Sunday, July 16, 2023

ALHAMBRA: ISTANA MERAH LAMBANG KEMEGAHAN

Antara tinggalan teragung kerajaan Islam di Andalusia adalah istana al-Hambra. istana ini merupakan kompleks istana, kebun, taman bunga dan kubu pertahanan. Ianya tersergam indah di puncak bukit La Sabica, di wilayah grenada Sepanyol.

Nama al-Hambra dikatakan berasal daripada bahasa Arab 'Hamra' atau 'ahmar' yang bermaksud merah. istana al-hambra bermakna istana merah.  Bangunan ini banyak dihiasi ubin-ubin dan batu bata bewarna merah, serta penghias dinding yang agak kemerah-merahan dengan seramik yang bercirikan seni bina Islam yang hebat, di samping marmar yang putih dan indah. ianya melambangkan kemewahan penguasa ketika itu. 


Al Hambra tersergam indah di kemuncak pergununagan La Sabica

Istana al Hambra didirikan oleh Muhammad bin al-ahmar, gabenur khilafah Umayyah. proses pembinaan istana ini dilakukan secara berperingkat antara tahun 1238-1358M. Istana ini juga dilengkapi dengan taman bunga yang indah dan kolam air pancut yang menakjubkan. terdapat juga Housyus Sibb atau taman singa yang dikelilingi oleh 128 tiang yang diperbuat daripada batuan marmar asli.
Sepat bergambar di hadapan pintu masuk Istana membelakangi 
Air Pancut singa yang terkenal

Air pancut singa







Di bahagian dalam istana al-hambra pula terdapat pelbagai ruangan yang pastinya memukau para pengunjung seperti ruangan al-Hukmi (Baitul Hukmi), ruangan pemgadilan , ruangan Bani Siraj  atau Baitul Bani Siraj, ruangan berbuntuk bujur sangkar yang dipenuhi dengan ukiran-ukiran kaligrafi arab. Di Bahagian taman istana pula  terdapat kolam air pancut yang dihiasi dengan 12 patung singa yang berbaris melingkari kolam tersebut.

                                     

Dekorasi dalaman yang indah



Kejatuhan Granada menandakan berakhirnya kekuasaan Dinasti Nasriyah dan pemerintahan Islam di Semenanjung Iberia. Selepas kejatuhan kota Granada, istana al-Hambra mengalami nasib buruk dan tidak lagi sama seperti sewaktu penguasaan khilafah islamiyyah. kebanyakan ruang dalamannya dirosakkan dan perabutnya dihancurkan atau dibuang. pada kurun ke 16, Charles v membina semula sebahagian dari  istana ini mengikut gaya Itali. Malah satu ketika pada Kurun ke 19, menara al-hambra ini diletupkan oleh tentera perancis dalam satu peperangan. Istana ini juga mengalami kerosakan teruk  akibat kejadian gempa bumi. bagaimanapun  kerajaan sepanyol ketika itu telah melakukan baik pulih dan membina semula istana ini sehinggalah ianya diiktiraf sebagai tapak Warisan dunia UNESCO pada tahun 1984.

Merenung kembali istana al-Hambra, terdetik juga pelbagai perkara dalam kotak fikir. 

Apa tujuan sebenar pembinaan istana yang mengkagumkan ini? selain dari kubu pertahanan, adakah juga sebagai satu kemegahan yang ingin ditunjukkan kepada dunia, khususnya kaum kristian yang merupakan musuh ketat ketika itu, atau sebagai lambang kemewahan sepertimana taj mahal di India...

atau sebagai satu pembaziran yang biasa diamalkan oleh raja-raja ketika itu, persoalan ini timbul kerana yang megah dan indah itu hanyalah istana, bukan pusat komuniti, sekolah, universiti atau hospital dan sebagainya. rata-ratanya yang indah dan mewah itu adalah tempat tinggal raja-raja. terbayang pula kata-kata Dr Asri  dalam blognya yang menyentuh perkara ini. Jika Keindahan dan kemegahan binaan itu dibuat atas tujuan dan kepentingan agama, ianya amat terpuji, tetapi jika sebaliknya, ianya adalah satu pembaziran yang tak sepatutnya dilakukan. Rujuk https://www.malaysiakini.com/columns/197646

No comments:

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...