Monday, July 17, 2023

SINGGAH DI PASSEO DE LA CASTELLANA, KEDUTAAN MALAYSIA DI SPAIN

TIDAK SAH lawatan ke luar negara tanpa singgah ke pejabat Kedutaan Malaysia di Luar Negara. Bagi tujuan itu, kami mengambil kesempatan masa yang terluang dengan menghubungi pejabat kedutaan dan menyatakan hasrat untuk ke sana. kami tidak membuat temujanji awal kerana kepadatan jadual dan hanya sekadar memaklum kehadiran kami ke bumi Sepanyol sahaja sebelum ini. kebetulannya  TYT Duta Besar Dato Akmal bin Che  Mustaffa ada program beberapa hari di Cordova dan tidak dapat bersama kami. Bagaimanapun kami amat beruntung kerana  Penasihat Kedutaan yang juga merupakan Ketua Canseri menyambut kehadiran kami pada pagi yang hening tersebut.

Terletak di Passeo De la Castellana, 91-10, Edificio Centro 23, 28046, Madrid Spain, dikelilingi rumah agam dan kejiranan mewah serta pejabat kerajaan, walaupun tidak jauh dari kota Madrid, namun bebas dari bingit kenderaan dan kesibukan kota yang amat mendamaikan.












Kami disambut mesra oleh Ketua Canseri Encik Farhan Dan Puan Nor Adilah Adnan  seawal jam 8.30am. Bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh pejabat kedutaan amat mengkagumkan kami, khususnya membantu memudahkan proses penyediaan laporan polis dan terjemahan teks ke bahasa Inggeris amat kami sanjungi. Kebetulannya ada di kalangan peserta delegasi kami yang ditimpa musibah apabila kenderaan kami dipecah masuk dan melibatkan kehilangan beberapa dokumen serta barangan peribadi. 

Sebelum berangkat pulang, Delegasi MSNM diminta menandatangani buku lawatan. Kami juga dijamu sarapan pagi dengan makanan ringan dan teh Sepanyol yang sedap dan mengasyikkan. InsyaAllah berkebetulan masa kita bertemu lagi.

LA MEZQUITA MAYOR DE GRANADA: MASJID PERTAMA DI GRANADA SELEPAS KEJATUHAN ANDALUSIA



La Mezquita Mayor de Granada (The Greater Mosque of Granada) ialah masjid yang dirasmikan pada tahun 2003 di bandar Granada yang mewakili komuniti autonomi Andalusia, Sepanyol Selatan. Ia merupakan masjid pertama yang dibina di bandar ini sejak 1492, selepas terhenti selama 500 tahun.

Masjid ini mempunyai Pusat Pengajian Islam sendiri yang menjalankan pelbagai program seperti persidangan, kelas bahasa Arab, pameran dan kursus mengenai topik berkaitan Islam dan warisan Islam di Sepanyol. Di samping itu, ia juga mempunyai pusat bantuan untuk golongan yang memerlukan dan umat Islam amnya serta perpustakaan dengan teks dan bahan audiovisual mengenai Islam dalam bahasa Arab, Inggeris dan Sepanyol.

Lokasi masjid ini yang terletak di Plaza San Nicolás, dalam kejiranan Albaicín yang penuh sejarah. Masjid Agung Granada ini terdiri daripada tiga elemen atau struktur binaan yang berbeza: taman, ruang solat (iaitu masjid itu sendiri) dan Pusat Pengajian Islam.

Taman ini menghadap ke lembah sungai Darro dan Gunung Sabika, yang di atasnya terdapat istana Alhambra yang indah dan terkenal. 

Masjid Agung ini dihias dengan unsur-unsur murni yang diambil daripada tradisi kesenian Islam. Mihrabnya menunjukkan arah solat adalah replika mihrab di Masjid Córdoba. Panel kayu cedar Atlas yang diukir buatan tangan mengandungi ayat Al-Quran dan asma al-Husna yang indah.


Panel marmar dengan warna yang berbeza adalah sama dengan panel yang terdapat di Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis. Tingkap kiblat yang besar adalah salinan atau gambaran seperti yang terdapat di Masjid Biru Istanbul Turkiye.. Air pancut dan mozek di laman pula memberikan akses ke ruang solat telah dibina oleh tukang dari Fez Maghribi, yang mengekalkan reka bentuk dan teknik yang sama yang digunakan di Granada pada era Muslim 1,000 tahun lalu.

