Sunday, July 5, 2009

Islam 1000 tahun di Britain!

Mungkin Ramai dari kita berpendapat bahawa komuniti Muslim di Inggeris pada hari ini merupakan hasil migrasi pasca perang, sebahagiannya mungkin adalah benar. Dan saya juga pada asalnya berpendapat sedemikian. Tetapi, suatu ceramah yang disampaikan oleh Muhammad Siddique Seddon dari Islamic Foundation semasa minggu ‘The Islam Awareness Week’ – iaitu program tahunan yang dianjurkan oleh masyarakat Islam tempatan yang bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pemahaman Islam di seluruh united Kingdom bertajuk " Seribu tahun Islam di Britain" amat mengujakan saya. Ceramah tersebut telah disalin dalam bentuk teks oleh Farrukh I. Younuss dan saya rasa sangat sesuai untuk dikongsikan bersama dalam blog ini.

Bayangkan , seribu tahun Islam di Britain! Sesunguhnya pernyataan ini agak melampau dan kabur serta meragukan, namun jelas bahawa terdapat pengaruh Islam yang besar di negara ini selama lebih dari satu milenium, sebuah warisan budaya yang dimiliki tidak hanya untuk kebanyakan golongan arab dan Pakistani generasi kedua British Muslim seperti Mohammed Siddique sendiri, tetapi juga "native" atau penduduk asal Britain yang perlu melihat kembali salur ginealogy generasi mereka di pulau ini.


Dalam ucapan Muhammad Siddique pada 27 November 2005 tersebut, Bukti atau petunjuk pertama pengaruh Islam adalah semasa di bawah pemerintahan King Offa dari Mercia, bangsawan Anglo Saxon- yang kaya raya , iaitu raja yang memerintah Selatan England pada tahun 757 sehingga 796M atau akhir abad ke-8 M. Baginda terkenal sebagai orang yang membina daik, tembok besar yang dibangunkan bagi memisahkan England dari Wales satu ketika dulu. Beliau adalah Raja England yang berkuasa sezaman dengan dinasti Abbasiyah di Timur, seorang penganut Kristian tetapi tidak sehaluan dengan gereja.


King Offa menggunakan wang syiling emas dengan menggunakan standard Islam waktu itu. Di satu sisi kepingan wang emas tersebut ada tercatat " La ila ha Illa llah” Manakala di sebelah lagi tertulis "Offa Rex" (King Offa) dan “Muhammad Rasulullah”.
Terdapat beberapa teori tentang syiling tersebut: antaranya ialah keperluan untuk menyesuaikan keadaan dengan kerajaan Muslim yang menguasai perdagangan dunia waktu itu dan mungkin juga untuk kemudahan urusan perdagangan dengan pedagang-pedagang Islam. Apa pun teori mengenainya, King Offa melakukannya secara sukarela dengan menjadikan syiling emas itu sebagai satu perakuan baginda kepada kepercayaan satu Tuhan, sesuatu yang sangat bertentangan dengan kepercayaan Triniti Kristian dimana Pope adalah otoriti yang tertinggi. Kemungkinan juga dia telah menerima Islam. Apapun hipotesisnya, fakta yang tidak dapat ditolak adalah wang logam tersebut menunjukkan satu tanda aras yang paling kuat bahawa raja-raja Inggeris satu ketika dulu mempunyai kaitan yang rapat dengan Islam dan testimony itu terdapat di wang syiling tersebut!



Pada akhir abad ke 9 dan 10M, satu anomali lain juga telah ditemui: Ballycottin Cross. Ditemui di sebelah selatan pantai Ireland, ia adalah brooch dalam bentuk symmetrical cross yang mana-ditengahnya tertulis dengan huruf kaca "Dengan nama Allah.(Bismillahirrahmani rrahim)"., Siapa yang membuatnya? Ianya milik siapa? Bagaimana ia berada di sana? Apa yang mempengaruhi pemiliknya untuk memiliki barangan tersebut sedangkan ianya bertentangan dengan kepercayaan kristian otordox waktu itu ? Persoalan-persoalan tersebut meninggalkan ruang yang tidak pernah dijawab sama ada oleh pengkaji Muslim mahu pun British. Atau pun mungkin mereka sengaja enggan untuk mengkajinya.


