Sunday, September 1, 2019

KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT KONSUL BESAR MALAYSIA DI HONG KONG


BAS rasmi sudah sedia menunggu kami di pekarangan Hotel Silka Sea View untuk membawa kami ke pejabat Besar Konsulat Malaysia di Hong Kong seawal jam 2.30pm. Kami diberitahu perlu bergerak awal bagi mengelakkan trafik jem yang dikatakan agak dahsyat juga di Hong Kong.

Perjalanan menaiki bas dari hotel ke pejabat Konsulat yang lokasinya terletak di 24th Floor, Malaysia Building 47-50, Gloucester Road Wanchai memakan masa lebih kurang 40 minit. Alhamdulillah perjalanan adalah smooth dan tanpa gangguan trafik.


Tiba di Malaysia Building, kami diminta naik ke tingkat 24 kerana pejabat Konsulat Besar Malaysia di sana. Kami disambut mesra oleh Konsul Muda Tn Kamaruzzaman Musa yang kami temui di airport sebelum ini. Turut melayani kami ialah Puan Grace Rebecca Teh, ketua Censori yang akan membantu keperluan kami di Hong Kong nanti.

 Di Lobi CG Office
 sempat posing sambil menunggu CG bersiap menemui kami
 menandatangani buku pelawat

 Di bilik meeting. Menunggu ketibaan CG Mr Yap Wei Sin

Lebih kurang jam 4.30pm, kami diminta menunggu di bilik mesyuarat sementara Consul General Malaysia bersiap selepas menamatkan discussion dengan pegawainya. kami dialu-alukan kehadiran ke Hong Kong oleh CG Mr Yap Wei Sin, dengan ucap selamat dan rasa teruja beliau kerana sepanjang perkhidmatannya belum ada agensi agama yang datang bertandang sebagai tamu di pejabat konsul melainkan sekali, itupun  hampir sepuluh tahun dahulu oleh JAKIM. 



 Bertukar-tukar pandangan dengan CG






 KHS Melaka dan Konsul Besar Malaysia di Hong Kong


Selepas sesi diskusi bersama Tuan CG, kami dibawa melawat ke tingkat paling atas bangunan Malaysia  yang menjadi pejabat Consul General sejak sekian lama. Pemandangan yang indah dan terus ke laut menjadikan bangunan tersebut adalah amat strategik... terfikir juga kenapa kerajaan berhasrat untuk menjual bangunan tersebut.. mungkin kos penjagaannya tinggi kerana bangunan yang sudah lama dan mungkin juga penjualannya mendatangkan keuntungan dan lasba kepada pihak kerajaan Malaysia.  Apa pun, kami sempat menghayati keindahan pulau Hong Kong dari bumbung bangunan 'Malaysia Building' yang penuh bersejarah ini... Puncak-puncak batu melatari langit Hong Kong jelas melalui pandangan dari sisi bangunan ini...




 Belanja gambar dulu sepukul....






Sempat juga merakamkan ucapan selamat hari Kemerdekaan Kali ke 62 
bersama CG Hong Kong dan Macao. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

TIBA DI HONG KONG


4 jam dalam perjalanan ke Hong Kong membuatkan agak rimas melekat di seat kelas ekonomi. Sememangnya agak janggal sedikit berada di kelas ekonomi kerana lebih lapan tahun tidak menaiki kapal terbang. Kalau ada pun kebetulannya hanya perjalanan resmi dan dibaiayai kerajaan dan syukur kerana sebelum ini sentiasa diberi kemudahan kelas perniagaan. Alhamdulillah penumpang ke Hong kong tidak ramai, maka bolehlah eksyen dengan duduk di mana sahaja yang mahu. Mungkin orang ramai masih takut dan bimbang untuk ke Hong kong waktu ini kerana laporan protes memaparkan keadaan 'riots' semakin menjadi-jadi di Hong Kong. 

