Saturday, June 20, 2009

Menyambut Hari jadi di Ave Et Auffe

Pagi itu aku terbangun seawal jam 4.15 pagi. selepas solat subuh dan kembali membungkus diri dalam selimut yang hangat di kabin yang dikongsi dengan 4 rakan yang lain, terdengar deringan mesej dari telefon tangan yang disimpan di dalam beg sandang di penjuru katil dua tingkat kabin kami. Mesej dari ana perempuan di KL. "Happy Birthday Papa". Baru aku teringat hati ini adalah hari kelahiranku. terima kasih anak-anak kerana mengingatinya. Selepas membalas mesej tersebut, mataku tidak lelap lagi untuk tidur semula. Lantas aku bangun membasahkan diri untuk mandi dan bersiap-siap. Pagi itu di perkampungan Ave Et Auffe, Belgium, aku berjalan seorang diri meninjau hutan Eden yang terbesar di Eropah. Hutan yang cantik dan menyejukkan mata memandang. Aku tidak melepaskan peluang meneroka hutan tersebut selama lebih kurang 2 jam. Sekembalinya ke kem perkhemahan, jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Setibanya di khemah,kawan-kawan sudah menunggu dengan kopi panas, mee goreng yang dimasak se awal pagi tadi dan ramai-ramai mengucapkan "selamat hari jadi". Aku terpegun dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana mereka menghargainya.

Jam 10 pagi, Farris Holliday telah bersedia untuk membawa kami ke kota Brussel. dari kem perkhemahan Jupiler Le Roptai di perkampungan Ave Et Affe ke Brussel, perjalanan mengambil masa kurang dari 40 minit.

Kota Brussels has grown from a 10th-century fortress town founded by Charlemagne's grandson into a metropolis of more than one million inhabitants.The metropolitan area, including the outer commuter zone, covers a total area of 4,127 km2, covering the Brussels-Capital Region and 103 surrounding municipalities, and has a population of almost 2.7 million.

Since the end of the Second World War, Brussels has been an important centre for international politics. It hosts the main institutions of the European Union, and the headquarters of the North Atlantic Treaty Organization (NATO). Thus, Brussels is the polyglot home of many international organisations, politicians, diplomats and civil servants. Brussels is the EU's third-richest city in terms of per capita income.

Although historically Dutch-speaking, Brussels underwent Frenchification in the 19th and 20th centuries. Today most inhabitants are native French-speakers, although both languages have official status. This process has led to a longstanding conflict between the French and Dutch speaking community, reflecting the situation in Belgium at large.
Di Brussel banyak tempat bersejarah.hati akan terpukau melihat bangunan-bangunan lama di sini yang ada dibina sejak dari tahun 1200-1400 lagi. Tempat pertama kami singgah di bandar Brussel ialah Atomium, iaitu bangunan berbentuk molekul-molekul atom yang besar dibina sewaktu atau selepas pengembaraan ke bulan oleh Neil Armstrong.

Friday, June 19, 2009

Bermalam di Jupiler Camping Le Roptai

Dari Amsterdam, Farris Holliday membawa kami jauh beberapa jam perjalanan menuju ke Brussel, Belgium. Tidak banyak yang saya ketahui mengenai negara ini sebelum ini. Jam 5.00 petang, kami tiba di camping site Jupiler di pinggir kota Brussel. Sebelumnya, perjalanan dari holland ke Belgium yang panjang menyaksikan sepanjang jalan motorway ladang-ladang gandum dan oat yang saujana mata memandang. Hutan Eden yang luas dan dikatakan tercantik di Eropah adalah pemandangan biasa di sepanjang jalan ke Brussel. hutan ini dikatakan tempat putera-putera raja beberapa ratus tahun lalu keluar berburu. Pada musim panas, daun-daun pokok pine yang kekuningan dan kemerahan amat mengasyikan.


