Sunday, July 16, 2023

OREN YANG PAHIT DI LIDAH TAPI MANIS DI HATI ORANG SEPANYOL

JERUK oren manis  dikatakan mula tiba di Eropah sekitar abad ke 15 apabila vasco Da gama yang membawa pokok sitrus  telah melakukan perjalanan ke India pada 1492. Versi lain pula menyatakan ianya datang dari tentera salib yang membawanya dari Palestin  bersama lemon. 




Bagaimanapun, berdasarkan perbualan dengan Nabeel Pedro De Pedro, seorang warga sepanyol berasal dari wilayah Cordoba, Grenada, katanya cerita mitos klasik mengenai buah oren ini.  Ia bermula dari kisah Hercules, yang mengikut lagenda sebagai pengasas bandar seville di Sepanyol satu ketika dulu. Hercules dikatakan telah pergi ke Afrika untuk mendapatkan 'epal emas' keabadian yang sebenarnya adalah buah oren. Epal emas itu diberikan sebagai persembahan kepada Eurusthius, raja Tyrins. bagaimanapun rasanya yang masam dan pahit menyebabkan epal emas itu dibuang dan bijinya menumbuhkan benih sehingga tumbuh di serata sepanyol hari ini. 

Oren pahit atau Naranja Armaga  ini kemudiannya di perkenalkan ke Eropah oleh pelayar Genovese. Dikatakan juga ia memperolehinya dari Asia dimana tempat asal buah ini adalah di China.  Dikhabarkan Oren pahit ini mampu memberikan kebahagiaan  kepada sesiapa yang memilikinya. Dinasti Moor yamng memerintah sepanyol ketika itu memutuskan untuk menanam oren pahit ini di seluruh pelusuk sepanyol, khususnya di Andalusia. 

Patio De Los Naranjos (Oren Tree Courtyard) di 
Mezquita  Cathederal De Cordoba

menjelang abad ke 12, semua orang percaya dengan kualiti oren pahit yang membangkitkan  kebahagiaan. mereka mula menannamnya di sepanjang jalan. pada akhir abad 19, mereka membina Patio de Los naranjos di cathederal seville bagi memperingati sejarah oren tersebut. 

Semasa zaman pertengahan, orang Moor menemui beberapa cara untuk menggunakan pokok buah-buahan yang baru digemari ini.  Dari tujuan perubatan  hinggalah kepada pembuatan minyak wangi/ Bunga oren digunakan untuk membuat minyak dan patinya bagi tujuan penyembuhan  sakit klit yang kemerahan dan hangat  atau lebam oleh sinaran matahari. Ia juga digunakan bagi mengatasi masalah pencernaan seperti kejang dan kembung perut serta merawat ulser.  Ia juga boleh digunakan untuk merawat luka dan ubat untuk lena tidur. 

Pada tahun 1970an, sebanyak 31,000 pokok oren ditanam di sekitar bandar seville sahaja, yang mana kini mencecah lebih puluhan ribu. Jumlah tersebut mampu menghasilkan  lebih 4.5 juta kilo tan buah oren setahun.  Kini oren pahit ditanam secara komersil di sepanyol yang boleh digunakan sebagai bahan bakar, coklat, jem, jus, minuman keras, losyen dan sebagainya. Di Seville, Vino de Naranja atau wain oren pahit adalah antara keluaran yang terkenal diperbuat dari wain putih manis daripada Huelva yang dicampur dengan kulit oren pahit Seville. 

Walaupun rasa oren ini adalah pahit, ianya cukup dihargai oleh orang Sepanyol khususnya penduduk Seville. Malah buah istimewa ini juga turut dihargai oleh Ratu Elizabeth England, apabila syarikat perkapalan British, Mc Andrews telah menghadiahkan sejumlah oren pahit kepada baginda ratu yang dihantar ke utara England bersama barangan besi dari lombong Rio Tinto di Huelva. Dikatakan, setiap pagi, ratu bersarapan dengan memakan marmalade  dari oren pahit yang disapu pada roti bakar pada setiap kali minum teh. 

No comments:

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...