Pusat Pengajian Islam mengandungi perpustakaan dengan teks tentang Islam dalam bahasa Arab, Sepanyol dan bahasa lain, serta media audiovisual. Ia juga termasuk bilik persidangan dengan kapasiti untuk 140 orang dan dewan pameran. Di tingkat bawah dan di dewan pintu masuk utama adalah penerimaan dan kedai buku, kraftangan dan cenderamata Masjid atau Mezquita Mayor de Granada 

Imam  Syeikh Ahmed Barmenjo

Imam Syeikh Ahmed Barmenjo adalah imam yang bertugas di Mezquita Mayor De  Granada sejak beberapa tahun yang lalu, Berusia awal 40an dan merupakan kelahiran Granada,  seorang yang berperwatakan peramah, lemah lembut dan kaya dengan senyuman. kesempatan menziarahi beliau merupakan satu peluang besar yang diberi oleh Allah swt di mana kami  saling bertukar fikiran dan berbincang mengenai keadaan semasa khususnya hubungan komuniti setempat dan kewujudan masjid ini dan hubungan yang baik dengan kerajaan sepanyol sehinggalah masjid ini terbina. Beliau juga tidak lekang mengucapkan terima kasih kepada kerajaan sepanyool ketika itu atas dasar terbuka mereka sehingga wujudnya masjid ini.Kewujudan masjid ini merungkai banyak perkara khususnya melibatkan kesatuan dan kebajikan kaum muslimin khasnya di Granada setelah 500 tahun terabai. 





Bersama Imam Syeikh Ahmed Barmenjo dan 
seorang tetamu dari Turkiye


Berehat selepas menunaikan solat zohor di Mezquita De Granada





Istana al Hambra dari laman belakang Mazquita mayor De Granada


TOLEDO: IBU KUNCI BERMULANYA KERUNTUHAN EMPAYAR ISLAM DI ANDALUSIA

25 Mei 1085 Toledo (طليطلة) merupakan salah satu kota di Andalusia yang membentang di bagian Timur Kerajaan Badajoz, dari Quriyah dan Trujillo menuju arah timur laut hingga sampai ke Benteng Ayyub dan Santa Maria di timur. Kemudian di bahagian barat dayanya terdapat kerajaan Bani Hud di Zaragoza (benteng Andalusia bahagian atas).

Di bahagian selatan ia membentang ke arah barat hingga ke sempadan kerajaan Cordova. Di utara pula ia membentang ke timur hingga ke belakang sungai Tajah dan bertemu dengan sempadan  kerajaan Castille.

Bagi orang Kristian, Toledo dianggap amat strategik  kerana merupakan langkah awal dan wilayah terpenting bagi pihak Kristian untuk menguasai kerajaan-kerajaan Islam Andalusia. Kaum Kristian sedar apabila Toledo sudah dikuasai, maka secara otomatik Cordova, Bardajoz, Granada, dan Sevilla dengan sendirinya juga ikut jatuh. Kedudukan Toledo yang strategik inilah yang juga membuat para Muluk Ath-Thawif (kerajaan-kerajaan kecil) saling bertikai.

Toledo jatuh pada masa Muluk Ath-Thawaif atau masa raja-raja kecil, yang Ketika itu Andalusia terbahagi menjadi 7 kawasan utama, salah satunya Toledo yang dipimpin Bani Dzun-Nun.