Di Brussel, kami menyewa kabin di Jupiler Camping Site dengan harga 15 Euro. Satu harga yang boleh dikatakan agak rendah dan murah berbanding keselesaan yang disediakan. malamnya kami tidur nyeyak se awal jam 9.00 selepas kepenatan melalui perjalanan yang panjang.




besok paginya, 8hb Jun, seawal jam 10 pagi kami mula berangkat menuju kota Brussel, ibu kota Belgium. Belgium adalah negara kecil yang berkongsi sempadan dengan Holland, German, France dan Luxembourg.Keluasannya sekitar 30,500km persegi dengan direntangi oleh dua sungai besar yang merentasi dari Selatan ke Utara negara ini, iaitu sungai Meuse dan sungai Escaut. Pada tahun 57 BC, Julius caesar, Pemerintah Roman empayer telah menguasai Gaul, the land of the Celts. Beliau kemudiannya menamakan disebelah utaranya sebagai "Belgae" dan sehingga ke hari ini ianya dikenali sebagai Belgium. Bahasa utamanya bergantung kepada tiga komunitinutama di Belgium, Dutch dituturkan di Flanders dan Brussels, France dituturkan oleh kebanyakan orang di Brussels dan Wallonia manakala bahasa German digunakan kurang dari 1% oleh populasi di utara negara tersebut.

Amsterdam yang merimaskan

puas makan ikan salmon dengan roti panggang di Volendam, kami mula bertolak perlahan-lahan dengan Farris Holiday, bas double decker yang dipandu oleh Mr Craig, lelaki welsh yang anti english menuju ke kota amsterdam. Sepanjang jalan ke kota Amsterdam terdapat rumah-rumah tradisional berbumbung tirus dengan hiasan laman dipenuhi bunga-bungaan pelbagai warna. Kebiasaannya rumah-rumah orang Belanda tertumpu disepanjang pinggir sungai atau terusan yang bersimpang siur di Belanda.Saya teringat kata-kata "seperti Belanda di Beri Tanah", ironinya dengan kenyataan ini ialah kebanyakan tanah di Negeri Belanda asalnya adalah air laut yang ditambak. Kerana itu sepanjang terusan atau pinggir laut di Belanda ada tebing tinggi yang dijadikan daik bagi menghadang air laut melimpahi daratan. Kebanyakan rumah-rumah atau daratan lebih rendah dari paras laut. Tanah-tanah ini diambil dari luar untuk ditambak dijadikan daratan dan kawasan tempat tinggal. Dikatakan tanah-tanah ini diambil dari negara-negara yang mereka jajah beberapa ratus tahun dahulu. Kerana itulah di negara Belanda, tanah daratannya adalah sama dan tidak berbukit, sungai-sungai dan terusan dibina bagi mengawal pengaliran air. Teknologi menambak laut ini telah dilaksanakan oleh orang-orang Belanda dizaman kegemilangan mereka pada tahun-tahun 1500-1700. Negara Belanda juga terkenal dengan architecturenya yang terbilang diEropah. Banyak bangunan-bangunan moden yang dibina dengan penuh seni dan mengkagumkan. tidak hairanlah kerana warisan itu telah diwarisi berkurun lamanya. Disepanjang terusan, daun-daun pokok willow yang berjuntaian mencecah air sungguh mengasyikkan dan menyejukkan mata memandang.


Tengahari lebih kurang jam 2.00 petang, iaitu selama 15 minit perjalanan dari pekan nelayan Volendam, kami tiba di kota Amsterdam. Suasana hening dan tenang sepanjang perjalanan tiba-tiba bertukar kalut, bising, sibuk dan padat dengan orang ramai. Dua suasana yang amat berbeza hanya dalam 10 minit perjalanan! Kota amsterdam sibuk dengan orang ramai yang lalu lalang, pelancung yang hilang arah, penunggang basikal yang bersimpang siur, deruman bas, kereta dan tren yang tidak berhenti-henti memenuhi jalanan kota Amsterdam menjadikan kami tiba-tiba kebingungan. Berbekalkan peta yang diberikan, kami mula meronda kota amsterdam. Kota bebas yang menjadi impian generasi muda! Apa tidaknya, sewaktu tentera Napoleon dari Perancis menguasai Belanda, mereka meluluskan regulation of prostitute, menghalalkan pelacuran. Peraturan itu kekal hingga kini sejak beratus tahun dahulu. Kerana itu selang beberapa langkah kita akan menemui kedai-kedai yang menjual barangan sex secara terbuka, majalah-majalah porno yang diletakkan dan disusun bersama majalah,buku-buku dan akhbar harian. Di tengah-tengah kota amsterdam pula terdapat satu kawasan yang dinamakan "red light" iaitu kawasan pelacuran halal yang dikunjungi oleh kereta-kereta mewah, golongan pertengahan dan golongan biasa secara terbuka. tetapi awas, menggunakan kamera tanpa berhati-hati di kawasan ini adalah tidak digalakkan.
Tidak cukup dengan itu, sebuah Muzium sex dibina dengan memaparkan gambar-gambar berkaitan dengan sex sejak tahun 1700 sehingga zaman moden.