Dua abad kemudian,iaitu di abad ke 12, adik lelaki kepada Richard The lion Heart, iaitu King John, dilaporkan mengadakan satu hubungan diplomatik secara sulit dengan kerajaan Islam, iaitu sesuatu yang jarang dilakukan sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan barat zaman itu. Selepas berlakunya pertelingkahan dengan Pope Innocent III, King John kemudiannya disisihkan dari istana dan gereja. King John kemudiannya membuat perhubungan lanjut secara diplomatik dengan kerajaan Islam di Afrika Utara bila baginda mengirimkan utusan atau wakil iaitu Mathew Paris kepada pemerintah Muslim, Muhammad An-Nashr. King John kemudiannya ditawarkan untuk memeluk Islam. King John kemudiannya bersedia untuk menyerahkan dirinya dan kerajaannya kepada aturan Islam di bawah satu syarat: An-Nasr hendaklah mengirim angkatan tentara Muslim untuk membantu baginda menentang Raja katholik of Aragon di sepanyol. bagaimanapun permintaan tersebut ditolak oleh al-Nashr, tapi cuba anda bayangkan bagaimana kehidupan yang mungkin berbeza jika al-Nasr menerima tawaran dari King John tersebut.

Pada masa yang sama, iaitu akhir abad ke 12, paderi dan Templar Knight yang terkenal, Robert of St Albans, yang mengembara ke Jurusalem dengan misi mengembangkan kristian dan ingin menakluki kota suci tersebut serta merampasnya kembali dari orang-orang Islam yang dikatakan sebagai ganas atau kejam (savage), bagaimanapun apa yang ditemuinya di Jerusalem ialah nilai-nilai luhur warisan budaya Islam yang kaya dengan peradabannya. Keadaan ini bukan hanya menyebabkan dia tertarik dengan keindahan islam serta memeluk Islam tetapi juga turut berkahwin dengan wanita Islam, malah isterinya itu adalah cucu kepada seorang pejuang Muslim yang terkenal, iaitu Salah Ad-Din Al-Ayyubi (Saladin).

Beberapa abad kemudian, John Ward, seorang ahli pelayaran British yang terkenal,(beliau juga dikatakan sebagai seorang lanun) yang hidup pada akhir abad 16. Ketika itu Umat Islam mempunyai peradaban dan tamadun yang tinggi dalam ilmu pengetahuan dan kekayaan, di mana kota-kota seperti Baghdad dan Damsyik seperti mana London atau New York pada hari ini. Dicatatkan bahawa seorang wakil (duta) Inggeris telah datang ke Algeria waktu itu, iaitu , William Lithgow. Beliau telah mengunjungi John Ward, ahli pelayaran British tersebut yang telah memeluk Islam. William Lithgow amat terkejut apabila mendapati kehidupan John Ward, lanun yang menjadi pelarian dari kerajaan Inggeris itu mempunyai kehidupan yang jauh lebih tinggi dan lebih baik dari beliau sendiri, seorang duta Inggeris! Catatan juga menunjukkan bahawa terdapat sekitar 15.000 orang yang memeluk Islam dan tinggal di Algeria pada waktu itu.


Pada abad ke-17 pula, catatan mendapati Dr Henry Stubbe, , seorang teologi yang menguasi Bahasa Latin, Yunani, dan Ibrani dan merupakan pengarang buku ‘An Account of the Rise and Progress of Mohametism and a Vindication of His Religion From the Calumnies of the Christians’. Dr Henry Stubbe kemudiannya dipenjarakan kerana mengarang buku tersebut. Beliau berusaha tiga kali untuk menerbitkan bukunya , namun tidak berhasil. Teks tersebut akhirnya diterbitkan pada abad ke-19, iaitu dua abad kemudian . Buku tersebut bermaksud untuk mengungkapkan bahawa inti ajaran Islam sebenarnya tidak ada perbezaan dengan kepercayaan kristian.