Perebutan persempadanan wilayah dan keserakahan kuasa menjadi sebab  utama konflik antara kaum muslimin ketika itu. Di Toledo, kerajaan Bani Dzun Nun menghadapi masalah dengan  Zaragoza. Al Ma’mun bin Dzu Nun sebagai penguasa Toledo dan Sulaiman Al-Musta’in bin Hud sebagai penguasa Zaragoza, bertikai berebutkan wilayah yang terbentang dari benteng hingga lembah berbatu De Jure yang  masuk ke dalam wilayah Toledo. Namun secara De Facto masyarakatnya lebih condong dan menyukai  Sulaiman. Tentu sahaja Sulaiman memanfaatkan keadaan  tersebut untuk menebar benih-benih perpecahan di kalangan masyarakat agar nantinya mudah dikuasai pemikiran dan wilayah  mereka. Sulaiman mengirim pasukan yang dipimpin anaknya yang bernama Ahmad bin Suleiman untuk menguasai lembah terebut. Al Ma’mun memimpin sendiri pasukannya menanti kehadiran bala tentera Sulaiman. Pertempuran berlaku tanpa dapat dielakkan lagi.  Korban berguguran dari masing-masing pihak. Namun kemenangan akhirnya berpihak pada Sulaiman dan  Al Ma’mun  melarikan diri walaupun sempat dikejar oleh Ahmad. Kekalahan tersebut bukannya membuat Al Ma’mun patah semangat, malah semakin berkobar-kobar untuk membalas dendam, beliau  kemudiannya meminta bantuan kaum Kristian di bawah penguasaan  Ferdinand I, penguasa Castille untuk Kembali menentang  Sulaiman dengan janji bayaran ufti yang tinggi.

Perancangan balas dendam Al Ma’mun akhirnya  berhasil setelah pasukan berkuda Ferdinand I melakukan serangan ke wilayah Sulaiman sehingga  Sulaiman pula  melarikan diri bersama pasukannya.

Sepertimana al-Ma’mun, Sulaiman kemudiannya meminta bantuan Ferdinand I untuk membalas dendamnya terhadap al Ma’amun pula.

Tentu saja Ferdinand I sangat senang hati membantu kerana secara tidak langsung dengan membantu Sulaiman melawan Al Ma’mun, dia makin memperuncing perpecahan di kalangan kaum muslimin.  Api permusuhan ini terus berlanjutan hingga ke anak-anak mereka iaitu Al Muqtadir Billah di pihak Zaragoza dan Yahya Al Qadir di pihak Toledo. Di zaman mereka inilah kejatuhan Toledo semakin ketara kerana masing-masing  meminta bantuan kerajaan Kristian untuk memerangi satu sama lain.

Kemuncak  kejatuhan Toledo bermula apabila berlaku pemberontakan rakyat Toledo kepada Yahya Al Qadir yang menyebabkan ia melarikan diri. Mengisi kekosongannya,  Al Mutawakil bin Al Afthas menjadi pemimpin. Namun kepemimpinan Al Mutawakil tidak lama kerna  Al Qadir merebut kembali Toledo dengan bantuan dari Alfonso, iaitu putra Ferdinand I.

Pada tahun 477 H/1084M, Alfonso melakukan pengepungan di Toledo, wilayah yang pernah dibantunya. Meskipun ada penentangan dari rakyat jelata Toledo terhadap Alfonso, namun  Al Qadir hanya berdiam diri melihat pengepungan tersebut karena ia sudah ‘terkantoi’ dengan kelicikan Alfonso. Pengepungan yang berlangsung selama sembilan bulan tersebut membuat rakyat Toledo semakin tertekan. Maka, mereka mengirim delegasi untuk mengadakan  perjanjian damai. Namun perjanjian damai tersebut tidak pernah tercapai karena rakyat Toledo sudah tidak memilki apa-apa lagi. Akhirnya pada Shafar 478 H/1085 M, Toledo jatuh ke tangan Alfonso dan menjadi pusat kerajaan Castille dan merupakan kota pertama jatuh ke tangan Kristian. Kejatuhan kota ini adalah tangga kepada keruntuhan kota-kota lslam yang lain.

Begitulah ketamakan dan kuasa.

Moga Allah menghindari kita dan pemimpin kita dari sifat rakus, tamak dan cintakan tahta dan kuasa.
















Sebagai peringatan, suka saya kepilkan rencana dari FB Abang sado yang menyentuh kejatuhan Toledo dan Andalusia yang berkait rapat dengan amal laku dan akal fikir kita. Enjoy!


Kemenangan tentera Islam menguasai medan Gibraltar telah membuka ruang untuk pasukan Islam terus menguasai Andalus sehingga Tariq dapat meneruskan penguasaan ke Cordova dan Toledo. Kemenangan demi kemenangan dapat dicapai oleh tentera Islam dalam usaha melebarkan kerajaan Islam di bumi Eropah termasuk Bandar Zaragoza, Leon, Malaga, Sevilla dan beberapa buah bandar lain.