bebasnya tanah Belanda ini adalah sesuatu diluar jangkaan saya. meskipun pernah membaca artikel-artikel mengenainya di dalam akhbar dan majalah, ianya tidaklah seperti yang disangka. kebanyakan kedai-kedai makan, kafe dan kiosk menual ganja dan marijuana secara terbuka. Dari anak-anak muda hingga lah orang tua yang lanjut usia menggulung marijuana di mana saja masa terluang. dalam keretapi, bas, pinggir jalan, sambil menunggang basikal atau motosikal atau semasa lepak di kakilima pasaraya, lelaki atau perempuan menggulung ganja atau marijuana dengan selamba. Pelancong juga banyak yang mengambil kesempatan yang terbuka!

Saya meninggalkan pusat bandar yang merimaskan menuju muzium Van gogh yang tersohor. meninjau jambatan-jambatan yang bertaburan di kota Amsterdam, melawat bangunan-bangunan lama sejak kurun 15 yang masih utuh dan kukuh dan dijadikan bangunan-bangunan kerajaan, muzium dan milik persendirian. Kekaguman saya kepada keunikan senibina orang-orang Belanda yang bertahan sehingga kini amat mengujakan.




Saya juga mengambil peluang untuk meninjau muzium lilin madame Tussaud yang terletak di hadapan dataran amsterdam yang sibuk. bayaran tiket dikenakan sebanyak 10Euro. Tidak ada banyak bezanya dengan apa yang terdapat di kota london. Puas menjengok patung lilin, kami menaiki cruisse mengelilingi kota amsterdam melalui sungai sekadar untuk menjamu mata melihat sekitar kota. Tidak banyak yang mengujakan saya di Kota Amsterdam kecuali kebebasan yang tiada batasan. Ditembok-tembok terdapat contengan "sss"(triple S). Melalui Mr Craig, lelaki Welsh yang membawa kami, ia bermaksud 'sport, sex, study'.Poster-poster di tembok batu pula banyak memaparkan gambar Charles Darwin sebagai simbol. Maka tidak hairanlah masyarakat barat hanyut terlalu jauh dalam arus kemodenan yang menjadikan mereka lupa dan hilang panduan mengenai asal manusia. Saya akui Belanda negara yang patut dilawati, tapi tak patut dicontohi. Jika anda membawa keluarga dan anak bersama, pastikan ada jawapan terhadap persoalan yang ditanya oleh mereka!

Thursday, June 18, 2009

Perkampungan Nelayan Volendam

Seawal pagi aku dah bangun dari tidur bila dikejutkan oleh bunyi riuh rendah gelak kawan-kawan yang usik mengusik sesama sendiri di dalam khemah. pagi ini 7hb Jun 2009 agak sejuk dengan cuaca yang tidak menentu. malam tadi hujan membasahi bumbung khemah. nasib baik kami tidur di dalam sleeping bag yang dibekalkan agak menghangatkan badan. Selepas membacuh kopi panas dan minum sambil menghirup udara pagi di perkampungan perkhemahan bajet di Amsterdamse Bos, kami berjalan melihat suasana sekeliling kem perkhemahan yang indah. Kem tersebut terletak lebih kurang 20Km dari bandar Amsterdam.
. Kem tersebut dikelilingi oleh sungai dan taman yang indah. Bagaimanapun kami membatalkan hasrat untuk terus bersiar-siar di kawasan tersebut kerana udara yang terlalu dingin dan sejuk. Balik ke tempat perkhemahan, jam baru menunjukkan pukul 7.30 pagi. Kami bersarapan pagi di bawah khemah besar sebelum bersiap-siap untuk memulakan perjalanan ke perkampungan nelayan yang terkenal di Belanda, iaitu pekan Volandam.

Farris Holiday yang siap sedia menunggu telah membawa kami keluar dari kem perkhemahan menuju ke tempat pertama destinasi hari tersebut, iaitu sebuah kedai membuat terompah dan cheese yang terkenal, Clog and Cheese. Di kedai tersebut, kami ditunjukkan cara-cara membuat cheese yang berbagai-bagai perisa dan demontrasi membuat terompah, sandal kayu yang terkenal di Belanda. Sebaik saja demontrasi selesai, peserta berebut-rebut membeli souveneirs untuk dibawa pulang. Kemudiannya kami dibawa ke perkampungan pertanian yang saujana mata memandang. Petani-petani menggunakan kincir angin untuk mengisar gandum dan bijiran secara tradisional yang mana sesetengah kincir angin tersebut sudah berusia ratusan tahun dan masih digunapakai oleh petani-petani Belanda walaupun terdapat kincir-kincir baru yang dibina dengan peralatan yang lebih moden dan sofistikated. Aku tidak melepaskan peluang untuk turut mengambil gambar foto di hadapan salah sebuah kincir angin tertua di Belanda.

Kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke kampung Volandam yang tidak berapa jauh dari tempat kincir angin tadi.Sepanjang jalan kelihatan rumah-rumah yang tersusun dan cantik memukau pemandangan. Kawasan yang bersih dan dijaga rapi dengan deretan rumah banglo dibina di sepanjang sungai dan terusan di Negeri Belanda. Apa yang mengasyikkan ialah pemandangan deretan rumah-rumah kampung yang indah dan kemas dengan daun-daun pokok-pokok willow yang mencecah air ditepi sungai-sungai dan terusan amat memukau.

Kami tiba dipekan volandam lebih kurang jam 12 tengahari. Volendam ialah sebuah pekan lama perkampungan nelayan yang menjadi kemestian semua pelancong yang datang ke belanda.Semua jenis bot, kapal layar dan perahu pelbagai jenis termasuk yang lama dan baru ada terdapat dipelabuhan pekan ini. terdapat 3 deretan kedai yang menjual pelbagai masakan dan makanan laut yang lazat dan enak disini. Asap ikan salmon goreng yang dimasak panas-panas menusuk hidung di setiap ruang pekan Volendam. Kami tidak melepaskan peluang untuk sama-sama merasai keenakan ikan salmon goreng yang dimakan bersama roti panggang.Enak. Disini juga terdapat gadis-gadis yang berpakaian tradisional Belanda yang mencari rezeki dengan mengambil gambar photo bersama pelancong. mereka mengenakan bayaran lebih kurang 10euro untuk setiap keping gambar dengan berpakaian tradisonal yang lengkap. Kedai-kedai cenderahati juga agak banyak disepanjang pekan yang menjulur selari dengan pelabuhan. Dari pelabuhan, kita boleh menyeberang merentasi laut Zuider atau menggunakan jalan darat untuk perjalanan ke Marken, sebuah lagi bandar berdekatan dengan Volendam yang asalnya sebuah pulau yang ditambak menjadi daratan.

Wednesday, June 17, 2009

Tiba di kem perkhemahan Amsterdamse Bos

Selepas melalui perjalanan yang memenatkan selama 4 jam dari pekan Callaise ke Strassbourg di Perancis, merentasi sempadan belgium dan memasuki bumi Holland,kami tiba di pinggir bandar amsterdam lebih kurang jam 7 petang. Sebelum tu, sempadan negara-negara Eropah barat ni tak ada pegawai imigresen atau polis yang menunggu. Sempadannya hanya dibatasi oleh sekeping papan tanda di tepi motor way sahaja. Semua penduduk di sekitar Eropah yang bernaung di bawah EU boleh keluar masuk tanpa menggunakan passport atau visa antara satu sama lain melalui peraturan EU.Matawang yang mereka pakai ialah Euro. Masa aku tiba tu, nilai Euro agak kukuh sikit berbanding Pound yang semakin menjunam jatuh. Di Amsterdam, Farris Holiday membelok ke sebelah kanan jalan dan menyusur keluar dari Motorway lebih kurang 20 km dari kota Amsterdam. Kami menuju ke Pekan Aalsmeer, iaitu jalan yang sama menghala ke airpot Schiphol, salah satu lapangan terbang yang terbesar dan termoden di Eropah yang dilengkapi dengan komplek beli belah, hotel serta rangkaian stesyen keretapi yang canggih di Amsterdam. beberapa minit perjalanan dari lapangan terbang Schipol, farris Holiday melalui beberapa jambatan gantung. Jambatan tersebut akan dinaikkan bagi memberi laluan kepada bot-bot yang melalui terusan di sepanjang sungai atau terusan di negeri Belanda. Di belanda, sebahagian besar tanahnya adalah diliputi oleh air. Orang Belanda menggunakan teknologi mereka untuk membina daik dan menambak tanah-tanah di pinggir laut untuk dijadikan penempatan. Kerana itu dapat dilihat tanah-tanah di tepi pantai lebih tinggi daripada tanah tempat didirikan rumah. Beberapa kawasan di Belanda seperti pekan Marken adalah asalnya sebuah pulau yang ditambak menjadikan satu dataran yang indah dan tersusun. Kerana itulah terusan-terusan di Belanda kelihatan tersusun dan saliran yang baik, kerana kebanyakannya adalah terusan atau sungai-sungai yang dibina sendiri oleh orang Belanda sejak beberapa ratus tahun dahulu.