Pada kurun yang sama, satu kisah yang tidak pernah diketengahkan, mengenai seorang pelaut dari Exeter bernama Joseph Pitts yang ditangkap oleh lanun di lautan Algeria dan dijadikan tawanan. Beliau kemudiannya dibawa ke Algeria dan dijual sebagai hamba atau budak suruhan. Kebetulannya majikannya adalah seorang yang baik hati dan berperi kemanusiaan. Beliau mengajarnya ilmu agama dan akhirnya Joseph Pitts telah menerima dan memeluk Islam. Yakin dengan kebenaran agama Islam, Joseph Pitts menerima dan mengamalnya sepenuh hati. Majikannya kemudiannya menanggung perbelanjaan untuk mengerjakan haji ke Mekah. Pengalaman Pitts ada didokumerntasikan di dalam bukunya berjudul ‘A Faithful Account of the Religion and Manners of Mohametism,’. Dari buku tersebut, catatan menunjukkan bahawa beliau adalah orang Inggeris yang pertama mengerjakan haji di Makkah..


Antara abad ke-19-20M pula, Abdullah William Henry Quilliam, dilaporkan sebagai orang Inggeris pertama yang menemui kota Wazan di gurun Sahara. Beliau memeluk Islam sewaktu dalam perjalanan ke Morocco pada tahun 1889. Beliau selanjutnya mendalami Islam di University of Fez dan sangat terkenal kerana mendirikan masjid, syarikat penerbitan, perpustakaan, debating society , sekolah, dan pusat anak-anak yatim di Liverpool yang dinamakan sebagai Madinah Children's Home di England.




Sejarah juga mendapati seawal abad 20, kisah mengenai Robert Rashid Stanley yang dilahirkan di Cardiff , yang merupakan pedagang teh yang kaya raya. Beliau terlibat dalam hubungan perdagangan yang besar antara kerajaan Turki- British. Beliau dilantik sebagai datuk Bandar Staylbridge sebanyak dua kali dan profil peribadinya terdapat dalam ‘The Crescent’- jurnal mingguan di England yang boleh ditemui di British Library- pada April 1907. Cucu cicit Robert's juga adalah penganut ugama Islam.

Akhir sekali, Muhammad Marmaduke Pickthall, yang mendapat pendidikan awal di Harrow- sebuah sekolah swasta terkemuka di England. Beliau telah memeluk Islam pada tahun 1917, dan mempelajari Bahasa Arab secara intensif. Beliau merupakan Imam di masjid pertama yang dibangunkan di England, berdekatan dengan Woking, iaitu sekitar 30 minit perjalanan dengan kenderaan darat dari pusat london. Beliau mungkin lebih dikenali sebagai penterjemah al Quran di kalangan masyarakat malaysia di mana terjemahan al-Qurannya yang berjudul ‘The Meaning of the Glorious Quran, yang diterbitkan pada tahun 1928 dan digunakan sebagai rujukan pelajar sehingga hari ini.




Demikianlah gambaran wujudnya Islam di bumi Britain ini lebih dari 1000 tahun yang lalu. Artikel di atas adalah ceramah yang disampaikan oleh Mohammad Siddique Seddon dan teks bertulisnya disediakan oleh Farrukh I. Younus, saya kutip untuk dikongsikan bersama. Merenung dari ceramah tersebut, islam mungkin telah sampai ke Britain lebih awal dari Malaysia. Betulkah? Bagaimana pun artikel ini hanyalah sebagai satu renungan dan penambahan pengetahuan.



* This is a review of a lecture that was delivered by Mohammad Siddique Seddon of the Islamic Foundation and was part of the program of the Islam Awareness Week, which took place in Great Britain from Monday the 21st – Sunday the 27th of November 2005.
Farrukh I. Younus holds a master’s degree in international business management and works in the emerging telecom industry. He resides in Surrey, UK. His interests include travel, nouvelle cuisine, and chocolate. You can contact him at: farrukh@ntlworld.com.

1 comment:

puja said...

uh tepu kepala saya baca...

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...