Sejak dari itu, Islam mula tersebar luas ke seluruh Andalusia dan bermulalah penguasaan Bani Umayyah di Andalus. Khalifah Bani Umayyah yang berpusat di Dimashq telah mewakilkan beberapa orang Gabenor untuk mentadbir Andalus. Seramai 20 orang Gabenor telah mentadbir Andalus dari tahun 718-756M. Gabenor yang pertama ialah Abdul Aziz ibn Musa ibn Nusayr dan yang terakhir ialah Yusuf ibn Abdul Rahman al-Fihri.

Apa yang menarik untuk diperhatikan sejarah pemerintahan Andalus ini ialah pemerintahannya kekal di bawah penguasaan kerajaan Bani Umayyah, walaupun kerajaan Bani Abbasiyah telah mula bertapak dan berpusat di kota Baghdad bermula pada tahun 132H/ 750M. Ini bermaksud, walaupun kerajaan Islam yang memimpin majoriti umat Islam sudah beralih kepada Bani Abbasiyah, namun Andalus terus diungguli oleh para pemerintah dari kelompok Umayyah.

Fakta sejarah mengakui bahawa sebelum Islam membuka Andalus, masyarakat Kristian Eropah hidup di dalam kejahilan dan kegelapan pimpinan Roderick.
Lantas, usaha-usaha dilakukan oleh pemerintah Islam di Andalus telah memberikan impak positif sehingga Barat kemudiannya dapat membina tamadun mereka yang membanggakan pada hari ini.

Pada peringkat awal, pemerintah Islam berjaya mengawal masyarakat di Andalus walaupun mereka mempunyai pelbagai latar belakang. Ada di kalangan mereka berbangsa Yahudi, Barbar, Islam, Kristian dan lain-lain. Kecemerlangan dapat dicapai apabila masyarakat berbilang kaum ini dapat dijaga dengan sempurna.

Namun, antara punca kejatuhan kerajaan Islam Andalusia ini juga turut disebabkan oleh kepelbagaian budaya yang merenggangkan hubungan erat sesama mereka. Fahaman racist yang menebal akhirnya mengakibatkan Andalus turut menjadi lemah. Satu keadaan yang sama dengan Malaysia. Sebenarnya pemerintahan Islam di Andalus berjaya menjamin hak-hak asasi kaum lain sehingga mereka boleh membantu dalam usaha meninggikan tamadunnya.

Gambaran ini dapat difahami menunjukkan bahawa perpaduan antara kaum berasaskan jaminan terhadap hak-hak kaum minoriti sebenarnya mampu mewujudkan kestabilan selagi mana ia tidak bertentangan dengan akhlak Islam. Oleh sebab itu, kita dapat menyaksikan tamadun Islam Andalus menguasai dunia dan meniti di bibir umat manusia.
Namun begitu, seakan sudah menjadi lumrah zaman bahawa di sana ada kitaran ketamadunan seperti yang dibicarakan oleh Ibn Khaldun di dalam "Muqaddimah"-nya sebagai sunnatuLlah. Kitaran ketamadunan yang dibicarakan Ibn Khaldun di dalam kitabnya, dan pernah dikembangkan lagi oleh Syeikh Rashid Redha sebagai sunanul kawniyah, menyebabkan kita berfikir bahawa segala apa yang berada dipuncak pasti akan melalui tempoh kejatuhan.

Kitaran inilah yang turut melanda Andalus sehingga kejayaan yang dibina semakin lama semakin menyusut dan menunjukkan ketidakmampuan untuk dipertahankan. Apa yang dimaksudkan ialah ketidakmampuan untuk mempertahankan penguasaan Islam di sana dari sudut prestasi politik pentadbiran, bukannya dari sudut kecemerlangan intelektual dan fizikal.

Kejatuhan Andalus tidak berlaku sekelip mata, tetapi melalui proses yang panjang. Sayangnya, tiada dikalangan pemimpin umat Islam ketika itu yang berjaya mempertahankan Andalus. Tiada Salahuddin Al Ayubi, tiada Saifuddin Qutuz, dan tiada Muhamad al-Fateh. Bibit-bibit kejatuhan bermula setelah pemerintahan Andalus dijuzukkan kepada kerajaan-kerajaan kecil.

