Tuesday, June 23, 2009

Berteduh di Menara Eiffel

kami meneruskan perjalanan meronda kota Paris dengan berjalan kaki. Apa yang mengkagumkan ialah bangunan-bangunan lama yang dibina dari abad ke 13M masih tetap utup dan kukuh, malah bangunan-bangunan tersebut masih terus digunakan sehinga sekarang.Kami menyusuri jalan raya terbesar di paris Avenue Des Champs Elysees yang mempunyai empat lorong dan ditengahnya menempatkan Arch De triomphe De l'etole, bulatan terbesar yang membahagikan 9 jalan utama di kota Paris. Terdapat banyak gedung-gedung pakaian mewah di sepanjang jalan ini seperti Bally, Luis vutton, dan sebagainya yang tak larat untuk kami singgah kerana terlalu banyak. terdapat sebuah bank besar iaitu HSBC bersebelahan gedung Luis Vutton, di hadapannya pula ialah kedai makan dan minuman yang menghadap terus ke jalan utama Avenue Des Champs Elysees. seperti kata orang Perancis, ambil wang di HSBC, membeli belah di gedung Luis Vutton dan pamirkannya di kedai makan tersebut! Disitu kita dapat temui ramai celebriti utama dunia yang membeli belah dan bersantai di kedai-kedai makan mewah di tepi jalan dengan mempamirkan barangan yang baru dibeli. kami meneruskan perjalanan menuju ke Centre G. Pompidou, disitu terdapat bangunan besar yang menempatkan hasil seni karyamawan Perancis. Di sekitarnya terdapat banyak kedai-kedai cenderamata yang murah dan cantik-cantik. Penat berjalan, kami berhenti menghilangkan penat dengan singgah di satu restoran kebab milik warga Lebanon untuk menjamu selera sambil minum kopi dan memerhatikan kesibukan warga Paris yang lalu lalang.




Esoknya, 13hb Jun 2009,kami sekali lagi ke Centre G.Pompidou untuk membeli belah. Selesai mencari barangan yang di perlukan, kami sekali lagi menyusuri jalan Avenue Des Champs Alysees. Kali ini kami merentasi sebelah kiri jalan untuk menyusuri sungai Seine. Sepanjang jalan terdapat toko-toko buku lama yang menjual buku-buku dan majalah lama untuk dijadikan koleksi. Agak terkejut kerana kedai-kedai tersebut masih menjual akhbar dan majalah lama. antara yang sempat kami belek ialah akhbar keluaran tahun 1948, majalah-majalah keluaran tahun 50an, malah ada yang bertarikh tahun 1878! Diantara banyak buku-buku tersebut terdapat beberapa buah buku yang ditulis dalam bahasa Perancis keluaran tahun 70an mengenai Bandung, Pangkor dan Sarawak di Malaysia.



Kami juga berpeluang singgah di bangunan gereja NotreDame, sebuah bangunan lama yang memaparkan arca pelbagai binatang dan syaitan sepertimana yang digambarkan dalam filem animasi the Huntchback of notredame. kami kemudiannya berhenti rehat di salah satu jambatan yang merentangi sungai seine iaitu Pt Alexandre III iaitu berdekatan dengan bangunan Grand palais dan Petit palais yang terkenal. Dari jambatan tersebut, sayup-sayup kelihatan menara Eiffel yang sudah lama kami idamkan...

Tidak lama berehat, kami meneruskan perjalanan menyusuri sungai seine dan melewati Palais De CHaillot, sebuah bangunan yang menempatkan tempat kesenian. Terdapat ramai anak-anak muda berlatih tarian hip hop dan tradisional di kawasan ini. Dari palais De Chaillot, Menara Eiffel telah terbentang tegak di hadapan kami. Bebarapa langkah menuju kehadapan, Menara Eiffel sudah berada di atas kepala kami dan kawasan yang panas berangin menjadi redup dan dingin. Aku benar-benar berada di kota PARIS!



Menara yang dibuat dari besi ini dibina pada tahun 1889, 15hb Mei. Pembinaannya selama 22 bulan dengan 1710 anak tangga menuju ke puncak. Seramai 150 pekerja diperlukan bagi menyiapkan menara ini dengan 50 engineers dan 40 pereka bentuk dan 500 pelukis jurutera! Menara Eiffel menerima kunjungan 120 juta pelancong sepanjang seratus tahun. Gambar foto yang diambil dibawah menara Eiffel adalah klimaks pengemabaraan ku ke Eropah. selepas menara Eifel, mood untuk mengambil gambar mulai hilang walaupun banyak lagi tempat dan bangunan bersejarah di Paris belum aku lawati. Menara Eiffel adalah kemuncak kepada impianku selama ini, berteduh di bawah redup bayang mentari di Eiffel menyempurnakan impian yang selama ini terpendam.. Besok aku akan kembali ke UK dan segala kenangan akan ku bawa pulang bersama....

No comments:

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...