Friday, August 12, 2022

PUISI TAHUN BARU

PUISI TAHUN BARU
(Kita Masih Tidak Bersyukur)


PUISI TAHUN BARU

(Kita Masih Tidak Bersyukur)

 

Menjelang tahun baru ini

Apa yang boleh kita katakan

Walau diucap beribu kali

Ia tetap sama

Seperti tahun tahun lama

Kita tidak rasa apa-apa

Kita masih tidak pernah bersyukur

 

Kita masih tidak pernah rasa syukur

Meski masih diberi ruang untuk  menghirup dingin udara 

Di bumi survana

Kita masih rasa bingit telinga deru mobil di lebuhraya

Kita masih hangat berasak memilih perabut di pasaraya

Kita masih berjemur panas mentari di pantai Cenang

Kita masih  dalam tab mandi di Le Meredien

Dengan tangan galak memetik telefon pintar

Sambil menghirup oren jus masam

Kita masih tak rasa apa apa

 

Kerana kita tidak merasa

Sengsaranya bila dijangkiti corona

kita tidak rasa peritnya kehilangan

kerana yang sakit itu bukan kita

kerana yang mati itu bukan saudara

 

Kita masih boleh memesan makanan waktu perintah berkurung

Menempah baju dan kasut berjenama

Membeli almari dan peti sejuk dua pintu secara maya

Kita masih tidak pernah rasa nikmat

Meski masih setiap hari kita berulang ke pejabat

Kerana kita tidak merasa

Sukarnya teman-teman marhaen

Menjaja nasi di simpang tiga

Mengisi kantung setelah dibuang kerja

 

Kita masih kekal alpa                                      

Kita masih mandi air hangat di hotel lima bintang

Kita masih menyarung stoking dalam bilik berhawa dingin

Kita masih berkira untuk mengumpul harta

Kita masih galak berebut kuasa

Kita masih menempah penerbangan kelas pertama

Untuk bercuti ke luar Negara

Kita masih merancang strategi untuk pilihanraya

Bagi menjamin  kekal sebagai ketua

 

 Kita tidak pernah merasa

Luka rakyat yang bertarung nyawa

Menggigil sejuk dingin

Berselimut air hujan dan lumpur paras paha

Dihanyut air bah menggila

Rumah yang cuma tinggal tangga

Yang ada hanya harapan dan nyawa

 

Kita Masih tidak merasa

Mulianya beragama

Kita masih kekal bertelingkah

Mempertahankan cara kita

Kita hanya  lancang memberi fatwa

Menggulung hujah dan sabda

Hanya aliran kita yang bermakna

Ulamak lain tidak berguna

Kerana kita ulamak pujangga

Yang berbalah hanya kita

Biarkan mereka terpinga-pinga

 

Kita masih tidak pernah bersyukur

Untuk  mengenal diri

Biarpun setahun diuji coba

Kerana yang merasa bukan kita

 

Oo Allah yang Maha Esa

Cucurkanlah rahmat dan hidayat Mu

Pada kami yang yang masih tidak merasa apa-apa

Kerana esok

Akan menapak tahun yang baru

Agar terjentik sedikit rasa syukur

Dan tidak mudah terpedaya

Dengan dunia yang pura pura

 

 

Nadzrirahman

26 Disember 2021








                Majalah Pemuisi Bil 32/2022

Sunday, August 7, 2022

FAIRY CHIMNEY LEMBAH YANG GHAIRAH DENGAN RASA CINTA

Apabila memandu melintasi bukit dari perkampungan Cavusin, pertama kali kita akan melihat ‘fairy chimney’ atau cerobong dongeng di Lembah Pasabag yang semestinya akan membuat kita tersenyum. Ia kelihatan seperti hutan cendawan batu bersaiz mega yang menawan.

Legenda mengatakan bahawa bentuk unik itu dibina oleh pari-pari yang membina rumah bawah tanah mereka di bawah batu – kerana itulah ia juga dikenali sebagai ‘fairy chimney atau  cerobong dongeng'. Penjelasan secara alternatifnya, berjuta-juta tahun dahulu hakisan angin dan hujan telah melemahkan tuf atau larva gunung berapi yang lembut yang meninggalkan batu yang lebih keras. Apa pun terpulang untuk anda menilai kebenaran sejartah pembentukannya, yang pasti lembah ini memang menawan!