Andalusia yang diperintah oleh satu kerajaan, satu khalifah, berpecah menjadi 20 buah kerajaan kecil. Pembentukan kerajaan-kerajaan kecil ini turut dikenali sebagai Muluk al-Tawa'if, ia wujud disebabkan semangat puak, sikap fanatik terhadap bangsa. Mereka tidak langsung berpegang kepada semangat Ukhuwwah Islamiyah dan seakan menjurus kepada ketuanan kaum sesama sendiri.

Fenomena ini berlaku setelah pucuk pimpinan di Cordova menghadapi masalah dalaman iaitu bergaduh dan bercakaran, malah ada yang saling menindas untuk merebut kuasa khalifah dan penguasaan wilayah. Akibatnya, Cordova yang masyhur di dalam Bahasa Arab sebagai "al-Qurtubah" akhirnya menjadi bandar yang terakhir jatuh sepenuhnya ke atas Raja Ferdinand. Ia berlaku pada zaman pemerintahan terakhir Andalus di bawah Bani al-Ahmar yang menguasai wilayah terakhir di Granada dari tahun 620H-897H.

Penyerahan wilayah terakhir ini terpaksa dilakukan demi menyelamatkan maruah pemerintah Islam di bawah pimpinan Abu Abdullah daripada digulingkan dengan cara yang lebih teruk.  Ketika Bani Ahmar memerintah Andalusia, wilayah pemerintahan mereka sudah gugup dan menguncup, tidak lagi sepertimana pada zaman kegemilangan pemerintahan Abdul Rahman III. Secara khusus, pemerintahan mereka hanya melibatkan wilayah Granada sahaja yang menjadi daerah terletaknya istana yang masyhur iaitu istana Al-Hamra' atau dalam bahasa Sepanyol hari ini lebih dikenali sebagai al-Hambra.

Berlaku perselisihan keluarga dalam hal mewarisi kepimpinan, pergolakan anak-beranak diraja berlaku dan seterusnya melemahkan lagi pemerintahan Islam di Granada. Sikap Abu Abdullah yang hilang pertimbangan dan tidak berpuas hati dengan pewarisan takhta yang diputuskan oleh bapanya, menyebabkan beliau memberontak sehingga sanggup mengorbankan nyawa bapanya. Namun, takhta pemerintahan tetap tidak menyebelahi Abu Abdullah.  Tetapi kerakusan Abu Abdullah tidak padam, bahkan perancangan dibuat dalam bentuk kerjasama dengan Raja Ferdinand untuk merampas kembali takhta pemerintahan.

Rampasan itu berjaya, ringkasnya Abu Abdullah dapat menduduki takhta tetapi bagi jangkamasa yang relatif disebabkan tekanan dari Ferdinand untuk mendapatkan habuan. Habuannya tidak lain tidak bukan ialah penyerahan wilayah Granada kepada kerajaan Ferdinand, lantas masyhurlah Ferdinand yang beristerikan Isabella itu sebagai satu-satunya raja yang berjaya menumbangkan kerajaan Islam di Andalus.

Kejatuhan Andalus rupanya adalah kelemahan pemerintahan sanggup menggadai prinsip demi mendapat bantuan sokongan untuk menduduki takhta yang hanya mampu dicapai buat sementara waktu sahaja. Selain itu ia turut disebabkan beberapa faktor internal dan eksternal, iaitu:

(i)   Tiada mekanisme dalam mencari pengganti yang layak untuk meneruskan pemerintahan di Andalus. Kebanyakan mereka hanya mewariskan kepimpinan melalui sistem monarki yang pada waktu itu sudah korup, tiada akauntibiliti dan hilang integriti di mata rakyat.

(ii)          Tiada wala' terhadap khalifah yang sah mentadbir kerajaan. Masing-masing menyimpan hasrat untuk menguasai wilayah pemerintahan sehingga berlaku perebutan kuasa yang tidak berkesudahan.

