilayah-persekutuan-2014-02-05-2014

BENGKEL HAKAM MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN BIL. 1/2014 (24/04/2014)

Pada 24 April 2014 yang lalu telah berlangsung Bengkel Hakam Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Bil. 1/2014. Bengkel tersebut telah disertai seramai 27 pegawai MSWP yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Pendaftar dan Penolong Pendaftar.
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai kepada semua pegawai mengenai perlaksaaan proses Hakam di peringkat Mahkamah. Tn. Drs. Atras Bin Mohamad Zin yang merupakan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor telah dijemput sebagai Penceramah dan berkongsi pengalaman mengenai perjalanan dan perlaksanaan Hakam di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS).
Sepanjang bengkel berjalan banyak persoalan telah diutarakan dan perbincangan tidak langsung antara penceramah bersama peserta.







Semoga bengkel yang telah dijalankan ini dapat member manfaat kepada semua yang terlibat.
credit: http://www.mswp.gov.my/index.php/ms/berita-semasa/209-tahun-2014/493-bengkel-hakam-mahkamah-syariah-wilayah-persekutuan-bil-1-2014-24-04-2014

Sunday, April 27, 2014

Bengkel Pengurusan Dan Pengendalian Kes Syariah



BENGKEL PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN KES SYARIAH TELAH DIADAKAN MULAI 14 HINGGA 16 APRIL 2014 BERTEMPAT DI INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM)
Bengkel Pengurusan dan Pengendalian Kes Syariah telah diadakan mulai 14 hingga 16 April 2014 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor. Bengkel tiga hari tersebut dihadiri oleh 38 peserta yang terdiri daripada Pegawai Undang-Undang (L41/L44) dan Pegawai Syariah (LS41/LS44) daripada Jabatan Bantuan Guaman. Objektif bengkel ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan peserta dalam mengurus dan mengendalikan kes-kes Syariah khususnya berhubung dengan pengendalian kes hibah, wasiat dan wakaf.


Ihsan dari: http://www.jbg.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=737&lang=ms
Saya diminta membentangkan satu kertas bagi memnuhi keperluan bengkela ini iaitu harta Sepencarian, Hibah dan wasiat Berkaitan Tanah Felda Dan Felcra. Ceramah selama dua jam berlangsung pada jam 2.30-4.30 petang tersebut amat berat bagi peserta yang rata-rata menunjukkan mata yang semakin sempit dan hampir tertutup kerana mengantuk. Pun begitu sesi soal jawab berlangsung dengan meriah apabila soalan-soalan yang dikemukakan terpaksa dijawab hingka melangkau hampir jam 5.00 petang.

Monday, April 21, 2014

KURSUS LAGI: 2 HARI DI SEREMBAN UNTUK PENGURUSAN DOKUMEN (PRA PERBICARAAN)

Pada 17-18/4/2014, JKSNS Darul Khusus telah mengundang Penulis untuk slot 2 hari bagi Kursus Pengurusan Dokumen dengan memfokuskan prosiding pra perbicaraan dan penyediaan pliding. Kursus  2 hari yang dihadiri oleh semua Pembantu Syariah dan PS LS41 berlangsung di Dewan Mesyuarat JKSNS dengan jayanya. 

3 tajuk utama telah disampaikan iaitu Memulakan Prosiding Mal, Saman dan Permohonan dan Persediaan sebutan kes Di Mahkamah Syariah lebih kuran 6 jam diperuntukkan bagi ketiga-tiga tajuk tersebut.

Ceramah di JKSNS ini merupakan amat signifikan apabila Penulis kembali Ke Seremban bertemu teman-teman lama, tidak hanya melaksanakan tugas untuk menyampaikan ceramah dan sebagai fasilitator bagi latih amal, tetapi lebih kepada sireh pulang ke gagang.

Banyak yang hendak diperkatakan.
Tapi tidak terkata
hati cuba berkata-kata...
Tapi
biarlah gambar yang berkata...
















Terima kasih JKSNS
terima kasih Warga JKSNS!

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...