Lembah Pasabag terletak berhampiran dengan Muzium Terbuka Zelve dan Lembah Devrent.  Lembah Cinta dan Lembah Gorkundere ialah dua lagi lembah di Cappadocia yang boleh dikunjungi untuk melihat cerobong dongeng ini. Kedua-dua lembah ini tiada bayaran masuk dan kurang sibuk berbanding Lembah Pasabag.

Di Love Valley dan Gorkundere Valley, fairy Chimney lebih tinggi. Tiang-tiang batu naik terus dari tanah dan hampir sama lebarnya di bahagian atas seperti di bahagian bawah. Warnanya seragam memandangkan ia adalah dari batu jenis yang sama. 

                        Fairy Chimney di Love Valley
            St Simeone Chappel and Shelter

Di Lembah Pasabag, batu-batunya kelihatan seperti cendawan. Batangnya lebih lebar di bahagian bawah dan bahagian atasnya berwarna coklat lebih gelap. Di sesetengah kawasan kita juga akan melihat batu-batu terbahagi kepada beberapa kepala berbentuk kon. 








Sungguh, lembah ini amat menawan dan amat sesuai untuk mengungkapkan kata-kata puitis buat pasangan...lembah yang penuh dengan rasa cinta, rindu dan ghairah ... sukar untuk dinyatakan dengan kata-kata...


ANAK-ANAK PENJUAL CENDERAMATA DI PERKAMPUNGAN BAWAH TANAH CARDAK, GOREME, NEVSEHIR CAPPADOCIA

Setibanya di Goreme View point, perkampungan batu di wilayah Nevsehir, kami disambut oleh beberapa orang anak kecil yang membawa dulang kayu menjual barangan cenderamata. Anak-anak kecil berusia antara 7-10 tahun  yang petah berbicara ini merapati kami sambil menyanyi riang menawarkan jualan mereka. Anehnya mereka agak fasih berbahasa Melayu dan cukup mesra dengan pelancong. Ketika ditanya mana asal mereka, mereka mengakui tinggal berdekatan di rumah-rumah batu yang menjadi lokasi lawatan kami.

Kawasan ini juga dikenali sebagai Underground city. Underground City yang kami kunjungi ini ialah underground city yang ada di Cardak  yang merupakan salah satu dari 52 kota bawah tanah yang masih ada. Underground yang paling terkenal di Kaymakli, sekitar 19 kilometer dari Nevsehir, Cappadocia.



Göreme  terletak di antara formasi batu batu yang juga dikenali sebagai  "fairy chimney atau serombong dongeng", ialah sebuah bandar di Cappadocia, wilayah bersejarah di Turki. Ia terletak di Wilayah NevÅŸehir di Anatolia Tengah dan mempunyai populasi sekitar 2,000 orang.

Nama-nama lama bagi bandar ini ialah Korama, Matiana, Maccan atau Machan, dan Avcilar. Lembah Göreme  dijadikan oleh kerajaan Turki sebagai destinasi pelancongan yang penting dan sebagai pusat  atau ibu untuk semua pelancongan di Cappadocia, nama bandar ini kemudiannya telah ditukar kepada Göreme kerana ianya lebih praktikal. Antara tapak bersejarah Göreme ialah gereja Bezirhane, Durmus Kadir, Ortahane, dan Yusuf Koç, di samping Tokali Kilise yang dihias mewah, Gereja Apple, dan beberapa rumah serta rumah merpati yang diukir di dalam formasi batu batuan di bandar ini.

Tidak diketahui pula bilakah Göreme pertama kali didiami, tetapi dianggarkan  terdapat penempatan di sana semasa era Hittite, antara 1800 dan 1200 SM. Selama berabad-abad, lokasi ini berada di tengah-tengah antara empayar yang sentiasa bersaing ketika itu, seperti Hurri-Mitanni, Empayar Hittite, Empayar Assyria Tengah, Empayar Neo Assyria, Empayar Achaemenid Parsi dan Empayar Seleucid Greek. Penduduk asal perkampungan ini akan melalui terowong di dalam yang dipahat untuk melarikan diri dari pergolakan politik. Semasa era Rom, kawasan itu menjadi rumah kepada penganut Kristian berdasarkan wujudnya beberapa gereja batu yang masih boleh dilihat hari ini.




