Monday, June 22, 2009
Luxembourge City Yang Tidak Mesra
Pagi 9hb jun 2009, lebih kurang seawal jam 9.30 pagi, kami telah siap berkemas dan bersedia memulakan perjalanan ke Luxembourg. Dari kabin penginapan di Jupiler Le Raptai di Brussel ke Luxembourg City hanya mengambil masa selama 4 jam.
Kami tiba di bandar Luxembourg City, bandaraya kepada negara Luxembourg, sebuah bandaraya kosmopolitan yang sibuk. Bandaraya ini adalah pusat kepada perdagangan negara-negara kesatuan Eropah. Terdapat banyak bank-bank perdagangan yang besar di kota ini sesuai dengan tempatnya sebagai pusat komersial. Bagaimanapun rakyat Luxembourg dikatakan agak sombong dan tidak mesra dengan pelancong-pelancong luar, mungkin keadaan hidup mereka yang lebih selesa berbanding dengan negara-negara lain termasuk dari kesatuan Eropah. Barangan disini pada umumnya adalah lebih mahal daripada tempat lain meskipun negara ini adalah negara bebas cukai. Apa yang kelihatan agak murah sedikit berbanding di negara-negara Eropah yang pernah dilawati ialah arak dan rokok. Maka tidak hairanlah ramai penduduk UK memborong arak dan rokok untuk dibawa balik ke England.
Di pinggir kota Luxembourg City, terdapat kubu besar yang dibina oleh orang-orang Austria zaman pemerintahan Charles VI dan Maria Theresa (kemudiannya memerintah Luxembourg) antara 1737 dan 1746 yang mana kubu ini dibina sedalam 40 meter ke bawah tanah. Pada pertengahan abad ke 17, Orang-orang Sepanyol telah menambah kubu ini sehingga menjadi sepanjang 23 kilometer. bagaimanapun, pada hari ini hanya 17 km sahaja yang dapat diselamatkan. pada tahun 1994, UNESCO telah mengishtiharkan bandar tua di bawah kubu ini sebagai warisan sejarah dunia. Kubu ini juga adalah menjadi tempat perlindungan rakyat Luxembourg setiap kali berlakunya peperangan termasuklah perang dunia pertama dan perang dunia yang kedua.
Kubu ini juga dikenali sebagai 'the balcony of Europe ' kerana pemandangannya yang cantik dan dapat melihat sebahagian kota dalam kubu daripada pandangan sebelah atas.
Selain dari kubu besar ini, rasanya tidak ada apa yang menarik sangat di kota Luxembourg, selain masyarakatnya yang agak sombong. Kami kemudiannya berjalan kaki ke lorong-lorong di pusat bandar. Terdapat banyak kedai-kedai cenderamata yang menjual barangan-barangan untuk dijadikan kenangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah
Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...
-
White-rumped Shama From Wikipedia, the free encyclopedia Jump to: navigation, search White-rumped Shama Male White-rumped Shama Male White-r...
-
Keliling bandar Melaka menaiki beca adalah satu pengalaman yang menyeronokkan! itulah luahan suara anak-anak. Mereka melihat beca sebagai ...
No comments:
Post a Comment