Lebih kurang jam 12 tengahari kami tiba di lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong. Alhamdulillah. Suasana agak tenang walaupun checking agak ketat dan kami melalui beberapa tapisan. Alhamdulillah. Pegawai Konsul Mr Kamaruzzaman sudah sedia menunggu dan kami diperkenalkan kepada pegawai Imigresen Hong Kong sebagai tetamu kerajaan memudahkan lagi pergerakan kami.



Mr Kamaruzzaman, wakil dari CG Office Malaysia Of Hong Kong


 menunggu bagasi.

Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong adalah sebuah lapangan terbang utama di Hong Kong. Ia juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Chek Lap Kok (赤鱲角機場), dibina di atas pulau Chek Lap Kok melalui penebusgunaan tanah dam juga untuk membezakannya dari lapangan sebelumnya iaitu Lapangan Terbang Kai Tak yang sudah ditutup.



Lapangan Terbang Hong Kong

 Ruang ketibaan

 Bergambar sebelum bergerak ke hotel. 



 Perjalanan Dari lapangan Terbang Hong Kong Ke Hotel mengambil masa hampir 45 minit.

 pemandangan pulau-pulau di Hong kong sepanjang perjalanan

Ini lah Hong Kong!

Mr Kamaruzzaman, pegawai atase Konsulat Hong Kong memaklumkan bahawa Konsul sedia menemui kami jam 4 pm nanti. jam sekarang baru menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Jadi kami sepakat untuk check inn dulu di Hotel. Kami tiba di Hotel Silka Sea View Hong Kong lebih kurang jam 1.30 pm. Waktu yang suntuk tidak memberikan kami peluang untuk berehat atau membasahkan diri. Kami hanya capai je pakaian rasmi mana yang ada dan bersiap ke pejabat konsul!


Silka Seaview Hong Kong Hotel. Ok lah, janji kami dapat berteduh.
 Besok Pagi jam 8 dah kena check out...


Its not bad..

BERANGKAT KE HONG KONG


BIMBANG dengan kekecohan yang berlaku di Hong Kong dan gangguan sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), memaksa kami berkumpul lebih awal di airport  walaupun jadual penerbangan sepatutnya  jam 8.00am 27hb Ogos 2019.

Seawal jam 2 pagi kami dah menapak di KLIA bagi memastikan anak buah tidak menghadapi masalah sebelum perjalanan jauh bermula.



Di Lobi pelepasan 

 Bergambar kenangan bersama ahli rombongan Geran Penyelidikan ke Hong Kong. Dari kiri Tn Hafidz, Tn Arep, Tn Mizi, Ust Arifin, Tn Amir, Tn Khalid. Sebelah kanan pula Puan Cik izzah, Pn Aisah, pn. Jameah dan Tn Abu.


 Di Balai pelepasan
 Tn Miji membacakan doa perjalanan. Moga Allah rahmati perjalanan kami




Menunggu panggilan masuk MH077 ke Hong Kong













Sedikit Catatan Mengenai Hong Kong
Hong Kong. terpacul kata-kata tersebut apabila diajukan pertanyaan oleh salah seorang Pegawai berkenaan Geran Pendidikan 2019. "YB Kewangan dah lulus". "InsyaAllah kita akan berangkat pada 27 Ogos 2019. Lagi beberapa hari.." So, cari sedikit maklumat sebelum kita ke sana. Jeng..jeng..jeng...
Hong Kong merupakan sebuah pulau dengan  geografi yang terletak di luar pantai selatan China. Sungguhpun penempatan di Hong Kong telah wujud sejak beribu tahun  dengan penemuan arkeologi, namun tiada rekod bertulis ditemui sehinggalah penjajahan British di wilayah ini. Pembanguinan wilayah  Hong Kong  bermula daripada sebuah kampung nelayan, berkembang menjadi pusat perdagangan strategik dan hari ini Hong Kong merupakan pusat kewangan antarabangsa dengan  KDNK (PPP) perkapita  ke-6 tertinggi di dunia yang menyokong 33% daripada aliran modal asing ke China.
Penemuan arkeologi mendapati  aktiviti manusia di Hong Kong bermula lebih 30,000 tahun yang lalu. Penggunaan alat batu  pra-sejarah pada zaman batu lama telah ditemui  Sai Kung dan Wong Tei Tung. Penemuan pra sejarah menunjukkan Wong Tei Tung (黃地峒) merupakan salah satu penempatan yang paling kuno di Hong Kong.
Zaman Pemerintahan Maharaja China (221 SM – 1911)