Perkampungan bawah tanah atau underground city of Cardak, ini ialah kawasan gua yang dipahat sebagai tempat pemukiman, pertahanan dan komuniti satu ketika dahulu. Dalam gua batu kapur ini ada ruangan untuk memasak, ruang ibadah, ruang utama, ruang tempat penyimpanan bahan makanan-termasuk haiwan ternak dan pelbagai ruangan lainnya, termasuk ruang untuk pengalirani udara (ventilasi) sehinggalah lorong menuju tempat persembunyian  sulit untuk dijangkau oleh musuh-musuh.

Tuesday, August 2, 2022

PUISI SUFI V

 BERDIRI NYA DENGAN SENDIRI


BangunNya  bukan didokong ditopang

Tidak juga diangkat dipapah

Bukan juga disangga

Kerna itu sifat yang lemah

Sedang Dia tidak begitu

Bahkan dia berdiri dengan sendiri

Dia yang mendokong dan menyangga

DiriNya

 

 

Teratak Malinja

6hb Disember 2020

PUISI SUFI IV

 DIA BUKAN DIANTARA KITA

Dia

Tak sama seperti kita

Tak sama dengan segala

Memang tak sama dengan yang tercipta

 

Dia bukan diantara kita

Dia tidak sama dengan yang baharu

Kerna yang baharu ada daripada tiada

 

Wujudnya tanpa jirim

Isinya tanpa titik

 

Jika ada bisikan

Pada benak kotor mu

Jika adanya tanpa jirim

Jika isinya tanpa titik

Maka apa hakikat Nya?

 

Hanya Dia yang tahu akan Dia

PersisNya apa

 

 Teratak Malinja

6hb Disember 2020



PUISI SUFI III

 KEKAL

Benar

Kita juga kekal

Seperti apa yang kita pernah kata

Tapi kekal kita kekal majaazi

Lama masa tiada akhir tiada sudah

Di syurga mahupun di neraka

 

Kekal Nya kekal hakiki

Kekal Nya tiada penamat

Tiada mula tiada akhir

Tiada sudah tiada punah

Kekal Nya  tidak habis

Tidak rosak

Tidak binasa

 

Semuanya fana

 

Jika ia fana

Tentulah ia baharu

Kerana

Tiap-tiap yang fana itu

Harus adanya dan harus tiadanya

Adalah baharu

Baharu Nya adalah mustahil  

Kerana sedia Nya sabitlah kekal Nya

Mustahil binasa

 

         Teratak Malinja

          6 hb Disember 2020

 



PUISI SUFI II

 SEDIA

Sedia Nya sedia ada

Tidak bermula dengan tiada

Ada Nya

Sedia ada yang zaati

Bukan ada yang zamaani

Kerna

Adanya selama ada pada lamanya masa

Tidak usang tidak pernah kusam

Bukan jua bagai mayang tamar tua

Atau bagai bulan yang

Bersilih ganti purnama

Tapi sedia Nya

Adalah sediakala

Yang tidak pernah bermula

Sedia

Dari yang sedia…

 

 

                                             Teratak Malinja

                                             6 Disember 2020




PUISI SUFI I

ADA

Ada Nya

Adalah ada hakiki

Ada Nya tidak menumpang

Tiada tidak ada sejak sediakala

Tiada jua pada sentiasa

 

Ada Nya ada zaati

Bukan seperti kita yang ada

Setelah tiada kemudian ada

 

Adanya tidak bermula

Adanya tiada gambar pada aqal

Bukan seperti kita yang ada

Daripada bapa kepada bapa

 

Kerana ada Nya

Daripada ada

.

