Hari ni, 1hb Jun 2009, kami tak ada pembelajaran dalam kuliah. Mengikut jadual yang diberikan, Hari ini Ms Deborah akan membawa kami meninjau ke London Eye, dekat dengan Trafalgar Square, tak jauh dari National Gallery, bersebelahan dengan House of Parliament, dipinggir selatan sungai Thames dan lain-lain lagi.
Dari Ealing Common kami menaiki keretapi menggunakan picadilly line menuju ke Baron’s Court. Kemudiannya kami menukar perjalanan keretapi dengan mengambil district line menuju ke westminster. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja. Dari steseyen tube westminster, kami berjalan kaki menuju ke roda besar dengan menyeberang sungai Thames melalui jambatan Westminster Bridge. Agak ramai juga orang yang berasak-asak menuju ke roda tersebut. Ms Deborah dengan bantuan Mr Shahwiqar membayarkan tiket untuk kami.agak mahal juga harga tiket nak naik roda tu kerana harganya lebih kurang GBP13.50 untuk seorang. (cuba kali dengan RM5.68 dapat harga tiket duit malaysia). Menaiki London Eye ini tak ada bezanya dengan Eye of Malaysia yang sekarang ni ada kat Melaka. Bezanya kita boleh nampak seluruh bandar London yang lama ni. Saya kata lama sebab kota london ni bukanlah moden sangat. Betul ke? Dari dalam roda tersebut, jelas kelihatan istana Buckingham dan bangunan–bangunan sekitarnya. Bawahnya pula nampak orang ramai yang tengah berjemur panas tengah padang tu macam semut aje...
London Eye yang juga dikenali sebagai Roda Millennium, dibina menjelang sambutan abad ke 20 dengan ketinggian 135 metres (443 ft), merupakan Ferris Wheel yang tertinggi di Eropah dan ianya menjadi popular kepada pelancong yang datang ke United Kingdom, dilawati oleh 3 juta orang pada setiap tahun. Pada waktu ianya dibina, Eye of London merupakan Ferris wheel tertinggi didunia sebelum dipintas oleh The Star of Nanchang (160 m) pada May 2006, dan kemudian the Singapore Flyer (165 m) pada 11 February 2008.
The London Eye terletak dilokasi hujung sebelah barat Jubilee Gardens, pinggir selatan sungai Thames di London, England, letaknya antara Jambatan Westminster dan Hungerford Bridge. Direkabentuk oleh sepasukan arkitek bernama David Marks, Julia Barfield, Malcolm Cook, Mark Sparrowhawk, Steven Chilton dan Nic Bailey, sebanyak 32 roda berbentuk telur memuatkan kapsul manusia seramai 25 orang dan boleh berjalan disekitar kapsul tersebut sepanjang roda tersebut bergerak dari bawah ke atas mengikut lawan pusingan jam. Pergerakkannya dianggarkan sebanyak 26cm (10 inci) per saat. Atau 0.9km/j dan mengambil masa lebih kurang 30 minit bagi setiap pusingan. Rim Eye of london disokong oleh tiang rod yang diikat kukuh ke roda dengan sokongan dua tiang utama dan dua tiang asas yang menampu pergerakan roda.
Pembinaan London Eye ini dipertanggungjawabkan kepada syarikat construction management dengan Syarikat dari Holland sebagai steelwork contractor utama dan Tilbury Douglas sebagai civils contractor. Consulting engineers Tony Gee & Partners merekabentuk bahagian kerja-kerja asas manakala Beckett Rankine mereka bentuk kerja-kerja dibawah air. Roda London Eye ini dibina dengan bahagian rodanya terapung di atas sungai Thames. Berat keseluruhan besi yang menampung roda ini ialah lebih kurang 1,700 tan. Projek pembinaannya dikatakan sebagai komponen usahasama negara Eropah kerana ianya terhasil daripada sumbangan enam negara iaitu besi yang bekalkan dari UK dan direka di The Netherlands oleh Dutch company Holland, kabel datang dari Italy, manakala bearingnya pula dibawa dari Germany, spindle dan hub pula didatangkan khas dari negara Czech Republic, kapsulnya pula dibuat oleh syarikat Poma di Perancis. Manakala kaca dan gentian kaca didatangkan dari Itali dan komponen elektrik dibuat khas oleh syarikat dari UK.
London Eye dibuka dengan rasminya kepada orang ramai oleh Perdana Menteri Britain waktu itu Tony Blair, pada 31 December 1999, bagaimanapun ianya tertangguh sehinggalah bulan March 2000 kerana masalah teknikal. Sejak pembukaanya kepada orang ramai dan pelancong, London Eye merupakan penanda aras utama kedatangan pelancong ke sini. Roda ini mendapat tajaan sepenuhnya oleh British Airways. Tempat ini menjadi kunjungan pelancong dan sentiasa meningkat dari masa ke semasa, sebagai contohnya pada bulan Julai 2002, seramai 8.5 juta pelancong menaiki roda ini . Manakala sehingga 5hb Jun 2008, setahun yang lalu, jumlah pelancong menaiki roda ini seramai 30 juta orang sejak ianya mula dibuka pada Mac 2000.
Menurut Sir Richard Rogers, pemenang anugerah Hadiah Pritziker Architecture 2007 , menulis di dalam bukunya mengenai projek ini, beliau menyebut;
“ The Eye of London telah dibina untuk London sebagaimana menara Eiffel dibina untuk Paris, yang mana ianya memberi tanda simbolik dan orang ramaiboleh naik dan berada di atas kota London dengan melihat semula ke bawah. Ianya bukanlah untuk golongan orang-orang kaya, tetapi untuk semua orang. Kecantikannya ialah : untuk orang awam dan kemudahannya, dan ianya berada di lokasi yang tepat sebagai jantung kota London”
Itulah serba sedikit mengenai kelebihan Eye of london ni. Tapi kenyataan Sir Richard Rogers ini tidaklah semuanya tepat. Ketakutan Masyarakat Inggeris terserlah apabila kami yang beratur nak naik roda tersebut telah diselongkar semua beg-beg dan diperiksa seluruh badan. Sebelum masuk dalam kapsul pula, dua pekerja siap dengan alat pengesan bom dan senjata api lebih dahulu memeriksa dengan alat pengesan bom beberapa saat sebelum kami masuk dan setiap kali kami keluar dari kapsul tersebut. Apa pun ianya adalah untuk keselamatan, dan pengajaran telah mereka ambil cdari teladan sebelumnya, 7/7 2005, London bombings!
No comments:
Post a Comment