BAS rasmi sudah sedia menunggu kami di pekarangan Hotel Silka Sea View untuk membawa kami ke pejabat Besar Konsulat Malaysia di Hong Kong seawal jam 2.30pm. Kami diberitahu perlu bergerak awal bagi mengelakkan trafik jem yang dikatakan agak dahsyat juga di Hong Kong.
Perjalanan menaiki bas dari hotel ke pejabat Konsulat yang lokasinya terletak di 24th Floor, Malaysia Building 47-50, Gloucester Road Wanchai memakan masa lebih kurang 40 minit. Alhamdulillah perjalanan adalah smooth dan tanpa gangguan trafik.
Tiba di Malaysia Building, kami diminta naik ke tingkat 24 kerana pejabat Konsulat Besar Malaysia di sana. Kami disambut mesra oleh Konsul Muda Tn Kamaruzzaman Musa yang kami temui di airport sebelum ini. Turut melayani kami ialah Puan Grace Rebecca Teh, ketua Censori yang akan membantu keperluan kami di Hong Kong nanti.
Di Lobi CG Office
sempat posing sambil menunggu CG bersiap menemui kami
menandatangani buku pelawat
Di bilik meeting. Menunggu ketibaan CG Mr Yap Wei Sin
Lebih kurang jam 4.30pm, kami diminta menunggu di bilik mesyuarat sementara Consul General Malaysia bersiap selepas menamatkan discussion dengan pegawainya. kami dialu-alukan kehadiran ke Hong Kong oleh CG Mr Yap Wei Sin, dengan ucap selamat dan rasa teruja beliau kerana sepanjang perkhidmatannya belum ada agensi agama yang datang bertandang sebagai tamu di pejabat konsul melainkan sekali, itupun hampir sepuluh tahun dahulu oleh JAKIM.
Bertukar-tukar pandangan dengan CG
KHS Melaka dan Konsul Besar Malaysia di Hong Kong
Selepas sesi diskusi bersama Tuan CG, kami dibawa melawat ke tingkat paling atas bangunan Malaysia yang menjadi pejabat Consul General sejak sekian lama. Pemandangan yang indah dan terus ke laut menjadikan bangunan tersebut adalah amat strategik... terfikir juga kenapa kerajaan berhasrat untuk menjual bangunan tersebut.. mungkin kos penjagaannya tinggi kerana bangunan yang sudah lama dan mungkin juga penjualannya mendatangkan keuntungan dan lasba kepada pihak kerajaan Malaysia. Apa pun, kami sempat menghayati keindahan pulau Hong Kong dari bumbung bangunan 'Malaysia Building' yang penuh bersejarah ini... Puncak-puncak batu melatari langit Hong Kong jelas melalui pandangan dari sisi bangunan ini...
Belanja gambar dulu sepukul....
Sempat juga merakamkan ucapan selamat hari Kemerdekaan Kali ke 62
bersama CG Hong Kong dan Macao. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
No comments:
Post a Comment