 

             Teratak Malinja

            6 Disember 2020





MELUAH RINDU DI MAKAM SANG GURU

           RINDU

Sungguh

Engkau baru Ku Kenali

Itu pun belum ku kenali benar

Hanya beberapa bait puisi

Menyulam salam perkenalan

Menular rindu tidak terbendung

Hingga jiwa tidak lagi terkawal

Meronta-ronta…

 

Sungguh

Biar sukar untuk ku temui

Namun aku jejaki bumi mu

Agar lepas rona rindu

…yang melekap kejap membelenggu

 

Sungguh

Tidak cukup

Dengan menghela nafas panjang

lidah mengulang-ulang

Menatap bait-bait Matsnawi mu

Aku ingin lebih dari itu…

 

Ingin ku tidur di makam bisu

Agar datang segala mimpi

Berbicara bagai hantu

 

Sungguh

Hanya Aku yang tahu

Mendekati mu

Merapatkan aku dengan Pencipta mu

Dan Pemilik ku..

                    

                    

Mavlana Mauseleum

31 Julai 2022

                             2 Muharam 1444






Monday, August 1, 2022

MENELUSURI JEJAK SUFI JALALUDDIN AL RUMI DI BUMI ANATOLIA XIII

 DUNIA CINTA JALALUDDIN RUMI

 

Sebagai seorang sufi sekaligus penyair, Rumi mengungkapkan gagasan-gagasannya dalam bentuk puisi, prosa puisi, khutbah, dan dialog. Karyanya sangat melimpah, yang paling termasyhur ialah Divan’i Shamsi Tabriz (sajak-sajak puisi kepada Shamsi Tabriz), Matsnawi Ma’nawi (prosa lirik tentang makna-makna), Ruba’iyat (kumpulan sajak empat baris), Fihi Maa Fihi (di dalam ada seperti yang di dalam), Makatib (kumpulan surat-surat Rumi kepada sahabat-sahabatnya), dan Majalis Sab’ah (himpunan khutbah Rumi di masjid-masjid dan halakah agama).

Sekian banyak karya sastera sufistik, Rumi hanya mengenegahkan sifat mahabahnya kepada Sang Yang Maha Esa, yakni Allah yang ar-Rahman dan ar-Rahim. Kecintaanya kepada Sang Khalik dilampiaskan  dalam setiap titisan tinta karyanya. Bagi Rumi, sebelum Tuhan menciptakan segala sesuatu yang ada di dunia ini, terlebih dahulu Tuhan menciptakan apa yang namanya cinta. Tanpa cinta segala sesuatu tidak akan terwujud. Cinta bagaikan cahaya yang selalu memberikan terang di setiap kegelapan.

CINTA dan BENCI adalah satu kesamaan sifat yang hanya dipisahkan oleh benang merah yang tipis dan itu boleh menjadikan perbezaan yang maha luas. Perasaan benci akan menimbulkan sikap amarah, kasar, iri hati, angkuh, bahkan sifat dingin akan tumbuh dalam diri seseorang. Jadi, perasaan seperti itu tidak elok ketika merasuk dalam jiwa kita sebagai mahluk Tuhan, Sang Maha Mahabah.

Kerana itu, tubuh kita memerlukan apa yang dinamakan cinta; rasa cinta dan kasih sayang yang dimiliki manusia. Sifat cinta dan kasih sayang ini akan melahirkan sikap harmonis kepada sesama manusia. Kerana perasaan cinta merupakan modal awal dalam mewujudkan hubungan yang harmonis. Perasaan cinta juga dapat merubah segalanya menjadi lebih baik. Hal ini sejalan dengan syair Jalaluddin Rumi (Jalaluddin Rumi, 1989: 33)  berikut ini:

 

CINTA

 

Kerana cinta duri menjadi mawar

Kerana cinta cuka menjelma menjadi anggur segar

Kerana cinta keuntungan menjadi mahkota penawar

Kerana cinta kesukaran menjelma keuntungan

Kerana cinta penjara tampak bagaikan pasar mawar

Kerana cinta tompokan debu kelihatan seperti teman

Kerana cinta api yang berkobar-kobar jadi cahaya yang aman  

Kerana cinta syaitan berubah menjadi bidadari

Kerana cinta batu yang keras menjadi lembut bagaikan mentega

Kerana cinta duka menjadi riang gembira

Kerana cinta hantu berubah jadi malaikat

Kerana cinta singa tak menakutkan seperti tikus

Kerana cinta sakit jadi sehat

Kerana cinta amarah menjadi keramah-ramahan

 