Hong Kong termasuk dalam wilayah  China semasa Dinasti Qin (221 SM - 206 SM. Sewaktu pemerintahan  dinasti Han Timur (25 - 220),penemuan arkeologi menunjukkan wilayah ini merupakan pengeluar garam 2000 tahun yang lalu. Semasa Dinasti Tang, wilayah Guangdong berkembang sebagai pusat perdagangan antarabangsa.
Pada 1276 semasa pencerobohan  Mongol, pemerintahan  Dinasti Song Selatan telah berpindah ke Fujian, kemudian ke Pulau Lantau dan kemudiannya ke Kowloon City Hong Kong. Pada zaman Mongol, Hong Kong menyaksikan peningkatan penduduk yang ketara  apabila ramai pelarian China memasuki wilayah tersebut akibat peperangan dan kebuluran.
Zaman Pendudukan Jepun (1940an)
Hong Kong telah diduduki oleh Jepun pada 25 Disember 1941 hingga 15 Ogos 1945. Tempoh tersebut merupakan tempoh yang dikenali sebagai '3 tahun 8 bulan ' dengan Takashi Sakai sebagai pemerintah Hong Kong. 25 Disember 1941 – adalah tarikh yang paling diingati oleh rakyat Hong Kong sebagai "Black Natal"  apabila  Pegawai kolonial British Mark Aitchison Young, menyerah kalah pada tentera Jepun di Peninsula HotelIsogai Rensuke menjadi gabenor pertama Jepun Hong Kong.
Hong Kong Dan Kerajaan British

Tarikh
Perjanjian
Keputusan
20 Januari 1841
Penyerahan awal Pulau Hong Kong kepada United Kingdom
 Ogos 1842
Penyerahan Pulau Hong Kong, diasaskan sebagai sebuah tanah jajahan United Kingdom
18 Oktober 1860
Penyerahan Kowloon (selatan Boundary Street)
1 Julai 1898
Pajakan New Territories (termasuk New Kowloon)

Hong Kong Moden Semasa Kerajaan British (1950an– 1997)



Hong Kong 1950an


Kemahiran yang dibawa oleh orang-orang pelarian dari Tanah Besar China, terutamanya pelarian dari Shanghai, bersama-sama kedatangan buruh telah membantu memulihkan ekonomi Hong Kong khususnya selepas pendudukan Jepun. Pada masa yang sama, banyak syarikat-syarikat asing memindahkan pejabat mereka dari Shanghai ke Hong Kong. Keadaan ini mengubah  Hong Kong dari wilayah perdagangan entreport berasaskan pelabuhan kepada wilayah industri dan pembuatan.Perindustrian awal di Hong Kong adalah penghasilan barangan kecil seperti butangbunga-bunga tiruanpayungtekstil, kasut sehinggalah kepada pembuatan barangan plastik.
Kem atau kampung setinggan dibangunkansecara besar besaran  di seluruh wilayah dan kehadiran pendatang yang semakin berkembang menimbulkan bahaya kebakaran dan masalah kesihatan. Gabenor Alexander Cermin  ketika itu mencadangan pembinaan "pelbagai bangunan tingkat". Ia adalah permulaan kepada pembinaan bangunan tinggi di Hong Kong dalam menggantikan kem-kem pendatang dan kampung setinggan dengan menyediakan syarat-syarat sangat asas perumahan. Aspek kehidupan lain turut berubah apabila Kantonis opera tradisional  Cina mula memberi laluan kepada industri panggung wayang skrin besar dan  industri pelancongan bermula secara rasmi di Hong Kong. Ketika itu  North Point Hong Kong mula dikenali sebagai "Shanghai Kecil"( 上海), kerana menjadi pengganti kepada Shanghai yang diserahkan di China. Industri pembuatan di Hong Kong terus berkembang sehingga  trade mark ‘Made in Hong Kong’ yang pernah dilabel sebagai ‘cheap low-grade products’ kepada ‘high-quality products’.
    Hong Kong 1970an-1990an
Hong Kong pada 1970-an-1980an perkembangan mendadak dan muncul sebagai negara maju. Pasaran hartanah yang semakin meningkat dan pendapatan yang lebih tinggi juga membawa kepada pengenalanestet perumahan perumahan swasta yang menyaksikan ledakan pertumbuhan kediaman dengan bangunan tinggi yang menjadi latar langit dan pemandangan biasa di Hong Kong.