balik kepada journey kami, setibanya kami di pekan aalsmer, bas farris Holliday membelok masuk ke camping site yang bernama Het Amsterdamse Bos. satu kawasan perkhemahan bajet rendah yang dilengkapi kabin dan pelbagai kemudahan. Sebaik bas berhenti dan menurunkan barang, aku siap memasang khemah untu tidur dan khemah untuk menyediakan tempat memasak bagi semua anggota rombongan. Dengan bantuan semua peserta, urusan memasang khemah-khemah tersebut hanya memakan masa yang singkat. Sebelum menjelang maghrib, jam 9.00 kami sudah siap untuk makan malam. makan malam bermula jam 9.30. Sebenarnya masih belum masuk waktu maghrib. Maghrib di Holland lebih kurang jam 9.50 malam. selepas makan, hari sudah beransur gelap. kami solat berjemaah dan terus masuk khemah untuk tidur kerana kepenatan sepanjang hari perjalanan, iaitu 5 jam dari london ke Perancis, dan 4 jam perjalanan dari Perancis ke Holland. Dalam khemah, aku tak sempat nak rancangkan sesuatu untuk esok,kerana terus terlelap dan tersedar semula jam 3.45 pagi, setelah dikejutkan oleh kawan-kawan untuk bangun mengerjakan solat subuh!





Melancong ke Eropah


Pagi rabu 4hb Jun 2009, pengetua kolej prof Abdul Ali Hamid memaklumkan pihak kolej memberi pelepasan kepada grup kami untuk melancung atau mengadakan trip ke Eropah. justifikasinya ialah bagi mendekati dan memahami budaya serta cara hidup masyarakat barat. Mulanya kami agak ragu juga untuk menyertai trip tersebut, tetapi memikirkan peluang tidak selalunya hadir, kami mengadakan mesyuarat ringkat yang dipengerusikan oleh aku sendiri di TVU Hall, Brentford. Kata sepakat dicapai dan kami akan menyertai trip tersebut. How about our class? itu tugas aku untuk dirundingkan dengan ketua penyelaras, Mr Shahwiqar Shahin, seorang pemuda Pakistan yang sudah lama berkhidmat di kolej tersebut. Besoknya aku mendapat pengesahan dari Shah dan agensi yang akan membawa kami ke Eropah ialah KelanaKonvoy.UK. Pengurusnya adalah orang Melayu berasal dari Balakong Kajang. Graduate dari London University dan berkelana lebih 17 tahun di bumi UK.
Selepas membayar deposit dan mengesahkan penyertaan, kami kembali berkumpul di Thames Valley University di hadapan hall besar. Jam 7.30 pagi 6hb Jun kami mula bergerak dengan memikul bagasi masing-masing.Pagi tadi aku tersedar lewat sikit. So, aku sumbat je pakaian yang difikirkan patut dan pikul beg sandang. Setibanya di Tvu HALL, 14 peserta lain telah lama berkumpul menunggu aku. kami berjalan menuju hentian bas di West west brentford Commerce Road untuk mengambil train melalui laluan Picadilly line di steseyen Boston Manor. dari Boston manor, Brentford kami menuju ke Hollborn. Setibanya di Holborn lebih kurang jam 7.45 pagi, kami menukar perjalanan dengan mengambil keretapi central line menuju ke Marble Arch, tengah kota London. dari stesyen Marble Arc, kami berjalan kaki lebih kurang 15 minit ke park lane untuk menunggu bas yang disediakan oleh Kelanakonvoy.Uk. Setibanya disana hari masih awal dan bas belum lagi tiba. Bersama-sama kami ialah satu grup Singaporean, satu family indonesian yang bernama bapak Herman, satu grup dari New Straits times dan bebrapa student sekitar UK. Hari pula agak sejuk dan berhujan. masa tu cakap pun keluar asap... cayalah..