                                        (Abdul Hadi W.M, 1985: 107)

 

Syair di atas menjelaskan bahwa manusia harus memiliki rasa cinta kepada sesama manusia. Sebab, dengan cinta kita akan menciptakan ruang-ruang yang harmonis terhadap sesama dan memaafkan segala kekurangan yang dimilki oleh setiap manusia. Melalui cinta, segala sesuatu yang buruk akan tertutupi, yang baik akan menjadi lebih baik, dan sifat-sifat yang buruk dengan sendirinya akan menjadi baik dengan adanya kekuatan cinta. Ibarat kata, “Karena cinta duri menjadi mawar” yang bermakna sesuatu yang menyakitkan akan berubah menjadi keindahan jika dibaluti rasa cinta. “Karena cinta kesukaran menjelma keuntungan” yang bermakna kesusahan, kesukaran, ketakutan, kerugian, dan kesedihan akan tertutupi menjadi rasa bahagia apabila dibaluti rasa cinta.

Rasa cinta landasan utama yang diperlukan oleh manusia untuk mewujudkan hubungan yang baik sesama manusia, kerana segala kelemahan dan kekurangan manusia akan tertutupi oleh kekuatan rasa cinta. Misalnya sahabat kita memiliki kekurangan fizikal, dengan rasa cinta dengan sendirinya kita akan rasa kasih kepadanya. Jika sikap kita sudah dilandasi rasa cinta, maka kekuatan cinta akan berfungsi dan menunjukan wujudnya cinta dalam diri, sehingga akan timbul sikap kasih sayang, tolong-menolong, membantu, dan saling mengasihi satu dengan yang lain. Adapun syair Rumi yang lain yang bercerita mengenai keagungan cinta sebagai berikut:

 

Lewat cintalah semua yang pahir akan menjadi manis,

Lewat cintalah semua yang tembaga akan jadi emas.

Lewat cintalah semua endapan akan jadi anggur murni;

 

Lewat cintalah semua kesedihan akan jadi penawar.

Lewat cintalah si mati akan jadi hidup,

Lewat cintalah raja jadi hamba!

 

(Annemarie Schimmel, 2008: 239-240).

Rumi menyebutkan bahwa yang pertama diciptakan Tuhan adalah cinta, dari sinilah Rumi menganggap cinta sebagai kekuatan kreatif paling dasar yang menyusup ke dalam setiap makhluk dan menghidupkan mereka. Cinta pulalah yang bertanggung jawab menjalankan evolusi alam dari material anorganik yang berstatus rendah menuju level yang paling tinggi pada diri manusia. Menurut Rumi, cinta adalah penyebab gerakan dalam dunia material.

Cinta adalah keinginan yang kuat untuk mencapai sesuatu, untuk menjelmakan diri. Bahkan Rumi menyamakan cinta dengan pengetahuan intuitif. Cinta adalah penggerak kehidupan dan perputaran alam semesta. Cinta yang sejati dan mendalam dapat membawa seseorang mengenal hakikat sesuatu aitu hakikat kehidupan yang tersembunyi di balik bentuk-bentuk formal kehidupan. Kerana Cinta dapat membawa kepada kebenaran tertinggi.

Rasa Cinta Rumi siapa sangka, rasa cinta dan kerinduan dalam jiwa Rumi abadi hingga saat ini. Memang benar bahwa rasa yang hanya dapat diketahui bagaimana bentuk sesak dadanya oleh Rumi sendiri itu tidak bisa digambarkan oleh manusia lain. Tetapi, semua manusia mengetahui bahawa Rumi bahkan menghidupkan rasa itu sampai hari ini—bahkan mungkin sampai tiada lagi yang namanya hari. Syair-syair yang dilukiskan oleh Rumi dapat dinikmati oleh seluruh kalangan manusia di seluruh penjuru dunia. Apalagi bagi manusia yang sedang dilanda kasmaran (dilamun cinta). Syair Rumi sangat lumrah dijadikan sebagai warkah yang mereka lontarkan pada pujaan hati mereka.

See - https://ibtimes.id/tarian-rumi/

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...