(iii)     Tiada kesepakatan (wehdatul fikri dan wehdatul amal) dalam mentadbir wilayah yang dikuasai sehingga wujud perbezaan pemerintahan antara satu wilayah dengan wilayah yang lain.  Perbezaan fikrah yang wujud sehingga hilang adabul ikhtilaf di kalangan mereka, lalu perbezaan tersebut banyak membawa jatuh-menjatuhkan, runtuh-meruntuhkan dan kurang usaha untuk bekerjasama dalam hal-hal yang disepakati.

(iv)     Wujudnya golongan yang ingin menghancurkan mereka dari dalam seperti golongan yang ingin bekerjasama dengan musuh tanpa mengambil kira untuk memperkuatkan ikatan dalaman sesama mereka.

Kesan daripada faktor-faktor inilah umat Islam dibunuh atas restu Pope dan ada yang dihalau keluar dari Andalusia, bahkan ada di antara mereka yang terus diperangi lagi dan lagi walaupun sudah bersedia keluar dari Andalusia. Musibah ini turut terpalit kepada kaum Yahudi, di mana tiada kuasa yang boleh melindungi mereka setelah kerajaan Islam menjadi lemah seterusnya runtuh.

Adakah Malaysia juga akan hadapi keadaan sama seperti kerajaan Andalusia memandangkan situasi di Malaysia tidak jauh bezanya iaitu perebutan kuasa dan berkerjasama dengan musuh yang nyata oleh pemimpin yang tamakkan kuasa?..

Sejarah Tidak Pernah Dijadikan Ikhtibar Oleh Umat Islam Di Malaysia Dan Penulis Menjangkakan Waktu Itu sudah Tidak Lama..

Dipetik dari:

https://www.facebook.com/AbangSado1/photos/a.1694967140750372/1810503689196716/?type=3


TOLEDO: KOTA TIGA BUDAYA

DI TENGAH-TENGAH Semenanjung Iberia terletak sebuah bukit granit yang pada ketiga sisinya dialiri Sungai Tagus. Selama berabad-abad sungai itu telah memahat tebing terjal yang melindungi sisi bukit itu. Pada posisi yang strategik inilah  berdiri kota Toledo.

Melalui jalan yang sempit dan berliku di kota tua Toledo, pengunjung dibawa ke zaman Pertengahan. Pintu Gerbang, istana dan jambatan di kota itu semuanya masih memiliki ciri abad pertengahan dan menjadi saksi bisu mengenai zaman kala Toledo yang merupakan salah satu kota terpenting di Eropah.

Bandar bersejarah Toledo (Castilla-La Mancha, Sepanyol), terletak di tanjung yang mengelilingi Sungai Tagus adalah sebuah kota yang unik dengan sejarah lebih dari dua milenium yang mewakili simbol sebenar pertemuan budaya di Semenanjung Iberia. Hanya dengan mengunjungi Bandar Lama Toledo, kita dapat menemui warisan monumental yang sangat besar yang menempatkan rumah-rumah bandar Castilian ini, yang dianggap sebagai muzium kota hidup  yang sebenar, Bandar ini dimasukkan sebagai Budaya Warisan Budaya UNESCO pada tahun 1986.



Dikenali juga dengan nama Bandar Tiga Budaya, bandar Toledo amat  mempesonakan bagi sesiapa yang mengunjunginya. Bandar ini merupakan  cerminan gaya yang pelbagai budaya, Arab, Romanesque, Mudejar, Renaissance dan Gothic dan sebagainya.

Toledo tidak begitu jauh dengan kota Madrid, hanya 70 kilometer perjalanan darat.

kota ini diasaskan oleh jeneral Rom Marcus Fulvius untuk beberapa abad sebelum kelahiran Kristus. Di bandar ini juga menghimpunkan album sejarah yang pelbagai, kemegahan, kejayaan, kejatuhana, peperangan, penaklukan khususnya kerajaan islam, termasuklah pengusiran mereka di luar Pyrenees dan seterusnya Reconquista.