Bas Farris Holliday double decker yang membawa kami mula bertolak lebih kurang jam 8.45 pagi setelah semua bagasi dimasukkan ke dalam perut bas. Aku mengambil tempat duduk paling belakang. Bas Farris Holliday yang dipandu oleh En Craig Willson, seorang Welsh yang anti dengan English mula melewati jalan dari kota London menuju ke Dover, England, sempadan Perancis. Sepanjang perjalanan aku sempat melihat hotel Dochester di Kinsington road, milik sultan Brunei, salah sebuah hotel mewah di tengah-tengah kota london. Perjalanan kami agak meletihkan dan mengambil masa selama hampir 5 jam sebelum sampai di Dover. setibanya di Dover, kami berhenti rehat selama 30 minit sebelum mengambil peluang menaiki chanel tunnel. Keretapi bawah tanah merentasi selat inggeris. Takjubnya aku bila bas double decker menyusup masuk ke dalam train dan train pula bawa bas merentasi selat melalui terowong keretapi bawah tanah. memang la Mat Salleh ni teknologinya agak tinggi. Gambar Farris Holliday 2 tingkat masuk keretapi tu aku tak sempat nak ambik, tapi ada aku rakamkan gambar lakarannya. perjalanan melalu tunnel mengambil masa selama 35 minit sahaja berbanding melalui feri selama 2 -3 jam. Kami tiba di seberang selat inggeris dan mula memasuki pekan Calaise di Perancis lebih kurang jam 2.00 petang. alhamdulillah, pihak imigresyen perancis mahupun England tidak membuat apa-apa checking, so kami boleh melepasi sempadan dengan mudah.


Dari pekan callaise kami menuju ke strassbourg dan seterusnya memasuki sempadan beligium an Netherland. Di pekan strassbourg, Farris holliday berhenti untuk mengisi minyak, rehat dan makan tengahari. Aku mengambil kesempatan utk menunaikan solat di tengah padang yang kelilingnya adalah ladang gandum yang menghijau. Tak sangka pulak aku di Eropah ni aku ingat negara mereka ialah negara industri, dalam fikiranku sudah tentunya kilang-kilang dan bangunan besar di sepanjang jalan, sebaliknya tak ada satu pun bangunan besar sepanjang jalan dari pekan callaise ke Strassbourg di perancis, kalau ada pun bangunan lama yang sudah beratus tahun. Sepanjang motorway (highway) hanyalah pemandangan ladang gandum, anggur, oat, sayur-sayur seperti kacang, strawberi dan sebagainya yang menghijau. Luasnya sayup mata memandang. Mak datuk, orang Perancis rupanya ramai juga petani...kalah sawah padi di kampung mulong atau kat Alor Star di kedah. dia punya ladang 20 kali ganda lebih luas dari tanah sawah kita. Petani mereka setengahnya lebih kaya dari bussinesman yang berjaya. Di London misalnya, pemilik pasaraya terbesar, wait adalah berasal dari petani di england.Pemandangan yang sama dilihat sepanjang jalan di belgium hinggalah netherland. Semuanya ladang-ladang pertanian yang luas. Khabarnya pelajar-pelajar kita bila cuti semester musim panas, mereka tak nak balik kampung, tapi bekerja di ladang-ladang ini dengan gaji yang lumayan. pelajar-pelajar dari Mesir dan Jordan juga akan memenuhi ladang-ladang ini sebagai buruh sepanjang cuti musim panas bagi mengumpul wang untuk menambah duit saku mereka. kerja diladang,majikan akan bagi makan free, tempat tinggal percuma dan banyak kelebihan lain berbanding di restoran atau di kilang-kilang.Kalau korang nak tahu pemandangan disepanjang jalan tripkami ke eropah ni, sebijik macam wall paper Windows Xp yang ada kat komputer kita...

