Tuesday, June 16, 2009
welcoming meal
Pada 2hb Jun 2009 lalu kehadiran kami ke bumi London telah diraikan oleh Principal Of muslim College London Prof Dr Abdul Ali Hamid. Rombongan delagasi seramai 15 orang yang diketuai oleh Ambo sendiri telah dirai dengan sedikit jamuan makan tengahari 'welcoming meal'. Sedikit ucapan pengenalan dan ramah mesra oleh Tuan Prinsipal College dan kami menjamu selera dengan makanan Malaysia yang ditempah khas oleh Pihak College. Tukang masaknya ialah En Azhar, orang kuala Pilah. Khabarnya sudah hampir 15 tahun mencari rezeki di bumi London. Beliau juga sering mendapat tempahan dari Malaysian Student Department dan Malaysia High Commision di London. Selain itu katanya dia pernah menyediakan makanan untuk tetamu Malaysia bagi satu majlis keraian di Istana Buckingham, London.Boleh tahan juga masakannya, hilanglah sikit rindu pada tanahair terutamanya bila teringatkan ikan singgang dan ikan kukus goreng yang sentiasa dimasak oleh isteri tercinta.
Welcoming meal ini adalah sebagai salam perkenalan dari pihak kolej khusus untuk meraikan delegasi yang diketuai oleh YA Mohd nadzri bagi sesi 2009. Kami sempat berbual mesra dengan pengetua kolej dan tenaga pengajar serta saling bertukar-tukar pandangan. Khabarnya kos yang ditanggung oleh kerajaan malaysia bagi kursus ini cukup untuk menampung perbelanjaan kolej selama setahun! Patutlah mereka sambut dan rai kami bagai nak rak. Bagaimanapun kerjasama yang diberikan oleh pihak kolej kepada kami amat mengharukan. Mereka bersungguh-sungguh untuk mengembirakan kami dan menghormati delegasi Malaysia sejak 15 tahun yang lalu. Khabarnya juga, mereka jarang sekali meraikan tetamu yang datang belajar ke Kolej ini selain peserta dari Malaysia. Menurut Prinsipal Muslim College, Dr Abdul Ali Hamid, keadaan ini kerana wujudnya pertalian yang lama sejak dari Bekas Pengetua Allahyarham Dr Baidawi yang begitu menghormati peserta-peserta yang komited dari malaysia. Apa pun, besoknya, 3hb Jun 2009, kami akan hadir lagi ke kolej ini dan memulakan sesi pengajian short course selama 3 bulan. Waa... belajar lagi ambo...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah
Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...
-
White-rumped Shama From Wikipedia, the free encyclopedia Jump to: navigation, search White-rumped Shama Male White-rumped Shama Male White-r...
-
Keliling bandar Melaka menaiki beca adalah satu pengalaman yang menyeronokkan! itulah luahan suara anak-anak. Mereka melihat beca sebagai ...
No comments:
Post a Comment