Sedikit Catatan Mengenai Hong Kong
Hong Kong merupakan sebuah
pulau dengan geografi yang terletak di
luar pantai selatan China. Sungguhpun penempatan di Hong Kong telah wujud sejak
beribu tahun dengan penemuan arkeologi,
namun tiada rekod bertulis ditemui sehinggalah penjajahan British di wilayah
ini. Pembanguinan wilayah Hong Kong bermula daripada sebuah kampung nelayan,
berkembang menjadi pusat perdagangan strategik dan hari ini Hong Kong merupakan
pusat kewangan antarabangsa dengan KDNK (PPP) perkapita
ke-6 tertinggi di dunia yang menyokong 33%
daripada aliran modal asing ke China.
Penemuan arkeologi mendapati
aktiviti manusia di Hong Kong bermula
lebih 30,000 tahun yang lalu. Penggunaan alat batu pra-sejarah pada zaman batu lama telah ditemui Sai Kung dan Wong Tei Tung. Penemuan pra sejarah menunjukkan Wong Tei Tung (黃地峒) merupakan salah satu penempatan yang
paling kuno di Hong Kong.
Zaman Pemerintahan Maharaja China (221 SM – 1911)
Hong Kong termasuk dalam wilayah China semasa Dinasti Qin (221 SM - 206 SM. Sewaktu
pemerintahan dinasti Han Timur (25 - 220),penemuan arkeologi
menunjukkan wilayah ini merupakan pengeluar garam 2000 tahun yang lalu. Semasa Dinasti Tang, wilayah Guangdong berkembang
sebagai pusat perdagangan antarabangsa.
Pada 1276 semasa pencerobohan Mongol,
pemerintahan Dinasti Song Selatan telah
berpindah ke Fujian,
kemudian ke Pulau Lantau dan kemudiannya ke Kowloon City Hong Kong. Pada
zaman Mongol, Hong Kong menyaksikan peningkatan penduduk yang ketara apabila ramai pelarian China memasuki wilayah
tersebut akibat peperangan dan kebuluran.
Zaman Pendudukan Jepun (1940an)
Hong Kong telah diduduki
oleh Jepun pada 25 Disember 1941 hingga 15 Ogos 1945. Tempoh tersebut merupakan
tempoh yang dikenali sebagai '3 tahun 8 bulan ' dengan Takashi Sakai sebagai
pemerintah Hong Kong. 25 Disember 1941 – adalah tarikh yang paling diingati
oleh rakyat Hong Kong sebagai "Black Natal" apabila
Pegawai kolonial British Mark Aitchison Young,
menyerah kalah pada tentera Jepun di Peninsula Hotel. Isogai Rensuke menjadi
gabenor pertama Jepun Hong Kong.
Hong Kong Dan Kerajaan British
Tarikh
|
Perjanjian
|
Keputusan
|
20 Januari 1841
|
Penyerahan awal Pulau Hong Kong kepada United Kingdom
|
|
Ogos 1842
|
Penyerahan Pulau Hong Kong, diasaskan sebagai sebuah
tanah jajahan United Kingdom
|
|
18 Oktober 1860
|
Penyerahan Kowloon (selatan Boundary
Street)
|
|
1 Julai 1898
|
Pajakan New
Territories (termasuk New
Kowloon)
|
Hong Kong Moden Semasa Kerajaan British (1950an– 1997)
Hong Kong 1950an
Kemahiran yang dibawa oleh orang-orang
pelarian dari Tanah Besar China, terutamanya pelarian dari Shanghai,
bersama-sama kedatangan buruh telah membantu memulihkan ekonomi Hong Kong
khususnya selepas pendudukan Jepun. Pada masa yang sama, banyak syarikat-syarikat
asing memindahkan pejabat mereka dari Shanghai ke Hong Kong. Keadaan ini mengubah
Hong Kong dari wilayah perdagangan entreport berasaskan pelabuhan
kepada wilayah industri dan pembuatan.Perindustrian awal di Hong Kong adalah
penghasilan barangan kecil seperti butang, bunga-bunga tiruan, payung, tekstil,
kasut sehinggalah
kepada pembuatan barangan plastik.
Kem atau kampung setinggan dibangunkansecara
besar besaran di seluruh wilayah dan kehadiran
pendatang yang semakin berkembang menimbulkan bahaya kebakaran dan masalah
kesihatan. Gabenor Alexander Cermin
ketika itu mencadangan pembinaan "pelbagai bangunan tingkat". Ia
adalah permulaan kepada pembinaan bangunan tinggi di Hong Kong dalam
menggantikan kem-kem pendatang dan kampung setinggan dengan menyediakan syarat-syarat
sangat asas perumahan. Aspek kehidupan lain turut berubah apabila Kantonis opera tradisional
Cina mula memberi laluan kepada industri panggung wayang skrin besar
dan industri pelancongan bermula
secara rasmi di Hong Kong. Ketika itu North Point Hong Kong
mula dikenali sebagai "Shanghai
Kecil"(小 上海), kerana menjadi
pengganti kepada Shanghai yang diserahkan di China. Industri pembuatan di
Hong Kong terus berkembang sehingga
trade mark ‘Made in Hong Kong’
yang pernah dilabel sebagai ‘cheap
low-grade products’ kepada ‘high-quality
products’.
