Beberapa jam di Luxembourg amat merimaskan dan cepat merasa bosan. kami menghabiskan masa duduk-duduk di kerusi panjang berhadapan dengan statue king Charles VI,pengasas Luxembourg abad ke 17 dahulu. Petang itu juga kami berangkat ke Switzerland. Seboleh-bolehnya aku ingin segera meninggalkan kota ini.
Perjalanan dari Luxembourg City ke Zurich mengambil masa 4-5 jam. Bagaimanapun Farris Holliday mengalihkan haluan dan kami tidak jadi ke Zurich tetapi menghala ke Jungfrau Mountain di pergunungan alps Switzerland yang terkenal.
Switzerland, terkenal dengan negara gunung-ganang. Dari utara ke selatan negara ini direntangi oleh pergunungan alps yang indah menawan. memang benarlah dikatakan orang, tempat terindah diEropah ialah negara Switzerland. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata, hanya beberapa keping gambar dari kamera digital yang mampu menterjemahkan keindahan negara ini. Switzerland juga terkenal dengan aktiviti pelancungan dan perbankan dunia. Institusi perbankannya yang kukuh menyebahkan mereka tidak menyertai EU. matawang mereka ialah swiss francs iaitu dengan nilaian 4.70 Swiss Francs bersamaan 5.00 Euro.
Sebelum tiba ke pergunungan Jungfrau, kami terlebih dahulu singgah di tasik Tenesse yang biru bagi melepaskan penat dan minum kopi bagi memanaskan badan di tempat rehat yang disediakan dipinggir tasik Tenesse yang mengimbangi Alps ini.
Dari Tasik Tanesse,kami bergerak perlahan mendaki kaki gunung Jungfrau. Farris Holliday kemudiannya membelok ke perkampungan Windlewanger dan keluar dari Motorway menuju ke kem perkhemahan di Lauter Brunen.
No comments:
Post a Comment