Ia adalah ibu negeri wilayah di sebelah barat daya dari Madrid, berhampiran dengan pusat negara. Semua bunga api peristiwa-peristiwa sejarah jelas terpancar di dalam kemunculan bandar, yang kini muncul dengan mata kita. Lebih daripada apa-apa kejutan lain di sini keaslian visual sejarah, tahap pemeliharaan pusat bandar bersejarah - ia tidak pernah berubah sejak Zaman Pertengahan. Mungkin ini bukan kes yang unik sesebuah negara seperti Sepanyol. Toledo adalah lebih dalam pemeliharaan seni bina zaman pertengahan persekitaran bandar, banyak bandar tidak kurang kuno dan terkenal yang lain. Tetapi dengan menumpukan kepada kawasan yang agak kecil monumen seni bina Toledo di dunia mempunyai banyak pesaing.

Seperti di lain-lain bandar-bandar Sepanyol, di sini tempat-tempat manifestasi yang boleh dilihat dengan tradisi agama Islam dan Yahudi.

Bandar yang dipenuhi dengan seni bina gaya Gothic seperti Katedral utama ini bandar ini iaitu Santa Maria yang dibina di abad ketiga belas, gereja purba San Roman dan Santiago de Arrabal, kubu Alcázar of Toledo dan sebagainya. Monumen yang paling purba dan kekal di sini ialah  reruntuhan masa amfiteater Empayar Rom dan saluran air yang masih lagi terpelihara. Monumen tertua budaya Yahudi di seluruh Eropah Barat pula  adalah pembinaan rumah ibadat sewaktu abad kedua belas, Santa Maria la Blanca. Masjid Cristo de la Luz  pula merakamkan seni bina yang mewakili budaya Islam.

Sebelum orang Rom datang ke Sepanyol, orang Kelt dan Iberia telah membangunkan  kota di lokasi yang strategik ini. Orang Rom menyebut kota ini dengan nama Toletum (dari tollitum, artinya ”mencuat”) dan menjadikannya ibu kota dari salah satu wilayah mereka. Sejarawan Rom,  Livy, menggambarkan Toledo sebagai “kota kecil, tetapi kuat karena kedudukannya”. Sewaktu orang Visigot menakluki Sepanyol setelah kejatuhan empayar  Rom, mereka memilih Toledo menjadi ibu kota mereka. 

Situasi mula berubah apabila Toledo menjadi sebahagian dari wilayah  khilafah Islam. Jalan-jalan sempit di bahagian kota tua itu mula dibina bermula dari abad ke-8 hingga abad ke-11. Amalan toleransi orang-orang Muslim terhadap orang kristian, Yahudi, dan kebudayaan Moor di Toledo membolehkan mereka  hidup berdampingan. Akhirnya, pada tahun 1085, Raja Alfonso VI (seorang raja Katolik) menaklukkan kota itu, namun senibina, bahasa dan budaya yang berbeza tetap kekal Bersama.






JALAN SEMPIT DAN BERLIKU

Jalan sempit dan berliku tinggalan Muslim Moor
Gate of Puerta del Sol (The Sun door)


Puerta Del Sol (The Sun Door)

berlatar belakangkan  pinggiran Kota Toledo


Kemahiran kaum yahudi menempa pedang waja

Kedai cenderamata milik orang Islam. bagi salam, 
Insyaallah dapat diskaun



Banyak monumen di Toledo yang berasal dari abad pertengahan. Penguasa Katolik menobatkan kota itu sebagai  ibu kota mereka, warga Yahudi menggunakan kemahiran mereka di bidang kerajinan tangan dan perdagangan, dan orang Muslim menyumbangkan bakat mereka di bidang arkitektur. Para cendekiawan dari ketiga aliran ini bekerja sama dalam ‘Lembaga Penerjemah’.  Sewaktu abad ke-12 dan ke-13, mereka menerjemahkan sejumlah besar karya kuno ke bahasa Latin dan Sepanyol. Berkat usaha para penerjemah ini lah tersedia bagi dunia barat sejumlah besar ilmu pengetahuan yang telah dihimpunkan oleh kebudayaan Arab.

Toleransi agama ini kemudiannya berakhir pada abad ke-14 apabila ribuan warga Yahudi dibunuh dalam pembantaian agama. Sewaktu Columbus menemui tanah Amerika, orang-orang Kristian pimpinan Alfonso Putera kepada Ferdinand I  telah pun menguasai Toledo. Saat itu orang-orang yahudi dan muslimin  diberi dua pilihan:_

1.    Murtad; atau

2.    Keluar dari Toledo

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...