Hong Kong 1970an-1990an
Hong Kong pada 1970-an-1980an
perkembangan mendadak dan muncul sebagai negara maju. Pasaran hartanah yang
semakin meningkat dan pendapatan yang lebih tinggi juga membawa kepada
pengenalanestet perumahan perumahan swasta yang menyaksikan ledakan pertumbuhan
kediaman dengan bangunan tinggi yang menjadi latar langit dan pemandangan biasa
di Hong Kong.
Hong Kong 1970an
Pada tahun 1982, Perdana Menteri British, Margaret Thatcher, yang bersikap terbuka membawa kepada perjanjian Deklarasi Bersama China-British dan cadangan konsep Satu Negara, Dua Sistem Deng Xiaoping dari China. Pada era 1980an juga menyaksikan kemuncak industri hiburan di Hong Kong dengan mewarnai pentas antarabangsa. Nama-nama besar seperti Jackie Chan, Chow Yun-Fatt dan sebagainya mula dikenali. Dunia muzik juga menyaksikan bintang-bintang seperti kumpulan muzik ‘kantopop’, Anita Mui dan Leslie Cheung.
Kong 1980an
Pada 1 Julai 1997 di Hong Kong telah diserahkan kepada Republik Rakyat China oleh United Kingdom. Tung Chee Hwa, telah dipilih pada bulan Disember oleh jawatankuasa pemilihan dengan ahli-ahli yang dilantik oleh kerajaan PRC, mengambil alih tugas sebagai Ketua Eksekutif Hong Kong pertama.
Hong Kong 1990an. Bendera negara China menggantikan bendera kolonial
Hong Kong Semasa Pemerintahan China 1997-2000an
Setelah dikembalikan kepada China dari koloni Inggeris pada 1997, Hong Kong
mendapat keistimewaan dari pemerintah China berupa aturan ‘Satu Negara, Dua Sistem’. Aturan
itu memberikan kemungkinan untuk mempertahankan beberapa kebebasan kunci,
seperti hak bersuara dan kebebasan kehakiman hingga 2047. Selama
bertahun-tahun, Hong Kong berupaya menangkal pengaruh China yang semakin kuat
dalam pelbagai aspek. Agak jarang kita lihat aksi protes seperti yang pernah terjadi
pada Gerakan Payung pada 2014 lalu. Sungguhpun pembangunan di Hong Kong semakin bertambah, dekad 2000an
menyaksikan para demonstrator memenuhi jalanraya-jalanraya di Hong Kong yang
tidak berpuashati dengan pembaharuan pemerintahan Tanah Besar China.
Sasaran kemarahan mereka anataranya adalah kerana arahan
kerajaan agar ‘Pendidikan Moral dan
Nasional’ yang mengaitkan sejarah komunis
dan nasionalis China diajar di sekolah-sekolah. Rakyat mahukan agar beberapa
perkara material mengenai pendidikan disesuaikan dengan sejarah Hong Kong.
Kini, pada 2019 protes
besar-besaran kembali dengan tuntutan
agar penghapusan RUU ekstradisi yang
dilihat sebagai tidak adil. Sebagaimana dipetik dari The Straits Times pada
Isnin 17/6/2019, banyak penggiat meramalkan bahawa Hong Kong dan China akan
terus berseteru kerana pandangan politik dan tata kehidupan yang berbeza
pandangan.
Sejarah Protes Di Hong
Kong
Sejarah proses di Hong
Kong bermula sejak akhir 2014, apabila puluhan ribu penunjuk perasaan berkumpul di
seluruh pelusuk kota Hong Kong yang dipimpin oleh mahasiswa universiti. Mereka bukan
saja berarak tapi menduduki bahagian luar kompleks kerajaan bagi menuntut
reformasi dan hak demokrasi termasuk hak memilih
pemimpin. Demonstrasi tersebut dikenali sebagai ‘gerakan payung” kerana penunjuk perasaan menggunakan payung bagi melindungi
diri dari percikan atau semburan air dan
gas pemedih mata yang digunakan polis bagi menyuraikan penunjuk perasaan.
Seorang penunjuk perasaan berdiri di sebelah payung-payung
pendukung demokrasi di Kompleks Kerajaan Hong Kong,
AFP photo
Dale La Rey2102014
Penunjuk perasaan berkumpul di luar bangunan parlimen Hong Kong
pada 12/6/2019.
Mereka menghalang pintu
masuk ke pejabat pusat pemerintahan Hong Kong untuk
memprotes RUU Ekstradisi. (AP Photo/Vincent Yu)
Protes beberapa hari tersebut memberi kesan besar dan melumpuhkan ekonomi Hong Kong. Lapangan Terbang Antarabangsa Hong kong juga diututup beberapa hari ekoran protes oleh orang awam yang berlaku. Rakyat Malaysia dikhabarkan ada yang terperangkap dalam gejolak tersebut.
So Macamana Eh?
Entah... Kami akan berlepas kira-kira jam 8am 27 Ogos. Konsulat Besar Malaysia di Hong Kong kata ok, Wisma Putra pun cakap ok. Dengan syarat jangan hampiri demonstrator dan jauhi kontroversi. InsyaAllah... "Rabbi Yasir wala Tu'assir, rabbi tamim bilkhair.." Moga Allah permudahkan urusan kami dan perjalanan kami.
No comments:
Post a Comment