Santiago Bernabéu ialah stadium tuan rumah pasukan bola sepak Real Madrid. Stadium ini mula dibuka pada tahun 1947 dengan nama Nuevo Estadio Chamartín. Nama bagi menghormati presiden kelab Real Madrid selama 35 tahun, Santiago Bernabéu.
Selepas melalui pelbagai projek pengubahsuaian, stadium
bernabeu kini diklasifikasikan sebagai stadium elit, yang memegang
pengiktirafan tertinggi lima bintang dari UEFA.
Ini adalah stadium bola sepak kedua terbesar di
Sepanyol, dengan kapasiti sekitar 80,000 penonton.
Lawatan ke stadium membolehkan kita akses ke bilik
trofi Real Madrid yang lengkap, President Box dan peluang untuk berjalan
di sekitar kawasan teknikal dan melihat bilik persalinan pasukan pelawat.
Stadium ini juga mempunyai pelbagai restoran, kedai kelab yang besar dan
kawasan membeli-belah.
Santiago Bernabéu, stadium ini mula dibina antara
1944 dan 1947 dan terletak di pusat bandar Madrid. Stadium bola sepak, yang
telah diubah suai dan direka bentuk semula berkali-kali sebelum ini, dirancang
untuk dinaik taraf secara radikal dalam tempoh beberapa tahun akan datang dan
akan mengekalkan kapasiti 81,000 penonton.
No comments:
Post a Comment