di kaki gunung Jungfrau, switzerland

Tuesday, June 16, 2009

Menjejak Kaki di Trafalgar Square: Taman Tanpa Tanaman






Jam baru menunjukkan pukul 3 petang waktu UK. peserta delegasi merengek minta aku bersetuju benarkan mereka habiskan masa petang jumaat 5hb Jun ini dihabiskan dengan menikmati pemandangan di Kota London. nak tak nak aku bersetuju juga untuk benarkan semua peserta lepak kat tengah-tengah kota London hari tu. Balik hostel pun tak ada kerja yang bleh dibuat. Aku juga teringin nak tengok Trafalgar Square. Itu hari sebelum aku datang London, ada aku terbaca berita yang Trafalgar Square ini diliputi salji akibat perubahan ozon yang mendadak. Nak tengok juga rasanya keadaan Trafalgar square yang sebelum ni hanya aku dengar dari cerita kawan-kawan saja, khususnya abang Rashid, bekas jiran aku yang sering sebut pasal tempat ni. So, aku pun ajak semua delegasi malaysia tu serbu Trafalgar Square. sampai je tempat tu, aku panik bila tengok 14 orang peserta yang bersama aku tu dah hilang, rupa-rupanya mereka tengah syok ambil gambar,langsung tak pedulikan aku lagi. Aku pulak sorang-sorang, tak ada yang nak tolong ambilkan gambar. So aku ambil lah gambar-gambar bangunan, statue dan mat saleh-mat saleh yang bengong macam aku juga, dia orang tu pun lebih dashyat lagi, nama je mat saleh, tapi macam tak pernah tengok trafalgar square....

Hari-hari pertama saya di London dan tentu juga hari-hari mendatang, entah mengapa, kerap terkenangkan tempat ini. Atau memang tak lengkap apabila tak menjejakinya. sebagai orang yang baru bersua dengan sebuah peradaban tua. Trafalgar Square adalah pusat kota London, juga landmark kota ini, begitu juga parlimen dengan jam besarnya yang terkenal: Big Ben.

Lokasinya di hujung jalan besar Whitehall, pusat pemerintahan Inggeris, selari dengan Downing Street. Sekali imbas Trafalgar hanyalah sebuah pelataran depan National Gallery, muzium megah yang menyimpan peradaban tinggi kota ini. Mercutanda sebuah tugu Corinthia setinggi 53 meter, yang menjadi alas berdiri bagi patung Lord Nelson di puncaknya. Statue Lord Nelson yang ditampilkan amat kelihatan perkasa memegang pedang, adalah kebanggaan rakyat Inggeris, atas kepahlawananya memimpin angkatan laut melawan tentara Napoleon tahun 1805.

Di kaki tugu ini, empat patung singa berukuran raksasa yang dibangun Sir Edward Landseer di tahun 1867. Singa-singa tembaga ini seolah-olah seperti penjaga bagi tugu Nelson , dan di dataran Trafalgar, dua kolam berbentuk teratai yang dibangun di tahun 1939, menjadi pelengkap kepada Dataran Trafalgar.

Selebihnya adalah dataran kosong dari beton yang kukuh tapi apik. Duduk di anak tangga menuju National Gallery, Trafalgar menjadi tempat yang terbaik untuk menikmati riuhnya kota London. Bas-bas merah double decker yang menjadi ciri khas kota ini melintas dari arah Northumberland Avenue menuju Whitehall atau Cockspur Street.

Orang ramai tidak putus-putus memenuhi dataran, pelancong sibuk mengambil gambar foto dan bangunan-bangunan lama, manakala burung-burung merpati beterbangan melewati anak-anak muda yang memadu kasih disetiap sudut dataran.

Sekeliling Trafalgar adalah wajah asli kota London. Ada gereja St Martin-in-the-Fields, dan kedai-kedai cenderamata. Semuanya kelihatan indah, meminjam kata arungtarik di dalam blognya, tamilebang.blogspot.com2003, “seperti makanan ringan bagi jiwa yang tandus. Entah berapa banyak kisah yang terjalin di Trafalgar, taman tanpa tanaman, tapi sejuk dengan embusan angin dinginnya yang menusuk kulit.”

Visit Regents Park London






Balik dari Muslim Cultural Centre London, Kami memilih untuk berjalan kaki sambil menghirup udara segar di Regents Park London. Di kota London ini, banyak taman-taman disediakan oleh perbandaran bagi tujuan rakyatnya bereakrasi dan berehat. Hari tu agak dingin dan berangin sikit, so tak ramailah orang lepak seperti mana selalu.pemandangan di Regents Park agak tenang dan menyejukkan mata memandang. terdapat pelbagai spesis burung di taman ini yang dikawal habitatnya. ditengah-tengah taman ini terdapat satu tasik yang besar untuk rakyat inggeris berekreasi dengan disertakan pelbagai kemudahan seperti kedai makan, sampan, kenu, kayak dan bot kuasa ringan. terdapat juga kerusi-kerusi panjang selalunya tempat warga tua dan kakitangan kerajaan melepak sambilmembaca akhbar selepas pulang dari pejabat.

