Wednesday, June 17, 2009
Melancong ke Eropah
Pagi rabu 4hb Jun 2009, pengetua kolej prof Abdul Ali Hamid memaklumkan pihak kolej memberi pelepasan kepada grup kami untuk melancung atau mengadakan trip ke Eropah. justifikasinya ialah bagi mendekati dan memahami budaya serta cara hidup masyarakat barat. Mulanya kami agak ragu juga untuk menyertai trip tersebut, tetapi memikirkan peluang tidak selalunya hadir, kami mengadakan mesyuarat ringkat yang dipengerusikan oleh aku sendiri di TVU Hall, Brentford. Kata sepakat dicapai dan kami akan menyertai trip tersebut. How about our class? itu tugas aku untuk dirundingkan dengan ketua penyelaras, Mr Shahwiqar Shahin, seorang pemuda Pakistan yang sudah lama berkhidmat di kolej tersebut. Besoknya aku mendapat pengesahan dari Shah dan agensi yang akan membawa kami ke Eropah ialah KelanaKonvoy.UK. Pengurusnya adalah orang Melayu berasal dari Balakong Kajang. Graduate dari London University dan berkelana lebih 17 tahun di bumi UK.
Selepas membayar deposit dan mengesahkan penyertaan, kami kembali berkumpul di Thames Valley University di hadapan hall besar. Jam 7.30 pagi 6hb Jun kami mula bergerak dengan memikul bagasi masing-masing.Pagi tadi aku tersedar lewat sikit. So, aku sumbat je pakaian yang difikirkan patut dan pikul beg sandang. Setibanya di Tvu HALL, 14 peserta lain telah lama berkumpul menunggu aku. kami berjalan menuju hentian bas di West west brentford Commerce Road untuk mengambil train melalui laluan Picadilly line di steseyen Boston Manor. dari Boston manor, Brentford kami menuju ke Hollborn. Setibanya di Holborn lebih kurang jam 7.45 pagi, kami menukar perjalanan dengan mengambil keretapi central line menuju ke Marble Arch, tengah kota London. dari stesyen Marble Arc, kami berjalan kaki lebih kurang 15 minit ke park lane untuk menunggu bas yang disediakan oleh Kelanakonvoy.Uk. Setibanya disana hari masih awal dan bas belum lagi tiba. Bersama-sama kami ialah satu grup Singaporean, satu family indonesian yang bernama bapak Herman, satu grup dari New Straits times dan bebrapa student sekitar UK. Hari pula agak sejuk dan berhujan. masa tu cakap pun keluar asap... cayalah..
Bas Farris Holliday double decker yang membawa kami mula bertolak lebih kurang jam 8.45 pagi setelah semua bagasi dimasukkan ke dalam perut bas. Aku mengambil tempat duduk paling belakang. Bas Farris Holliday yang dipandu oleh En Craig Willson, seorang Welsh yang anti dengan English mula melewati jalan dari kota London menuju ke Dover, England, sempadan Perancis. Sepanjang perjalanan aku sempat melihat hotel Dochester di Kinsington road, milik sultan Brunei, salah sebuah hotel mewah di tengah-tengah kota london. Perjalanan kami agak meletihkan dan mengambil masa selama hampir 5 jam sebelum sampai di Dover. setibanya di Dover, kami berhenti rehat selama 30 minit sebelum mengambil peluang menaiki chanel tunnel. Keretapi bawah tanah merentasi selat inggeris. Takjubnya aku bila bas double decker menyusup masuk ke dalam train dan train pula bawa bas merentasi selat melalui terowong keretapi bawah tanah. memang la Mat Salleh ni teknologinya agak tinggi. Gambar Farris Holliday 2 tingkat masuk keretapi tu aku tak sempat nak ambik, tapi ada aku rakamkan gambar lakarannya. perjalanan melalu tunnel mengambil masa selama 35 minit sahaja berbanding melalui feri selama 2 -3 jam. Kami tiba di seberang selat inggeris dan mula memasuki pekan Calaise di Perancis lebih kurang jam 2.00 petang. alhamdulillah, pihak imigresyen perancis mahupun England tidak membuat apa-apa checking, so kami boleh melepasi sempadan dengan mudah.
Dari pekan callaise kami menuju ke strassbourg dan seterusnya memasuki sempadan beligium an Netherland. Di pekan strassbourg, Farris holliday berhenti untuk mengisi minyak, rehat dan makan tengahari. Aku mengambil kesempatan utk menunaikan solat di tengah padang yang kelilingnya adalah ladang gandum yang menghijau. Tak sangka pulak aku di Eropah ni aku ingat negara mereka ialah negara industri, dalam fikiranku sudah tentunya kilang-kilang dan bangunan besar di sepanjang jalan, sebaliknya tak ada satu pun bangunan besar sepanjang jalan dari pekan callaise ke Strassbourg di perancis, kalau ada pun bangunan lama yang sudah beratus tahun. Sepanjang motorway (highway) hanyalah pemandangan ladang gandum, anggur, oat, sayur-sayur seperti kacang, strawberi dan sebagainya yang menghijau. Luasnya sayup mata memandang. Mak datuk, orang Perancis rupanya ramai juga petani...kalah sawah padi di kampung mulong atau kat Alor Star di kedah. dia punya ladang 20 kali ganda lebih luas dari tanah sawah kita. Petani mereka setengahnya lebih kaya dari bussinesman yang berjaya. Di London misalnya, pemilik pasaraya terbesar, wait adalah berasal dari petani di england.Pemandangan yang sama dilihat sepanjang jalan di belgium hinggalah netherland. Semuanya ladang-ladang pertanian yang luas. Khabarnya pelajar-pelajar kita bila cuti semester musim panas, mereka tak nak balik kampung, tapi bekerja di ladang-ladang ini dengan gaji yang lumayan. pelajar-pelajar dari Mesir dan Jordan juga akan memenuhi ladang-ladang ini sebagai buruh sepanjang cuti musim panas bagi mengumpul wang untuk menambah duit saku mereka. kerja diladang,majikan akan bagi makan free, tempat tinggal percuma dan banyak kelebihan lain berbanding di restoran atau di kilang-kilang.Kalau korang nak tahu pemandangan disepanjang jalan tripkami ke eropah ni, sebijik macam wall paper Windows Xp yang ada kat komputer kita...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah
Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...
-
White-rumped Shama From Wikipedia, the free encyclopedia Jump to: navigation, search White-rumped Shama Male White-rumped Shama Male White-r...
-
Keliling bandar Melaka menaiki beca adalah satu pengalaman yang menyeronokkan! itulah luahan suara anak-anak. Mereka melihat beca sebagai ...
No comments:
Post a Comment