     Hong Kong 1970an

Pada tahun 1982, Perdana Menteri British, Margaret Thatcher, yang bersikap terbuka membawa kepada perjanjian Deklarasi Bersama China-British dan cadangan konsep Satu Negara, Dua Sistem  Deng Xiaoping dari China. Pada era 1980an juga menyaksikan kemuncak industri hiburan di Hong Kong dengan mewarnai pentas antarabangsa. Nama-nama besar seperti Jackie ChanChow Yun-Fatt dan sebagainya mula dikenali. Dunia muzik juga menyaksikan bintang-bintang seperti kumpulan muzik ‘kantopop’, Anita Mui dan Leslie Cheung.

Kong 1980an


Pada 1 Julai 1997 di Hong Kong telah diserahkan kepada Republik Rakyat China oleh United Kingdom. Tung Chee Hwa, telah dipilih pada bulan Disember oleh jawatankuasa pemilihan dengan ahli-ahli yang dilantik oleh kerajaan PRC, mengambil alih tugas sebagai Ketua Eksekutif Hong Kong pertama.

Hong Kong 1990an. Bendera negara China menggantikan bendera kolonial

Hong Kong Semasa Pemerintahan China 1997-2000an

Setelah dikembalikan kepada China  dari koloni Inggeris pada 1997, Hong Kong mendapat keistimewaan dari pemerintah China berupa aturan ‘Satu Negara, Dua Sistem’.  Aturan itu memberikan kemungkinan untuk mempertahankan beberapa kebebasan kunci, seperti hak bersuara dan kebebasan kehakiman hingga 2047. Selama bertahun-tahun, Hong Kong berupaya menangkal pengaruh China yang semakin kuat dalam pelbagai aspek. Agak jarang kita lihat aksi protes seperti yang pernah terjadi pada Gerakan Payung pada 2014 lalu. Sungguhpun pembangunan di Hong Kong semakin bertambah, dekad 2000an menyaksikan para demonstrator memenuhi jalanraya-jalanraya di Hong Kong yang tidak berpuashati dengan pembaharuan pemerintahan Tanah Besar China.

Sasaran kemarahan mereka anataranya adalah kerana arahan kerajaan  agar ‘Pendidikan Moral dan Nasional’  yang mengaitkan sejarah komunis dan nasionalis China diajar di sekolah-sekolah. Rakyat mahukan agar beberapa perkara material mengenai pendidikan disesuaikan dengan sejarah Hong Kong.
  
Kini, pada 2019  protes besar-besaran kembali  dengan tuntutan agar  penghapusan RUU ekstradisi yang dilihat sebagai tidak adil. Sebagaimana dipetik dari The Straits Times pada Isnin 17/6/2019, banyak penggiat meramalkan bahawa Hong Kong dan China akan terus berseteru kerana pandangan politik dan tata kehidupan yang berbeza pandangan.

Sejarah Protes Di Hong Kong
Sejarah proses di Hong Kong bermula sejak akhir 2014, apabila  puluhan ribu penunjuk perasaan berkumpul di seluruh pelusuk kota Hong Kong yang dipimpin oleh mahasiswa universiti. Mereka bukan saja berarak tapi menduduki bahagian luar kompleks kerajaan bagi menuntut reformasi dan hak demokrasi termasuk hak memilih pemimpin. Demonstrasi tersebut dikenali sebagai ‘gerakan payung” kerana penunjuk perasaan menggunakan payung bagi melindungi diri dari percikan atau semburan  air dan gas pemedih mata yang digunakan polis bagi menyuraikan penunjuk perasaan.
 Seorang penunjuk perasaan berdiri di sebelah payung-payung
 pendukung demokrasi di Kompleks Kerajaan Hong Kong, 
AFP photo Dale La Rey2102014


