4 jam dalam perjalanan ke Hong Kong membuatkan agak rimas melekat di seat kelas ekonomi. Sememangnya agak janggal sedikit berada di kelas ekonomi kerana lebih lapan tahun tidak menaiki kapal terbang. Kalau ada pun kebetulannya hanya perjalanan resmi dan dibaiayai kerajaan dan syukur kerana sebelum ini sentiasa diberi kemudahan kelas perniagaan. Alhamdulillah penumpang ke Hong kong tidak ramai, maka bolehlah eksyen dengan duduk di mana sahaja yang mahu. Mungkin orang ramai masih takut dan bimbang untuk ke Hong kong waktu ini kerana laporan protes memaparkan keadaan 'riots' semakin menjadi-jadi di Hong Kong.
Lebih kurang jam 12 tengahari kami tiba di lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong. Alhamdulillah. Suasana agak tenang walaupun checking agak ketat dan kami melalui beberapa tapisan. Alhamdulillah. Pegawai Konsul Mr Kamaruzzaman sudah sedia menunggu dan kami diperkenalkan kepada pegawai Imigresen Hong Kong sebagai tetamu kerajaan memudahkan lagi pergerakan kami.
Mr Kamaruzzaman, wakil dari CG Office Malaysia Of Hong Kong
menunggu bagasi.
Lapangan Terbang Hong Kong
Ruang ketibaan
Bergambar sebelum bergerak ke hotel.
Perjalanan Dari lapangan Terbang Hong Kong Ke Hotel mengambil masa hampir 45 minit.
pemandangan pulau-pulau di Hong kong sepanjang perjalanan
Ini lah Hong Kong!
Mr Kamaruzzaman, pegawai atase Konsulat Hong Kong memaklumkan bahawa Konsul sedia menemui kami jam 4 pm nanti. jam sekarang baru menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Jadi kami sepakat untuk check inn dulu di Hotel. Kami tiba di Hotel Silka Sea View Hong Kong lebih kurang jam 1.30 pm. Waktu yang suntuk tidak memberikan kami peluang untuk berehat atau membasahkan diri. Kami hanya capai je pakaian rasmi mana yang ada dan bersiap ke pejabat konsul!
Silka Seaview Hong Kong Hotel. Ok lah, janji kami dapat berteduh.
Besok Pagi jam 8 dah kena check out...
Its not bad..
No comments:
Post a Comment