Sunday, July 16, 2023

HOTEL DI SEPANYOL, SEKADAR REHAT DARI LELAH SEHARIAN

HOTEL REINO DE GRANADA  lokasinya lebih kurang 5 minit perjalanan dari Pusat bandar granada yang sibuk. kawasan persekitaranya adalah antara  yang tercantik di dunia. namun tiada apa sebenarnya dengan hotel ini berbanding pakej promosi yang ditawarkan.  Selain dari berdekatan dengan Bandar Granada yang memiliki istana al-hambra dan persekitaran (urban area) yang indah dan mengkagumkan, hotel ini sekadar tempat rehat dari perjalanan mengelilingi kota Granada dan istana al-Hambra yang memenatkan. 

Di hotel ini kita tidak disediakan kemudahan sepatutnya, tandas yang tidak ada pili air dan tiada gayung atau seumpamanya untuk orang asia yang tidak selesa bersuci tanpa air. Air minuman juga tidak disediakan mahupun sebotol mineral. Air panas kosong yang diambil dikaunter dikenakan bayaran beberapa euro. malah kosnya lebih mahal dari capuccino panas di restoran.  









THE PORCEL AVANT HOTEL  terletak di Las Monjas, sebuah kawasan industri yang jaraknya lebih kurang 1.2 batu dari pusat  Torrejon de Ardoz dan lebih kurang 15 minit perjalanan dengan kenderaan darat ke  ke Madrid International Airport damn IFEMA Trade Fair. Hotel yang strategik untuk urusan perniagaan  dan santai di kota Madrid. Kedudukan hotel ini juga berada di tengah-tengah antara  pusat pelancongan terkenal  di Madrid seperti Puerta de Sol,  Gran Via, Callao, Plaza Mayor dan sebaagainya.  





Sama seperti hotel lain, air kosong  atau mineral tidak disediakan dan boleh dibeli di kaunter. Pengurusan hotel tampak agak kuirang profesional, mereka sesuka hati menambah dan mengurangkan katil dalam bilik yang ada penghuni. Sebelah pagi kedudukan meja dan tv di hadapan katil, balik waktu petang kita dapati kedudukan katil dah berubah manakala tv berada di tepi tingkap pula. Hawau betul.. bagaimanapun pekerja hotel tidak mengganggu barangan yang ditinggalkan dalam bilik.  Apa pun alasan mereka, keadaan itu sedikit mengganggu konsentrasi pelancong. bagi mereka yang cerewet, sudah tentulah akan berlaku argument yang susah nak  selesai...

Begitu juga keadaanya Hotel Axe Ciudad De Cordoba ( Avenida De Cadiz, Cordoba) dan hotel-hotel lain yang sempat kami singgah. Sungguhpun bertaraf 4 dan 5 bintang, ianya sekadar berhenti lelah untuk merehatkan badan dari penat berjalan seharian menapak dari satu tempat ke satu tempat di bumi sepanyol yang berbukit bukau. Keselesaan di kamar tidur hotel juga sepatutnya sebahagian dari pelancongan yang menyeronokkan, tapi saya tidak dapatinya di sini. 

No comments:

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...