Penunjuk perasaan  berkumpul di luar bangunan parlimen Hong Kong pada 12/6/2019. 
Mereka menghalang  pintu masuk ke pejabat pusat pemerintahan Hong Kong untuk 
memprotes RUU Ekstradisi. (AP Photo/Vincent Yu)



Protes beberapa hari tersebut memberi kesan besar dan melumpuhkan ekonomi Hong Kong. Lapangan Terbang Antarabangsa Hong kong juga diututup beberapa hari ekoran protes oleh orang awam yang berlaku. Rakyat Malaysia dikhabarkan ada yang terperangkap dalam gejolak tersebut.

So Macamana Eh?

Entah... Kami akan berlepas kira-kira jam 8am 27 Ogos.  Konsulat Besar Malaysia di Hong Kong  kata ok, Wisma Putra pun cakap ok. Dengan syarat jangan hampiri demonstrator dan jauhi kontroversi. InsyaAllah... "Rabbi Yasir wala Tu'assir, rabbi tamim bilkhair.." Moga Allah permudahkan urusan kami dan perjalanan kami.


Monday, January 19, 2015

Muzakarah Pegawai Syariah/ Pendakwa Syarie Di Jabatan Peguam Negara, Jabatan Bantuan Guaman, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri-Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, Kementerian Pembangunan Wanita, Kebajikan Dan Masyarakat Dan JAKIM Tahun 2014

Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod (Seksyen Keurusetiaan), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan Muzakarah Pegawai Syariah/ Pendakwa Syarie Di Jabatan Peguam Negara, Jabatan Bantuan Guaman, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri-Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, Kementerian Pembangunan Wanita, Kebajikan Dan Masyarakat Dan Jakim Bagi Tahun 2014 pada 2 Disember 2014 bertempat di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Program ini telah berlangsung dengan jayanya dengan dipengerusikan oleh YAA Tan Sri Dr. Ibrahim bin Lembut, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan disertai bersama oleh pegawai-pegawai Syariah di agensi tersebut.

Muzakarah yang diadakan secara berkala sebanyak 2 kali setahun ini bertujuan untuk membincangkan dan menyelaraskan isu-isu yang dibangkitkan oleh pegawai-pegawai Syariah di agensi mengenai pentadbiran kehakiman Syariah, perundangan Syariah, pembangunan sumber manusia dan sebagainya di semua peringkat perkhidmatan. Walau bagaimanapun, pada tahun ini Muzakarah ini hanya dapat dilaksanakan sekali sahaja memandangkan kekangan kewangan yang dihadapi oleh pihak JKSM. Segala ketetapan yang telah diputuskan dalam muzakarah hendaklah dipersetujui dan disepakati serta dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.

Format penganjuran program pada kali ini dimulai dengan sesi slot sebelah paginya iaitu pembentangan oleh Tuan Awang Armadajaya Bin Awang Mahmud dari Jabatan Peguam Negara berkaitan tajuk ‘Tatacara Penyampaian Proses Saman di Mahkamah’. Manakala selepas daripada itu program diteruskan dengan Ketetapan Muzakarah bagi isu-isu yang telah dibangkit oleh para peserta muzakarah. Muzakarah ini telah dengan jayanya selesai pada jam 1.00 tengahari.



ihsanhttp://www.jksm.gov.my/jksmv2/index.php?option=com_content&view=article&id=1009%3Amuzakarah-pegawai-syariah-pendakwa-syarie-di-jabatan-peguam-negara-jabatan-bantuan-guaman-pejabat-penasihat-undang-undang-negeri-negeri-jabatan-agama-islam-negeri-negeri-kementerian-pembangunan-wanita-kebajikan-dan-masyarakat-dan-jakim-bagi-tahun-20&catid=75%3Abpkr&Itemid=183&lang=bm

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...