Lawatan Ke Muslim Cultural Centre London





Hari Jumaat 5hb Jun 2009, pagi-pagi lagi aku mengetuai rombongan delegasi untuk kunjungan hormat bertemu Pengarah Muslim Cultural Centre di Regent Park london.Kami bertolak dari tempat penginapan di TVU (Thames Valley University) di Brentford Street menuju ke Stesyen tube Boston Manor. Dari Boston Manor kami bergerak ke Acton Town dan menukar haluan perjalanan keretapi menuju ke Regent Park London. Lebih kurang 15 minit berjalan kaki, kami tiba di ibu pejabat Muslim Cultural Centre yang dilengkapi dengan kompleks yang terdiri dari pejabat pentadbiran British Muslim Council, sebuah library besar yang menghimpunkan buku-buku rujukan dari seluruh dunia dan masjid utama ditengah-tengah kota London.

Kami telah disambut mesra oleh Pegawai Muslim Cultural Centre, En Khalid Sadeeq dan dibawa ke bilik mesyuarat. Satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah MCC En Fazleh Ali bagi pihak Pengarah MCC, Dr Ahmad Dubyan, yang mana agak sibuk pada hari tersebut kerana akan mengendalikan imam solat jumaat di kompleks berkenaan. Sebagai Ketua Delegasi, aku mengambil kesempatan bertukar-tukar fikiran dan mengajukan beberapa soalan dalan sesi percambahan fikiran dengan pihak MCC.Sepanjang sesi taklimat tersebut, khusyuk juga aku dengar penerangan dari Dr Fazleh Ali. Aku juga berpeluang memberikan sedikit ucapan ringkas bagi pihak kerajaan Malaysia dan kami bertukar-tukar cenderamata.

Majlis bersurai lebih kurang jam 12.20 tengehari dan kami bersiap untuk menunaikan solat di masjid utama di tengah-tengah kota london ini. selesai solat sempat juga aku bergambar kenangan dengan awak-awak yang lain di pekarangan masjid Regents Park of London yang tersohor itu.

welcoming meal




Pada 2hb Jun 2009 lalu kehadiran kami ke bumi London telah diraikan oleh Principal Of muslim College London Prof Dr Abdul Ali Hamid. Rombongan delagasi seramai 15 orang yang diketuai oleh Ambo sendiri telah dirai dengan sedikit jamuan makan tengahari 'welcoming meal'. Sedikit ucapan pengenalan dan ramah mesra oleh Tuan Prinsipal College dan kami menjamu selera dengan makanan Malaysia yang ditempah khas oleh Pihak College. Tukang masaknya ialah En Azhar, orang kuala Pilah. Khabarnya sudah hampir 15 tahun mencari rezeki di bumi London. Beliau juga sering mendapat tempahan dari Malaysian Student Department dan Malaysia High Commision di London. Selain itu katanya dia pernah menyediakan makanan untuk tetamu Malaysia bagi satu majlis keraian di Istana Buckingham, London.Boleh tahan juga masakannya, hilanglah sikit rindu pada tanahair terutamanya bila teringatkan ikan singgang dan ikan kukus goreng yang sentiasa dimasak oleh isteri tercinta.

Welcoming meal ini adalah sebagai salam perkenalan dari pihak kolej khusus untuk meraikan delegasi yang diketuai oleh YA Mohd nadzri bagi sesi 2009. Kami sempat berbual mesra dengan pengetua kolej dan tenaga pengajar serta saling bertukar-tukar pandangan. Khabarnya kos yang ditanggung oleh kerajaan malaysia bagi kursus ini cukup untuk menampung perbelanjaan kolej selama setahun! Patutlah mereka sambut dan rai kami bagai nak rak. Bagaimanapun kerjasama yang diberikan oleh pihak kolej kepada kami amat mengharukan. Mereka bersungguh-sungguh untuk mengembirakan kami dan menghormati delegasi Malaysia sejak 15 tahun yang lalu. Khabarnya juga, mereka jarang sekali meraikan tetamu yang datang belajar ke Kolej ini selain peserta dari Malaysia. Menurut Prinsipal Muslim College, Dr Abdul Ali Hamid, keadaan ini kerana wujudnya pertalian yang lama sejak dari Bekas Pengetua Allahyarham Dr Baidawi yang begitu menghormati peserta-peserta yang komited dari malaysia. Apa pun, besoknya, 3hb Jun 2009, kami akan hadir lagi ke kolej ini dan memulakan sesi pengajian short course selama 3 bulan. Waa... belajar lagi ambo...

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...