Sunday, August 7, 2022

FAIRY CHIMNEY LEMBAH YANG GHAIRAH DENGAN RASA CINTA

Apabila memandu melintasi bukit dari perkampungan Cavusin, pertama kali kita akan melihat ‘fairy chimney’ atau cerobong dongeng di Lembah Pasabag yang semestinya akan membuat kita tersenyum. Ia kelihatan seperti hutan cendawan batu bersaiz mega yang menawan.

Legenda mengatakan bahawa bentuk unik itu dibina oleh pari-pari yang membina rumah bawah tanah mereka di bawah batu – kerana itulah ia juga dikenali sebagai ‘fairy chimney atau  cerobong dongeng'. Penjelasan secara alternatifnya, berjuta-juta tahun dahulu hakisan angin dan hujan telah melemahkan tuf atau larva gunung berapi yang lembut yang meninggalkan batu yang lebih keras. Apa pun terpulang untuk anda menilai kebenaran sejartah pembentukannya, yang pasti lembah ini memang menawan!


Lembah Pasabag terletak berhampiran dengan Muzium Terbuka Zelve dan Lembah Devrent.  Lembah Cinta dan Lembah Gorkundere ialah dua lagi lembah di Cappadocia yang boleh dikunjungi untuk melihat cerobong dongeng ini. Kedua-dua lembah ini tiada bayaran masuk dan kurang sibuk berbanding Lembah Pasabag.

Di Love Valley dan Gorkundere Valley, fairy Chimney lebih tinggi. Tiang-tiang batu naik terus dari tanah dan hampir sama lebarnya di bahagian atas seperti di bahagian bawah. Warnanya seragam memandangkan ia adalah dari batu jenis yang sama. 

                        Fairy Chimney di Love Valley
            St Simeone Chappel and Shelter

Di Lembah Pasabag, batu-batunya kelihatan seperti cendawan. Batangnya lebih lebar di bahagian bawah dan bahagian atasnya berwarna coklat lebih gelap. Di sesetengah kawasan kita juga akan melihat batu-batu terbahagi kepada beberapa kepala berbentuk kon. 








Sungguh, lembah ini amat menawan dan amat sesuai untuk mengungkapkan kata-kata puitis buat pasangan...lembah yang penuh dengan rasa cinta, rindu dan ghairah ... sukar untuk dinyatakan dengan kata-kata...


No comments:

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...